✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, November 20, 2011

kenapa ada jerawat....

haish...mesti diantara kita sikit ke banyak ke konpem ada jerawat kan..kan..kan..
apa????tak???iskkk malu nak mengaku la tu....
berikut tentang posisi dan makna tumbuh Mr J dekat muka uols ok...





kenapa ada jerawat ........

DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik


sekadar gambar hiasan ok...eh lupa...abaikan lengan besau gedabak tu...hahaha




sekian,
terima kasih sudi baca...


ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang shomel...

kebaikan air sejuk

 Assalamualaikum

nak share dengan uols tentang kebaikan air sejuk...


· Air sejuk yg hening dpt menolong pesakit insomnia yg sukar tido agar dpt kembali tido spt biasa.
· Org yg tido dlm udara yg sejuk & bselimut utk mmanaskn tubuhnya adalh kombinasi yg baik utk mjaga kesihatan scara menyeluruh. 
· Udara panas lebih mmudahkan penyebaran penyakit bjangkit krn bakteria lebih agresif & cpt mbiak dlm cuaca begini.
· Liputan ais d Antartika & Artik adalah pengimbang dasar bumi yg sgt panas.
· Kombinasi dlm bumi yg panas & luaran bumi yg sejuk adalh rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yg mengawal graviti & pergerakan bumi pd paksinya.
· Ais @ air sejuk dpt mengembalikan memori @ sifat pelupa yg keterlaluan.
· Dengan mengunyah ais anak kita dpt menguatkan giginya & benarkan mrk mkn aiskrim scara perlahan2 & bterusan sehingga batuknya hilang dlm masa bberapa jam krn dgn mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa 1 minggu utk mlegakan batuk secara total.
· Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.
· Ais amat dperlukan oleh mana2 atlit sukan dlm kcederaan yg x dsangka2kan.
· Air sejuk @ aisi djadikan bahan perencat kpd kecederaan yg akut spt demam panas yg biasanya diidapi oleh bayi yg mpunyai potensi mhidapi penyakit sawan.
· Air sejuk adalh terapi yg amat popular sbg penguat tulang yg tlah patah dgn syarat ia dbalut dgn kain hitam.
· Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pd suhu yg tinggi @ yg tlh tkena panas cahaya matahari yg pastinya akan mganggu sistem deria pd kulit.
· Air sejuk scara psikologinya amat dtakuti oleh pesakit yg mengalami gangguan jin @ dkuasai oleh unsur2 spiritual yg jahat.
· Air sejuk mpunyai nada bunyi dlm tekanan rendah yg amat lembut lg harmoni.
· Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
· Air sejuk akan mningkatkan sistem imun yg luar biasa sbg tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan & jangkitan.
· Air sejuk mpunyai daya rangsangan yg boleh mengembalikan smangat org yg tlah hilang spt pengsan, gila @ koma utk kembali sedar..
· Oksigen & hidrogen bersifat panas & ia menguasai bahagian perut. Adalah mjadi 1 kesalahan mmulakn amalan pemakanan d waktu pagi dgn unsur2 yg panas. Minumlah seteguk air sejuk d awal pagi krn ia akan menguatkan perut.








banyakkan?lepas ni....boleh la mandi pagi-pagi guna air sejuk oke...jangan guna air panas lagi...hehehe






sekian,terima kasih sudi baca...



ikhlas dari hati,

Raihana Humaira isteri Tariq Huzair,bonda kepada zuriat kami yang sangat shomel...

Friday, November 4, 2011

kelebihan minum air kosong ketika perut kosong.

Assalamualaikum ^^


sedikit info untuk dikongsi...


gambar sumber :: uncle google




TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.



KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

NASiHAT dari saya, jika semua orang yang berpeluang membaca Nota Ilmu ini, kemudian menghantar @ “share” kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan percaya, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa di dalam keluarga anda.





jom kita minum air kosong....ingat tak payah gosok gigi..tapi kulau tido tu ada buat peta pla kumur dulu tauuu..hehehe


sekian,
selamat mencuba..




ikhlas dari hati yang suci,


RaihanaHumaira isteri kepada Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang sangat shomel...

Wednesday, November 2, 2011

Resepi :: kuih cik mek molek


Bahan-bahannya:
·                     ubi keledek
·                      tepung gandum (kurangkan 10g jika mahu kuih yang lebih lembut)
·                     1/3 sudu kecil garam
·                     Gula secukupnya

Cara Membuatnya:

1.                  Ubi keledek di kupas kulitnya dan di cuci bersih.
2.                  Potong sebesar 2 inci dan rebus sehingga empuk.
3.                  Bila sudah empuk buangkan air rebusan tadi.
4.                  Tumbuk ubi dengan lesung batu sehingga hancur (tiada biji2 halus lagi).
5.            Untuk mendapatkan ubi yang betul-betul lumat ubi hendaklah di tumbuk ketika masih panas. (Boleh juga di lecek dengan garfu tapi pastikan betul-betul hancur)
6.                  Di dalam bekas, gaulkan ubi tadi bersama garam dan tepung gandum sehingga menjadi doh.
7.            Doh akan melekat sedikit di tangan, jangan tambah tepung nanti kuih lebih keras dan kurang  sedap.
8.                  Bahagikan doh kepada 16 bahagian.
9.                  Kemudian leperkan dan masukkan 1/2 sudu kecil gula pasir ditengah dan cantumkan menjadi bentuk bulat atau bujur seperti gambar.
10.              Pastikan doh betul2 rapat dan menutupi semua gula.
11.              Ulang langkah di atas sehingga selesai.
12.              Panaskan kuali dengan menggunakan minyak yang banyak. (Tenggelam kuih)
13.              Dengan menggunakan api sederhana, masukkan kuih dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
14.              Angkat bila kuih berwarna kuning keemasan.
TIPS
1.                  Ubi hendaklah di tumbuk betul-betul hancur untuk mengelakkan air gula keluar semasa menggoreng.
2.                  Ubi yang tidak hancur dan kurang tepung juga boleh menyebabkan doh terburai semasa menggoreng.




dan..yang paling penting...jangan sesekali letak bekas garam dan balang gula sebelah sebelah ye..kang jadi cam aku...ngeh..aku rasa ni tips yang paling terbaik kot..hikhikhik




sekian,
selamat men'try'


ikhlas dai hati suci bersih bak kain putih berseri-seri,
Raihana Humaira isteri kepada Tariq Huzairi,bonda kepada anak-anak yang sangat super duper shomel...

kisah kuih cik mek molek yang berinti garam.

Assalamulaikum ^^

Dah lama rasa macam tak hapdet story masak-masak kan...
baru-baru ni..aku dengan kerajinan yang amat tinggi telah memasak kuih yang mungkin suam-suam kuku agak tradisional*bahasa apa aku gunapakai ni*
iaitu kuih cek mek molek...perghh nama pun dah molek kan...
maka dengan sifat kerajinan yang amat berkobar-kobar aku dengan pak incik pun bershoping sakan dengan list ke econ save pasaraya jimat kami tu...*bila pak incik balik hari2 aku melawat econ save*
kami pun pla membeli belah bahan-bahan yang sepatutnya...
sampai la satu petang tu..balik kerja dan aku terus rasa nak buat.

A : awak,kita rasa kita nak buat kuih cek mek molek tu sekarang la...amacam?
D : iskk sempat ke awak?baru balik kerja letih..rehatla dulu...
A : alah,awak kan ada...awak tolong la kita...boleh kan?
D : ok sayang,bereh....

maka,dengan itu terjadila episod kuih cik mek molek...

dah siap campur semua tepung tibalah masa nak masuk gula dekat tengah-tengah kuih....
entah macam mana aku boleh tersilap boh garam tengah-tengah tu...
sebabnya aku terletak bekas garam dengan gula sebelah-sebelah boleh gitu?
sebiji je..mula-mula aku tak perasan..masuk yang ke 3 aku boh gula baru aku perasan salah sebiji dari kuih tu aku boh garam..camne cita tu?
nak tanak terpaksalah aku hentam saja,goreng dan nasiblah sapa diantara kami termakan...

A : awak,kita rasa macam kita terletak garam la dalam sebijik camne?
D : HAHAHAH awak tulah kalau buat kerja suka berangan lebih....saya dah depan mata pun awak angau macam-macam lagi...
A : aik...pandai-pandai je buat cita...mana de...ter jelah...dah letak sebelah-sebelah balang garam dengan gula...iskk kira halal jelah ye..nasib la kan..
D : okeh...nasib la kan sapa yang dapat....kihkihkih

okeh,pakcik hensem tu gelakkan aku....sabar jelah...
kira ni bergantung pada luck la kan sapa yang termakan...

then,
siaplah kuih cik mek molek tersebut....
tetiba aku dengan rasa baik hati terus ajak beliau balik rumah tok hantar sikit kuih tu....masa tu kami sama-sama dah terlupa insiden kuih garam tu...
sampai je rumah tok,papa dengan mama baru je balik...dah tu dengan rasa bangga gila dalam diri suruhlah depa merasa kuih yang anakanda yang dikasihi ni bikin...
rasa punya rasa...kuih 1st yang papa amik tulah berisi garam..HAHAHAA

papa : erk..apesal masin je kuih ni...
aku dgn huby time tu dah sama-sama pandang lepas tu tergelak...
huby : kakak la tu..dia terletak garam dalam sebiji kuih tu..last-last dapat dekat papa.
papa : lorh...ingatkan orang angau mana yang buat kuih...

aiyok..kena lagik...sabar jelah....

moral of da story :: kalau uols nak masak tolong jangan sesekali letak balang garam dengan gula dekat-dekat sat lagi jadi macam aku...kuikuikui

eh apa?
nak resepi kuih tersebut?
kejap ye.....
bonda kasik pada uols pada post yang seterusnya ye....
tapi intinya bukan garam ye uols gula......gula ye anak-anak sekalian ngeeee

inilah ghupenya kuih cek mek molek ye uols....


sekian,
terima kasih sudi baca,
kalau rajin jenguk la lagi...:)

muuahhhh,
ikhlas tulus dari hati suci,

Raihana Humaira isteri Tariq Huzairi,bonda kepada anak-anak kami yang sangat shomel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...