✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, April 20, 2013

mari kita mengundi.


Mengundi,
dah cukup umur boleh undi.
tapi yang penting daftar dulu.
baru boleh mengundi.

Aku diantara berjuta rakyat Malaysia yang akan mengundi.
mesti aku akan mengundi,amatlah rugi kalau tak mengundi.
yelah,kitakan berhak memilih siapa yang kita nak jadikan pemimpin.

semua orang nak mintak itu ini,
termasuk aku.
aku pun nak mintak jugak.
dan aku yakin permintaan aku ni mewakili semua isteri isteri yang suaminya berada jauh dari sisi.

aku nak mintak suami suami kami ditukarkan.
boleh ke mana-mana parti beri pada aku?
dan aku yakin jika ada yang beri bersepah isteri polis,tentera,cikgu undi parti ni.
ini yang kira penjawat awam,yang bukan awam lagilah banyak.

tapi
harus diingatkan....
kita boleh minta....
mintalah apa yang kita rasa nak minta,tapi kalau tak dapat jangan marah.

ada yang minta susu diturunkan.
ada yang minta harga lampin pakai buang diturunkan,
ada yang minta harga kereta diturunkan,
ada yang minta ptptn tiada...

kita minta,minta dan terus minta
tapi disebalik meminta itu kita tetap kena usaha....
usaha untuk memajukan masa depan kita.

tak kisahlah kita di pihak pembangkang pihak kerajaan atau tak menyebelahi mana-mana kita tetap kena berusaha.

tiada apa yang percuma dalam kehidupan.

tipulah kalau kata nak hapuskan tol.
kenapa tak hapuskan tol di pulau pinang?
semua ada pro dan kontra.

tak perlu nak janji manis apa apa pun.
sebab semua itu belum pasti kami sebagai rakyat akan menerima semua yang dijanjikan selepas kemenangan.
apa yang kebanyakkan rakyat mahu adalah mengekalkan kemerdekaan negara kita!

siapa mahu bangun pagi bunyi bom di sana sini?
ataupun tiada istilah bangun pagi pada setiap manusia di bumi malaysia?
oh ngeri bukan!

jadi kita sebagai rakyat Malaysia tolong,tolong,tolong mengundi!
itu hak kita!!!

hargailah kemerdekaan kita,
bukan nak tukar itu nak tukar ini sehingga negara kita tergadai!

opsss semua yang sibuk berkempen sudah cek belum status uols sebagai pengundi?
kalau belum..moh kita cek DI SINI.


UNDILAH UNTUK DIRI SENDIRI,PASANGAN,IBUBAPA,CUCU,CICIT DAN AHLI KELUARGA KITA.
BUKAN UNDI UNTUK NAK SEMUA BENDA PERCUMA!


sekian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...