بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Kita semua terlalu taksub nak jadi unik.
Nak lebih dari orang lain.
Bukan kau saja, aku pun sama...bohonglah kalau kau kata kau tak pernah rasa nak lebih berjaya dari sesiapa yang berada disekeliling kau.
Aku bukan sesiapa sehinggakan nak menasihati orang lain.
Nak nasihatkan diri sendiri pun kecundang ini nak bagi panduan pada orang memang tak layak lah!
Dalam sibuk sibuk diri ini,banyak komitmen yang perlu diberikan.
Dari kerja rumah.
Kerja hakiki
Hinggalah ke bisnes online
Semua mesti diberi tumpuan secara khusus.
Jangan sampai yang dikendung berciciran yang ada pun hilang.
Kau tahu sejak aku pregnant anak kedua ni emosi aku lebih tak stabil
Kadang kadang aku rasa sunyi walaupun keadaan sebenarnya tak.
Ikutkan hati dan perasaan selalu bergelak ketawa, riang ria dengan semua orang.
Kali ini alahan aku memang kurang boleh kira dengan jari je berapa kali aku mengeluarkan isi perut.
Alhamdulillah
Allah swt permudahkan lagi...
Doa sehingga bersalin nanti tetap rasa stabil begini.
Cuma tetap alah pada asap terutamanya rokok.
Oh sungguh
Aku rasa macam nak tersekat nafas bila bau rokok.
Rasa tak mampu nak hembus nafas dari dada.
Rasa bagaikan ada yang tersekat.
Mula mula ketahuan ada adik baby dalam perut comel ini, nafsu makan memang membuak buak.
Sekarang, memang tiada rasa langsung.
Kurang selera makan.
Entah kenapa hilang secara tiba tiba.
Mungkin adik baby risau nanti bonda susah kena ulang alik sebab berat berlebihan kot hihihi
Pasal gender anak untuk kali ini.
Sekian kalinya ini soalan paling menjadi kegemaran semua.
Untuk aku dan walid,
Tak kisah la apa sahaja jantina asalkan sihat sempurna sudah dan semua dipermudahkan.
Itu sahaja penting.
Kalau berlainan gender kena beli je baju tambah alhamdulillah rezeki allah swt dari beri sepasang.
Jika tidak tak apalah penjimatan disitu baju kakak princess kan ada.kakak princess pun ada geng.
Semua itu kerja allah swt.
Dan sememangnya aku sangat gembira dengan semua rezeki dan dugaan yang diberikan sekarang.
Dan sadisnya ada pulak mulut mulut longkang mempertikai kandungan kedua aku kerana jarak tak sampai 2 ke 3tahun.
Aku keliru,
Disini apakah aku, suami serta bayi dalam kandungan ini membuat satu dosa besar?
Atau mereka mereka itu yang terlalu pandai menilai rezeki allah swt sehingga mempertikai dan menghina.
Memang anak dalam kandungan ini adalah planning kami.
Tertakluk dalam impian rumah tangga kami.
Jadi kau,
Jika bukan sebahagian dari insan yang bergelar suami, isteri dan anak yang menjadi tunggak satu bernama keluarga jangan pandai pandai nak buat andaian serta nak samakan orang lain dengan kau.
Itu cara jalan hidup kau ini cara jalan hidup aku.
Jadi jangan pandai pandai nak memberi ceramah jika tidak diundang.
Allah swt tahu apa yang dirancangkan...dan itu yang sebaik baiknya.
Jadi jika kau rasa kau hebat dengan bertepuk canang cerita aku mengandung ni satu dunia...silakan.
Tiada apa yang harus aku tutup
Malah aku suka...mana tahu dalam kau bertepuk canang ramai yang mendoakan kesihatan aku dan anak anak aku.
Ini adalah kelebihan.
Dan aku percaya.
Rezeki allah sentiasa ada.
Kita yang perlu mencari.
Siyes,
Aku pohon doa dari semua kerana setiap doa amatlah bernilai..terutamanya doa suami, ibu dan bapa.
Jika allah swt ank beri rezeki anak sepuluh aku terima.itu rezeki namanya.
Aamiin.
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar dan semoga dipermudahkan bersalin zuriat kedua kami dengan sihat sempurna serta dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^
No comments:
Post a Comment