✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, June 27, 2014

semoga allah bantu kami

Assalamualaikum ^^

Hari ini hari jumaat...
Penghulu segala hari.
Dan aku harap allah swt makbulkan doa aku.
Dan aku mohon pada semua sahabat sahabat doakan semoga allah swt tak pisahkan anak anak dari dakapan aku walau seketika pun.
Biar apa sahaja terjadi.

Satu ketika dulu aku pernah mengharapkan ada seseorang bersama kami sehingga ke alam syurga tapi kini semua dah musnah.
Pada aku biarlah...itu rahsia Allah.
Kita tak tahu apa nak jadi kan.

Sekarang allah dah tetapkan yang paling indah.
Move on sahajalah.tak perlu nak tunggu lagi...kena nekad.
Bangkit dari semua ini tak mudah...tapi dah setengah tahun aku lalui...sedar atau tak...setengah tahun aku merayu...setengah tahun aku sentiasa berdoa untuk elokkan semuanya.setengah tahun aku besarkan anak anak sendirian.
Jadi dimana yang aku tak kuat kan.

Semangat mesti ada!
Bak aku tengok gambar dalam fb.orang bersuka ria je macam tak kisah hilang kami tapi kami ni sakit sakit rindukan orang.
Jadi buat apa seksa diri sendiri . menzalimi diri sendiri.

Ramai orang beri semangat.
Ramai orang tak sangka.
Kejadian komen gambar nama Alexander seth ukasyah tu dah membuka segalanya.
Orang yang tak tau pun jadi tau.
Dan tak duga...ramai beri semangat biarpun tak tahu cerita apa apa....yang tak pernah pernah msg pun tetiba msg bagi kata kata semangat.
Cikgu sekolah.
Kawan sekolah.
Orang orang di bn9.
Isteri isteri polis yang memang ada dalam fb sejak kes artikel lahad datu.
Kawan dalam fb yang sebelum ni tak bertegur sapa pun tiba tiba bagi kata kata semangat.
Sungguh, terima kasih semua...
Untuk menceritakan segalanya mungkin belum tiba lagi masanya.
Sebab hingga ke saat ini aku mendoakan perkara yang baik.

Kalau allah takdirkan aku jadi ibu tunggal,
Aku mohon allah takan pisahkan aku dengan anak anak.
Biarpun dalam maut...biarlah kami pergi bersama sama...kerana aku tak akan pernah sanggup berpisah dengan anak anak walau sesaat pun.
Anak anak takan mampu hidup aku tak ada...princess tinggal satu malam pun demam masa aku admit wad bersalin...masa arjuna kuning...until now tidur mesti nak berpeluk.
Yelah sejak dari lahir kami bersama...satu malam pun tak pernah berpisah.aku pun tak boleh duduk jauh jauh dari dia.

Dan jika ada sahabat sahabat yang membaca artikel ini...doakan lah allah sentiasa berpihak kepada aku dan anak anak...doakan supaya aku dan anak anak takan terpisah.
Aku dengan rasa rendah diri mohon doa semua....bantulah aku dan anak anak.

Aku bukanlah banyak duit tapi belum sampai ditahap tak mampu jaga anak anak.
InsyaAllah mampu sebab aku pun buat bisnes jugak selain dari kerja hakiki...dan bisnes tu tak ganggu pun masa aku dengan anak anak.duduk rumah sahaja.jika ditakdirkan aku tak berkerja pun dah nanti insyaallah anak anak mampu aku bela dengan berniaga ni.duit hari hari masuk walau tak banyak tapi masih lagi mampu nak bela anak anak bagi makan pakai yang secukupnya.

Ya allah....
Ya allah....
Ya allah....
Bantulah kami ya allah...jangan pisahkan aku dengan anak anakku...
Janganlah aku diuji lagi dengan ujian yang tak mungkin mampu aku tanggung :)

Tuesday, June 24, 2014

kecoh sangat la puan lola.

Assalamualaikum ^^

Oh gempar kan cerita hilang budak.
Cerita mak dera anak.
Kes pukul.
Kes itu ini.

Ayoooo semuanyaaa macam macam...jenuh nak fikir ni.nasib aku bukan perdana menteri kalau tak memang jenuh la nak memikir semuanya.

Baiklah...
Cerita tentang puan lola.
Emak kepada seorang anak OKU.

Sungguh masa mula mula tengok video cara anak tu ditemui hati tisu aku memang dah mengalir air mata tambah pulak bila dah beranak pinak ni lagi la hati tak kuat.

Semalam aku ada baca kisah yang lebih kurang kata puan lola ni miskin tegar tak mampu nak beli kain baju anak pun.
Aku pun terjah la fb puan lola.tengok sana sini.

Semua orang komen buat fb main game semua ada masa...bergaya kemain dalam fb.
Dan aku terfikir...ada ke orang nak letak gambar dia dengan baju koyak rabak di profile fb dia...mesti tak ada kan...semua nak nampak segak lawa ja...macam tu jugak puan lola.
Tapi musykilnya aku disini...kenapa baju anak dia tak mampu ditukar.apa salahnya kau belila baju pasar malam pun bukan hina baju pasar malam...tak payah la nak beli baju brand brand ni haaaa tak kemana jemah oiiii esok esok lusuh jugak.takan kau nak tukarkan baju anak kau buat pakai harian p je beli baju bundle.okay what.baju bundle lani semua berjenama hapaaa bukan lusuh pun ada yang baru bukak plastik sebab reject sikit ja dah tu ada brand lagi!

Tapi yelah,
Aku ni bukan sesapa pun nak nasihatkan kau puan lola malah keadaan kau selama setahun yang kehilangan pengasuh pun aku tak pernah hadapi jadi aku dengan semua orang mampu hembus jari jemari dengan mulut jela komen situasi kau...tapi bila difikir dek akal logik la...kau boleh je letak anak kau dekat tempat yang bersih...bukan letak dekat tempat yang macam kau letak binatang ternakan tu! Hellooooo orang bela binatang pun mai cuci kandang selalu naaa...kucing pun tuan dia bagi mandi elok...ni anak hang rambut pun tak terurus...jadi apa kejadahnya hang dok pulun pertahankan lagi.

Dan
Kalau hang guna alasan bekas suami hang tak ambik peduli pasai ank hang tu pun aku rasa orang susah nak terima.
Weiii mak aku bela dua anak sampai besaq tua bangka lani sendiri tau ayah kami tak pernah peduli pun.
Tu akak ipar aku anak lima naaa awat dia boleh bela anak dia sendiri.sorang sorang ja.jadi hang jangan guna alasan ni.pada aku bila kita dah jadi ibu ni weii kot mana pun kita tak makan tak apa asal anak makan.perut anak tu lagi penting...sebab tu ada orang sanggup mencuri sebab nak beli susu anak!
Tapi itulah satu ja...lelaki ni kalau depa ingat tanggungjawab depa sikit ka banyak depa mesti ambik peduli.depa mungkin lupa isteri anak tu jalan depa ke syurga.
Jangan dok seronok sangat tengok isteri atau bekas isteri ampa susah payah besarkan anak sedangkan ampa dok nganga ja...lepas tu bila hal macam ni keluar dekat paper ampa bukan main ketuk ketuk komen salah itu ini tapi bukan nak muhasabah diri ampa sebagai lelaki.jangan tau buat anak ja...lepaih tu bini mengandung nak beranak pun tak ambik tau.nampak dayus sangat! TAK KIRA LA APA PUN MASALAHNYAAAAA

Pasal JKM  aku rasa lani pihak kerajaan kena buat satu sistem kalau dah kesan dari awal kelahiran kata anak yang dilahirkan tu anak OKU lebih baik mudahkan ibubapa terus sahaja beri bantuan.baik dari segi kewangan ataupun sokongan.tak payah la nanti kata jkm tatau la terlepas pandang la...apala...lepas tu salahkan ibubapa ja...kadang kadang orang kampung yang tak kampung pun bukan tau sangat pasal bantuam bantuan ni.tak semua orang didedahkan...dan selalunya orang akan malas nak minta sebab kerenah birokrasi.selain tu sediakan kelas kelas kursus khas untuk bantu ibubapa yang ada anak oku ni.bukan anak ja  perlukan sokongan tapi mak ayah pun perlukan kaunseling jugak.bukan mudah naaa nak redha anak yang kau mengandung 9bulan 10hari tu tak sihat dan sesempurna anak orang lain tapi harus diingat BANYAK ANAK ANAK OKU YANG BERJAYA JA! Lebih berjaya dari orang normal.

Bukan mudah jaga anak oku ni.umum pun tau benda ni.
Dengan ragamnya...dengan remehnya...dengan macam macam hal...tapi harus diingat kalau depa ni diberi pilihan pun depa sendiri tamau jadi oku depa nak normal macam kita.
Dan dalam hal lagu niii puan lola...puan lola membuktikan bahawa puan lola lebih oku dari anak puan lola! Sanggup dan tergamak puan lola buat macam ni...maaf la nak doa buruk buruk tak lah tapi nak doa semoga puan lola insaf dan bertaubat serta lepaih ni puan lola ambik berat la pasai anak anak puan lola biar pun dia tak dibawah jagaan puan lola...kita tatau masa hadapan...hari ni mungkin puan lola rasa anak oku puan tu menyusahkan puan tapi esok esok anak tu yang bela puan siapa tauuu hari tua kita kan.

Ya ya ya entry aku ni agak emosi...tapi aku rasa bertempat kot.
Nasib la puan lola jauh kalau dekat aku dah p peluk dia...bukan kerana kasihan tapi kerana simpati beliau hilang sikap kemanusiaan terhadap anak kandung sendiri.

Baiklah.
Dengan ini harapan aku kepada makbapak diluar sana...apa sahaja pun yang terjadi ingat perceraian bukan benda yang elok malah selalunya menyusahkan lagi banyak pihak.sebab tu aku pertahankan perkahwinan aku.
Eh tetiba kan jemah sangat kauuuu rai...
Apapun doakan jodoh aku dan anak anak dengan asben aku panjang di dunia dan akhirat.

Salam sayang,
Puan raihana humaira bukan puan lola hihihi

Sunday, June 22, 2014

untukmu.

Assalamualaikum ^^



Bertahanlah!
Tolong jangan berhenti...
Berpautlah wahai nyawa...ini bukan mimpi...
Saksikan dengan mata
Rasa dengan jiwa

Jauh kita terbang...
Tinggi di awan...
Tak siapa sangka
 Getir yang menghalang tak besar mana...

Payah payah yang semalam...
Moga mudah selamanya!

Tiada apa yang mampu menegakkanmu
Tiada yang menolak
Tiada yang memijak henjak
Biarkan di belakangmu

Jangan dikenang...
Jangan disayu...
Jangan didendam...

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepangkan dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Pasakkan aku tunduk sehingga mati
Agar tak lupa diri
Mengenang budi


Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah


Moga kau sentiasa letakkan kami di hatimu sehingga hidup dan matimu!!!

Tuesday, June 17, 2014

review bengkung nona roguy

Assalamualaikum ^^

Ya seperti dijanjikan meh kita review tentang bengkung nona roguy yang aku guna dalam pantang.

Aku beli bengkung last minit.
Sebelum ni aku guna bengkung leesa formula tapi bengkung tu macam atas montot je...jadi aku pun decide kena beli bengkung lain ni nak yang bawah punggung. Nak tempah memang dah tak sempat due aku masa tu aku beli tu lagi seminggu je.

Ye last minit kan.
Sebab sebelum tu aku harapkan suami aku.

Jadi selaku penjual set bersalin ni opkos la aku dah tau mana satu bengkung yang paling panjang.
Bengkung nona roguy ni baru lagi.
Sebelum tak ada.

Aku memang la ada premium beautiful tu tapi macam tak sesuai nak pakai awal pantang kan.
Pakai sekejap sekejap boleh la.

Okay berbalik kisah bengkung.
Sangat super duper best.
Labuh sampai bawah montot.
Bawah dada.
Memang ikatan kemas.
Nak jalan pun kiranya jadi minah jepang la kau noks!

Aku pakai malam memang aku pastikan aku siap tukar pad, buang air, memang tade fikir nak bangun duduk dah lepas tu.
Kiranya pakai tu baring dan gerak bila rasa haus (air panas spare siap siap dekat dekat) dan nak menyusu arjuna je.

Kira aku hadkan pergerakan sebab memang malas lepas pakai bengkung tu ikat ketat ketat.
Nak kata untuk kurus tu aku tak pasti lah nak kurus ke tak tapi yang pasti aku target badan aku ada shape.
Biar berisi sikit tak apa asal ada bentuk baru la nampak mantap kan...
Hahaha
Siot je ayat.

Tapi kalau kau jenis pemalas memang kau layak pakai bengkung zip zap tuuu pelekat pelekat siap...tak pun cangkuk cangkuk siap siap...ala ala silap mata gitewww...

Meh aku bg gambo bengkung nona roguy tu.


Harga pasaran rm50.00


Dengan set lengkap bersalin nona roguy
Rm350.00 including postage semenanjung.
Sabah srwk add rm10.00


  • PhytoNatal 90 biji
  • Krim Herbanika Barut 60g.
  • Herbanika Lulur 100g.
  • Minyak Herbanika 100ml.
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  • Akar Herbanika 10 t-bag

Jimatkan selalunya set bersalin harga biasa pun rm360.00
Bengkung rm50.00
Ni set bersalin + bengkung =Rm350.00 free pos lagi semenanjung.
Kalau nak add on tungku baby just tambah rm10.00 je.
Kira langsam je ni...dah bagi best price tauuuu

Mai le terjah beli dengan aku.
Nak mudah watsap berasap je 0183590663


day 6

Assalamualaikum ^^

Day 6 berpantang.

Oh oh oh kejap kan.
Aku bersalin 12.06.2014 jam 01.49pagi
10minit sebelum bersalin pun aku boleh msg dekat suami aku suruh dia datang hospital kulim jam last aku msg 01.39pagi
Macam tak percaya je...
Lepas bersalin aku gagah boleh msg watsap org bg tau lagi...
Terutamanya msg suami aku jam 1.53pagi bagi tau kata dah bersalin.
Tadan nak drip air.
Tadan nak cucuk apa apa baru ja check denyut jantung baby terus aku nak bersalin.kelam kabut satu labour room.
Allah swt mudahkan sangat perjalanan kelahiran arjuna hati.
Alhamdulillah.
Mungkin ini rezeki.

Berpantang macam biasa.
Berbengkung.
Bertungku.
Pakai pilis.
Pakai param.
Pakai stokin bola sampai ke lutut.

Tapi belum start ubat lagi sebab arjuna kena jaundis.

Prosesnya hari hari ler ulang alik ke hospital. Dengan tekanan darah aku yang naik naik naik je...turun tak jugak.macam menyampah je.
Padahal aku elok je...
Tadak pening.
Tadak apa apa pun.
Sihat dok bersuka ria.

Tapi tak pelah kan.
Allah nak suruh jaga kesihatan tu yang dia alert dengan tekanan darah tu.

Pasal bengkung nanti aku buat review.
Aku pakai bengkung nona roguy kali ni.so far memang ada somethings lain la dari yang lepas.

Kali ni pantang aku lebih berdikari dan rasa lebih kuat.rasa macam bertenaga je padahal belum mula mengurut lagi makan ubat pun belum sebab tumpu bagi arjuna hilang kuning dulu.

Part susu...alhamdulillah kali ni permulaan yang baik...better dari princess. Myb sebab dah ada pengalaman kan.aku memang minum air panas panas tu.boh air panas panas tunggu sejuk sikit baru minum dan nampaknya jadi milkbooster jugak la.

Aku masih belum "tayang " arjuna pada tatapan umum...tak upload lagi gambar dia...saja lah...orang kata lepas 7hari lebih afdal...tengok la...insyaallah esok ke tak pun lepas 44hari.dan aku pesan pada fmly terdekat pun tak payah upload lagi...sebab lately banyak baca kisah al-ain.
Apa yang tak kena duit kita ikut jekan...
InsyaAllah untuk kebaikan jugak.

Nama pulak.dah ada tapi belum daftar sebab tunggu suami aku bagi salinan kad pengenalan.tak bagi lagi.
Ikutkan aku nak daftar paling lewat esok.sunat beri nama anak pada hari ke tujuh . princess dulu pun beri nama pada hari ke tujuh jugak...alah benda sunat ni kalau kita mampu buat apa salahnya kita buatkan...lagipun semua tu bukan memudaratkan kita pun.

Princess pulak sangat behave.
Memang tokoh kakak semulajadi.
Boleh diharapkan la jaga adik.
Suka cium adik.
Memang nampak sayang sangat dengan adik.
Jadi tak perlu risau part ganggu atau cemburu.
Adik p check kuning sekejap pun mencari.
Haish...pening naa semua nak menjawab.
Masa aku bersalin ritu kena tahan wad jumaat baru balik.
Sampai demam demam dia...rindu sangat.
Yelah aku pecah ketuban 11.43malam.masa tu dia dah tertidur...nak dijadikan cerita kami layan upin ipin sampai tertidur dua dua...selalu kami tdo lambat je...masa aku p hospital tu dia tidur...memang allah swt mudahkan sungguh kalau dia sedar myb aku rasa tak gamak nak tinggalkan.

Haish.
Kronologi aku bersalin sangat mudah.
Nantilah aku story.
Banyak benau aku story kan.
Aku ada up ritu satu artikel tp dah draf.
Sebab malas.hehehe
Sat lagi memang tersebar meluas la mengejutkan semua pihak pulak.yelah siapa sangka kejadian tersebut kan.
Memang wajib la semua terkejut.aku up 10mnt je link tu di fb.tu pun banyak yang pm.terus aku drafkan.
Link di fb pun aku private je.
Bukan takut tapi malas nak menjawab la noks..akak kau kan artis...nanti jenuh nak buat drama tauuu...hahaha

Dan yang paling penting berat aku dah turun manyak manyakkkk...tapi stil kena turun banyak laaa around 20kg hahaha
Mak aiiii 20kg...aku taip aku pun sentap.tape tape usaha naik lif mesti berjaya.

Okay lah nak sambung sesi meniaga.
Uols doakan rezeki aku dengan anak anak murah naaa...nak cari rezeki yang halal.
Bukan mudah nak besarkan anak anak sendirian.
Tapi insyaallah aku mesti boleh.

Doakan kami bahagia di dunia dan akhirat aamiin aamiin aamiin

Sebab doa kita kasik upah gmbr satuuu

Ada tiga tangan.
Sepatutnya empat.
Tapi
Tangan pertama kena culik dek bunian :p
Allah swt pinjamkan sekejap tangan pertama ke lain.
Nanti allah swt kembalikanlah ke kami bertiga. 
Janji allah itu pasti.
Allah sentiasa membantu orang orang yang dizalimi bukan?
Doakan kami ;)


Sunday, June 15, 2014

bersalin dan kisah sadis.

Assalamualaikum ^^

Bersiaran langsung dari atas tilam dan sedang terbaring bersama dua anugerah allah swt.

Alhamdulillah telah selamat melahirkan arjuna hati pada 12.06.2014 pada jam 1.49minit pagi berat 3kg.
dipermudahkan Allah swt urusan tersebut.

11.06.2014
malam tu main makan dan tidur awal bersama princess....
jam 10 lebih dah tidur siap...
konon konon layan upin ipin la kan...last last dua dua tertidur.
tetiba tersedar...dengar bunyi "pop"
lepas tu rasa macam basah sikit dekat kain..tengok jam di henpon pukul 11.43malam.
bangun berdiri..air makin keluar...
sah dalam hati ni mesti air ketuban sebab pengalaman 1st masa princess dulu.
masuk bilik air check..tengok cair macam campur putih putih..panggil tok bagi tau..kebetulan mama dengan papa baru sampai.
suruh la mama ambik pad..nak pakai pastikan dulu..
dalam masa yang sama rasa nak membuang..jadi pla dulu..lepas tu mandi sat.
terus siap..dan sah memang air ketuban.
siap...dan terus call lelaki kacak jam 12.22malam bagi tau kata nak otw ke hospital kulim dah pecah ketuban,dan janji nak jumpa di sana je..sebab dekat kan hospital kulim dengan rumah kami dekat berek trafik tu.
dia pun ye ye ngaku...so move on...

dalam perjalan sempat la msg watsap dan we chat sedara,kawan kawan rapat mohon doa...

sampai je hospital kulim terus ke kecemasan
jam 1.08minit call lagi asben sebab tak nampak bayang dia..sepanjang jalan kaki ke wad bersalin memang asyik call sampai la..ambik borang masuk ke wad.siap msg tanya tak datang ke..tapi no respon.
tak ada jawapan langsung.tak respon call tak jawab msg.tapi sempat aku tengok di watsap beliau on9 pada jam 12.33minit malam.

okay...kisah dalam bilik labour room,
sampai check bukaan 4cm.
kendian nurse suruh aku p panggil asben ambik bag baby,dan suruh dia isi form nak teman bersalin.
masa ni dengan harapan suami aku ada dekat luar la...
bukak pintu..yang nampak mama dengan adik je.
terus panggil mama,tanya
"jaja tak datang lagi ka mama?"
mama diam...geleng,kemudian peluk aku.
suruh aku jangan fikir bukan bukan.anggap je jaja dok jauh sibuk fikir yang baik je..mesti dia tengah solat,doa untuk aku dengan anak tu.
aku menangis.
dan ambik bag.
nurse tanya asben tak nak masuk ke..aku jawab dia tak datang.
 jalan kaki dan masa jalan kaki ke katil dalam labour room,sampai je terus baring
aku msg lagi jam 01.34pagi..masa tu aku merayu suruh dia datang dan teman aku walau aku tau...semua ni cuma mimpi je.aku je terhegeh hegeh kan.
tapi aku tetap berharap.

lepas tu nurse pasang denyut jantung baby..check denyut jantung okay...
dia tanya sakit ke?
aku kata masih okay..sakit pinggang sikit je...
kendian dia suruh aku sedut gas kalau sakit sangat..
baru nak sedut dah nak muntah...terus muntah...
lepas tu bagi tau...nurse saya rasa macam nak membuang je...
dia terkejut sebab tak bagi pun ubat nak bagi berak sebab aku bagi tau aku dan membuang sebelum datang tu.
dia terus tengok..dan nampak kepala baby.
masa tu tak sempat nak prepare apa apa...
dia kata jangan teran..aku kata taklah..tak teran pun...
menjerit panggil doktor semua..kelam kabut pakai sarung tangan...
sampai tak sempat apa apa terus sambut je baby keluar...
aku langsung tak push.
nurse cuma suruh aku pegang kaki dan tengok perut aku cuma sempat pegang kaki sebelah je kot.tengok perut pun baru nak angkat kepala...tetiba je depa kata baby dah keluar jam 1.49.
lepas tu semua sibuk cari gunting dan nak bawa lari baby untuk sedut apa entah.
semua terkejut sebab masa pantas sangat.
dan semua tak menduga aku nak bersalin sepantas tu.
doktor nurse semua asyik minta maaf sebab tak sempat nak prepare apa apa.
tapi alhamdulillah la baby semua okay.
aku langsung tak sempat nak ambik ubat tahan sakit ke..nak drip air ke..apa pun tak sempat.

dah tu...aku sudah je bersalin..aku terus msg suami aku jam 1.53pagi kata aku dah bersalin.gagahkan.siapa sangka...masa tu aku watsap papa bagi tau..then watsap mama...masa tu doktor tengah sibuk nak bawak keluar uri...sebab dah tak sempat suntik ubat apa semua...uri pulak sangkut.depa letak baby atas aku untuk bagi aku menyusu..dekat sejam la jugak...sebab nak bagi aku cool...
doktor kata kalau uri tak boleh keluar jugak terpaksa operate.
doktor suruh call asben suruh datang..berkali aku call no respon langsung.
sampaikan doktor kata tak apa kami call ipd sahaja.aku kata tak perlu.dia tak akan datang..tak apa nanti saya sign sendiri..tapi doktor usaha lah dulu seluk tarik uri.
doktor terus suruh aku sedut gas supaya aku mamai mamai...tapi entah..aku masih mampu lagi kot sedar..dan rasa..sempat aku call kak liza bagi tau uri sangkut.bagi tau mama,watsap mak su.
sampai depa tanya aku tak sakit ke...
entah la...sukar aku nak terangkan..kemana hilang semua rasa sakit tu..mungkin perasaan aku lebih kecewa lagi berbanding rasa sakit tu kot...hehehe
dalam masa yang sama tekanan darah aku makin tinggi tinggi dan tinggi...
sampai semua orang dah kelam kabut...

hampir jam 3 lebih baru lah uri berjaya di keluarkan...aku kehilangan darah lebih dari sepatutnya.doktor try nak drip darah.tetiba badan menolak...
drip ubat pun dah tak boleh masuk.
sudahhh...aku sedar lagi masa ni.
masa ni aku dah tawakal dah...
tapi aku asyik jugak tanya...suami saya datang tak...sampai kan sorang nurse tu nangis dia temankan aku dekat sebelah.suruh aku baca doa.

doktor suruh aku tidur...
aku usaha nak tidur...dan tertidur sekejap sekejap..sampai pagi duduk dalam labour room..keluar dalam jam 8 pagi.sebab doktor nak pastikan aku betul betul okay.

masuk wad jam 8.45 pagi macam tu...masa keluar tu nurse tolak dari kerusi roda dekat luar,aku nampak adik,mama dan lea.
wajah yang aku harap tak jugak aku nampak.
ye,masa ni aku rasa aku bodoh sangat!
aku macam looser.
boleh kau harapkan orang yang buat kau macam sampah.
kau bertarung nyawa pun dia tak heran..sikit pun dia tak kisah.jawab call msg pun tak..padahal dia tau je.

masuk je ke wad,terus ambik baby.
menyusu...
sambil nangis aku tanya mama,sapa yang azankan..mama kata adik.
semua diam.
aku peluk baby
"tak apalah...Allah sayang kita..sebab tu dia bagi kita dugaan macam ni...biarlah orang buat kita...kita jangan buat orang.imam bonda ni nanti jaga kakak dengan bonda sungguh sungguh"

aku tengok muka baby,tenang je..mudah sungguh allah aturkan untuk perjalanan dia lahir.
rezeki.
Tak apalah dik, biarlah orang dah tak suka kita kita jangan mengharap lagi...kita teruskan semua dengan berdikari.

Masa tengahari waktu melawat jam 1 lebih baru nampak datang.
Berseluar pendek t shirt hitam pakai cap playboy.
Nampak macam remaja sangat diusia hampir 40an.janggal.

Pegang anak.aku tengok.membaca sesuatu di telinga anak.aku tak pasti . mungkin azankan anak.
Lepas tu minta pada mak mertua aku GL dia terus ke kaunter.
Kendian datang balik...aku minta baby untuk disusukan..sebelum tu nurse dah pesan kejutkan baby susukan petang tu depa nak ambik darah untuk check kuning.
Masa tu dengan harapan dia datang duduk dekat aku tanya khabar apa la...tapi tak..terus ajak mak mertua aku balik.
Sebelum balik tu mak mertua aku kata yang aku ni tak pandai ambik hati dia.
Dan saat itu aku terfikir.siapa yang patut ambik hati siapa sekarang. Sudahlah aku seorang diri datang pun macam ribut.

Sungguh...aku dah tak mampu berfikir...seorang yang sangat bertanggungjawab yang penuh dengan kasih sayang yang protect aku yang jenis bimbang kalau aku demam sikit pun yang jenis kalau sehari tak dengar suara aku dengan anak mesti tak senang duduk...tetiba berubah sepantas ini.macam orang lain.macam pelik.tp itulah hakikat.
Aku dah letih.
6bulan aku merayu sambil membawa perut.
6bulan aku sendiri...berusaha mempertahankan semuanya...sehingga ke saat ini.
Tapi semua sia sia.
Sungguh...dalam hati aku memang ada cinta tapi biarlah disimpan rapi tak usahlah di kenang lagi.
Bukan aku yang tak sudi tapi aku yang dibuang pergi.
Cukuplah...tak ada dendam dalam hati aku.
Cuma andaikan terjadi pada keluarga sendiri saat itu baru tau apa yang aku dan keluarga aku rasa.

Family aku?
Macam tulah...asyik biarkanlah...jangan kita buat orang.
Tanak masuk campur lebih lebih sebab pada fmly aku benda sikit je...jadi besar sebab campur tangan banyak pihak.
Dan semua harap jadi elok je dan cepat pulih.
Sampai saat ni mama masih kata...sabar la...allah mesti tengah nak uji je...esok lusa elok la semua.
Tok pulak kata biarlah...lama lama tu jadi elok la...doa minta yang elok elok.
Sama la dengan sedara sedara pun.
Sebab semua tanak benda buruk jadi...
Tapi dah orang tanak apa nak buat.
Takan aku nak hidup 70tahun lagi macam ni.
Aku nak jugak bahagia...seronok dengan anak anak.
Dan untuk terfikir tahap bercerai...mungkin tak nak.tapi kalau itulah pilihan asben aku apa aku boleh buat lagi pun dari aku dan anak anak dizalimi kan.

Aku fikir habis.
Fikir pasal anak anak nak jalan jalan tapi tak ada ayah.
Tengok orang lain manja main dengan ayah.
Tengok orang lain raya dengan ayah.
Tengok orang lain pagi raya cium tangan mak ayah.
Semua aku fikir.
Masa nak daftar anak sekolah.
Masa anak nak kawin.
Semua aku fikir.
Anak anak nak membesar perlukan kami.
Tak mudah perjalanan hidup sendiri.

Takan aku nak kawin lain...sama ke ayah betul dengan ayah tiri.payah nak dapat yang serasi.

Dan aku rasa memang allah swt dah tetapkan jodoh aku seorang je.kalau habjs habis lah.
Orang kata muka iras iras jodoh panjang.
Muka aku dengan asben memang iras iras tapi adakah jodoh kami panjang.
Insyaallah...mungkin doa doa dari semua...siapa tahu.

Nampak tak harapan aku.
Entah lah.
Aku ni macam tak serik kan.

Tapi itulah hakikat.
Dahla...goyah.

Ya Allah tetapkan sesuatu yang baik buat kami ya Allah sungguh tak tertanggung lagi aku dengan semua ini.




:SEBELUM INI ENTRY INI DI DRAF DAN DIPUBLISH KEMBALI PADA 24.11.2014.
DAN DAN DAN AKU RASA AMAT BODOH BILA MEMBACA SEMUA INI KEMBALI.
SEKIAN.



Monday, June 9, 2014

esok

Assalamualaikum

Esok due aku...
Sampai saat ni masih belum ada lagi tanda tanda aku nak bersalin pun.
Tapi aku harap aku bersalin esok la...
Sebab ada rasa yang tak tertanggung lagi dalam diri...biarlah arjuna hati keluar nanti membesar dan membela nasib kami.

Aku sms pada lelaki kacak ingatkan dia esok due aku.
Tapi jawapan yang aku dapat tak usah la aku ceritakan disini.

Mungkin agak lawak.

Tak apalah aku anggap sahaja dia tak waras untuk saat ini.

Dan aku berdoa sangat agar allah swt beri aku kekuatan untuk mulakan segala galanya dengan anak anak.
Moga allah swt bantu kami.

Aku harap allah swt hindari aku dari dizalimi lagi...
Semoga allah lindungi aku dan anak anak.

Sekarang ni,
Sebanyak mana aku bercerita pun aku rasa semua dah kosong bukan sebab aku yang kosongkan semua tapi sebab dia sendiri yang memilih.
Aku dah usaha.

Orang orang terdekat mesti tahu bagaimana aku pujuk rayu.
Bagaimana aku merendah diri
Bagaimana aku biar diri dihina
Bagaimana aku biarkan kami tak diberi hak sepatutnya
Semata mata nak jaga hati.
Tapi itulah....
Aku silap.
Aku silap.
Aku silap.
Patutnya aku dah bertindak dari dulu...tengok sekarang semua dah kata aku sengaja ditindas.

Tak guna menangih lagi.

Berubah sekelip mata.
Itu sahaja yang semua mampu kata.
Bukan sahaja aku . mungkin kenalan rapat pun akan kata begitu.
Hehehe

Tapi yelah...
Bila hari hari kena basuh opkos la jadi lain.

Batu pun kalau dah kena air tiap tiap hari lama lama haus jugak.
Apatah lagi hati manusia kannnnn...




Sunday, June 8, 2014

kisah check up lagi dua hari :)

Assalamualaikum ^^


hai,
cakkk
lagi dua hari je due aku...

dan masih bersiaran langsung dari tilam empuk dirumah bukan dikatil hospital...kemain kerek kannn

yelah wei...

tadi check up memang buat aku sesak napas tahap nak tertelan air liur...hihihi

check BP asyik tinggi...

enam kali nurse check...dok tinggi...sampai la masuk bilik doktor...dia check turun sikit....tu pun sikit jeeeeeeeeeee

doktor dah geleng geleng kepala...

suruh rehat dulu...

sebelum tu suruh urine...


dan urine aku sah ada kencing kotor.


cess sajiaaa tauu....nak jugak rekod menda ni dalam buku merah akak.

dulu masa princess pun ada jugak tapi masa tu awal lagi...dan lepas tu okay je...

then dah rehat lama...doktor check lagi tekanan darah..

repeat kali ni pun sama je...
tetap tinggi walau tak tinggi sampai macam nurse check mula mula tu.

mula mula doktor dah nak suruh admit wad.
masa ni macam macam la aku fikir...
kalau masa princess dulu aku tak kisah sebab aku sorang diri...ni nak tinggal dia...ohhhh bercinta sangat.
aku pun bincang la dengan doktor supaya lusa je aku admit...doktor kata tunggu sekejap dia call doktor pakar....dia suruh aku rehat dulu..kejap lagi dia panggill...

masa duduk sorang sorang tu..aku pegang perut cakap dekat adik baby...
"sayang,kesian la dekat bonda dengan kakak....kita masuk bila sayang dah betul betul nak deliver...tak payah la kita duduk lama lama dalam wad ye...nanti kakak sunyi kita tak ada teman dia tidur...kan kakak selalu cium sayang dengan bonda dulu sebelum tidur"

masa ni kemain adik baby gerak gerak...
dan aku doa doa harap allah swt bantu aku saat tu....



dannnnnn doktor pun panggil aku.....

keputusannya adalah...
hari hari aku kena check up bp dan kencing kotor.
sangatlah tak heaven...tapi tak apa...dari dok dalam wad hati aku pun tak seronok baik duduk dirumah dan pergi ke hospital masa memang dah konpem nak bersalin.
macam masa princess dulu.
dah pecah ketuban baru p...dan terus bersalin.itu lebih baik...dan lebih seronok tak payah menginap lama lama...
ayoooo tak mau naaa dok lama lama...boleh senget sat...hihihi


dan aku harap memang lusa aku bersalin la...
apapun...doakan aku dan anak anak dipermudahkan ye...

sekian.

Friday, June 6, 2014

jangan isi minyak penuh tangki

Jangan Isi Minyak Penuh Tangki

gas-pump-with-dollars_100311666_m

JANGAN DERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK

Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, dimana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

attachment

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Keraana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.


.com/


Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High. 

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.


Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong. 

self-service-gasoline

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

Peringatan yang terkhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol. JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.


p.s~ aku pun kopi paste jadi try and eror jelah ye semua...mana tau tips ni berguna...tambah tambah zaman duit je semua skrg.

Thursday, June 5, 2014

tips mengempiskan perut dengan cara paling mudah.

Assalamualaikum ^^

Sempena lagi lima hari je due aku aku nak share sedikit tips yang pastinya memberi manfaat kepada semua...

Pasal kes perut muncit.

Eh sapa suka...
Kau suka ke?
Mesti tak lah kannnnnn

Hehehe

Jadi meh ikut tips yang bakal aku share kan ni...pasti mujarab dan berkesan.
Dan yang penting jimat lagi menjimat kan.

Semua orang boleh buat...tak perlu keluarkan sebarang kos pun

Free of charge.

Eh...nak kata aku tipu ler tu...

Ishh betul la...aku bukan nak kasik free obat kuruih ka apa....ni aku nak bagi tips ni..petua serta pemudaaaa untuk kita kita.

Biarlah ianya menjadi rahsia antara kita sudah.

Tak payah heboh heboh sat lagi jenuh nak kaver line sebab ramai sangat yang tau tips ni...bukan apa takut tak berkesan pulak!

Jadi lepas baca buat dan zip mulut okay...


Baiklah
Baiklah
Baiklah

Marah letew aku bebel panjang panjang tips tak bagi jugekkkk kan...

Kau ingat mudah mudah je nak kasik...

Nak la dulu upah sikit hahaha

Yelah tipsnya begini.

Berdiri depan cermin

Kau berdiri tegak tegak...

Okay dah berdiri kan.

Lepas tu depa tangan....

Okay dah depa ke?

Kalau dah....

Lepas tu kau tarik napassssssss kendian tengok dekat cermin....kempiskan perut uols....

Jadi siapa kata uols buncit? Tu dah kempis...
Nak cepat lagi?

Ambik je pisau belah  perut buang isi lemak lebihan tu...nescaya memang akan kuruihhhhh


Muahahha

Okay tak tips aku...


Saja je...menghappykan diri.

So benda nak happy happy ni kena sharr dengan semua orang bukan.

Takan lah nak happy sorang sorang pulaks.


Apapun selamat mencuba tips ini.
Dan
Semoga berjaya.

Okay baiiiiiiii

Sunday, June 1, 2014

9days to go.

Assalamualaikum ^^


9 days to go ^_^

oh,

teruja tak?
wajib Teruja.

dan

berdebar.


rasa ini sungguh tak terduga.

melalui fasa mengandung anugerah allah swt kedua ini buat aku banyak belajar dan banyak sedar tentang kasih sayang,keyakinan diri dan mengenali orang sekeliling!

kau tahu dulu masa bulan enamlah aku dapat satu good news,
aku dapat tau yang lelaki kacak tu bakal bertukar ke sini duduk bersama kami anak beranak.
good news bukan?
dan aku anggap itu rezeki terindah tahun lepas.
lapor diri bulan 7.

kami sempat duduk bersama sekejap.

hujung bulan jun until disember.

and aku pregnant masa bulan 10,bulan ulang tahun perkahwinan.
indah sangat!
sungguh.
dan senyuman yang terukir disetiap bibir kami.

lepas tu aku asyik naik angin nak marah je.hehehe
asyik letih
asyik tak larat
tak mampu nak buat macam macam
suka baring
dan sama macam pregnant princess mula mula turun darah sampai dah 6month ++ akan hilang dengan sendiri...dugaan yang sama tapi masih under control.

semua habis!
bulan satu aku mula bangkit dan kena buat segalanya sendiri.
tak boleh bermanja macam pregnant princess
tak ada lah suara yang hari hari pesan itu pesan ini tanya itu tanya ini,semua tu hilang dari kamus hidup.
yang ada angan angan.
aku hidup diawang-awangan.
bercakap dengan gambar dan berharap gambar tu bercakap apa yang aku nak.
moment yang sama macam aku nak masa pregnant princess.

tapi,

apa kau dapat.
angan angan memang indah.
tapi mimpi jelah kan.
sampai sekarang aku hidup dalam angan-angan.
dan aku rasa itu sahaja mampu ubat luka di hati aku dan anak anak.

tentang persiapan untuk adik baby,
ada jugak aku beli barang baru,biarpun tak mahal,biarpun tak semacam mana...tapi insyallah itu sudah cukup.
salah aku jugak,
dulu masa princess dari awal lagi aku dah prepare jadi taklah fikir duit keluar sekali gus.
maafkan bonda arjuna hatiku,
bonda terlalu khayal dalam dunia yang bonda ingat kita semua akan bahagia...bonda terlalu banyak berdoa untuk kita semua bersatu sehingga terlupa yang kamu didalam diri bonda punya satu tanggungjawab yang sangat besar utuk bonda ambik tahu.
khilaf bonda.



23.05.2014
genap 5tahun aku kenali lelaki kacak yang bertahta dalam hati aku sampai sekarang.
ya sampai sekarang!
buat apa nak tipu diri.
aku bangga sebab aku dilahirkan tak punya perasaan yang berbelah bagi.
perasaan yang tak tinggal atau hilangkan rasa dikala insan yang aku sayang perlukan aku atau buat aku menderita.
Alhamdulillah,Allah swt beri aku nikmat rasa itu...walau perit sangat rasa itu sekarang ini.

kami kenal dengan masa yang pantas,
dengan cara yang pantas
dan aku selalu anggap dia jodoh dari Allah swt.
masing masing ada kelemahan
masing masing ada kelebihan

tapi yelah,
bila hati dah suka
semua itu bukan masalah.

semua yang keji jadi puji.
semua yang hitam nampak putih.

dalam hidup ada masanya punya masalah tapi itulah orang selalu nasihatkan apa sahaja masalah tu kalau kita handle dengan baik dan teliti semua akan jadi mudah tapi kalau kita selalu minta campur tangan asing semua akan jadi susah.

benda kecik pun jadi besar.

benda sikit pun nampak banyak.

sudah cukup cerita tentang ini...tiada apa beza jika hanya sebelah pihak yang berfikir untuk kebaikan.

1.JUN.2014

ya...jun yang dinantikan.
9 hari sahaja lagi...cepat atau lambat semua kerja Allah swt.
tiada apa membezakan.

cuma satu,
dulu aku selalu berdoa supaya ada tangan yang memang tangan aku di kala sedang bertarung nyawa untuk menghadiahkan beliau zuriat yang akan diletak nama belakangnya nama si dia...
tapi kini,
itu angan angan.
belum pasti.

teringat kisah princes,
3hb.10.2012
lelaki kacak dapat balik,(ini tak disangka sedangkan esok due,tapi tak rasa macam nak bersalin pun)
habis kerja petang rabu terus ke kulim ambil beliau di hadapan hospital kulim la...
lepas tu round satu tesco.
padahal tak beli apa sangat pun.
sampai rumah dah malam,
around jam 5pagi macam tu tetiba tengah tidur rasa macam basah basah,kejut lelaki kacak disebelah siap dok lawan edisi tuduh menuduh kata kencing atas tilam...
tak fikir pun air ketuban masa tu...
langsung kami tak fikir.
dan masa tu tak sakit pun..
lepas tu rasa nak p toilet kejap kejap...bangun dan ke toilet ulang alik...macam nak membuang tapi tak pun.
lelaki kacak tu sedap je tidur,yelah dah perjalanan jauh kan...terengganu ke kedah siang tu..mana nak sedar kau...letih sangat.

dalam jam 7 lebih,lelaki kacak tu pun dalam mamai mamai dan mungkin separa sedar masa aku dok ulang p balik p balik dia mula la buat muka cuak.
bangun macam dengan isteri dia dah bersalin depan mata hahaha
lepas tu paksa aku mandi siap cepat cepat sebab memang 4.10 tu kena scan dan lepas tu p klinik kesihatan.
dalam masa tu aku perasan macam air putih tu tetap keluar.
aku pun humble jelah pakai pad.
sampai lah ke klinik jam 9 pagi baru bukak naaa
tunggu punya tunggu 9.30 baru staf klinik tu mai...masa tu aku rasa makin banyak dah air putih tu turun tapi tak rasa sakit pun...
masuk dan ambik nombor tunggu turn.
lepas tu masa duduk tu baru rasa macam sakit la sikit.
air pun makin banyak je..lelaki kacak tu ambik pad dalam kereta kendian aku tukar..
dah aku merengek sebab macam lambat je...dia pun dengan gagah perkasa ketuk la pintu bilik doktor minta nak scan cepat sambil buat muka blur cerita ada turun air,
masa tu baru kami tau yang air tu adalah air ketuban...hahaha
cuak kau...doktor terus suruh ke hospital la...sebab tu klinik je..mana nak boleh bersalin dekat situ.

okay,aku call mak aku.
slumber je cakap air ketuban pecah...mak aku rilex macam tak percaya yelah...aku tak nampak langsung tanda tanda nak bersalin kan.
jadinya semua orang macam cool je.
balik rumah tok.
tok kata ni memang dah nak bersalin..ambik barang barang semua,salam dan terus ke library sambil lambai lambai dak iema kata nak p bersalin.
lepas tu singgah sekejap di rumah kami di sungai duri lelaki kacak tu ambik barang dia.
gila kan...tapi nilah realiti...macam tak percaya...tapi bila ingat ingat itulah.memang inilah ceritanya.
dan masa tu rasa sangat bertuah sebab lelaki kacak tu ada untuk pegang tangan dan coolkan diri ini bila rasa sakit sikit sikit.

dalam masa yang sama
dia asyik sebut,
"baby walid sabar ye...jangan keluar dekat trafic light...sekejap lagi kita sampai hospital kulim"
nah..dari parit buntar balik ke sungai kecik,sungai kecik ke sungai duri..kendian baru lah ke hospital.
macam nak p check up je perjalanannya bukan nak p bersalin.
siap main henti sana sini hehehe

dan
yang paling sadis,
aku memang la jenis yang agak penakut dan tak mampu nak bertabah kot kalau bersalin sorang diri.
lelaki kacak tu memang nak tinggalkan aku dekat bahagian kecemasan kendian p park kereta tapi tulah..aku tanak...maap naaa nak ikut jugak...sebab masa tu aku fikir satu je...no wayyyy nak tinggal aku sorang sorang kang nurse tu panggil suruh bersalin terus dia pulak marah marah camneee...nak ngadu dekat sapa...dah la baru semalam jumpa asben...anoying sangatkan :P

okay sambung balik,
aku pun ikutlah p park...dan jauh dari bahagian kecemasan...
masa p tu kami p bawa buku merah je dengan handbag,kelas sangat kau kan rai...tak de nak fikir bawak baju baby ke hapa...sebab tak fikir pun nak bersalin lagi...dalam hati dok kata alah esok lusa kot...takan masuk wad terus nak bersalin.orang dok cerita 2 3 hari.
masa dok berjalan tu semua orang tegur sebab seluar basah teruk dah dengan air ketuban,dan nampak memang macam berjalan sambil kencing...paham ler kan.hahaha
tapi aku buat derk je macam takdak apa apa...
lelaki kacak tu siap ofer nak dukung aku ke kecemasan tapi biasalah...dengan mikir berat aku masa tu 98kg nokss kau mampu ke....hahaha
dan aku rasa berjalan jelah...kot berjalan ni mudah bersalin esok.

berjalan la kita sampai ke bahagian kecemasan.
dan staf situ macam pelik je dengan kami...dia pulak kelam kabut cari kerusi roda nak tolak aku...aku ni ye ye tanak sebab dah tak sakit..ishh malu jelah...dan yang paling penting aku memang dok pastikan lelaki kacak tu dekat je dengan aku.hahaha
no jauh jauh naaaa
sampai la depan pintu labour room aku kena masuk bilik check bukaan aku siap pesan...jangan p berjalan merata dok sini ja...kalau tak aku nangis tamau bersalin...aku cakap sambil lompat lompat *okay lompat lompat tu aku tipu jerk..tak lah...aku cakap sambil pegang tangan dengan muka kesian mintak simpati la*
dan aku pun masuk check bukaan 5cm.

hoiii,
masa check doktor tanya aku puan tak rasa sakiit ke?
sakit jugak tapi sikit sikit je...dia letak ubat bagi membuang semua..kendian dia suruh aku p toilet pakai pad nak tengok betul ke tak air ketuban yang pecah tu..aku tunjuk pada dia pad yang dah dipakai...kira cerdik jugak la kami suamisteri kan :P

lepas tu aku bangun keluar p ke depan cari lelaki kacak...sebab doktor kata kalau asben nak masuk suruh dia isi form.
dengan pantas aku terjun dari katil laju je p.
p sampai ke depan pintu tu ada lock.masa tu macam nak nangis dah.
aku dok terbayang...habislaaaaaa memang sorang sorang la bersalin.
lepas tu tetiba je pintu terbukak hahaha ala ala pintu doremon...dan aku nampak seorang lelaki dengan muka separa macam tak mandi duduk dekat kerusi tepi sebelah kiri.cepat je aku panggil....
dan tanya dia.dia bagi tau siap dah isi borang semua.
dan masa tu tetiba aku jadi godzila sebab beliau telah mengambil bag labour room yang salah.hahaha
yelah kau,semalam sibuk sangat nak shoping mana dan nak cerita mana satu beg apa semua...
tapi aku redha jelah...
dan lepas tu sengih siap peluk peluk macam takut tak jumpa dah.
siap lelaki kacak tu pegang perut pegang tangan kata,
dia akan tunggu,akan doa akan jaga aku macam mana pun dia tak p mana dok depan pintu tu je....siap janji semua.
hehehe
dah tu cium dahi...memang aku nangis lah masa ni...
dan beliau jugak.
padahal masa tu macam rilex je...macam tak sakit je...haha
ini bukan drama ini memang kejadian semualajadi.

masa dah aku dom di katil tu..kejap kejap aku msg beliau...
dan dia pun macam tak senang,kejap kejap call tanya.
dan paling lawak ada customer call (cik lin) aku bagi tau kata barang dah sampai masa tu aku kata okay..dia siap nak borak tanya aku dekat mana..aku kata tengah nak bersalin...hahaha dan until sekarang cik lin ingat semua ni..cuak dia..siap dia pun dok berdoa sama semoga dipermudahkan.

dalam masa dok sms tu..aku bg tau yang aku nak tidur sat mengantuk...tak sampai 10minit...tup tup tup aku dah rasa nak bersalin...dan masuklah lelaki kacak tu disaat kepala baby dah nampak sikit hehehe

ye,aku rasa bila nampak dia...satu kekuatan yang luar biasa.
yang lain sangat.
dia ampu badan aku dari belakang.
siap cakap sikit lagi je sayang...kepala baby dah keluar tu...sikit lagi je...sayang kena kuat...
dan dengan pantas aku pun push.
kemain kan cerita...
macam senang sangat aku bersalin.
tapi tula...memang ini kenyataannya.

macam nilah cerita dia.
dan kali ni memang aku sendiri tak pasti bagaimana.

aku selau terfikir,
kot kena drive sendiri la ke hospital lepas ni,cari parking kendian angkut je bag yang nak masuk labour room tu,bag aku biar dulu...nanti dah lepas bersalin baru minta tolong sesapa ke kereta ambikan.

dan yang pastinya
mungkin aku ditakdirkan sendirian kali ni
tanpa sesiapa yang akan membantu memberi sokongan lagi.

dan aku kena kuat bergantung pada diri sendiri kali ni.
lagi 9 hari lagi rai...
kena kuat rai...tu kalau sembilan hari...kalau kurang...lagi la kena bertabah.
insyAllah,allah pasti permudahkan semua nya...mana tau sekejap lagi,esok,lusa keadaan berubah dan menjadi seperti dulu...
biarpun ini angan angan tapi ini adalah satu doa.
dan ini adalah harapan.

Semua rasa ada dalam hati ketika ini,
semua perkara sedang difikirkan pasa saat ini,
siapa yang nak azankan baby,
dulu,dari parking berdua berjalan kaki hingga ke saat masuk dalam labour room.
ada tangan yang memimpin dan beri semangat.
tapi kali ni bersendirian.
yang nampak muka princes.
yang setia mengharapkan aku.

tak apalah,
aku kena tabah
aku kena kuat

ini baru terpisah.
bukan hilang terus.
bukan allah ambik terus...
allah hilangkan sekejap sahaja.
lepas ni allah bagilah balik bahagia ni.
allah nak uji.
nak tahu diri ni setia atau tak
diri ni kuat atau tidak
diri ni mampu tak berdoa hari hari

apa yang penting aku dan anak anak selamat
sebab kami tak ada siapa siapa lagi.

aku mohon doa dari semua...
doakan lah supaya allah ringgankan ujian kami ini..dan berikan kami kebahagiaan didunia dan diakhirat.
sesungguhnya...pada saat ini hanya doa sahajalah amalan yang paling mujarab.

ini masa aydina,masa adik baby belum pasti :)
tapi apapun insyallah rezeki allah swt adalah yang paling baik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...