✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, November 2, 2011

Resepi :: kuih cik mek molek


Bahan-bahannya:
·                     ubi keledek
·                      tepung gandum (kurangkan 10g jika mahu kuih yang lebih lembut)
·                     1/3 sudu kecil garam
·                     Gula secukupnya

Cara Membuatnya:

1.                  Ubi keledek di kupas kulitnya dan di cuci bersih.
2.                  Potong sebesar 2 inci dan rebus sehingga empuk.
3.                  Bila sudah empuk buangkan air rebusan tadi.
4.                  Tumbuk ubi dengan lesung batu sehingga hancur (tiada biji2 halus lagi).
5.            Untuk mendapatkan ubi yang betul-betul lumat ubi hendaklah di tumbuk ketika masih panas. (Boleh juga di lecek dengan garfu tapi pastikan betul-betul hancur)
6.                  Di dalam bekas, gaulkan ubi tadi bersama garam dan tepung gandum sehingga menjadi doh.
7.            Doh akan melekat sedikit di tangan, jangan tambah tepung nanti kuih lebih keras dan kurang  sedap.
8.                  Bahagikan doh kepada 16 bahagian.
9.                  Kemudian leperkan dan masukkan 1/2 sudu kecil gula pasir ditengah dan cantumkan menjadi bentuk bulat atau bujur seperti gambar.
10.              Pastikan doh betul2 rapat dan menutupi semua gula.
11.              Ulang langkah di atas sehingga selesai.
12.              Panaskan kuali dengan menggunakan minyak yang banyak. (Tenggelam kuih)
13.              Dengan menggunakan api sederhana, masukkan kuih dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
14.              Angkat bila kuih berwarna kuning keemasan.
TIPS
1.                  Ubi hendaklah di tumbuk betul-betul hancur untuk mengelakkan air gula keluar semasa menggoreng.
2.                  Ubi yang tidak hancur dan kurang tepung juga boleh menyebabkan doh terburai semasa menggoreng.




dan..yang paling penting...jangan sesekali letak bekas garam dan balang gula sebelah sebelah ye..kang jadi cam aku...ngeh..aku rasa ni tips yang paling terbaik kot..hikhikhik




sekian,
selamat men'try'


ikhlas dai hati suci bersih bak kain putih berseri-seri,
Raihana Humaira isteri kepada Tariq Huzairi,bonda kepada anak-anak yang sangat super duper shomel...

1 comment:

Unknown said...

pnh cube wat.. tp xjd.. hahaha... pastu smpi skrg lom buat lg..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...