Assalamualaikum
Aku sekarang berada di zon berperang.
Berperang dengan diri sendiri.
Ya.
Dugaan yang sangat maha hebat.
Dikala aku sedang membawa perut.
Dikala aku sedang membesarkan permata hati.
Bukan mudah untuk membuat dan menerima keputusan.
Tapi aku rasa aku dah berjaya membentuk diri aku untuk follow step yang mereka ciptakan untuk aku dan anak anak.
Tak perlu soal apa apa lagi kerana kejadian tersebut terjadi atas kemahuannya sendiri.
Sebelum ini,
Ya aku banyak salahkan diri aku.
Dan hari ni,
Bukan masa untuk salahkan diri sendiri tapi masa untuk menuntut segala hak dan tanggungjawab yang selama ini terabai dan memang sengaja diabaikan.
Bukan aku tak suka
Atau mahu menamatkan semuanya.
Itu bukan terletak di tangan aku.
Pada dia bukan.
Jadi aku hanya buat apa yang aku patut buat.
Tak perlu bodoh dan rendahkan lagi martabat serta maruah diri untuk insan yang tak pandai menilai.
Hari ini dia mungkin tak sedar tapi esok lusa siapa yang tahu...
Dunia ini luas terbentang indah.
Dan karma allah juga adalah pasti.
Jadi pucuk pangkalnya jalan disini adalah mendoakan yang baik baik sahaja dan harus diingatkan bahawa allah lebih tahu apa yang aku dan anak anak perlukan.
Allah lebih tahu apa yang paling baik buat kami :)
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Saturday, February 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment