✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, November 14, 2013

kisah my ex bos yang sangat special


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Agak lama jugak aku tak menulis di sini...
nak kata bizi sangat sangat tu tak lah...

nak kata tadak idea...memang bersepah dalam otak merah jambu ni...tapi masalahnya...bila nak taip je hilang...tak dapat dikesan.

baiklah.

baru baru ni di opis dah bertukar bos.

bukan nak cerita tentang bos baru...
tapi bos lama.
 bos baru so far okay :)

tapi tulah....bila kita dah terlalu rapat dengan bos lama...sampai rasa macam dia sebahagian dari hidup rasa sangat tak best bila dia tak ada.

my ex bos sangat lah baik!
teramat baik!

kau tahu...bila aku atau staf lain ada big problem dia boleh duduk sembang sembang bagi idea dan share everything sama sama.

kita tak rasa macam dia bos.
tapi kita hormat dia secara natural bukan secara paksaan.

Dan sekarang honestly la aku rindu beliau.
Oh rindu sangat.
Bukan mudah nak cari bos macam kak siti.
Memang semua bos aku baik tapi myb kak siti perempuan kan so kami close lebih la...sampai share everything story pasal anak pasal masak pasal macam macam.
Bos aku semua okay okay je..tadak yang tak baik.tapi yang sebelum ni semua lelaki kan...so yang ni perempuan tu yang rapat dia lain macam kot...jakun dapat bos sama gender dah tu baik sangat.
Selalu baca orang kata bos perempuan ni kerek ebih...bossy laa sangat suka di up up tapi tapi tapi my ex bos tak nooo elokkk sangat perangai.
Boleh sembang sembang kosong lepas meeting. 
Cerita 
Gelak gelak

Kalau kita buat kerja tak betul dia tegur dengan sangat sopan.
Buat kita tak terasa terhentak pun hati. Kita boleh terima dan rasa nak perbaiki semua.
Ya allah...
Sungguh 2tahun beliau jadi bos rasa singkat sangat.
Kalau la dekat rasa tak nak beliau tukar.

Apapun semoga allah swt terus merahmati beliau.
Dan until now...
Masih tersemat satu kata kata beliau 
"Bukan mudah nak dapat reja.dah reja ni jaga reja baik baik.jangan dok buat perangai"

Oh rindu!
Rindu sangat!



My ex bos yang sangat super best!


Orang lain tidur dah berzaman...aku lepas update order baru nak update blog dah tuuuuu baru nak zzzz ayooooo kerja sungguh ni!

love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)




sekian,



Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...



Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar dan semoga dipermudahkan bersalin zuriat kedua kami dengan sihat sempurna serta dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^

Thursday, July 25, 2013

nikmat bonus itu.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Rm500 je?

Tahun lepas setengah bulan gaji
Tahun ni lima ratus ringgit je ke?
Sengkek betul la...
Dah menang memang begitu...
Lepas ni kalih la....

Tahu apa makna bersyukur?
S.Y.U.K.U.R

tak perlu
nak beza...
eh dia kerja di negeri itu dapat bonus lebih dari yang persekutuan bagi...
eh dia kerja di jabatan ini dapat bonus lagiiii banyak...
mana nak cukup lima ratus je...
tahu lepas bagi setengah bulan gaji..tahun ni lima ratus ajooo....

helooo

uols,
kira oklah kan dari tak ada langsung!
itu pun dapat juga imbuhan...
dan aku rasa kali ini lebih adil..sebab semua gred dapat rm500.00
jadi tak adalah soal,
bila dia gaji besar dia dapat bonus lebih besar,
bila dia gaji rendah...dapatlah rm500.00
kali ini semua sama...waima gaji kau rm5000.00 pun kau tetap dapat rm500.00.

sama seperti semua yang ada!

buat apa nak beza itu ini,
sedangkan kita tahu tahap itu rezeki yang Allah swt tetapkan pada kita.
bukankah itu semua sudah tertulis.

ini tak,
semalam semua sibuk share tentang ketiadaan bonus raya,
hari ini semua sibuk share sebab dapat lima ratus ringgit je

oh,
realiti kan.
orang kita...
bagi mengata,
tak bagi pun mengata.
semua aspek tidak puas hati.

kita ni kadang kadang nak hulur seringgit dua sedekah pun dah bising,
keluar segala rumors
semua tu sendiket,
alah tu lakonan je,
malas kerja tu...
itu sikap kita,
apa yang kita beri itu yang kita dapat.

kadang kadang bila dapat banyak pun tetap tak cukupkan?
kenapa?
sebab kita sendiri yang tak pernah mengikhlaskan diri,
tak pernah melatih diri untuk bersyukur,
kita sentiasa akan mempertikaikan apa sahaja yang diberi,
tapi tetap ambil,
tang mulut sentiasa bunyi tak puas hati.
jadi dimana letaknya syukur?

mungkin akan rasa sedih bila kita sebenarnya pengkritik paling kejam untuk diri kita bukan.
ajarlah diri tahu bersyukur,
dan lebih baik dari sekarang sebab boleh latih orang sekeliling ka :)

sekian,

rm500.00 simpan dalam asb boleh kot..kalau tak pun...
rm500.00 lagi pow itu olang!
haha

ikhlaskan incik suami!

i love you... ^^

terus bergedik kau.

alah tak dapat bonus pun bergedik sokmo.


love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)




sekian,



Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...



Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar.dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...