✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, June 22, 2011

ketawa juga sebahagian dari senaman!



eh,tak percaya eh...
try baca ni
lepas baca jom kita ketawa beramai-ramai...hehehe

kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100kali dalam tempoh 24jam sama seperti bersenam selama 10minit!Ini kerana,apabila ketawa,tekanan darah dan kadar denyutan jantung lebih meningkat!

camne pulak kalau ketawa terbahak-bahak tu?hahaha hati-hati bila ketawa jangan sampai nampak mcm gedik sudah!
ketawalah seadanya......

sekian,
terima kasih kerana sudi baca...

love,
Raihana Humaira

rambut kau kaler apa ye?

Assalamualaikum ^^

hye uols...

kadang-kadang sesetengah perkara kita tak dapat mengungkap dengan perkataan dan berdiam diri adalah cara terbaik.
pada aku itu adalah jalan terakhir yang aku pilih setelah bila aku rasa *lemau* dengan sesuatu hal.
yelah malas amik tahu,malas amik pusing atau dengan kata mudah "lu punya hal lu punya pasal la!"

sebelum ini aku rasa fungsi orang terdekat dengan kita adalah salah satunya sharing masalah dan tak perlu menghebahkan masalah itu pada sesiapa baik pun kita ada problem besar tahap gaban laut dengan insan tersebut,sebab itu ertinya SETIA!

bukan

bila kau baik dengan dia kau share everything then bila kau ada problem sikit kau ungkit-ungkit lepas tu kau story dekat orang lain.sangat BIADAP okeh!
dan mungkin tanpa kita sedari yang kita menjatuhkan maruah orang lain...so be careful sbb bila kita menjatuhkan maruah org,somebody yang lain mungkin juga akan menjatuhkan maruah kita...so better jaga diri sendiri dari lebih menjaga hal hal orang lain!serta tabiat suka menjaja hal orang lain sangat low clas!

sometime kita mungkin akan terasa diketepikan oleh orang yang terdekat dengan kita sebab jarak,masa,komitmen or something else tapi tu bukan bererti kita dilupakan!
normal la....for me if kau ada kawan baik then kawan baik kau have a bf so dia mesti akan lebihkan bf dia dari kau,yelah baru berchenta bukan?
dan sudah tentu banyak masa dihabiskan dengan bf dia berbanding kau,sebab kan mereka dalam proses mengenal hati budi!its normal.
dan kalau dia ada prob dgn bf dia baru dia cari kau story,itu jugak normal.jangan sesekali terasa sebab kau,aku,dia,anyone begitu!HAHAHA(tolong jgn tak mengaku sebab kita semua akan mabuk cinta cuma masa dan keadaan yang menentukan)
macam tu jugak dengan orang yang baru berkahwin,mungkin juga family akan terasa bila ada anak mereka yang baru berkahwin akan lebihkan isteri atau suami dia dari family.
yelah baru kahwin kan!so semua masa dalam edisi animon dan sudah tentu banyak perkara yang baru dikenal pasti dalam diri pasangan!oh berchenta tidak sama seperti berkahwin oke!
trust me....
so dalam hal ini aku pasti selalunya family yang terlebih TAKE CARE anak dia akan lebih terasa atau mungkin dia anak tunggal sebab tu terasa lebih kot.(kalau sampai ada 5adik beradik ke atas tu kurang logik la kan)
dan perlu di'remind' dalam kepala hotak ibubapa sekalian yang bahawa "anak kamu sudah berkahwin jadi dia jugak perlu hidup bersama suami/isteri dia lebih baik kamu jgn masuk campur@terlebih take care anak kamu jika tidak mahu mahligai anak kamu berkecai!"
dan aku jugak menerap perkara ini dalam otak aku dan incik asben walaupun kami belum ada anak!(preparing mental penting hahaha)

aku tanak nanti menantu aku cakap belakang kata aku ni jenis suka mengongkong dan amik tahu hal rumahtga mereka!sebab semua orang punya kebebasan dalam rumahtga masing-masing.HAHAHA

ops terlebih sudah verangan aku ye!

tapi mulai sekarang ni aku rasa mungkin kalau ada apa-apahal yang berkaitan dengan masalah peribadi even kau dengan asben/bf/fiance kau bergaduh bagai,even berkaitan hal kawan baik,even tentang kerja lebih baik kau berdiam diri sahaja.tak perlu story atau meluahkan perasaan pada orang lain kalau hal tu terlalu personal sebab semua orang tak boleh percaya okeh!
dun trust anyone lebih dari kau trust ur self!even orang tu patner sehidup semati kau pun sebab manusia boleh berubah,aku kata begini bukan aku tak percaya suami aku tapi sesetengah hal aku rasa aku perlu simpan sorang-sorang dari bercerita pada dia,sebab dalam sesetengah hal kadang-kadang dia tak akan percaya aku mungkin akan lebih percaya percakapan orang lain!ini realiti.
eh tolong jangan pikir aku tulis mcm ni aku ada masalah dengan incik asben ye...aku sekadar share hal rumahtangga,dan ini apa yang aku pantau dalam 8bulan aku berumahtangga dan advise orang yang dah berumahtga berpuluh tahun serta dari sudut pembacaan!terutamanya hal family kau ye,tolong tak payah cerita yang family kau macam ni,macam tu sebab tak mustahil bila dia bergaduh dengan kau secara bodoh dan kurang akalnya dia senang-senang p cerita dekat family dia...dan family dia pandang kau macam kau ni pesalah kot,itulah jangan jadi pasangan yang bodoh ye!sebab aku dah terjumpak pasangan yang sangat bengap alam macam ni,umur saja tua tapi perangai macam budak-budak yang umur 8tahun balik dari sekolah cerita pasal dekat sekolah dia bergaduh dengan kawan sebab berebut pembaris so kanak-kanak,rite?


sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik jangan share apapun yang uols rasa terlalu personal@titik-titik hitam tak pun hal-hal berkaitan yang tak okeh tentang diri uols,atau uols rasa dengan si polan atau si polan tu lebih baik!better let be semua itu berlegar-legar on ur mind only!

dari nanti si A tetiba bagi tau si B apa yang kau story pasal kau tak puas hati dengan B masa kau baik dengan si A,sebab manusia macam ini adalah sangat bersepah!
ini adalah normal kehidupan ye....
rambut sama hitam tapi hati lain-lain!*tapi skrg rambut macam-macam kaler dan ramai jugak yang punya penyakit hati xpecialy penyakit hati busuk!*

sekian,
terima kasih sudi baca...

love,
Raihana Humaira





Monday, June 20, 2011

JANGAN SABOTAJ AKU,SAYANG!!!

Assalamualaikum ^^

Oleh sebab kami terlalu gigih untuk menurunkan berat badan jadi kami berdiet dengan amat dasatnya maka kami bertindak nekad untuk tidak langsung makan pada waktu malam!
kami tersebut adalah merujuk aku dan incik asben ye...

semalam,
pada jam lebih kurang 11 lebih aku bersama incik asben telah kantoi dalam edisi nekad tersebut!
ada kisah disebalik kerapuhan iman kami semalam ngeee

kisahnya begini....
pukul 8.40 aku call incik asben then dia baru nak mandi so aku kata dekat dia pergi la mandi-mandi makan dulu.kang lewat-lewat tayah makan dah.
so dia decide dia tanak makan,cuma nak mandi je..lepas mandi dia call aku,
okeh fine!

bercakap,ber'skype' sampai la lebih kurang jam 11.00 kami stop....

D : sayang,kejap lagi saya call awk balik ye
A : okeh.awat awak nak buat pa?
D : alah...adalah..kejap lagi saya cerita ye....
A : okeh..saya pun nak pergi depan nak tunggu lea datang.

letak telefon....

aku keluar bilik tok ada dekat luar tengah layan tv

tok : kakak tak makan ubi rebus tok buat tadi?
Aku : tak pun....(sambil bukak tudung saji)
tok : tengok-tengok tu teringin nak makan la tu...
aku : erk...erk..a'a macam sedap je..tengok kuah masak asam ni pun sedap,nak makan nasi lah sikit(apakah tok aku psiko boleh baca pemikiran aku)
*masa ni tangan aku rembat kopok lekor sambil makan*
tok :lain kali makan awai-awai tamau,dah lewat baru nak makan...lepas tu kalut baju pakai tak lawa la apala
aku : erk..kakak ada merungut ke tok?HAHAHA

so aku pun amik pinggan makan nasik,lepas tu makan pulak ubi rebus 3ketul!

tangan capai telefon

A : awak buat pa?dekat mana?
D : awak apa kata awak p makan.sian perut awak mesti lapar kan...kan..kan...saya pun dekat kedai mamak ni...
*time ni aku terkejut la siot sebab camne mamat ni boleh p kedai mamak!propa pujuk aku suruh makan!*
A : awak buat apa dekat kedai mamak?
D: saya lapar la....nak makan...
*gulp...hahaha bukan aku sorang curang yes!ada geng....*
A : awak sebenarnyakan saya pun nak makan dulu ni sambil tunggu lea.sat lagi la awak sudah makan kita cakap erk...
D : okeh!

letak telefon
masa tu tok ada dekat sebelah

tok :tudia bagus lepas tu hampa dok kalut kata sorang perut buncit sorang badan naik.
*aku diam tanpa kata*
HAHAHA

lea sampai aku tepat2 habis cuci pinggan
lea sungguh on time!

so

kesimpulannya
kalau nak curang dalam diet curangla sama-sama...HEHEHE
biarlah gedebab sama-sama kan!
apa aku kisah orang kata yang penting suamisteri makan tak pakai duit orang hahaha....

sekian,
terima kasih sudi baca...


perempuan dan kecantikan


Assalamualaikum ^^

Soal kecantikan sememangnya amat sinonim buat semua kaum hawa.
pelbagai cari dilakukan untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan,baik dari segi dalaman mahupun luaran.
Tambahan pulak ada bersepah produk-produk kecantikan,dan naluri seorang perempuan tak kiralah kau ni se"ganas" manapun kau mesti akan try jugak untuk kekalkan kecantikan kau!
HAHAHA

dulu-dulu masa aku sekolah dari darjah satu sampailah tingkatan 5 aku p sekolah langsung tak tempek apa-apa dekat muka!(aku pernah try pakai fair&lovely tp tak menjadi aku pakai tu pun sebab dapat free...kalau nak tunggu beli sory lah kot ngeee)
aku rasa itu saat muka paling suci dan kecantikan semulajadi sebab aku langsung tak reti nak pakai produk apapun dekat muka.
cuci muka pakai sabun mandi saja!GANAS tak?HAHAHA
sampaila umur aku 19tahun aku berkerja dan produk pertama aku beli pakai duit sendiri adalah produk XXXXX hahaha(terpaksa rahsiakan nama ye...supaya uols tak jeles actly segan nak bagi tau..produk murah je)
lepas tu tak pakai dah...
sekarang ni aku testing la jugak sesekali membazir duit poket beli produk itu ini...
tapi hampeh aku pakai la dengan rutin sehari dua lepas tu...kau tengoklah botol tu satu dekat sini satu dekat sinun!
nampak tak tahap kemalasan gaban aku...

A : awak,kita rasakan kita nak beli produk XXX tu lah...
D : belilah sayang oiii,tapi jangan pakai sekejap lepas tu awak buat macam benda tu harga 10sen.
A : awak ni....mana ada,saya beli pakai apa...hehehe
D : awak nak saya sebut satu-satu ke?
A : hehehe alah...saya main-main je...siyes saya beli dan pakai la lepas ni...
D : ikut suka awaklah duit awak,jangan membazir sudah sayang!

oh okeh...di sini aku dengan bangganya mengaku seluruh kaum perempuan memang bahaya kalau tengok iklan-iklan dekat tv!tambah-tambah iklan produk kecantikan!
woiiii tengok model tu makk aiiiiiiiiii putih melepak bagai....muka lincin berseri...tadak sebijik pun jerawat dekat muka....langsung tadak jeragat....walaupun kita tahu yang sebenarnya itu SEMUA ADALAH TEKNIK GAMBAR semata-mata kita kaum perempuan tetap akan membeli!

sampai saat ini dalam case beg make up aku cuma ada
1:mascara ~ini pun ehsan mak aku
2:lip glos ~ aku beli 2 dgn harga 4.20sen
3:foundation+krim (2in 1) ~ yg ni hidup segan mati tamau...aku pakai bila rajin
4:lens ~ yang ni wajib sbb aku suka!
5:bedak baby ~ hahaha aku cuma pakai bedak talkum!kantoiiii weiiii
6:eyeliner ~ yg ni aku baru berjinak-jinak atas hasutan dua orang rakan iema&ina.
7:set eyeshadow dan blusher ~ yang ni pun ehsan dari mak aku...(kalau rajin aku pakai kalau tak kirim salam....)
hahahaha simple bukan?
macam tak de maknanya!
eh...aku terfikir kadang-kadang kan...baik jadi orang lelaki,
yelah..perasan tak orang lelaki ni beli seluar setahun sekali(tp harga....hehehe)
dah tu tak payah susah susah nak pikir sangat muka berminyak ke nak pakai krim malam,krim siang,ubat kurus etc la....
tapi orang perempuan dengar je ada produk A,B,C terus sepantas kilat akan membeli...pantang tengok...mesti akan try..sebab tu aku rasa kalau aku bukak bisnes guna resepi buat bedak sejuk pun mesti laku kalau aku kata aku cuma pakai ini je untuk cun*erk...motipnya...nak kata aku cun HAHAHA*

jangan kata tak..
ramai begitu...
tak shoping produk kecantikan
shoping kain baju...itu adalah lumrah..
sebab tu perempuan ada 9 nafsu dan 1akal...

D : hari tu awak kata nak beli krim tu dah beli?
A : erk..tak jadilah awak...mahal sangat.takut tak berbaloi..tunggu ada sale baru beli!
D : hehehe awak kalau tanak pakai bagi saya ye...saya memang suka benda freee
(motipnya?hahaha....heloooo incik asben....bukan kamu nak beli untuk saya..sungguh kureng +_+)

sebenar-benarnya..kecantikan seseorang itu bukanlah terletak pada raut wajahnya...
bukan pada baju brand mahal mahal belaka
dan bukan juga dengan barangan yang beratus-ratusan

tapi

kecantikan terserlah jika hati kita bersih tanpa dendam,tanpa iri hati,tanpa suka mengata orang,tanpa suka cari salah orang!

jadi sama-samalah kita semua menjadi cantik ye uols!

sekian,
terima kasih sudi baca...

eh lupa...nak tempek gambar muka budak cantik!!!ngeeeee


~tolong jangan terkejut melihat wajah yang cun ini!~

Tuesday, June 7, 2011

pelik dengan costume tapi mampu buat orang gembira!

Assalamualaikum ;p

petang tadi terbaca satu artikel kisah seorang lelaki yang cacat...
dia adalah seorang bapa yang amat unik okeh.
uols bayangkanlah setiap pagi anak dia nak pergi sekolah dia akan pakai custome yang merepek-repek bagai dan akan tunggu bas sekolah sampai then say bye-bye...contoh custome yang dia pakai adalah macam ikan duyung,etc la..
depa laki bini ada blog dan selepas laki dia pakai baju2 ni si isteri akan ambil gambar then masuk dalam blog....
sekarang satu amerika baca blog depa okeh,kau jangan main-main yer....
depa baca dan siap menderma bagai lagi dekat lelaki ni untuk kos rawatan perubatan kaki dia!
menakjubkan betul dunia bloging ni kan!

silalah layan sebahagian gambar-gambar lelaki tabah ini...
aku suka sebab bukan semua orang mampu buat orang lain tersenyum dikala duka...
dan yang penting walau dia sakit dia tetap tabah mengharungi hidup dan mampu buat orang lain gembira...oh indah bukan?
manusia yang normal belum tentu mampu malah mungkin ada yang lebih teruk hari-hari bikin hati panas je....

ini masa jadi mariachi celebration
(misai tu xleh blah..suruh incik asben simpan misai gni jugak la....)


toga

secret service


yang ni masa watak dlm pilem twilight
(kalau tengok malam2 mati sakit jantung kot)


ini clown...kasut dia comei laa




ini adalah batgirl!
waooo seksi okeh!!!



yang ni tengah peling peling king triton


ini pulak jadi ursula dlm cite litle mermaid!







kalau nak tengok baca lagi cita tentang depa ni...uols boleh la link terus ke blog depa ye....ni linknya http://waveatthebus.blogspot.com/

tapi pada aku depa ni memang unik ada ke orang sanggup nak buat mcm depa ni..
kurang kurangnya depa ni menghiburkan hati orang!
aku respek okeh.....

sekian,
terima kasih sudi baca...
kalau rajin titplah komen uols ^^

Monday, June 6, 2011

pakej astro naik harga!


Assalamualaikum dan selamat malam uols :P

Hye…

Semua orang tv di rumah kan?mesti ada pasang Astro kan?

Rumah aku tak dak astro…HAHAHA siyes bukan main-main ye…sebab rumaha ku tv pun tadak lagik…

Oklah…uols tahu tak pakej astro dah naik?huh rasa macam tak berbaloi je kan..yelah astro asyik ulang-ulang cerita yang sama!sebulan tu boleh kiralah berapa kali cerita yang sama berulang kali!macam tak berbaloi je bayar,rasa macam lebih baik tak melanggan dari melanggankan…tapi tulah..majoriti satu je masalah bila tak melanggan siaran tv tak dapat elok..kalau tip top oklah kan…

Eh kalau uols tak percaya astro nak naik harga..uols baca la dekat bawah ni ye….

KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.

Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.

Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.

Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. – Mynewshub.my


so dah baca kan?apa pendapat uols?bersetujukah?berbaloikah denga semua ini?sama-samalah kita renungkan...aku pun sedang mencari jawapan terbaik dalam hidup aku ni..HAHAHA (pasal astro pun kena cari jawapan terbaik tau..semua tu adalah duiiiiiittttttttttt)


sekian,

terima kasih sudi baca...

kalau rajin titipkanlah komen uols ^^


Wednesday, June 1, 2011

adakah anda lelaki yang berstatus gay?

assalamualaikum dan selamat pagi uols

semoga hari ini menceriakan kita semua...
hari ini lebih gembira dan juga semua sentiasa senyum,tamau sedih okeh

uols suka kucing?
aku suka kucing,suami aku suka tapi bukanlah suka sangat...
pagi tadi ada kucing depan opis aku dan budak budak lelaki dekat sini pegang,main main dengan kucing tu....
tanpa aku sangka sangka muncul sorang budak yang usianya lebih kurang 11tahun kata
"wei,lelaki yang main dengan kucing ni gay je"
masa tu nak tergelak pun ada...
alamak budak budak pun dah tau apa itu gay etc...
pergh terbaek kan?
dan aku pun bertanyakan pada budak tu

A:"eman,pasai pa org laki suka kucing ampa kata dia gay?"
E:"sebab orang laki tu nampak je mcam lelaki tapi hati macam perempuan"

oh itu jawapannya...
so aku duduk diam2 dan terfikir dah tu orang laki yang selalu bawa handbag pompuan tu nak panggil apa gay jugak ke?
*actly aku paling paling GELI+TAK SUKA kalau orang laki bawa handbag pompuan*nampak macam mana entah,uols bayangkanlah pompuan tu melengang kangkong yg lelaki bawak handbag...perghhh mcm bf/fiance/huby dorg ni pencacai je aku rasa HAHAHA
kalau hal hal penting oklah di maap kan la yer...ngeee
mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku..tp ini pendapat aku je kan.....
bukan ada apapun..kalau tak suka tak apa,kalau suka senyum sama sama....
kalau pendapat aku ni tak betul pada uols pun bukan boleh jadi apa-apa pun..bukan berkurang@bertambah duit simpanan uols dengan wujudnya pendapat aku ni kan...kan..kan...

berbalik kepada topik gay dan kucing.
adakah lelaki suka kucing kita kata gay atau mereka nampak comel bila suka kucing?HAHAHA
for me,lelaki yang suka kucing adalah seorang lelaki yang ada nilai penyayang dalam diri dia,semulajadi dari dalam means Allah swt kurniakan sifat penyayang yang bukan dibuat buatlah....bukan sahaja kucing malah pada binatang lain la...
bukan mudah nak dapat lelaki penyayang tapi kalau lelaki tu suka pada binatang bermakna automatiknya adalah beliau seorang penyayang!itu adalah bonus kalau lelaki gagah perkasa,hensem dan penyayang!!!*aku teruja bila jumpak lelaki macam ni XD*
oh kalau uols ada calon suami macam lelaki tersebut amatlah untung ye!

kucing juga binatang kesayangan nabi Muhammad S.A.W.bukankah nabi Muhammad S.A.W juga seorang lelaki?jadi rasanya tidak luak kelakian seorang lelaki jika menyayangi binatang!
jadi kesimpulannya lelaki penyayang bukanlah lelaki gay ye!
tapi siyes la aku paling tak tahan tengok lelaki bawak handbag pompuan!
paling aku tak boleh blah*laki aku suka sangat usik aku nak bawa handbag aku time shoping@jalan jalan dan aku selalu buat muka masam bila terjadi begitu HAHAHA*
kalau dah rasa tak mampu nak bawa handbag sdri baik pakai porchbag yang lekat dekat pinggang tu...xpun uols bawa je beg duit+hp lepas tu semua benda uols taruk dekat bf/fiance/asben uols*ni aku selalu buat*

p/s ~ ada sesapa nak bagi aku hadiah handbag mahai dak?

sekian,
terima kasih sudi baca...
kalau rajin titipkanlah komen uols^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...