Assalamualaikum ^^
Lama aku tak jenguk ke sini...
bukan lupa...tapi masa tak selalu mengizinkan aku menaip lebih panjang disini...
Alhamdulillah,
hampir ke fasa enam bulan.
Sebenarnya...tak terdetik pun dalam jiwa nak melalui semua ini sekali lagi...
tak pernah terbayang...
tapi...
Allah swt beri peluang...
semoga ianya Kekal hingga ke alam syurga...
Last aku catat disini adalah pada hari pernikahan kami.
beberapa detik sebelum.
ada yang kata aku terburu-buru buat keputusan...
sebenarnya tidak...
selepas apa yang aku lalui...bukan mudah untuk aku membenarkan sesiapa sahaja masuk kedalam kehidupan kami bertiga.
dan sehingga kita aku rasa suami aku sendiri pun merasakan aku terlalu berhati-hati dalam setiap langkah yang aku ambik...
bukan aku tak percaya...tapi itulah....apa yang aku lalui...tak semudah apa yang nampak dimata.
hakikatnya sangatlah BERAT!
semoga allah swt sentiasa melindungi aku dari semua kejadian yang lepas.
aku rasa beruntung,
punya keluarga sebaik ini.
punya suami yang pada aku cukuplah menyenangkan jiwa.
punya mertua yang amatlah mewah dengan kasih sayang.
punya ipar duai,biras yang sangat memahami.
--------------------------------------------------------------------------------------
aku berborak dengan suami tentang penerimaan persekitaran dia.
suami aku seorang yang sangat out spoken.
out spoken disini adalah dia sering bercakap dari hati...bukan jenis selindung selindung.
dan aku sangatlah dapat detect bila dia cuma bercakap demi menjaga sesuatu.
hahaha
tapi aku tahu,
bila dia buat keputusan menerima aku dan anak anak dalam kehidupan dia bermakna dia akan menerima seluruh kebaikan serta keburukan yang bakal terjadi selepas itu.
pagi masa sebelum nak akad nikah pun...berkali-kali aku tanya...
sungguh ke nak bernikah dengan aku?
satu kehidupan yang bermula bukan berdua...tapi menerima kami bertiga.
semoga Allah swt sentiasa merahmati hubungan kami sekeluarga.
ada bertanya aku bercerai mati atau hidup?
ada bertanya tentang kenapa perceraian terjadi...
tak kurang yang pandang serong dan terus kata berpunca dari aku punya lelaki lain.
hahaha
kau gila ke apa,diceraikan saat mengandung 1bulan nak curang denga lelaki lain.
tak perlu provok.
kerana aku seorang yang sangat setia pada sesuatu yang aku terlalu suka.
----------------------------
majority,
sekeliling aku akan bertanya cuma satu soalan.
:Aku bahagia ke sekarang?
Masa ini,kalau kau kata kau bahagia,orang akan kata eleh.....macamlah dia sorang je bahagia...yeke bahagia ke auta je....
jaranglah dalam media sosial ni orang nak berkongsi kesedihan...yang selalu dikongsi adalah kebahagiaan bukan?
malah...kehidupan hakiki mungkin tak sama seperti digambarkan...
mungkin caca merba...
tapi tulah...hakikat kehidupan.
tapi itulah...
aku tak pasti soalan bahagia itu dilontarkan untuk korek rahsia atau apa...
bahagia ni susah gila nak jelaskan.
bahagia dari hati.
kalau hati tak bahagia tak siapa dapat tolong.
dan bahagia itu sangat sukar nak dijelaskan.
ada orang tanya :
rai bahagia ke?
anak-anak happy ke dapat ayah baru?
hahaha
eh...depa sendiri tak tau apa itu ayah lama!
terutamanya yang nombor dua jadi soalan itu sangatlah tak valid.
hello,
ada orang jumpa bahagia...bila dia sujud menangis...
bahagia itu bukan hanya atas nama perkahwinan TAU!
Terima kasih sudi baca,
love,
Raihana humaira.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Saturday, March 26, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)