بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Rm500 je?
Tahun lepas setengah bulan gaji
Tahun ni lima ratus ringgit je ke?
Sengkek betul la...
Dah menang memang begitu...
Lepas ni kalih la....
Tahu apa makna bersyukur?
S.Y.U.K.U.R
tak perlu
nak beza...
eh dia kerja di negeri itu dapat bonus lebih dari yang persekutuan bagi...
eh dia kerja di jabatan ini dapat bonus lagiiii banyak...
mana nak cukup lima ratus je...
tahu lepas bagi setengah bulan gaji..tahun ni lima ratus ajooo....
helooo
uols,
kira oklah kan dari tak ada langsung!
itu pun dapat juga imbuhan...
dan aku rasa kali ini lebih adil..sebab semua gred dapat rm500.00
jadi tak adalah soal,
bila dia gaji besar dia dapat bonus lebih besar,
bila dia gaji rendah...dapatlah rm500.00
kali ini semua sama...waima gaji kau rm5000.00 pun kau tetap dapat rm500.00.
sama seperti semua yang ada!
buat apa nak beza itu ini,
sedangkan kita tahu tahap itu rezeki yang Allah swt tetapkan pada kita.
bukankah itu semua sudah tertulis.
ini tak,
semalam semua sibuk share tentang ketiadaan bonus raya,
hari ini semua sibuk share sebab dapat lima ratus ringgit je
oh,
realiti kan.
orang kita...
bagi mengata,
tak bagi pun mengata.
semua aspek tidak puas hati.
kita ni kadang kadang nak hulur seringgit dua sedekah pun dah bising,
keluar segala rumors
semua tu sendiket,
alah tu lakonan je,
malas kerja tu...
itu sikap kita,
apa yang kita beri itu yang kita dapat.
kadang kadang bila dapat banyak pun tetap tak cukupkan?
kenapa?
sebab kita sendiri yang tak pernah mengikhlaskan diri,
tak pernah melatih diri untuk bersyukur,
kita sentiasa akan mempertikaikan apa sahaja yang diberi,
tapi tetap ambil,
tang mulut sentiasa bunyi tak puas hati.
jadi dimana letaknya syukur?
mungkin akan rasa sedih bila kita sebenarnya pengkritik paling kejam untuk diri kita bukan.
ajarlah diri tahu bersyukur,
dan lebih baik dari sekarang sebab boleh latih orang sekeliling ka :)
sekian,
rm500.00 simpan dalam asb boleh kot..kalau tak pun...
rm500.00 lagi pow itu olang!
haha
ikhlaskan incik suami!
i love you... ^^
terus bergedik kau.
alah tak dapat bonus pun bergedik sokmo.
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar.dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^