hye uols...
kadang-kadang sesetengah perkara kita tak dapat mengungkap dengan perkataan dan berdiam diri adalah cara terbaik.
pada aku itu adalah jalan terakhir yang aku pilih setelah bila aku rasa *lemau* dengan sesuatu hal.
yelah malas amik tahu,malas amik pusing atau dengan kata mudah "lu punya hal lu punya pasal la!"
sebelum ini aku rasa fungsi orang terdekat dengan kita adalah salah satunya sharing masalah dan tak perlu menghebahkan masalah itu pada sesiapa baik pun kita ada problem besar tahap gaban laut dengan insan tersebut,sebab itu ertinya SETIA!
bukan
bila kau baik dengan dia kau share everything then bila kau ada problem sikit kau ungkit-ungkit lepas tu kau story dekat orang lain.sangat BIADAP okeh!
dan mungkin tanpa kita sedari yang kita menjatuhkan maruah orang lain...so be careful sbb bila kita menjatuhkan maruah org,somebody yang lain mungkin juga akan menjatuhkan maruah kita...so better jaga diri sendiri dari lebih menjaga hal hal orang lain!serta tabiat suka menjaja hal orang lain sangat low clas!
sometime kita mungkin akan terasa diketepikan oleh orang yang terdekat dengan kita sebab jarak,masa,komitmen or something else tapi tu bukan bererti kita dilupakan!
normal la....for me if kau ada kawan baik then kawan baik kau have a bf so dia mesti akan lebihkan bf dia dari kau,yelah baru berchenta bukan?
dan sudah tentu banyak masa dihabiskan dengan bf dia berbanding kau,sebab kan mereka dalam proses mengenal hati budi!its normal.
dan kalau dia ada prob dgn bf dia baru dia cari kau story,itu jugak normal.jangan sesekali terasa sebab kau,aku,dia,anyone begitu!HAHAHA(tolong jgn tak mengaku sebab kita semua akan mabuk cinta cuma masa dan keadaan yang menentukan)
macam tu jugak dengan orang yang baru berkahwin,mungkin juga family akan terasa bila ada anak mereka yang baru berkahwin akan lebihkan isteri atau suami dia dari family.
yelah baru kahwin kan!so semua masa dalam edisi animon dan sudah tentu banyak perkara yang baru dikenal pasti dalam diri pasangan!oh berchenta tidak sama seperti berkahwin oke!
trust me....
so dalam hal ini aku pasti selalunya family yang terlebih TAKE CARE anak dia akan lebih terasa atau mungkin dia anak tunggal sebab tu terasa lebih kot.(kalau sampai ada 5adik beradik ke atas tu kurang logik la kan)
dan perlu di'remind' dalam kepala hotak ibubapa sekalian yang bahawa "anak kamu sudah berkahwin jadi dia jugak perlu hidup bersama suami/isteri dia lebih baik kamu jgn masuk campur@terlebih take care anak kamu jika tidak mahu mahligai anak kamu berkecai!"
dan aku jugak menerap perkara ini dalam otak aku dan incik asben walaupun kami belum ada anak!(preparing mental penting hahaha)
aku tanak nanti menantu aku cakap belakang kata aku ni jenis suka mengongkong dan amik tahu hal rumahtga mereka!sebab semua orang punya kebebasan dalam rumahtga masing-masing.HAHAHA
ops terlebih sudah verangan aku ye!
tapi mulai sekarang ni aku rasa mungkin kalau ada apa-apahal yang berkaitan dengan masalah peribadi even kau dengan asben/bf/fiance kau bergaduh bagai,even berkaitan hal kawan baik,even tentang kerja lebih baik kau berdiam diri sahaja.tak perlu story atau meluahkan perasaan pada orang lain kalau hal tu terlalu personal sebab semua orang tak boleh percaya okeh!
dun trust anyone lebih dari kau trust ur self!even orang tu patner sehidup semati kau pun sebab manusia boleh berubah,aku kata begini bukan aku tak percaya suami aku tapi sesetengah hal aku rasa aku perlu simpan sorang-sorang dari bercerita pada dia,sebab dalam sesetengah hal kadang-kadang dia tak akan percaya aku mungkin akan lebih percaya percakapan orang lain!ini realiti.
eh tolong jangan pikir aku tulis mcm ni aku ada masalah dengan incik asben ye...aku sekadar share hal rumahtangga,dan ini apa yang aku pantau dalam 8bulan aku berumahtangga dan advise orang yang dah berumahtga berpuluh tahun serta dari sudut pembacaan!terutamanya hal family kau ye,tolong tak payah cerita yang family kau macam ni,macam tu sebab tak mustahil bila dia bergaduh dengan kau secara bodoh dan kurang akalnya dia senang-senang p cerita dekat family dia...dan family dia pandang kau macam kau ni pesalah kot,itulah jangan jadi pasangan yang bodoh ye!sebab aku dah terjumpak pasangan yang sangat bengap alam macam ni,umur saja tua tapi perangai macam budak-budak yang umur 8tahun balik dari sekolah cerita pasal dekat sekolah dia bergaduh dengan kawan sebab berebut pembaris so kanak-kanak,rite?
sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik jangan share apapun yang uols rasa terlalu personal@titik-titik hitam tak pun hal-hal berkaitan yang tak okeh tentang diri uols,atau uols rasa dengan si polan atau si polan tu lebih baik!better let be semua itu berlegar-legar on ur mind only!
dari nanti si A tetiba bagi tau si B apa yang kau story pasal kau tak puas hati dengan B masa kau baik dengan si A,sebab manusia macam ini adalah sangat bersepah!
ini adalah normal kehidupan ye....
rambut sama hitam tapi hati lain-lain!*tapi skrg rambut macam-macam kaler dan ramai jugak yang punya penyakit hati xpecialy penyakit hati busuk!*
sekian,
terima kasih sudi baca...
love,
Raihana Humaira
No comments:
Post a Comment