بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
berkisar tentang rambut,*dah macam blender pulak main kisar kisar youu
mungkin memang genatik aku dengan lelaki kacak jenis berambut lebat sebab tu turun ke Aydina Malaeka Tihany.
yelah,mana tak tumpah kuah kalau ke nasi kan?
dah omak bonda dengan apak walidnya rambut tebal tak henggat.
dak princess tu 2kali aku botakkan dia,sekali aku gunting nipis-nipis je rambut dia tapi kejap je tumbuh.
setakat hari ni Alhamdulillah aku tengok nampak lebat elok jelah rambut dia.
adalah 5,6 orang dok tanya tips atau petua aku sebab rambut dak princess lebat semacam.
hurm,
1st ~ yang paling utama aku rasa genatik.
#seperti di atas tadi..dah memang kami berdua rambut yang lebat,tengok omak dan ayah mertua aku pun rambut lebat,mama dengan baba pun sama.mungkin ini faktor utama!
2 ~ pemakanan.
#ada orang petua aku masa mengandung makan bubur kacang hijau banyak banyak rambut anak jadi lebat and aku memang makan bubur kacang hijau kerap kot,adalah 4,5kali sepanjang aku pregnant.
dan kurangkan makan pedas...yang ni aku tipu sebab aku memang suka sangat makan pedas!
ayokkkk,kalau makan nasi tu aku patahkan cili padi kendian tambah kicap...yummmy...sedap weiii sedap...terus terliur.
3 ~ letak daun bunga raya.
# yang ni tok aku buat dekat aku dari kecik-kecik lagi.
bila nak mandi,ramaskan daun bunga raya lepas tu amik pati/lendir dia letak atas kepala biar seminit dua lepas tu baru cuci kepala.
setakat ni aku adalah buat 3/4kali dekat dak princess tu.
4 ~daun asin-asin dengan santan.
# yang ni memang buat sebab dak princess dah habis pantang baru nak jadi daki air dekat kepala....
so hari-hari ler nenek dia letak menda alah ni setengah jam sebelum mandi...
praktik lebih kurang seminggu,lepas tu seminggu sekali kadang-kadang dua minggu sekali baru buat.
so uols,tryla tengok..mana tau berkesan.
tapi dak princess memang lahir-lahir dah memang rambut lebat sangat.
pasai tu masa mengandung aku asyik ulang alik p kencing ja..
kalau malam lagi la...boleh dikatakan 15kali kot aku ulang alik p kencing.
haha
selepas beberapa jam dilahirkan :) tengok rambut kemain mencacak je..... |
boleh buat fesyen rambut saloma lagi masa baby potret hihi |
selepas 9hari dibotakkan :) botak pada kali kedua ye...sebab kepala saya tetiba banyak daki air. |
gambar tadi :) rambut dah naik lebat tapi masih belum panjang. |
dak princess,
cepat sungguh kamu membesar nak,
bonda dan walid sentiasa mendoakan kamu sayang :)
nota jari : Jangan ampa p bubuh tonik lebatkan rambut dekat kepala anak ampa sudaaa...kepala ampa tak paa....hihihi
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^