✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label adik baby. Show all posts
Showing posts with label adik baby. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Kamu.

Assalamualaikum  ^^

jangan berlagak bila kita marah
jangan ego bila kita benci
hakikatnya kita tak nampak kesalahan sendiri.

hidup tak selalunya indah...
langit tak selalunya cerah.

Buat kamu lelaki jiwa,

terima kasih untuk kasih sayang ini.
harap harap kau jangan pergi dan tinggalkan aku dengan semua kedukaan lagi.

Bila mana aku tidak dengan kau,
bila mana aku tiada disisi kau,
jangan kau pernah lupakan aku...
jangan kau lupakan namaku...

Kerana...

Kau sentiasa berada didalam hati...

Kerana...

Aku sentiasa mencintaimu sepenuh hati...

Walau kau jauh dimata aku....
jangan pernah kau hilang dalam jiwa...

Andai aku mampu dicintai sampai ke syurga....pasti aku akan serahkan seluruh jiwa dengan penuh rela.


we love you.
 



Terima kasih sudi baca.

Love, 
Raihana Humaira  
Aydina malaeka tihany
Alexander seth  ukasyah  

Doakan semoga kami sekeluarga  murah rezeki dan bahagia sentiasa :) 

Tuesday, March 24, 2015

yang sukar itu indah....

Assalamualaikum ^^


Perkahwinan adalah sesuatu yang amat sukar.
ya,nak bernikah itu mudah.
kenapa aku kata nak bernikah mudah.
yelah kau decide dengan pasangan yang kau memang cinta habis...dan kawin.
once he said "aku terima nikahnya...."itulah baru bermula kesukaran dalam perkahwinan.

kawin ini bukan macam dalam cerita filem.
kau suka aku,
aku suka kau,
kendian kawin,ada anak...konflik sikit..lepas tu happy ending.
 no lah!
itu semuanya...not a true story sangat...mybe basicnya ada...mybe......ya....

aku tak kata perkahwinan tu tak membahagiakan...
ada....mesti ada...dan mesti juga tetap ada yang sedikit terluka...terpaksa simpan dalam hati.itu normal.

tak semua orang mampu mempertahankan perkahwinan yang dibina kan.
dan dalam tak semua orang tu...salah seorangnya adalah aku.
ya aku.

satu saat dulu...aku berusaha mempertakankan...baiki semuanya..bertahan....sedaya upaya...biar pun dalam hati hari hari menangis...
tapi....sampai satu saat aku pasrah...
aku kena terima hakikat yang perkahwinan dibina tu bukanlah lagi milik aku.

pada ketika itu aku cuma pasrah dan tiada sekelumit pun perasaan redha dalam diri.
malah...yang ada perasaan membuak buak bila ingat semua kata kata...bila ingat semua perbuatan.
nak kata berdendam...mungkin juga ya,

dan pada aku semua tu lumrah.
tak semua benda yang kita lalui kita nak mudah mudah lupa begitu sahaja bukan?

dan tak semuanya pahit tak ada manisnya.

sometime aku recall apa yang indah.
dan yang pasti apa yang paling indah dah jadi milik aku...dua permata yang sangat indah.
anugerah yang tiada bandingan nilainya.

aku terfikir,
ya perkahwinan yang dibina tu bukanlah satu kesilapan cuma...jodoh tak panjang.
see...Allah swt telah menghadiahkan dua kekuatan yang sangat hebat dikala aku rebah.

saat aku sarat membawa perut...
setiap kali air mata mengalir...
princes akan sapu air mata dan peluk aku.
kuat sangat.
bila aku rasa arjuna yang ketika itu masih lagi belum lahir...bergerak di dalam perut...macam satu keajaiban yang buat aku rasa kuat.
yang dunia tak mungkin berakhir andai aku pemegang title JANDA pun.
cukup.
itu sudah cukup.

nak bina perasaan redha bukan mudah.
ya...satu saat dulu...aku selalu kata dalam hati....bukan kau yang lalui...aku yang lalui...jadi kau tak berhak menilai aku kenapa hati aku menjadi sekeras ini.

perkahwinan adalah sangat sukar,berapakali terfikir dalam kepala otak...that u just want to step out of it because u think u just cannot handle it. bila dah sampai tahap ni...bukan mudah nak ambik kata putus yang menjadi penentu segalanya...

tak bila aku ambik langkah redha dengan perpisahan ini bukan bermakna aku bersalah atau dipihak sana yang semua benar belaka...tapi...aku nak hidup dalam keadaan yang tenang...aman dan damai...
walaupun one day salah seorang antara kami bernikah dengan pasangan yang baru...aku tanak ada perasaan dendam dan amarah lagi.....
even sampai sekarang masih belum berjaya sepenuhnya...tapi aku dah buat hati aku redha.
dari aku dibelenggu perasaan amarah yang amat menyeksakan diri aku...lebih baik begini.
tidak perlu peduli hal masing masing.

jangan diganggu kehidupan kami anak beranak yang sudah tenang, aman dan sangat bahagia disini itu sudah cukup.

for me,
kalau kau ada degree ke...PHD ke...kalau kau tak mampu redha dengan setiap takdir yang Allah swt dah create cun untuk kau....kau masih belum mencapai tahap aman dalam hidup.
biarpun kau ni pegawai besar dalam malaysia!

dan apa yang pasti,
dulu pada satu saat yang aku tak pernah bermimpi sebelum ni.....aku telah harung semua ni selama hampir dua tahun.
jadi kenapa sekarang aku nak menyesal.
tiada apa yang perlu aku sesalkan dengan semua ini.

kerana

apa yang aku miliki sekarang Allah swt dah beri yang paling baik.
dan aku percaya...
ini mungkin nikmat selepas semua rasa derita dalam jiwa.

saat saat getir yang aku lalui...
aku sangat bersyukur...ramai orang sekeliling bantu.
hari hari di tempat kerja menangis,
iema buat lawak tapi aku tak gelak...walaupun itu memang lawak.
yang ada cuma takungan air mata.
dan iema selalu nasihat jangan la menangis.
beza dengan lea...
asal aku cakap dengan dia...aku nangis...dia lagi nangis!
sudahnya...aku pulak yang kata..."hang ni....bukan nak pujuk aku hang buat aku makin teriak"

aunty star,
kak ila,
kak sue,
abg din,
abg adam,
kak ana,
mak teh,
cik art,
kak liza,
m,
izan,
semua ahli keluarga masa tu...
dan terlalu ramai....
terlalu suport aku untuk bangkit....
motivasikan aku hari hari...
sebab semua orang kenangkan anak dalam kandungan masa tu.

dan

sungguh

sekarang.....aku rasa betapa nikmatnya hidup dalam keadaan yang tidak dibelenggu stres...fikir tekanan.

indah.

itu sahaja.

dan ini sangat sempurna.

cukuplah.

kehadiran dia bagi sinar yang besar buat kami.
siapa sangka.
...................................................................................................



no emo emo lagi.

move on.

dan teruskan hidup dengan keindahan ini.

sekian,

Raihana Humaira,(SR)
Aydina Malaeka Tihany,
Alexander Seth Ukasyah.

Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat dan dilimpahi nikmat rezeki yang tak terhingga.


Monday, December 8, 2014

update 6month :)

Assalamualaikum ^^


Pantas masa berlalukan.

pejam celik pejam celik

Arjuna hati dah nak masuk enam bulan.

fuh.

rasa tak sempat menikmati saat saat indah pregnantkan dia.

masa tu tak sempat nak fikir pasal anak dalam perut pun sibuk fikir masalah dunia...hehehe


totop kes!

baru baru ni encik arjuna dah merangkak...tapi dengan pantasnya sekarang dah belajar nak berdiri dan menapak.
semalam dua tiga kali aku tengok dia duduk.

haish.

pantas benar.
lagi hebat dari princes.

unexpected betui la.

sebab apa diluar jangkaan?
yelah....honestly masa pregnantkan encik arjuna aku tak ambil apa pa supliments.langsung tak.
cuma dihujung hujung bila dah 7month plus plus aku minum minyak zaitun kerap dan makan kismis selalu.
masa sebelum tu aku makan jugak kismis tapi on off.

dulu masa princess aku sangat rajin buat kerja kira matematik.
masa arjuna...tenggelam semua tu.... around 2 or 3week je kot sebelum bersalin...
next time kena set minda,...(perghhh ayat next time tu....)

continue cerita pasal encik arjuna hati.

rambut aku memang gugur bagai orang sakit je...tapi yelah tu efek ubat kot...aku memang telan sungguh sungguh jamu masa dalam pantang...cuma masa princess tu macam tak gugur je pun..sikit sikit je...masa arjuna macam kemain hebat je rambut tu menggugurkan diri mereka.

dan..disamping tu....sebab orang tua tua kata anak sembur air liur kan.
princes dulu tadak menyembur sakan.
arjuna...nahhh menitik nitik....sampai baby bip sehari berhelai helai..tak cukup dengan kain napkin.

sampai umi(pengasuh depa) tanya.... "rai , ada yang teringin tak dapat makan kot masa mengandung ritu?"

senyum jelah..nak jawab apa.

dalam hati kata....nak makan apa pun tak sempat nak fikir kot masa tu.tadan nak buat listing hihihi

tak pa tak apa....nanti encik arjuna dah besar sila buat permohonan dekat bonda ye nak makan apa...bonda akan usaha tunaikan :)

now aku sedang berkira kira nak mulakan dengan makanan apa untuk encik arjuna.

princess dulu dengan brocoli steam.

myb arjuna pun sama.

kenal dengan sayuran dan buah buahan dulu.

umi dah pesan awal awal dia tak nak bagi nestum or apa apa makanan instant...sebab dia biasa masak sendiri.

and untuk info princess pun tak makan makanan instant ye..nestum semua tu.dia hari hari buat bubur,buat puri.kecuali biskut jelah..kudapan dia...tu pun mai mood rajin aku buat biskut sendiri.

kau tau jelah mood mak mak ni kadang kadang kelaut....
haha

positip positip lepas ni mesti boleh punya...
buat stock masuk dalam peti.

mohon aku rajin dengan kadar yang amat tinggi...kalau tak kita kerahkan nany buat kihkihkih

12hb nanti kita update lah apa yang kita masak ye.


okaylah,
sekian cerita untuk hari ni,.


doakan aku dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki :)


Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah




Monday, December 1, 2014

kegembiraan ini.

Assalamualaikum  ^^

Starting  with  a new  header
A new me
A new life
A new report
A new storytelling
A new chapters

And ofkos a new love story right!

Hahaha

Tak semudah abc.

Cinta tak bererti  pada lelaki sahaja.

Cinta boleh jadi kita mencintai  diri sendiri  dan now anak anak and family,kawan kawan kan....


For  the  first....aku fikir nak draf semua entry  yang lepas....tapi bila fikir balik...itukan jalan cerita  jadi kenapa perlu draf.
Itukan siapa aku...
Biarlah...jadi pengajaran untuk semua.
Jadi pembelajaran.
Dan panduan.

Juga peringatan buat aku.

Kenangan  tu bukan  semuanya pahit....walau pahit bagai hempedu  tapi tetap ada value kemanisan  tu.

Aku jenis yang mudah.
Mungkin nampak tegas sedikit tapi manjanya lebihhhh dohhhh hahaha

Perasaan  aku sekarang.
Entah zero kot.
Malas nak fikir.
Orang kecewa  memang begitu  wakakakaka

Ces....tetiba terkata diri sendiri.

Tapi tak apa...dah ada ubat luka tu.
Gituuu kauuu.

Now,
Aku dengan anak anak sangat ok.
Alhamdulillah

Hidup seperti  biasa.
Dan kebiasaannya.

Sibukkan diri kami bertiga dengan macam macam aktiviti.


Baiklah ,

Terima kasih  sudi  baca.
Doakan aku dan anak anak bahagia  di dunia dan akhirat  serta murah rezeki  kami ;)



Love,

Raihana  humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah



Sunday, July 6, 2014

kelajuan itu.

Assalamualaikum ^^

Aku salah seorang yang obses terhadap kelajuan aka speedy.kecepatan.atau lebih tepat aku nak semua benda setel cepat la.
Jangan kau suruh aku buat rumus kira kira had laju semua tu...aku part matematik memang fail.lupa dah semua. (Mintak ampun naaa cikgu cikgu...sekolah dulu malas belajar)

Apa saja aku buat kira nya nak cepat je.

Contoh paling mudah.
Aku sapu sampah.nak setel cepat kemain sampai sapu sapu ada sampah tertinggal dekat belakang pun tak sedar...haaaa tu la...tulaaa tabiat buruk aku...taklah buruk bebenor...masih under control la.elehhh uols cebik cebik hapeee kesss dengki la tu kannnn

Sekarang ni sejak jadi mak beranak dua...masa makan pun kena laju laju.
Tak boleh nak makan bercinta.
Kira sistem penghadaman tu terpaksa bertabah jelah dengan kunyahan yang selaju mungkin.
Tak apa...orang jepun kata orang makan laju ni kerja dia semua tip top.Kira ayat ni gua pujuk hati sendiri.

Tapi tapi tapi

Ni semua tak best.
Ada contoh lagi best.

Kelajuan terhadap motor.
Hah.
Kauuuu sejak sunyi sepi ni minat lama mai berkobar balik la.
Jangan tanya esok lusa aku beli semula.
Hahaha

Honestly rindu noks saat saat main motor dulu.
Masa time nilah teringat gila kat member senget sorang tu dak acmar.
Haish lepas dia patah jiwa raga entah mana la dia p kan.
Dulu habis kerja je petang petang selalu lepak dekat port.
Tengok dia dok stunt.
Aku join terbalikan motor dia je motor aku simpan rapat jugak.
Dia tak pe kaya weiii motor rosak sat sat je tukar.

Dulu selalu ride makan sate kajang.
Asal sabtu je hilang.
Asal hilang je sabtu.
Tapi tu dulu la.
Sekarang ni dah beranak pinak.
Tunggula princess umur 3 4 tahun bawak duduk belakang.ride sama sama.
Tapi kena oh som dengan en arjuna la...siapa menang orang tu boleh ikut ride.
Nak bawak dua sekali tak mampu.

Eh berangan je kau kan.
Berangan is free tak kena duit satu sen so apa ada hal.
Angan angan yang baik adalah satu doa kan.

Dan after beli rumah ni nampaknya kena kerja kuat sebab nak beli motor kembali.

Tak dapat next year dapat lagi satu next year kan.

Hurm...now aku test kelajuan dan kepadatan suara dengan anak anak jelah.
Kalau kau duduk dengan princess dia dah berkenan dengan kau...dia tanya satu soalan dia nak 10jawapan ye.selagi dia tak puas hati selagi tu dia akan why why why.
Hoiiiii yelah yelah perangai buruk tu perangai aku...kira okay la kan...cerdik jugak tu hahaha.

Encik arjuna ni nanti entah macam mana la pulak.
Tapi ni baru 24 hari kemain kau dok bunyi suara ajak borak dengan dia...kau tak layan memang terjerit ler dia dengan tangan tangan tergapai gapai...protes lettew.

So far aku rasa semua smooth.

Bila time aku packing barang dan urus diri dalam pantang anak anak sangat cool.
Tapi seperti aku ceritakan tadi...kelajuan.
Ye aku kena buat dengan kelajuan yang padat dan cekap serta efektif.
Kalau dok ralit nganga memang tak dapek la nak berparam bagai...
Tapi kan...kepada customers...ampun naaaa kalau slip ampa tu bau jamu param iols...hahaha sambil berparam sambil iols packing barang.nak buat camneee usaha gigih sangat!

Dan penutup cerita kelajuan tu aku nak letak gambar terbaik.



Dan dengan ini mengumumkan daku sudan 26tahun.
Bangga siot kot.
Alhamdulillah.
Masih bernafas dan siap jadi emak pada dua orang insan lagi.

Yang Syoknyaaa walau dalam pelet pelet princess tetap nyanyi lagu happy besday.
Hoii senyum sepanjang hari kau tau.

Okay lah.

Jom tidur.
Esok nak bangun awal bertungku pulak.

Eh...berapa hari lagi nak raya...
(Padahal sehari pun tak puasa lagi)
Hahaha


K baiiii

Terima kasih sudi baca.
Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat.
Doakan kami murah rezeki dan sentiasa gembira.
Aamiin aamiin aamiin :)

Sunday, June 22, 2014

untukmu.

Assalamualaikum ^^



Bertahanlah!
Tolong jangan berhenti...
Berpautlah wahai nyawa...ini bukan mimpi...
Saksikan dengan mata
Rasa dengan jiwa

Jauh kita terbang...
Tinggi di awan...
Tak siapa sangka
 Getir yang menghalang tak besar mana...

Payah payah yang semalam...
Moga mudah selamanya!

Tiada apa yang mampu menegakkanmu
Tiada yang menolak
Tiada yang memijak henjak
Biarkan di belakangmu

Jangan dikenang...
Jangan disayu...
Jangan didendam...

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepangkan dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Pasakkan aku tunduk sehingga mati
Agar tak lupa diri
Mengenang budi


Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah


Moga kau sentiasa letakkan kami di hatimu sehingga hidup dan matimu!!!

Tuesday, June 17, 2014

review bengkung nona roguy

Assalamualaikum ^^

Ya seperti dijanjikan meh kita review tentang bengkung nona roguy yang aku guna dalam pantang.

Aku beli bengkung last minit.
Sebelum ni aku guna bengkung leesa formula tapi bengkung tu macam atas montot je...jadi aku pun decide kena beli bengkung lain ni nak yang bawah punggung. Nak tempah memang dah tak sempat due aku masa tu aku beli tu lagi seminggu je.

Ye last minit kan.
Sebab sebelum tu aku harapkan suami aku.

Jadi selaku penjual set bersalin ni opkos la aku dah tau mana satu bengkung yang paling panjang.
Bengkung nona roguy ni baru lagi.
Sebelum tak ada.

Aku memang la ada premium beautiful tu tapi macam tak sesuai nak pakai awal pantang kan.
Pakai sekejap sekejap boleh la.

Okay berbalik kisah bengkung.
Sangat super duper best.
Labuh sampai bawah montot.
Bawah dada.
Memang ikatan kemas.
Nak jalan pun kiranya jadi minah jepang la kau noks!

Aku pakai malam memang aku pastikan aku siap tukar pad, buang air, memang tade fikir nak bangun duduk dah lepas tu.
Kiranya pakai tu baring dan gerak bila rasa haus (air panas spare siap siap dekat dekat) dan nak menyusu arjuna je.

Kira aku hadkan pergerakan sebab memang malas lepas pakai bengkung tu ikat ketat ketat.
Nak kata untuk kurus tu aku tak pasti lah nak kurus ke tak tapi yang pasti aku target badan aku ada shape.
Biar berisi sikit tak apa asal ada bentuk baru la nampak mantap kan...
Hahaha
Siot je ayat.

Tapi kalau kau jenis pemalas memang kau layak pakai bengkung zip zap tuuu pelekat pelekat siap...tak pun cangkuk cangkuk siap siap...ala ala silap mata gitewww...

Meh aku bg gambo bengkung nona roguy tu.


Harga pasaran rm50.00


Dengan set lengkap bersalin nona roguy
Rm350.00 including postage semenanjung.
Sabah srwk add rm10.00


  • PhytoNatal 90 biji
  • Krim Herbanika Barut 60g.
  • Herbanika Lulur 100g.
  • Minyak Herbanika 100ml.
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  • Akar Herbanika 10 t-bag

Jimatkan selalunya set bersalin harga biasa pun rm360.00
Bengkung rm50.00
Ni set bersalin + bengkung =Rm350.00 free pos lagi semenanjung.
Kalau nak add on tungku baby just tambah rm10.00 je.
Kira langsam je ni...dah bagi best price tauuuu

Mai le terjah beli dengan aku.
Nak mudah watsap berasap je 0183590663


Sunday, June 8, 2014

kisah check up lagi dua hari :)

Assalamualaikum ^^


hai,
cakkk
lagi dua hari je due aku...

dan masih bersiaran langsung dari tilam empuk dirumah bukan dikatil hospital...kemain kerek kannn

yelah wei...

tadi check up memang buat aku sesak napas tahap nak tertelan air liur...hihihi

check BP asyik tinggi...

enam kali nurse check...dok tinggi...sampai la masuk bilik doktor...dia check turun sikit....tu pun sikit jeeeeeeeeeee

doktor dah geleng geleng kepala...

suruh rehat dulu...

sebelum tu suruh urine...


dan urine aku sah ada kencing kotor.


cess sajiaaa tauu....nak jugak rekod menda ni dalam buku merah akak.

dulu masa princess pun ada jugak tapi masa tu awal lagi...dan lepas tu okay je...

then dah rehat lama...doktor check lagi tekanan darah..

repeat kali ni pun sama je...
tetap tinggi walau tak tinggi sampai macam nurse check mula mula tu.

mula mula doktor dah nak suruh admit wad.
masa ni macam macam la aku fikir...
kalau masa princess dulu aku tak kisah sebab aku sorang diri...ni nak tinggal dia...ohhhh bercinta sangat.
aku pun bincang la dengan doktor supaya lusa je aku admit...doktor kata tunggu sekejap dia call doktor pakar....dia suruh aku rehat dulu..kejap lagi dia panggill...

masa duduk sorang sorang tu..aku pegang perut cakap dekat adik baby...
"sayang,kesian la dekat bonda dengan kakak....kita masuk bila sayang dah betul betul nak deliver...tak payah la kita duduk lama lama dalam wad ye...nanti kakak sunyi kita tak ada teman dia tidur...kan kakak selalu cium sayang dengan bonda dulu sebelum tidur"

masa ni kemain adik baby gerak gerak...
dan aku doa doa harap allah swt bantu aku saat tu....



dannnnnn doktor pun panggil aku.....

keputusannya adalah...
hari hari aku kena check up bp dan kencing kotor.
sangatlah tak heaven...tapi tak apa...dari dok dalam wad hati aku pun tak seronok baik duduk dirumah dan pergi ke hospital masa memang dah konpem nak bersalin.
macam masa princess dulu.
dah pecah ketuban baru p...dan terus bersalin.itu lebih baik...dan lebih seronok tak payah menginap lama lama...
ayoooo tak mau naaa dok lama lama...boleh senget sat...hihihi


dan aku harap memang lusa aku bersalin la...
apapun...doakan aku dan anak anak dipermudahkan ye...

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...