kau dah kahwin?
belum?
dah?
okeh yang belum ke dah ke dua2 patut baca sebab persedian mental ke alam realiti rumahtga bagi yang belum
untuk yang dah berumahtga tu bacalah mana tau tips2 ni boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian
so sharing is caring&loving rite...so aku sharing dgn uols dan aku harap uols bacalah ye..
biasakan diri untuk saling berkomunikasi dgn pasangan,baik ketika berada di rumah@sedang berjauhan.Jika ada masalah sebaik-baiknya berbincang bukan meninggalkan pasangan bersendirian tanpa sbrg kata@mendiamkan diri kerana ia boleh menyebabkan pasangan tertekan dan melakukan perkara yang tidak diingini.Sebaik-baiknya berbincang segala keputusan dgn pasangan bukan dengan keluarga@org luar kerana perbincangan dan pendapat pasangan adalah paling penting tak kiralah pasangan bersetuju@tidak tapi itulah jalan terbaik.
tips 2 ~ keterbukaan tentang masalah seks
Masalah seks ternyata antara penyebab yang berlakunya pertengkaran dan penceraian yang tinggi.Mungkin ramai yang alpa fungsi hubungan seks selain mendapatkan zuriat keturunan,hubungan seksual juga adalah rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta terhadap pasangan.Bagi mengelakan kebosanan,tiada salahnya jika lebih kreatif dlm aspek kehidupan seksual.Lokasi,teknik atau posisi yg baru adalah cara yg boleh dilakukan.Namun apa yang ingin lakukan dlm hubungan seks haruslah dikomunikasikan dengan pasangan,jangan pakai ikut suka hati je...sama2 kena selesa dan berpuas hati.jangan nanti kalau sorg je puas sorg lagi tak,banyak ler perkara yang terjadi.
tips 3 ~ Menerima pasangan seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga maka sifat sebenar akan terserlah.Sikap yang mungkin tidak sama seperti di alam percintaan.Yanag ada ketika itu hanyalah dua insan yang salaing menyesuaikan diri.Inilah kehidupan perkhawinan yang sebenarnya,belajar mengenali perbezaan masing-masing.Dalam tempoh mengenali ini,mungkin kita akan berhadapan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik.Antaranya seperti perbezaan persepsi,wawasan,nilai,latar belakang dan keperibadian.Namun,perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai pasangan.Jangn sesekali meminta pendapat orang luar dalam menilai pasangan terutamanya ahli keluarga kerana ia akan memburukkan keadaan.
tips 4 ~ Jangan biasakan diri dengan berbohong
Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing,bukan?Anda berbohong dengan berbagai alasan untuk kebaikan,tapi perlu diingat jika perkara ini berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adlh perkara biasa.Supaya tidak berlanjutlan lebih baik anda berterus terang dari pasangan mengetahui perkara yang anda bohong itu dari pihak lain kerana ia akan menjejaskan perhubungan.
tips 5 ~ Hindari kecurangan
Curang dgn pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka@mendengarkan apa yang dirasai atau keluh kesah oleh pasangan.Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian,tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar.
tips 6 ~ Jangan terlalu melebihan keluarga,kawan dari pasangan
Oh ini terlalu penting,bila sudah berkahwin anda bukan lagi milik keluarga atau bertanggungjawab pada keluarga anda,ini kerana keluarga anda sekarang adalah isteri dan anak-anak,yang lain cuma istilah orang luar sahaja.kebanyakan pasangan selalu tersilap langkah dan mengabaikan perasaan pasangan dengan melebihkan keluarga dari pasangan ia juga salah satu punca penceraian yang tinggi di rekodkan di dalam Malaysia.oleh itu,setiap pasangan yang berkahwin jangan mengabaikan isteri@suami dengan melebihkan keluarga sendiri kerana ia boleh memakan diri.
begitu juga dalam berkawan..kita bukan tidak boleh berkawan tapi ingatlah bahawa anda sudah mempunyai keluarga dan keluarga adalah tanggujawab dan keutamaan diri.jangan terlalu melebihkan orang luar dari pasangan kerana ia akan melibatkan emosi yang berpanjangan serta boleh menjadi tekanan perasaan.
Ingatlah pada hari anda diijabkabulkan itulah hari anda bersetuju melaksanakan tanggujawab besar sebagai seorang suami dan isteri jadi jangan sia-siakan amanah yang Esa.
tips 7 ~ Tetap mesra
Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra,buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap semasa bercinta sahaja.Pada dasarnya,kemesraan itu di kecapi asalkan ada usaha dari kedua belah pihak.
oh take note yer pada yang nak berumahtga atau sudah pun berkahwin
yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan teladan.
No comments:
Post a Comment