✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label fesyen dan fotografi. Show all posts
Showing posts with label fesyen dan fotografi. Show all posts

Friday, January 4, 2013

setia hujung nyawa.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu.

ampa semua mesti suka tengok cerita setia hujung nyawa yang tengah hot dekat tv 3 tu kan.
lepas tu semua verangan baik punya nak jadi dapat asben macam zain,nak jadi ersalina,yang lelaki pulak nak feling romantik macam tu kennn...
meh aku story pasal cerita ni...
sebab aku dah banyak kali baca novel dia..tapi ni versi ingat-ingat lupa la...tapi rasanya betuii kot kan...
okeh meh aku story :)

kisah ni bermula dari Pengantin perempuan lari?ex tunang si zain nilah.start dari tulah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak mesti la hensem, caring.Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat-saat dah nak dekat sangat majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah,mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga yelah weiii dah pengantin pompuan lari benda semua dah prepare orang dah tau..malu kot..tambah tambah datuk datinkan. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan.kiranya ersalina  Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.satu-satunya perempuan yang melepasi piawaian datin Adibah ni la..
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau apa-apa ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta pandang pertama la tu weiii...
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.depa macam happy and sweet couple balik la lepas tu.
Zain ni romantik!!Tapi badai,ribut taufan,tsunami datang melanda bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.
Syabas buat penulis Fatin Nabila, keluaran Alaf 21

ehem..ehem...tapi ni dalam novel..nanti kita tengok drama..mesti mantapkan...
sebab pelakon-pelakon dia pun mantap sangat!

kan sudah ku bilang mantap...hihihihi





ni pelakon yang tak berapa nak berlakon..hahaha
ok byeee

"tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"

jadi jangan mengata orang okey,sebab esok lusa mana tau balik dekat diri kita,adik beradik kita atau anak-anak kita...selalu orang mengata dekat orang akan dapat balik dekat batang hidung dia ye :)

terima kasih kerana membaca ruangan penaja ini..hihihi



love,love,love



Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)





sekian,

Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...




Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Wednesday, October 31, 2012

baby potret:: Aydina Malaeka Tihany

Assalamualaikum ^^

saja nak tempek gambar kenangan ni....
di ambil sehari sebelum raya haji tempoh hari....
biasalah bonda gedik nak potretkan pic anak dia...
memory yang tak dapat dibeli...
punyalah payah sebab anakanda tetiba hari tu tanak tidur...gedik sakan beliau...
over macam bonda dia jugak la tu....cessss
tapi apapun...shomel sangat!*haruslah aku puji anak aku kanzzzz*











Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Monday, July 2, 2012

update checklist anakanda :)


Assalamualaikum ^^

tadi aku check barang dalam checklist aku kan...ni sekarang turn checklist budak kecik ni...


checklist anakanda.

 cloth,bed time.
1. baju new born siang 5helai - rm70.00 - done lebih dari helai kira rambang semua 9helai kos rm50.00
2. baju new born malam 5helai – rm70.00- done 2helai kos rm15.00
3. Bedung moden 2pasang –rm 70.00 - done beli 1 rm7.00
4. Bedung biasa 3pasang – rm 50.00 (pakai je kain batik atau lampin hehe)- pakai kain pelikat dan batik bonda je tak pun pakai lampin.
5.Topi 3pasang – rm 50.00- done satu rm7.90
6.Barut (jahit sendiri ) kos rm20.00 untuk 20helai saiz besar sikit - done
7.barut kecik untuk new born beli readymade 4pcs rm20.00-done beli 1 je rm5.00 yang lain dapat free gift.
8. Pampers new born myb beli 2pack rm50.00
9. Selimut baby 1pcs rm 20 (kotor ganti kain batik atau pelikat kami jelah)- dapat free gift dari anmum..ingat nak beli jugak satu nanti ^^
10.bootie+mitten 5pasang rm 50.00-done 2pasang rm10.00
12.bootie+mitten outdor 5pasang rm 50.00(lepas pantang boleh beli -done rm31.00 
13.sapu tangan rm 5.00
14.. Seluar getah lepas pakai lampin 3helai rm10.00 - entah xbeli kot hahaha
15. Tuala 2pasang –rm 50.00
16.baby wipes 1 yang dalam bekas – rm15.00
17.baby wipes pek add beli 7pek –rm50.00
18.lampin – 1pack rm30.00
19.Tilam kekabu – rm150.00 - rm100 sekali cadar baru...done
20. Tilam span biasa – rm 50.00
21. Bakul isi barang baby 2 bakul – rm20.00
22. Cotton balls rm 10.00
23. Sikat baby rm 5.00
24. Bedak baby rm10.00
25. Minyak baby (baby oil) pakai bonda punya dah la ye..-dapat free gift set NR
26. Cotton bud  beli 1pek rm5.00
27. Losyen baby rm 10.00
28.katil baby-rejek…tak perlu.
29. Kelambu baby rm15.00
30.chaging mat (nk letak bawah kain batik atas tilam) rm 15.00
31. bakul baby kecik simpan baby care – rm5.00
32. Beg baby rm 30.00
33. Baby sling rm100.00
34. Car seat –lepas bersalin je
35. Stoller – lepas bersalin je-done rm900.00
36. Bottle – tatau nak beli set apa lagi…bajet rm 100.00
37. Besen mandi –tak perlu.
38. Sabun+syampu (rm15.00)
39. Detergent untuk cuci baju baby rm 20.00
40. Powder puff (letak dkt lampin sblm pakai) – rm10.00
41. Putting baby rm10.00 - done dah ada dapat hadiah.

Medicine+tahnik
42. Kurma  nabi untuk bertahnik – rm 5.00
43. Gripe water(untuk mgelakkan baby kembung ) rm10.00
44. Nappy rash cream rm10.00
46. Nasal aspirator untuk baby selesema rm20.00
47. Methylated spirit utk tali pusat baby rm15.00*yang ni dapat free dari hospital*
48.syringe for medicine –nanti mintak dkt nurse jelah..freee hehehe
49. Tungku baby rm5.00
50. Termometer-dah ada.done.
51. Vicks – Rm5.00
52. Pengepit kuku(nail cliper) rm 10.00
53.minyak telon 2botol rm 20.00


aku rasa macam dah banyak beli padahal..banyak yang tak beli lagi..hahaha
mak aii sekali tengok check list banyak lagi yang tak beli..hahaha
kena gigih lagi p membeli bila lelaki kacak balik kalau macam ni...
kalau mana boleh on9 aku beli on9 je..kihkihkih
tu pun kalau yang on9 lagi murah dari pasaran la ye uols...sekarang kena bijak berbelanja demi masa depan kami sekeluarga...chewah ^^


kos semua rm245.90sen...tak masuk stroller ye...sbb stroller tu terbeli je..hahaha
kalau aku terberanak dalam masa terdekat ni..trial pack set mandian lengkap baby dah ada...aku beli untuk bawa jalan-jalan dan ke hospital...harap-harap taklah...ikut due 10.10 ni...


ok,baiiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...