✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, April 27, 2014

indah ;)

Assalamualaikum ^^

Bangun pagi rasa sebak (bukan hari ni je kau sebak muahahaha) tapi yaaa hari ni lain dari hari yang lain.
Aku bangun dan cium princess di sebelah. Angkat tangan dan berdoa.
Dengar ayam berkokok.
Tengok jam dah dekat jam 6.
Terus pergi siap nak solat subuh.
Dan
Menangis lagi.
Menangis sepuas hati.
Aku harap allah swt makbulkan doa kami.
Aku harap pertolongan dari allah swt.

Di ambang meniti 9 bulan kehamilan hanya 2 bulan lebih aku merasakan sesuatu yang indah.
Dulu masa princes perut terboyot membesar dengan jayanya dan adik baby...siap boleh sembunyi lagi.
Masih muat pakai baju kurung yang lelaki kacak beli masa raya tahun lepas.
Padahal baju saiz 42 hahaha
Bulat sahaja di perut.
Maintain la badan bonda kali ini.

Sepanjang hampir 9 bulan naik 2kilo.
Tapi tak apa...masih ada masa lagi nak naikkan berat bonda :p

Bila kita lakukan sesuatu yang kita rasa semua tu terjadi atas silap kita mesti kita akan rasa nak betulkan segalanya bukan.
Dan aku sentiasa menyalahkan diri aku sebelum menyalahkan orang lain.
Ya.
Itu pasti.

Nak tulis benda semua kena tapis.
Ya sekarang aku banyak tak jujur di sini.
Banyak benda aku dah taip tapi aku drafkan sahaja.
Entah dimana silapnya aku tak pasti.


Orang kata bila kita redha allah swt akan timbulkan perasaan ikhlas dalam hati.
Biarlah mata bengkak sedikit tapi asalkan kita tak henti doa dan yakin allah swt akan bantu kita pasti kita akan sentiasa redha...

Allah swt jadikan aku dari tulang rusuk seorang lelaki yang bernama suami.
Dan takan pernah hilang atau silap kejadian tersebut.
Aku kena kuat dan aku tahu lelaki kacak itu lebih kuat kerana wajibla kan kalau dia nangis mau banjir satu malaysia.
Demi anak anak.
Sepanjang perjalanan yang panjang selama 4bulan lebih ini aku dapat apa yang tak mungkin aku mampu belajar sebelum ini.

Bukan mudah.
Bukan mudah.
Bukan mudah.

Kerana itulah aku berdoa sentiasa.
Tak pernah putus.
Dan aku harap semua juga mendoakan aku dan anak anak.

Ya allah, sesungguhnya kau maha pemurah lagi maha pengasih makbulkanlah doa doa ku dan anak anak.

Insyaallah allah swt sentiasa akan bantu kami anak beranak ;)

Yakin!
Yakin!
Yakin!

Sekian,
Terima kasih sudi baca.
Tolong doakan kami ye :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...