✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, January 2, 2014

semoga esok memberi sejuta sinar.


Alhamdulillah semoga esok adalah rezeki yang terbaik buat kami sekeluarga.
Allah swt dah aturkan semuanya dengan sempurna tiada sedikit pun cacat celanya...

Pada aku...
Bila sesuatu dugaan itu datang mesti allah swt dah aturkan cara jalan penyelesaiannya...sebaliknya kita sahaja yang menyulitkan atau menyukarkan keadaan.

Kekuatan itu penting buat kami anak beranak sekarang
Aku kena kuat demi princess
Aku kena kuat demi adik baby.

Move on untuk semuanya...

Berniaga macam biasa...walau terpaksa la sikit susahkan parents...yelah keadaan memboyot nak angkut barang berkotak memang tak dapat.

Dah ler depa selalu je pujuk si aydina tu hehehe

Dia pula hari ni sangat behave.
Aku rasa sedikit tenang.
Biarlah...
Ini rahsia allah swt.

Sesungguhnya perasaan sayang , cinta dan rindu ini tak pernah pudar walau seketika pun.tidak terdetik dalam hati ini...cuma allah tahu yang kami perlu survive...jadi diberikan kami keredhaan dan kekuatan sebegini seperti yang diajar dan dikehendakki.

Kau tahu...
Aku tak pernah rasa sunyi sehingga sebegini.
Mahu sahaja aku cari bahu untuk aku letakkan kepala...
Cari tangan yang selalu bantu aku dalam semua hal...
Bila sakit ditengah malam...
Bila tak mampu nak bergerak...
Allah swt sahaja yang tahu...
Betapa saat itu aku perlukan kau...
Rasa lelah ini siapa yang mengerti...

Semoga allah permudahkan segalanya. Sungguh....rasa ini sangat menyakitkan...bukan sahaja aku tapi mereka...

Doakan kami sentiasa bersatu hingga ke alam syurga...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...