✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, July 1, 2011

tips penjagaan mata panda!

~contoh terbaik mata yang tercantik~
eh tolong jangan muntah darah yer uols~


Assalamualaikum ^^


hye uols...
semua orang mesti nak mata yang cantik kan?
jadi hari ini aku dengan baik hatinya nak share dengan uols tips yang boleh mencantikkan lagi mata uols.
eh....kan ada pepatah dari mata turunkan hati...nmpk tak betapa hebatnya kuasa mata???
sapa yang tak sayang mata memang la sangat kurengkan...
yelah mata kita adalah salah satu organ yang amat penting bukan...
oh i love my eyes yang ala-ala kucen siam nih!
cantik tau!!!!HAHAHA

okeh malas nak membebel panjang...
di sini aku nak sertakan tips

1~ kalau mata uols sebab kurang tido...apakah uols amik uncang teh,uols masukkan air sejuk kendian tampal dekat mata je...simple...
2~ kalau nak segarkan mata dan kurangkan gelung bawah mata amik ais kiub dan sapu perlahan-lahan di sekitar mata uols.
3 ~ selain tu nak hilangkan sembab bawa mata uols boleh letakkan sudu (sudu makan yg besi tu) dalam peti sejuk 5-10minit di tempat beku kendian tekap sudu tersebut pada mata uols.
4 ~ dari segi makanan pulak....banyakkan makan makanan yang jenis vitamin A.Vitamin A paling banyak adalah dalam lobak merah.kekurangan vitamin A menyebabkan kerabunan pada mata okeh....tapi kalau berlebihan pulak akan menghidap risiko kanser...

mudah bukan?semudah ABC dan jimat...mudah dan paling penting jimat.
kos yang amat murah bukan...
eh jom kita semua sama-sama sayang mata kita.....

~contoh terbaik mata panda...biar bermata panda tapi kesannya selepas itu da bomb!cun oke~

mahu lebih cantik?atau sudah cantik tetap mahu maintainkan kecantikan?cuba ini!!!


Assalamualaikum ^^

tahukah anda wanita itu sangat cantik?
apa tak tahu???
oh mau kena sekeh ke?hehehe
yes saya bangga dilahirkan sebagai wanita cantik....
tapi wanita cantik dan lebih lebih lagik cantik bila mempunyai ciri-ciri disenaraikan dibawah ni....

"Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi..."

Ya Allah...walaupun aku xcantik dmata manusia,ckuplah skadar cantik dhadapan-Mu :)

~tengok jangan tak percaya ini muka wanita cantik!~


~yang ini dia bertambah-tambah cantik lagi..selepas menjadi seorang isteri!!!~


semoga kita semua sentiasa merasakan diri kita cantik dan mempunyai self konfiden yang tinggi!
tak salah perasan tapi jangan terlebih perasan sudah!
biarpun hati kita sedang terluka,
biarpun fikiran kita sedang bercelaru,
tapi yang penting kita tetap sabar dan tabah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...