✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, August 1, 2012

sempena bulan 8 yang indah ini.

Assalamualaikum^^

haish...sekejap je kan dah bulan 8.
aku rasa macam baru je masuk bulan 7 ritu....baru aku buat-buat sibuk,buat report bulanan,
dah nak kena buat semula...*gila keji perangai malas*

tolak,tambah,bahagi...semua rumus matematik digunakan oleh aku yang agak cerdik pandai ni.
paling paling lama pun aku akan meletop lagi 10minggu....kalau ikut due latest one 5hb lagi 9minggu.
aku doa ikut je due 10.10 tu hahaha...
macam mana pun aku doakan bulan 10 la...sebab awal bulan 10 insy.Allah lelaki kacak tu dah dekat dengan aku dah.
boleh aku manja-manja lama sikit dengan lelaki kacak tu kan.
lepas dah deliver nanti harusla masa kami akan dilebihkan dengan si kecik ni,yolah..nak menyesuaikan diri kami dengan orang baru.
insy.Allah,Allah swt permudahkan semuanya...

sempena bulan 8 ni,
aku dah kemaskini blog aku dengan membuang segala player...
sebab bila lelaki kacak tu bukak dia kata,bising.
kadang-kadang aku bukak sendiri pun aku rasa macam tu jugak...hahaha
so aku pun delete la...
yang mana tak penting widget yang memberatkan keadaan semua aku delete...
sekarang aku rasa lebih mudah nak bukak blog sendiri...
mesti dulu,uols pun rasa lagu tu memekak je kan..cuma segan nak bagitau aku je...takut aku marah lettewww...
hahaha

lepas ni uols,jenguk-jenguk la selalu blog aku..lepas tu klik dekat tabung nuffnang aku tuhhh..boleh jugak aku buat duit raya nanti...*keji tauuuu*

psttt ~ sat g la aku balik rumah kalau aku free aku hapdet lagi blog....tu pun kalau makcik qaseh tu tak bz body nak nengok upin ipin dekat lappy aku ni....


ok,baiiii.....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...