✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

yang sukar itu indah....

Assalamualaikum ^^


Perkahwinan adalah sesuatu yang amat sukar.
ya,nak bernikah itu mudah.
kenapa aku kata nak bernikah mudah.
yelah kau decide dengan pasangan yang kau memang cinta habis...dan kawin.
once he said "aku terima nikahnya...."itulah baru bermula kesukaran dalam perkahwinan.

kawin ini bukan macam dalam cerita filem.
kau suka aku,
aku suka kau,
kendian kawin,ada anak...konflik sikit..lepas tu happy ending.
 no lah!
itu semuanya...not a true story sangat...mybe basicnya ada...mybe......ya....

aku tak kata perkahwinan tu tak membahagiakan...
ada....mesti ada...dan mesti juga tetap ada yang sedikit terluka...terpaksa simpan dalam hati.itu normal.

tak semua orang mampu mempertahankan perkahwinan yang dibina kan.
dan dalam tak semua orang tu...salah seorangnya adalah aku.
ya aku.

satu saat dulu...aku berusaha mempertakankan...baiki semuanya..bertahan....sedaya upaya...biar pun dalam hati hari hari menangis...
tapi....sampai satu saat aku pasrah...
aku kena terima hakikat yang perkahwinan dibina tu bukanlah lagi milik aku.

pada ketika itu aku cuma pasrah dan tiada sekelumit pun perasaan redha dalam diri.
malah...yang ada perasaan membuak buak bila ingat semua kata kata...bila ingat semua perbuatan.
nak kata berdendam...mungkin juga ya,

dan pada aku semua tu lumrah.
tak semua benda yang kita lalui kita nak mudah mudah lupa begitu sahaja bukan?

dan tak semuanya pahit tak ada manisnya.

sometime aku recall apa yang indah.
dan yang pasti apa yang paling indah dah jadi milik aku...dua permata yang sangat indah.
anugerah yang tiada bandingan nilainya.

aku terfikir,
ya perkahwinan yang dibina tu bukanlah satu kesilapan cuma...jodoh tak panjang.
see...Allah swt telah menghadiahkan dua kekuatan yang sangat hebat dikala aku rebah.

saat aku sarat membawa perut...
setiap kali air mata mengalir...
princes akan sapu air mata dan peluk aku.
kuat sangat.
bila aku rasa arjuna yang ketika itu masih lagi belum lahir...bergerak di dalam perut...macam satu keajaiban yang buat aku rasa kuat.
yang dunia tak mungkin berakhir andai aku pemegang title JANDA pun.
cukup.
itu sudah cukup.

nak bina perasaan redha bukan mudah.
ya...satu saat dulu...aku selalu kata dalam hati....bukan kau yang lalui...aku yang lalui...jadi kau tak berhak menilai aku kenapa hati aku menjadi sekeras ini.

perkahwinan adalah sangat sukar,berapakali terfikir dalam kepala otak...that u just want to step out of it because u think u just cannot handle it. bila dah sampai tahap ni...bukan mudah nak ambik kata putus yang menjadi penentu segalanya...

tak bila aku ambik langkah redha dengan perpisahan ini bukan bermakna aku bersalah atau dipihak sana yang semua benar belaka...tapi...aku nak hidup dalam keadaan yang tenang...aman dan damai...
walaupun one day salah seorang antara kami bernikah dengan pasangan yang baru...aku tanak ada perasaan dendam dan amarah lagi.....
even sampai sekarang masih belum berjaya sepenuhnya...tapi aku dah buat hati aku redha.
dari aku dibelenggu perasaan amarah yang amat menyeksakan diri aku...lebih baik begini.
tidak perlu peduli hal masing masing.

jangan diganggu kehidupan kami anak beranak yang sudah tenang, aman dan sangat bahagia disini itu sudah cukup.

for me,
kalau kau ada degree ke...PHD ke...kalau kau tak mampu redha dengan setiap takdir yang Allah swt dah create cun untuk kau....kau masih belum mencapai tahap aman dalam hidup.
biarpun kau ni pegawai besar dalam malaysia!

dan apa yang pasti,
dulu pada satu saat yang aku tak pernah bermimpi sebelum ni.....aku telah harung semua ni selama hampir dua tahun.
jadi kenapa sekarang aku nak menyesal.
tiada apa yang perlu aku sesalkan dengan semua ini.

kerana

apa yang aku miliki sekarang Allah swt dah beri yang paling baik.
dan aku percaya...
ini mungkin nikmat selepas semua rasa derita dalam jiwa.

saat saat getir yang aku lalui...
aku sangat bersyukur...ramai orang sekeliling bantu.
hari hari di tempat kerja menangis,
iema buat lawak tapi aku tak gelak...walaupun itu memang lawak.
yang ada cuma takungan air mata.
dan iema selalu nasihat jangan la menangis.
beza dengan lea...
asal aku cakap dengan dia...aku nangis...dia lagi nangis!
sudahnya...aku pulak yang kata..."hang ni....bukan nak pujuk aku hang buat aku makin teriak"

aunty star,
kak ila,
kak sue,
abg din,
abg adam,
kak ana,
mak teh,
cik art,
kak liza,
m,
izan,
semua ahli keluarga masa tu...
dan terlalu ramai....
terlalu suport aku untuk bangkit....
motivasikan aku hari hari...
sebab semua orang kenangkan anak dalam kandungan masa tu.

dan

sungguh

sekarang.....aku rasa betapa nikmatnya hidup dalam keadaan yang tidak dibelenggu stres...fikir tekanan.

indah.

itu sahaja.

dan ini sangat sempurna.

cukuplah.

kehadiran dia bagi sinar yang besar buat kami.
siapa sangka.
...................................................................................................



no emo emo lagi.

move on.

dan teruskan hidup dengan keindahan ini.

sekian,

Raihana Humaira,(SR)
Aydina Malaeka Tihany,
Alexander Seth Ukasyah.

Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat dan dilimpahi nikmat rezeki yang tak terhingga.


Tuesday, June 17, 2014

review bengkung nona roguy

Assalamualaikum ^^

Ya seperti dijanjikan meh kita review tentang bengkung nona roguy yang aku guna dalam pantang.

Aku beli bengkung last minit.
Sebelum ni aku guna bengkung leesa formula tapi bengkung tu macam atas montot je...jadi aku pun decide kena beli bengkung lain ni nak yang bawah punggung. Nak tempah memang dah tak sempat due aku masa tu aku beli tu lagi seminggu je.

Ye last minit kan.
Sebab sebelum tu aku harapkan suami aku.

Jadi selaku penjual set bersalin ni opkos la aku dah tau mana satu bengkung yang paling panjang.
Bengkung nona roguy ni baru lagi.
Sebelum tak ada.

Aku memang la ada premium beautiful tu tapi macam tak sesuai nak pakai awal pantang kan.
Pakai sekejap sekejap boleh la.

Okay berbalik kisah bengkung.
Sangat super duper best.
Labuh sampai bawah montot.
Bawah dada.
Memang ikatan kemas.
Nak jalan pun kiranya jadi minah jepang la kau noks!

Aku pakai malam memang aku pastikan aku siap tukar pad, buang air, memang tade fikir nak bangun duduk dah lepas tu.
Kiranya pakai tu baring dan gerak bila rasa haus (air panas spare siap siap dekat dekat) dan nak menyusu arjuna je.

Kira aku hadkan pergerakan sebab memang malas lepas pakai bengkung tu ikat ketat ketat.
Nak kata untuk kurus tu aku tak pasti lah nak kurus ke tak tapi yang pasti aku target badan aku ada shape.
Biar berisi sikit tak apa asal ada bentuk baru la nampak mantap kan...
Hahaha
Siot je ayat.

Tapi kalau kau jenis pemalas memang kau layak pakai bengkung zip zap tuuu pelekat pelekat siap...tak pun cangkuk cangkuk siap siap...ala ala silap mata gitewww...

Meh aku bg gambo bengkung nona roguy tu.


Harga pasaran rm50.00


Dengan set lengkap bersalin nona roguy
Rm350.00 including postage semenanjung.
Sabah srwk add rm10.00


  • PhytoNatal 90 biji
  • Krim Herbanika Barut 60g.
  • Herbanika Lulur 100g.
  • Minyak Herbanika 100ml.
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  • Akar Herbanika 10 t-bag

Jimatkan selalunya set bersalin harga biasa pun rm360.00
Bengkung rm50.00
Ni set bersalin + bengkung =Rm350.00 free pos lagi semenanjung.
Kalau nak add on tungku baby just tambah rm10.00 je.
Kira langsam je ni...dah bagi best price tauuuu

Mai le terjah beli dengan aku.
Nak mudah watsap berasap je 0183590663


Sunday, June 8, 2014

kisah check up lagi dua hari :)

Assalamualaikum ^^


hai,
cakkk
lagi dua hari je due aku...

dan masih bersiaran langsung dari tilam empuk dirumah bukan dikatil hospital...kemain kerek kannn

yelah wei...

tadi check up memang buat aku sesak napas tahap nak tertelan air liur...hihihi

check BP asyik tinggi...

enam kali nurse check...dok tinggi...sampai la masuk bilik doktor...dia check turun sikit....tu pun sikit jeeeeeeeeeee

doktor dah geleng geleng kepala...

suruh rehat dulu...

sebelum tu suruh urine...


dan urine aku sah ada kencing kotor.


cess sajiaaa tauu....nak jugak rekod menda ni dalam buku merah akak.

dulu masa princess pun ada jugak tapi masa tu awal lagi...dan lepas tu okay je...

then dah rehat lama...doktor check lagi tekanan darah..

repeat kali ni pun sama je...
tetap tinggi walau tak tinggi sampai macam nurse check mula mula tu.

mula mula doktor dah nak suruh admit wad.
masa ni macam macam la aku fikir...
kalau masa princess dulu aku tak kisah sebab aku sorang diri...ni nak tinggal dia...ohhhh bercinta sangat.
aku pun bincang la dengan doktor supaya lusa je aku admit...doktor kata tunggu sekejap dia call doktor pakar....dia suruh aku rehat dulu..kejap lagi dia panggill...

masa duduk sorang sorang tu..aku pegang perut cakap dekat adik baby...
"sayang,kesian la dekat bonda dengan kakak....kita masuk bila sayang dah betul betul nak deliver...tak payah la kita duduk lama lama dalam wad ye...nanti kakak sunyi kita tak ada teman dia tidur...kan kakak selalu cium sayang dengan bonda dulu sebelum tidur"

masa ni kemain adik baby gerak gerak...
dan aku doa doa harap allah swt bantu aku saat tu....



dannnnnn doktor pun panggil aku.....

keputusannya adalah...
hari hari aku kena check up bp dan kencing kotor.
sangatlah tak heaven...tapi tak apa...dari dok dalam wad hati aku pun tak seronok baik duduk dirumah dan pergi ke hospital masa memang dah konpem nak bersalin.
macam masa princess dulu.
dah pecah ketuban baru p...dan terus bersalin.itu lebih baik...dan lebih seronok tak payah menginap lama lama...
ayoooo tak mau naaa dok lama lama...boleh senget sat...hihihi


dan aku harap memang lusa aku bersalin la...
apapun...doakan aku dan anak anak dipermudahkan ye...

sekian.

Wednesday, January 22, 2014

jumpa adik baby ^^


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Alhamdulillah
semalam scan 4d
bawak princess tengok...dia teruja sangat siap sebut adik bila tunjuk di screen.
gender pun doctor dah detect.
rasa lega sangat tengok semua sihat.
18hb ni repeat scan lagi.
tak sabar okay.
rasa fall in love sangat.

seronok dapat tengok baby gerak gerak kiri kanan.
doctor kacau dia suruh bagi mengiring nampak muka.
oh sungguh...bila tengok di screen seiras dengan walid.
okay la kan.

jadi tutup spekulasi nurse dan doctor di kd dan kk yang tak dapat detect bunyi jantung baby.
mungkin patut tukar kot peralatan tu...dah lama kot kan.hehehe

nama dah siap.
hehe laju kan.







semoga allah swt permudahkan segala urusan kami anak beranak dia dunia dan akhirat.
tak sabar nak tunggu bulan 2 nak shoping baju adik baby dan semestinya kain baju princess jugak la kan.
baiklah round ni kena shoping baju again.

Thursday, December 27, 2012

nyonya wanted!



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


moh tengok muka aku sehari sebelum bersalin.
muka tersebut adalah super duper berbeza.
sentap noksss aku tengok muka sendiri dan rasa nak gelak secara kuat-kuat hati..tapi aku mampu gelak dalam hati jelah.bukan hape...karang orang kata aku mereng pulaks.
aku rasa uols pun konpem gelak bila tengok.
kalau jumpa dok teriak tepi jalan pun orang tak kenai ni sapa.
dah macam muka nyonyaaaaa ajee.
aku rasa aku nak terbersalin keesokkan harinya sebab malam 3hb tu aku pusing satu tesco dengan lelaki kacak tu,masa ambik dia balik dari terengganu.tapi memang 4hb tu due aku dari doctor pong.
tepat due dak princess lahir...takde nak tunggu lewat aih...



bukan macam muka aku kan....sekali aku tengok memang ngeri habis.....
haishh...
pembawakan budak ni.nak sedapkan hati sendiri....hihihihi





love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)



ok bai....


sekian,
Terima kasih sudi baca...


dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...



Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Sunday, November 4, 2012

tungku baby

Assalamualaikum ^^


uols tau pasal tungku baby?
alah tungu kecik-kecik comey comey je tu...
sebelum ni aku tengok tok buat sendiri je...letak lada hitam entah apa ke lagi ramuan dia..tapi semua bahan dapur ler...
ritu aku beli terus dengan produk NR tu...

sepanjang sebulan ni sekali je princess kembung...
1st time..lepas tu terus tuam..masa tu 3days.
oh baru ku tahu kepentingan tungku baby ni...selama ni aku ambil remeh temeh je...
sekali anak aku kembung baru berakai...hehehe

tekap kejap dekat seterika lepas tu tuam dekat pusat baby...
bagus jugak kalau baby jaundis...tuam dekat pusat bagi aliran darah berjalan lancar...
selain tu boleh cepat luruhkan tali pusat.

and tungku baby tu boleh digunakan sampai besar ye...anytime..
so uols bakal-bakal ibu tu sparelah satu tungku baby ni ye....
bukan rugi pun...memang akan kita guna...

pstttt aku pun ada jual jugak tungku baby...hehehe

sekian,
terima kasih sudi baca...


Thursday, November 1, 2012

wahai anakanda...

Assalamualaikum^^ 

Wahai Anak.. ku perdengarkan Iqamat ditabir telingamu..
Ku alunkan lembut nada, khalimah-khalimah pencipta..
Agar meresap dalam sanubarimu wahai Anak.. 
Tersisihmu dari gangguan syaitan durjana..



Tak usah ragu anak.. kau selamat dalam perhatian..
Berpurnama engkau mengharungi nasib..
Kini kau hadir menjeguk dunia..
Hangat lena dalam pelukan..

Rasulullah pernah bersabda “ Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan” (Riwayat al-Baihaqi)






Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Wednesday, October 31, 2012

baby potret:: Aydina Malaeka Tihany

Assalamualaikum ^^

saja nak tempek gambar kenangan ni....
di ambil sehari sebelum raya haji tempoh hari....
biasalah bonda gedik nak potretkan pic anak dia...
memory yang tak dapat dibeli...
punyalah payah sebab anakanda tetiba hari tu tanak tidur...gedik sakan beliau...
over macam bonda dia jugak la tu....cessss
tapi apapun...shomel sangat!*haruslah aku puji anak aku kanzzzz*











Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Tuesday, October 30, 2012

part 2 :: warded

Assalamualaikum^^

Tempoh hari dah siap kan part 1  kisah bersalin tu...
ni part tu masa dekat ward.
aku kena tahan ward semalam kan...
yelah sekarang tempoh 24jam.
ikutkan hati nurani yang suci murni ni..elok je bersalin aku gigih nak berlari balik...hahaha

lepas jer setel nurse mandikan baby,timbang semua...depa pun tolak ler aku masuk ke dalam ward.
keluar je mata aku melilau cari mama dulu...
then nampak mama...papa.asben.mertua...rasa lega hati.
aku admit ward pukul 4 lebih...jadi masa tu memang time melawat so legalah boleh ler semua temankan aku lama-lama sikit.

siyes dah baring atas katil dalam ward baru terasa lapar gila..tapi masih mengantuk!
makan dalam tidur boleh...
mama macam biasalah..of kos la ciwi...dia memang ciwi dengan baby dari dulu lagi...tambah cucu sulong kan...lagilaaaa
haruslah mama teruja lebih.

selepas admit ward,aku rasa pad penuh..and sangat tak selesa pakai pad bertali.
terus mintak tolong mama tukarkan pad yang biasa lekat tu...lega..
then susukan baby lagi...
bila tengok dia macam tak percaya je...dah jadi bonda.
bisik-bisik dekat telinga dia...
"ooooo inilah budak yang godek-godek,kick perut bonda ye..."

then lelaki kacak tu belikan sup..makan nasi dengan sup.
minum air kosong suam-suam...syahdu...kan dah tak makan seharian.
lepas tu anakanda nangis nak susu.
oh heaven..susukan dia...

malam mama temankan kejap...
lepas tu asben datang temankan pulak....tolong tukar pampers baby.
haish...lega...aku kan tak berapa nak pandai.

esok pagi tu nurse ambil baby mandikan,lepas tu cucuk bcg apa semua...
terangkan tentang penyusuan,
(ada nurse yang kertu-kertu sikit mulut laser)tapi sikit jelah...hehehe
then pukul 4 lebih keluar ward...balik rumah tok..legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
bermulalah episod berpantang...

balik asben sapu minyak berbengkung.
hari ketiga baru baby kena kuning.
oh ini sadis...nanti aku story tau...

tapi moral of story di sini...aku syok bersalin dekat hospital kulim layanan very the same dengan private.
legaaaaaaaaaaaaaaaaa



Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^



Sunday, October 28, 2012

korban la weiii

Assalamualaikum ^^
lama tak update blog kan...

sibuk sangat orang dalam pantang ni.
haish...

selalu dah menaip entry separuh jalan then draf...bersepah-sepah dalam blog ni dok draf je.

aktiviti sekarang membelek cik baby je.
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha.

kali ni beraya di grik,memang turn sana pun,raya dalam pantang.
pakai baju raya masa raya puasa tu je...
timbang berat ritu dah loose banyak lah jugak.
insyAllah akan teruskan misi sehingga rasa badan ringgan je.

Alhamdulillah,
setakat hari ni stil breastfeeding baby.
walaupun susu tak meriah sangat tapi akan berusaha jugak.
pray for me ye...
doakan aku tau uols!

nak tempek lah gambar kami bertiga...
masa 22hari pantang,sehari sebelum raya ke haji.
and,guesss what!
hidung aku dah tak kembang semangkuk lagi.!
teruja omak bonda tau...





Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Friday, October 19, 2012

part 1 : labour room.

Assalamualaikum ^^

sebelum aku terlupa kisah memberanakkan diri ni baik aku story awal-awal kan...
al-maklumlah..aku kan sekarang ni kebizian...

sebelum ni start dari 28hb/9 tu aku dah sakit sikit-sikit,rasa sengal-sengal pinggang gitu je...
macam kena gigit semut je...
selang 2jam gitu sakit lepas tu hilang...4/5jam lagi sakit balik kendian hilang sampaila 2hb/10.

tapi dalam masa yang sama,hari-hari aku dengan lelaki kacak tu dok berdoa supaya anakanda keluar bila lelaki kacak tu sampai disisi.

nak dijadikan cerita sepatutnya lelaki kacak tu balik 2hb tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan dia balik 3hb...
aku ambik dekat kulim..gigih kau aku drive ke sana.walaupun tak jauh sangat tapi boleh la tahan kalau nak terberanak hehehe

selesai ambik terus pergi makan mcd,kendian tawaf satu tesco kulim...then balik rumah letih+mengantuk...sampai dalam pukul 10 lebih dekat rumah.
dalam pukul 3lebih macam tu aku rasa macam sakit pinggang...kendian macam nak ke toilet je nak membuang je..
aku p toilet dekat 20kali kot...bila jalan je air ada turun..sampai kena lap dgn kain batik...mula-mula aku konpius...takan aku terkencing kot kan...tanya dekat lelaki kacak tu,ada bau hancing tak?dia kata tak...so mula terfikir air ketuban pecah ke...

tapi dalam masa yang sama mata mengantuj..still cool...nak continue tidur...
buat-buat tidur...tapi rasa sakit pinggang gitu-gitu je...
dalam pukul 7 lebih bangun mandi,sebab nak ke klinik apoiment scan.
pukul 8.45 pagi macam tulah sampai depan klinik..doctor tadak...
jadi masuk duduk dekat dalam,staf klinik cakap 9.30 doctor baru masuk...aku punya nombor yang ke 3 ke ke4 entah....
jadi kami duduk tunggu-tunggu..lastnya...sedap dok tunggu aku rasa macam air tu makin keluar je dekat tut...
lepas tu nak ke toilet suruh lelaki kacak tu ambil pad.
masuk dalam toilet tetiba je air kaler kuning turun dengan maha dasatnya...memang sah air ketuban aku pecah.
masa ni doctor tu dah sampai and nak check patient no 2,
husband terus tanya doctor then dia suggest kami ke hospital dengan segera.
balik rumah tok,ambil barang semua.
siap dok sembang-sembang dengan tok...
tanya soalan bengap sikit "tok rasa kakak nak bersalin ke tak lagi?"
"nampak perut turun tu...dah nak bersalin dah ni...sakit pinggang kot belakang ke ari-ari?"
"sakit pinggang je sikit-sikit..tok rasa anak kakak lelaki ke perempuan?"
"kalau sakit pinggang mungkin lambat sikit la nak bersalin,perempuan kot"

yes,tok teka gugurl...tapi aku pun tak pasti...selagi tak keluar kan...

otw ke hospital kulim,
singgah dekat opis,bagitau iema yang air ketuban dah pecah nak ke hospital.
kiranya aku sempat ler menyinggah merata-rata hehehe
sms dekat bos aku kata air ketuban dah pecah...
dekat pukul 12 gitu aku sampai ler ke hospital kulim.
berjalan kaki dari parking ke kecemasan...
padahal dalam kereta tadi air ketuban dok meleleh penuh dah hehehe
cuak semacam...
setel daftar ke wad bersalin,
doktor check bukaan dah 5cm.
kendian doktor letak ubat bagi membuang,padahal last aku makan malam tu je..makan mcd tu pun dah setel aku buangkan hehehe...
kejap lepas tu aku rasa nak membuang tapi p toilet tadak apapun...
nurse suruh aku keluar jumpa asben dulu.
sementara tunggui asben tu perut aku sakit,sempat ke toilet dulu...tp tadak membuang pun...
tunggu punya tunggu dekat 15minit jugak ler baru lelaki kacak tu sampai.
jumpa asben ambil beg semua,kendian minta maaf...

nangis.nangis time ni...
tapi marah tu tetap marah hahaha
sebab dia ambik kain baju silap...kihkihkih
cessssssssssss....

dah tu aku jalan masuk dalam labour room...jalan dengan cuak dan slamber...
masa tu dalam otak aku pikir macam-macam dah...eh dorang ni karang tersalah bagi ubat ke apa ke....
aku kan memang mereng sikitttt...

duduk dalam labour room,baring tenang je...
doctor datang check bukaan 6cm.
dia suruh aku tidur dulu,sebelah aku ada doctor pelatih sorang.....setia pegang tangan sambil suruh berdoa.
masa tu aku dah nak tertidur,dia minta izin nak keluar makan kejap...tapi incase sakit terus je jerit nama dia.
siyes....aku rasa memang servis dekat hospital kulim adalah sangat terbaik.
syok je rasa...
time aku tengah nak layan mata nak tidur...tetiba henpon aku bunyi

"hello rai,nak bagi tau yang barang rai pos dah sampai"
"erk..ok sis"
"terima kasih ye rai"
"a'a sis...rai dalam labour room ni nanti kita cakap lagi ye..."

haha..apa macam slumber badak kan aku.
tapi dalam masa yang sama aku dok msg2 jugak dekat lelaki kacak tu...
bila aku diam dia call kejap then aku kata nak tidur.

tak sampai 15minit lepas tu aku sedar sebab rasa sakit kejap-kejap then doctor pelatih tu memang dah ada dekat sebelah aku.
aku bagi tau dia aku rasa sakit sangat.
dia tanya rasa macam nak terberak ke...aku kata yelah...
then dia tengok bukaaan dah 9cm.
dia panggil doctor.
kendian aku dorang dalam sekelip mata menukarkan katil tu jadi macam lain.
siap dengan tiang besi semua...angkat badan aku semua...
doctor tu suruh panggil asben.

sebab kepala baby dah nampak.
masa asben masuk,aku rasa macam mimpi-mimpi lagi...sebab aku masih mengantuk haha...
wei tengah nak bersalin gtu pun aku mengantuk...mau tak mengantuk sebab dah satu malam aku tidur tak cukup...

dah lelaki kacak pegang tangan aku and bagi semangat..disamping semua yang ada disekeliling bagi semangat suruh push....

rasa macam sekejap sangat...terus baby keluar...
baby keluar-keluar doctor siap kata,
"eh dia senyum dekat saya"
 gulp aku sentap...
kendian dia tunjuk dekat aku suruh cakap baby apa...
aku tengok,agak lambat nak jawab...baby gurl...
kendian aku tengok asben kata dekat dia gurl lah...tergelak kot kami dua...
doctor letak baby atas perut...
amazing moment yang dirasakan!
oh..indah..biar pun pegang baby yang berdarah tu..tapi aku rasa lega....
kelegaan yang amat sangat!
hilang semua rasa sakit tadi....

nurse ambik mandikan baby,
doctor mintak asben keluar sebab nak cuci darah nak jahitkan luka dan pergi setelkan hal baby.
dalam 15minit macam tulah..semua setel sebab jahit sikit je..luka luar je.

then nurse datang tukarkan baju aku,lapkan muka sikit...bagi air.
sambil cerita tentang penyusuan,
datang sorang lagi bawakkan baby.
letak baby dekat dada,automatik baby terus hisap susu........
1st time tengok baby...
Ya Allah....memang rasa ajaib sangat....
anakanda memang bijak,cerdik sangat...pandai je menghisap susu.oh amazing!
pegang pipi dia,senyum...indah!


nikmat tatau nak cakap macam mana..
rambut lebat,pipi tembam...
kulit cerah...tang ni aku mengaku dia ikut aku lebih kalau ikut walid dia..alamattttttttttttttttttttttttt

puas aku belek dia dalam tu..
mula-mula nurse timbang berat baby 3.1kg tapi doctor datang ambil balik...tak puas hati....timbang lain...3.5kg kauuuuuuuu...
berkat omak bonda makan setiap hari hihihihi...
sentap aku...
honestly,anakanda seorang yang murah dengan senyuman...until now..suka tersenyum.
alhamdulillah...Allah swt makbulkan doa aku...semoga berpanjanganlah tabiat tu kan!

sesion 2 aku story pasal dekat ward bersalin ye :)





Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^



Friday, October 12, 2012

present my chenta hati :)

Assalamualaikum ^^

terlalu ramai yang msg,ramai yang bertanya di fb...geng blogger....sory alls...yang mana tak add fb tatau la kan...

aku telah selamat melahirkan seorang puteri,
supriseeee kan puteri...actly kebanyakkan semua orang teka boboy...hehehe

dah rezeki...
next entry aku story pasal proses memberanakan diri ye....

nowww present my princessss chenta hati

Aydina Malaeka Tihany bt Tariq Huzairi
lahir tepat jam 16.34 pada 04 oktober 2012.

nexttt aku story pasal kisah bersalin ye.


ok,baiiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Monday, October 1, 2012

oktober yang dinanti :)

Assalamualaikum ^^|


Alhamdulillah,oktober telah muncul....
selamat datang oktober...
sesungguhnya aku dan lelaki kacak menantikan oktober tahun ni dengan penuh debaran.

ye....oktober sangat bermakna buat kami berdua.
disamping ulang tahun perkahwinan yang kedua kami juga sedang menantikan kehadiran permata hati hasil bukti cinta kami.
latest due aku 4hb/10 ni...
tapi aku rasa macam akan lebih je....
sebab due pertama adalah 10.10 kan...
mungkin akan ke minggu depan dan ikut due 10.10 tu...who knows..kerja Allah swt...tapi yang pastinya seboleh-bolehnya aku nak bersalin normal tanpa di induce.doakanlah aku.

ye,aku memang berharap dapat doktor dan nurse serta staf perempuan yang menjaga serta menyambut kelahiran anak aku nanti...tapi andai kata jika Allah swt nak menduga aku dengan mendapat staf lelaki,aku redha...nak buat macam mana...aku bukan suka-suka hati nak semua ni kan.

apa sahaja yang terjadi...aku doakan baby keluar selepas 3hb ni ye...
insy.Allah nanti walid dia balik dah bersama kami..taklah kelam kabut semua orang kan :)




ok,baiiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...