Semalam aku ajar princess tidur dengan nenek.
Tetiba aku pulak yang touching.
Bukan aku je...dia pun...
Sob sob sob
Padahal aku tidur dekat dekat situ jugak.
Yelah aku dah 7bulan kan...nak kena ajar dia tidur dengan nenek sekejap...buatnya aku masuk wad nak bersalin nanti sehari dua...mau dia tak boleh nak tidur.
Semalam memang totally tak berjaya.
Dia panggil nda...ndaa....nda...
Memang tak tahan naaa
Princess kalau tidur memang nak memeluk aku je...
Mula mula semalam aku biar jugak tok peluk peluk dia,
Nampak okay tapi lastnya dia cari jugak aku.
Aku pun memang tak selesa dia tak ada dekat.
Tapi kena kontrol kan perasaan tu.
Dulu bolehla aku berharap kalau masuk wad konpem ada orang yang akan bantu buat semua benda tak perlu suruh atau minta dia tahu tanggungjawab dia tapi untuk saat ini perasaan berharap itu sudah lupus dan pupus.
Lebih baik buang jauh jauh kerana aku sendiri diberi jawapan tak perlu berharap.
Sekelip mata macam dengan buang sampah bakar habis hehehe.
Tak apalah,
Kira bersyukur lah tu allah swt sayangkan aku dengan anak anak dan beri kami kasih sayang dari banyak pihak lagi.
Sekurang kurangnya kami tak macam peminta sedekah meminta hak kami untuk disayangi tapi orang tak sudi.
Berbalik pada princess,
Dia sangat matang.
Mungkin kerana survive dari dalam perut dulu.
Dan aku harap adik baby pun sama.
Princess sekarang dah sangat pandai menilai kasih sayang, merajuk dan marah.
Bila suruh dia buat muka marah itu sangat lawak dan tak sangka dia nak buat muka macam tu.
Nanti aku ambik video kalau dapatlah.
Bangun pagi kalau tengah sedih pun bila princess bangun senyum senyum
Terus sedih tu hilang automatik.
Senyuman dia tu buat rasa lebih bahagia.
Oh lupa...aku dah beli ubat gigi dekat dia...tak pe nanti next entry aku cerita.
Gigi depan dah ada 8 batang ye.... |
Baiklah
Sekian,
Terima kasih sudi baca...
Doakan aku selamat bersalin, adik baby sihat sempurna cergas dan cerdas keluar nanti.
Doakan anak anak aku selamat dunia akhirat
Bahagia hingga ke alam syurga.
Aamiin aamiin aamiin
No comments:
Post a Comment