✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, February 14, 2013

kebaikan buah delima



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Sebelum pregnant dulu aku memang tak suka makan buah delima...
lepas tu pregnant-pregnant terus mengidam nak makan buah delima.
punyalah payah nak mencari buah ni..sampailah lelaki kacak tu serata alam dia tanya.
dahla harganya pun boleh tahan jugak.
lastnya beli dekat rnr sungai perak,kendian lelaki kacak tu bawak balik dari kelantan.oh heaven bila dapat makan apa yang kita idamkan.
secara automatiknya aku pun google mencari maklumat tentang buah delima.

dan dapat ini :




  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68]."

sekarang ni kalau tak nak makan buah delima ori ni pun dah banyak pati buah delima dijualkan...cuma buah delima ori ni lebih baik sebab tadak bahan tambahan,ye dak?

selain tu buah delima ni elok untuk tambah hb masa pregnant.
ini apa yang doktor tu bagi tau akula...aku memang tadak masalah hb sepanjang pregnant.
hb agak maintain je..kemungkinan berkat makan buah delima hari-hari...mungkin kot kan.

jadi untuk ibu mengandung apa kata makan buah delima ni.rasanya pun okey je...
aku suka.
eh tetiba rasa teringin nak makan buah delima...apakah...apakah...apakah..........



love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)








sekian,

Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...




Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...