✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Oktober tahun ini

Assalamualaikum ^^

baiklah.

bulan september adalah bulan yang agak tidak memberangsangkan pada aku.
bukan sahaja aku,
anak-anak
dan jugak beliau.

kesihatan yang sangat tak menentu.
dengan ada sahaja tragedi septembernya.

tapi tak apalah.
semua dah macam cool down dan okay.

bermula dari episod anak anak demam secara berjemaah.
yelah cuaca kan jerebu.
tambahan pulak kadang-kadang depa ni main tak kira waktu.
dah elok depa macam nak sihat...aku pulak sambung....

aku cuti dari 11-16hb tu..tapi cuti pun macam tak berapa nak cuti..sebab tak berapa nak sihat.masuk kerja hari khamis sehari pun dah meleweh je...nasib jumaat sabtu tu cuti.
tapi sepanjang 20 -24hb sebelum raya haji tu aku dah macam tak boleh nak tumpu apa apa...demam selesema.nasib bos okay dan memahami.

Itu kisah lepas.

Kisah bulan Oktober.
Bulan kelahiran princess...
Sudah tiga tahun anak pintar ini.
Semoga allah swt sentiasa kurniakan anak bonda dengan kebahagiaan dan hidup yang sentiasa dalam rahmat Allah  swt.

Pantas sungguh masa berlalu.

Ada lebih kurang satu minggu untuk menukar semuanya.

Perasaan sekarang lebih ke arah fikirkan masa ke depan.
Mampu doakan yang baik baik sahaja.
Dan aku harap semua doa yang baik untuk kami sekeluarga.

Bukan susah untuk buat keputusan ini bila dah nampak setiap jalannya.
Insyallah,bila kita doa yang baik baik,minta yang baik baik allah swt  pasti beri yang paling baik untuk  kita.

Masa bulan tujuh, aku rasa macam slow.
Sekali pejam celik pejam celik dah bulan sepuluh daaaa

Sekian,

Terima  kasih  sudi  baca ;)
Love ,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany  ,
Alexander  seth  ukasyah .


Doakan kami  sekeluarga  murah  rezeki ,  bahagia,dan sentiasa  hidup  dalam rahmat Allah  swt.

Monday, July 6, 2015

Kamu.

Assalamualaikum  ^^

jangan berlagak bila kita marah
jangan ego bila kita benci
hakikatnya kita tak nampak kesalahan sendiri.

hidup tak selalunya indah...
langit tak selalunya cerah.

Buat kamu lelaki jiwa,

terima kasih untuk kasih sayang ini.
harap harap kau jangan pergi dan tinggalkan aku dengan semua kedukaan lagi.

Bila mana aku tidak dengan kau,
bila mana aku tiada disisi kau,
jangan kau pernah lupakan aku...
jangan kau lupakan namaku...

Kerana...

Kau sentiasa berada didalam hati...

Kerana...

Aku sentiasa mencintaimu sepenuh hati...

Walau kau jauh dimata aku....
jangan pernah kau hilang dalam jiwa...

Andai aku mampu dicintai sampai ke syurga....pasti aku akan serahkan seluruh jiwa dengan penuh rela.


we love you.
 



Terima kasih sudi baca.

Love, 
Raihana Humaira  
Aydina malaeka tihany
Alexander seth  ukasyah  

Doakan semoga kami sekeluarga  murah rezeki dan bahagia sentiasa :) 

Monday, December 1, 2014

kegembiraan ini.

Assalamualaikum  ^^

Starting  with  a new  header
A new me
A new life
A new report
A new storytelling
A new chapters

And ofkos a new love story right!

Hahaha

Tak semudah abc.

Cinta tak bererti  pada lelaki sahaja.

Cinta boleh jadi kita mencintai  diri sendiri  dan now anak anak and family,kawan kawan kan....


For  the  first....aku fikir nak draf semua entry  yang lepas....tapi bila fikir balik...itukan jalan cerita  jadi kenapa perlu draf.
Itukan siapa aku...
Biarlah...jadi pengajaran untuk semua.
Jadi pembelajaran.
Dan panduan.

Juga peringatan buat aku.

Kenangan  tu bukan  semuanya pahit....walau pahit bagai hempedu  tapi tetap ada value kemanisan  tu.

Aku jenis yang mudah.
Mungkin nampak tegas sedikit tapi manjanya lebihhhh dohhhh hahaha

Perasaan  aku sekarang.
Entah zero kot.
Malas nak fikir.
Orang kecewa  memang begitu  wakakakaka

Ces....tetiba terkata diri sendiri.

Tapi tak apa...dah ada ubat luka tu.
Gituuu kauuu.

Now,
Aku dengan anak anak sangat ok.
Alhamdulillah

Hidup seperti  biasa.
Dan kebiasaannya.

Sibukkan diri kami bertiga dengan macam macam aktiviti.


Baiklah ,

Terima kasih  sudi  baca.
Doakan aku dan anak anak bahagia  di dunia dan akhirat  serta murah rezeki  kami ;)



Love,

Raihana  humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah



Wednesday, November 12, 2014

Asal buruk jadi indah :)

Assalamualaikum,




Kekuatan hati,
ibarat bintang hati yang tinggi di langit.
mimpi mimpi indahku....

disini,
telah menusuk sayang paling dalam....
aku yang lemah kini gagah....
sebegini kerana sentuhan cintamu....

takan padam semua cahaya seandai kau sentiasa menjadi rembulan dan cahayanya.
akan ku jaga setiap hati
Asal semua jadi indah kerana sentuhan kata kata cinta....

ku susun setiap langkah bersama cerita indah...
biarlah karam...asalkan kau terlepas dari segala bencana.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entah kenapa,
aku sentiasa berada di zon cinta.
walaupun hakikatnya tidak.

cinta tak semestinya kita kena saling mencintai.
dan bahagia tak semestinya kita perlu membahagiakan sesiapa.

susunan langkah setiap hari buat hati aku sentiasa berdebar.
debaran yang tak pernah berhenti dengan degupan kencang.

apa yang aku dambakan cumalah satu "a good future untuk anak anak"

hakikatnya,

hangat rindu itu hanya mengundang satu rasa....
ya satu rasa yang amat dalam.

iaitu

kecewa.

tapi aku tetap rasa bahagia.

bahagia mengejar bayang bayang.

sukar nak mengulang setiap apa yang sudah dibuang.

terlalu perit.

tak mungkin beroleh lagi setiap saat itu.

jadi apalah salahnya kita teruskan setiap rasa bukan?


aku mencari,
masih mencari....
dan mungkin akan sentiasa mencari....


tapi aku percaya pelangi sentiasa dihadapan mata.

kerana aku ada pelangi indah yang menerangi hidup aku dengan setiap cahaya warnanya!
terlalu indah.

senyuman.
gelak tawa.
tangisan.
lawan bercakap.
sentiasa mengusik.

oh indah!

indah yang aku tak mampu khabarkan!

mungkin aku berpura pura.

kan sudah aku bilang
sumpah!!!
aku menangis...setiap rasa....dan saat....kerana cita cita yang satu tapi terpaksa guna aliran yang lain.

bukan ini berakhirkan...

"susun langkah....langkah demi langkah....agar susunan tidak tersadung,bukan mudah menyusun langkah bersama dua pasang kaki yang lain"

tapi...kaki comel itulah yang sentiasa beri kekuatan!

ya....
kuat yang luar biasa tak terfikir dek akal.

dan...untuk semua....jangan sesekali bermimpi menjadi aku...kerana aku takan izinkan sesiapa jua bermimpi menjadi aku kerana ia sangat menyakitkan!

sakit yang pastinya tiada ubat.



sekian,

terima kasih sudi baca,

love,
Raihana Humaira,
Aydina Malaeka Tihany,
Alexander Seth Ukasyah.

Doakan kami sentiasa bahagia dan murah rezeki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...