✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, April 21, 2019

Nisfu syaaban

Assalamualaikum ^^

Lama bukan aku tak tulis apa apa disini.

Ada je benda nak tulis tapi tulah tahap kemalasan tu melebihi segalanya.

Malam ni,air mata aku murah sangat...sebab kisah viral ustaz ceraikan isteri dia ketika mengandung tu...sebab aku pun pernah alami jugak.

Ada orang akan cakap aku tak move on teringat bekas suami la apa la.bukan teringat sebab sayang la wehhh tapi mana mungkin aku lupakan apa yang dia buat pada aku walaupun sikit!
Ingat senang nak usung perut sembilan bulan sorang-sorang dalam masa yang sama macam kena buli mental.
Aku macam orang bodoh je dia buat.

Tapi tak apa allah swt ada,aku percaya semua akan berbalik kembali pada dia atau orang yang terdekat dengan dia atas apa yang dia buat pada aku.

Sukar sangat nak lalui...teringat semua benda.bila cerita orang kata nanti tak move on,kalau tak move on takan aku nak pilih orang lain dan jalani hidup dengan orang lain weh.
Tapi nak lupakan memang taklah.
Usung perut sembilan bulan sorang diri.
Sampai saat nak bersalin pun pegang telefon masih call lagi untuk minta datang tapi hampa...yang dapat penipuan.

Tak akan sesaat pun lupa semua detik tu.termasuk sikap yang disekeliling pada masa itu.ramai ja orang terdekat yang sengaja lagi semarakkan api.

Tak kisah apa saja alasan pun tapi pada aku sebagai seorang lelaki yang dah lafazkan akad nikah jika tergamak menceraikan isteri dengan apa sahaja alasan pun itu adalah kehendak dia sendiri.

Kalau lelaki tu sanggup menceraikan isteri ketika mengandung lelaki itu bukanlah lelaki yang baik...dalam apa jua keadaan pun.
Tambah pulak lelaki yang jenis lari dari tanggungjawab nafkah kan.lagilah nampak benar dayus dan kurangnya didikan keluarga dia 🤭

Kau ingat senang nak bawa perut sembilan bulan seorang diri,tambah dengan seksa jiwa menanggung beban yang rasa tak mampu nak simpan.hari-hari aku nangis.
Sapa yang bersama aku masa tu taulah macammana aku cuba untuk bertahan.

Letih tau,nak cuba selamatkan apa yang sebenarnya memang nak diruntuhkan oleh pasangan kita sendiri.

Nasihat aku,kalau dah tau lelaki tu memang kaki minum arak,kaki perempuan,kaki pukul,jenis anak mak,jenis yang ikut telunjuk keluarga,jenis tak mampu buat keputusan sendiri lebih baik jangan nak teruskan hubungan tu.
Sebab kita takan mampu ubah pun sikap seseorang tu melainkan dia sendiri yang nak berubah!

Sebab tu bila aku nak kawin lagi aku pernah kata pada kawan-kawan rapat aku...aku harap kali ni benar benar jodoh dari allah swt dan bukan bodoh aku lagi.

Alhamdulillah,hari ini aku mampu sujud syukur sebab aku dapat seseorang yang terima apa adanya aku.
Paling penting keluarga dia pun sangat sangat baik.terima aydina dan seth itu yang paling utama.

Paling aku terkesan masa aku sakit suhairy kata “bangunlah,kuatlah untuk anak dan abang”
sedangkan masa tu aku nak gerak kepala pun tak mampu...nak pejamkan mata pun aku rasa sakit sangat sehinggakan rasa takut nak kedipkan mata sendiri.

Ada orang pernah kata dekat aku,
“Kau kalau letak tepi tong sampah pun tak ada siapa nak kutip”

Sekarang aku dah buktikan yang doa aku allah swt makbulkan sebab orang yang kutip aku berganda baik dari orang yang campak aku dulu.


Selepas aku kawin ,bekas suami aku datang cari,masa tu dia cakap dia sayang lagi la.dia tanya kenapa aku tak cari dia semua...

Aku cuma balas “dulu mak awak kata nak cari menantu cikgu,menantu kampung macam saya setakat kerja library cabuk tak laku,campak dekat tong sampah pun tak ada orang nak”

Memang aku tak pernah sesekali pun cari dia selepas kami sah bercerai sebab pada aku kalau betul dia sayang aku dia tak akan tergamak tinggalkan aku dan anak-anak.
Dan dia selalu canangkan hati dia keras,tapi aku pun buktikan hati aku lebih keras lagi setelah bila aku tengok kertas syarat syarat dia untuk aku termasuk nak semua harta benda,tukar nama motor,tak boleh tuntut nafkah,mutaah dan sebagainya la ada lebih kurang 15 syarat.

Tapi masa tu aku yang bodoh ni cuma minta anak.dan dia takan boleh sesekali pun tuntut anak dari aku.nak jumpa anak boleh tapi tak boleh bawa keluar anak.
Tapi dia tak pernah pun datang jumpa.
Tak datang lagi bagus sebab anak anak aku pun tak kenal sapa dia, yang aydina dan seth tau suhairylah satu satunya ayah depa.
Sebab semua suhairy yang buat.
So sekarang dia dapatkan apa yang dia nak.
Walaupun barang dekat rumah tu hutang courts aku yang bayar setiap bulan tapi aku satu apa tak dapat 😝
Ambiklahhh sebab kita jenis nak apa beli sendiri wak,kita tak mintak dengan orang dan tak ambik yang orang.

Percayalah,aku rasa orang perempuan ni memang masa nak bercerai tu dia menangis bagai nak rak ,macam orang gila tapi tapi tapi lepas dia dah move on dia rasa dia dah okay jangan mimpilah dia nak pandang balik bekas suami dia,tambah tambah bekas suami yang sesen pun tak bawa untung 🙄

Jangan sesekali tanya aku macam mana aku jadi kuat sebab aku sendiri pun tatau macam mana aku mampu lalui semua tu...cuma aku sejenis seorang yang suka program otak aku sendiri dah.aku bila dah nekad,aku akan betul-betul nekad,alah macam kau minta hari-hari doa...allah swt tu maha adil takan lah satu doa kau tak makbul bukan?
Aku sejenis yang suka bagi rasa semangat dekat diri sendiri.dengarlah lagu yang semangat sikit,lepas tu yang happy lepas tu aku baca cerita lawak ke dan aku ajar diri aku fokus apa yang aku nak.

Dan paling penting aku akan jauhkan diri aku dengan apa sahaja yang boleh buat aku down,termasuk orang-orang sekeliling aku.
Alahhhh macam aku kata tadi kalau kita yang nak ubah diri kita mesti kita boleh buat pokok,daun pucuk diri sendiri mau!

Maka dengan itu,kawan-kawan yang sedang melalui fasa perceraian dalam hidup,ibu tunggal atau pun ibu tunggul(ada ayah tapi takberguna) kuatlah.
Dan berjuanglah untuk sesuatu yang berbaloi,tak payah sakitkan diri sendiri.
Takpa habiskan fasa bodoh dengan merayu dengan menangis tapi tolonglah kuat selepas itu.
Biar bodoh sikit tapi jangan bodoh selamanya!

Caiyok!

Yang benar,
Raihana humaira yang cantik menawan lagi bahagia.

Bonda anak tiga setakat ini 😝






Wednesday, December 12, 2018

sapu sawang sikit

Assalamualaikum ^^

Lamakan tak menulis di sini...
Entah apa sawang dah jadi dekat sini.

Banyak benda nak ditulis tapi itulah...sebanyak mana pun selalu tak ada masa nak menaip dekat sini.bukan sebab sibuk sangat tapi sebab tahap kemalasan tu mencapai lebih dari jangkaan.

Alhamdulillah.semakin sihat.
Berjalan dari mata kasar nampak normal.
Nak kata tak sakit kadang-kadang sakit tu hadir tapi itulah...kena jugak kuat dan terus bangkit lawan demi hidup.
Bukan untuk nyawa sendiri tapi untuk permata hati.

Siapa sangka...mampu berjalan kembali...diri sendiri pun tak duga.
Ya rezeki allah swt tu tak pernah silap...ia akan hadir bila tepat pada masanya.

Dan rezeki yang tak diduga hadirnya permata hati yang ketiga.
Alhamdulillah,mungkin ini rezeki allah swt buat suhairy sebab dia paling banyak berkorban untuk kami anak beranak.

Sungguh!

Orang yang kenal dan tahu akan tahulah betapa banyaknya dia berkorban untuk kami.
Susah nak digambarkan...cuma bersyukur sangat allah swt hadirkan sesorang yang diluar jangkaan...langsung tak duga sebaik ini yang kami anak beranak akan dapat.
Aku anggap dia rezeki buat aku dan anak-anak.
Belum tentu lagi kalau ayah sendiri akan berkorban macam dia berkorban untuk kami.

Jangan soal aku tentang perbezaan sebab...ia terlalu macam langit dan bumi.
Bab mendidik anak-anak,bab hal ehwal rumahtangga.

Aku selalu soal pada suhairy...
“Abang nanti akan sentiasa sayang pada aydina dan seth ke?”

Dan dia cuma akan senyum...

“Lebih dari apa yang ayg tau sebanyak mana kasih sayang untuk ayg dan anak-anak”

Bukan mudah nak jumpa orang yang akan lapkan air mata dengan tangan dia sendiri bukan dengan tisu...

Dan selama hari ini,apa sahaja untuk anak-anak dia akan sentiasa letak nombor satu...
Baik dari segi bab nak luangkan masa ke sekolah anak,nak ajar anak atau apa sahaja.
Dia akan urus anak lebih dari aku sendiri.
Bukan sejak dari aku sakit...tapi sejak dari hari pertama kami kawin.

Sampaikan waktu mengasuh seth pun adalah mengikut waktu kerja dia.
Asal dia balik je mesti dia jemput anak...tak ada istilah me time untuk dia...kadang-kadang aku pun pelik dengan dia.

Tapi itulah...sikap tanggungjawab tu tak semua ada.

Ada orang nak makan pun tak boleh anak ganggu...tapi beza dengan dia semuanya kalau boleh nak buat bersama-sama dengan anak anak.

Tak ada tengking,herdik,perli,marah-marah apapun terus bercakap...selesaikan masalah tak tunggu nak tangguh.
Orang yang kenal suhairy tak mungkin pelik sebab dia memang akan bercakap direct apa yang dia rasa...

Kalau mula-mula dulu aku agak makan hatilah,yelah kita orang perempuan mana maunyaaa kureng-kureng nak yang sweet talkers...tapi ya ampunnnnnn haremmmmmm dia over jujur okay.
Cuma bukan yang jenis menyakitkan hati.

Dia cakap terus terang tapi berlapik,eh paham tak...alah paham jelah.

Cuma...itulah,hari-hari aku doa...moga allah swt sentiasa murahkn rezeki suhairy,moga sentiasa akan ada rasa bahagia dan gembira dalam hidup dia.
Aku harap dialah jodoh terakhir aku hingga ke syurga.

Ikhlas dari hati,
Raihana humaira , bonda anak tiga 😝 harap harap dapat 7.


Monday, March 26, 2018

Kisah hospital bab 1

Assalamualaikum ^^

Hari-hari terakhir cuti sakit dirumah...
Nanti dah mula kerja walaupun masih tak betapa okay tapi kena kuatkan!

Duduk rumah bosan jugak tapi ada jugak yang menyeronokkan.

Aku ada masa sampai bulan 8 untuk pulihkan diri.
Ada ketikanya aku rasa hidup ni tak adil...terlalu banyak aku dibawah...seksa dan sengsara.

Jom kita story pasal kisah dalam wad.

Aku hampir dua bulan dalam wad.sampaikan jadual kerja staf nurse dekat situ aku boleh hafal.
Kita mula kisah pertama...
Gigih pagi aku nak ke hospital tu...jalan dengan suhairy tunging langgang jatuh...menangis kau...lastnya aku suruh ambik tongkat 4 aku jalan sendiri ke kereta...boleh pulak kan... ajaib gila rasa...
Masa dalam perjalanan aku suruh suhairy stop p kedai beli air 100plus,dia beli sebotol kecik aku minum habis tak sempat sampai hospital pun.sampai dekat hospital terjumpa kawan masa sekolah dia tolong tolak aku masuk dekat tempat menunggu.terima kasih atiqah. Dalam dok tunggu turn tu aku bedal lagi 2cawan air mesin 100plus...masa tu aku rasa lega sangat...tapi tetap letih.

Elok je aku masuk bilik baru story sikit dekat doktor dia terus tolak aku ke kecemasan.bermula la episod aku kena tahan wad...
Check gula 26 uols.bapakkkk tinggi...
Aku demam 40c
Lepas tu depa kata paru paru aku berair nak sedut air.
Adududu masa ni aku bangkanh gila dah....sebab yang sakitnya kaki bukan dada.
Dah masuk air berbotol dan aku stabil sikit baru nak tolak ke wad masa tu aku macam mamai sedar tak sedar dah...staf nurse minta no asben pun aku mcm biul je...jenuh depa cari waris padahal asben aku berjam-jam dok dekat situ tunggu.

Dah selesai semua,tolak ke wad.aku paling ngeri duduk dalam wad...memang la misi semua baguih baguih tapi aku yang ngeri.malam aku dalam wad puteri teman...macam orang p bercuti pulak rasa makan megi dalam wad hahahaha walaupun kepala tak berapa boleh angkat.
Tup tup demam walaupun aku rasa macam sihat tapi misi check dia kata demam...puteri pun apa lagi ambik kain tuala letak dekat dahi aku.
Nak tido tak berapa boleh...tahan jelah...

Esoknya pagi pagi lagi doktor datang minta nak tarik air dalam paru-paru aku memang tak nak lah...yelah sebab aku sakit kaki jadi soal kaki jelah kan...
So bila fah aku refuse jemaah doktor pun sepakat nak hantar aku kepada pakar...maka pindah la pulak hospital.

Aku admit ward masa tu suhairy je yang ikut...aku memang terputus hubungan drngan dia kalau dia tak masuk tengok aku sebab nak pegang hp pun aku tak mampu...tak ada daya terus...dengan wayar penuh dekat dada cucuk sana sini. Aku lapar sangat masa tu...aku berdoa supaya suhairy datanglah cepat...alhamdulillah suhairy datang bawa makan.tengah malam baru mama sampai...mama nangis yelah pertama kali dalam hdup tengok anak perempuan dia wayar sana sini cucuk kiri kanan.aku kata dekat mama...kakak nak balik kakak sakit kena cucuk sana sini....

Pagi-pagi lagi pakar datang melawat dah. Tetiba aku disahkan terkena tibi tulang.on the sport tolak aku masuk bilik pengasingan.masuk bilik tu suhairy boleh tunggu aku.doktor buat ujian macam-macam dekat aku tup tup negatif tibi pulak dah.

Masa ni macam macam doktor usaha buat nak cari penyakit aku semua...tebuk leher aku nak masuk line...tanpa bius tau...aku macam orang gila ja menahan rasa...dah la jahit hidup hidup until now nampak jarum benang aku rasa down dan fobia.
Ambik darah hari hari siang malam...sampai aku rasa tak ada tempat lagi dah nak dicucuk.

Menangis jangan tanyalah...
Hari hari...aku merayu nak balik.
Sebab tak tertanggung rasa sakit...nak pusing leher kemana pun tak dapat.
Rasa tegang cekang ja.
Bayangkan leher ada benda...nak pusing je sakit...sampai sekarang still ada parut dekat leher aku.

Panjang dah ni nanti aku sambung lagi cerita pasal operation semua.

Aku harap semua mendoakan aku sihat boleh berjalan macam biasa.
Berat sungguh ujian aku kali ni....


Sunday, March 25, 2018

Sakit yang tiada penghujung...

Assalamualaikum ^^

Lama tak menulis bukan tiada kesempatan tapi hakikatnya kesakitan mengatasi segala-galanya.

Rindu nak menulis macam dulu...

Kehidupan sekarang tak sama macam dulu...ini bab kesihatan diri...
Perkhawinan alhamdulillah ada sinar bahagia...

Aku bertuah kawin dengan suhairy...dia jaga aku sepenuh jiwa...yang belum tentu aku mampu balas jasa dia.jaga aku dekat wad berbulan-bulan,cuci badan aku,cuci berak kencing,cuci muntah aku darah terpercik semua dia buat sendiri...sungguh dia tak benarkan seinci pun nurse selak bahagian sulit aku tanpa sebab.

Bab jaga anak-anak,aku dengan daya upaya sekarang bukan boleh hantar ambik ank sekolah semua dia buat.
Ada waktu malam aku dah tak mampu nak bertahan , duduk pun sambil menangis dia yang ajarkan anak-anak semuanya.

Siapa sangka aku diduga sebegini dari hujung bulan 7 2017 sampai sekarang aku sakit...
Segala ustaz ustazah aku dah mencuba habis duit usaha ditanya..tapi itulah belum jumpa yang serasi...
Ke hospital aku dibedah berkali-kali,masuk mri yang maha panas tu...allah tak tahan aku...petang tu terus demam 40c...ct scan,ct brain,xray,ultrasound berkali-kali sehinggalan aku rasa serik...

Kadang-kadang bila sakit begini kita ingat kawan-kawan akan lari tapi tak...alhamdulillah allah swt kurniakan aku insan insan yang berhati  Mulia...malah ramai yang makin rapat...dan beri semangat.

Bab kesakitan ni aku tak mampu nak ulas lagi...
Sebab aku rasa memang aku terseksa sangat.
Orang kata sabar...tapi andai sabar tu aku mampu tontonkan...

Aku cuma mampu berdoa dan terus berdoa.
Biarpun terjaga tengah malam menangis aku tetap tadah tangan berdoa sehingga bila???
Aku sendiri tak pasti...

Orang macam aku sekarang ni hidup dalam impian.
Impian nak berjalan.
Impian nak berkerja.
Impian nak memasak.
Tapi bila tersedar..:sakit terlalu sakit...sehinggakan satu saat aku rasa letih.


Ya Allah, kepadamu aku bermohon...sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku ini...Aamiin



Thursday, June 22, 2017

raya 2017

Assalamualaikum :)

Lama gila rasanya tak cerita apa-apa dalam ni...

nak story banyak tapi bila nak taip je rasa malas sangat....

runtin harian masih lagi terkawal dan semua under control.

raya tahun ni masih lagi berempat,doakan next year berlima@berenam okay...
nak tambah anak adalah misi utama next year.

jadi,untuk tahun ni...tak ada adegan tarik rambut,kena tidur luar atau sebagainya...sebab suami i is KERJA hahahahaha
tapi kami memang dah berbincang macam tak lengkap je kalau tak balik kampung kan...tak rasa meriah raya tu...mybe balik pagi raya tu dan balik semula ke sini petang tu sebab suhairy on duty.

bab baju raya...dah setel awal...
bab baju raya kedua yang setel dulu...
baju raya first comedian...tapi semua dah setel...siap lengkap samping semualah.

dan rasa macam terlebih dah beli baju untuk ketiga keempat...sebab prefer lepas tu nak raya haji kan...mak-mak biasalah nak berjimat cermat...


sekarang rutin harian aku tak lah bz mana...mula-mula dulu masa bukak restoran kelam kabut jugaklah dunia sat...tp now macam semua benda dah boleh handle...
nampak lah jalan sinar kebahagiaan tu...gitewww


hakikatnya aku masih tak mampu nak tinggalkan kerjaya aku sekarang...sebab salah satu mestilah berbalik soal pendapatankan...
selain tu mybe sebab aku masih belum sampai seru lagi kot nak berhenti kerja dan duduk rumah...mungkin bila dah tambah anak...mungkin lah kan....

soal rumahtangga,semua okay...biasalah ada pasang surut tapi selagi kami berdua dapat duduk serumah,tidur sebilik,makan semeja so semua boleh bincang lagi...selesai semua secara dewasa dan rasanya tak ada masalah besar-besar pun...kecik kecik je.
kalau tak ada problem langsung tu tipulah kannnn....

tapi alhamdulillah la...kehidupan sekarang berganda lebih baik.

bab anak-anak...
dah besar dua dua.
dan bonda letih oiii nak layan cakap depa...
ada saja soalan...tp kalau diam bonda pulak bosan.
semoga depa berdua membesar dgn berjaya di dunia dan akhirat.

okayla...
tengok la nanti bila aku rasa rajin aku sambung lagi....
sebab dah dapat lappy baru...jadi rajin tu lain macam sangat la kan...hahaha


selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri uolssss...

duit raya aku boleh masuk account naaa...


sekian ,
terima kasih sudi baca...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...