✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, May 29, 2014

senyuman kerang itu tanda bahagia.

Assalamualaikum

Sesungguhnya semalam buat aku tersenyum panjang dan mungkin jugak tersengih sama seperti kerang separa busuk belum sampai tahap busuk naaa pasai tadan nak basi...hikhikhik

Okay baiklah.

Kenapa?

Sebab mereka sudah ketahuan.

Sudah aku bilang...betapa banyak kita memberi tapi jika penerima tak tahu menghargai, menilai tapi ditambah pulak dengan menzalimi...semua takan lama...akan terbuka jua.

Allah swt maha adil.

Hari ini cerita itu mungkin tidak akan dapat dirungkai dengan bait bait kata kata tapi sesungguhnya Allah swt merungkapkan segalanya dengan doa.

Walau seakan tidak percaya tapi setelah lima belas kali cubit diri sendiri disamping adik baby godek godek perut dan princess didepan mata asyik mengomel akhirnya akur dengan satu lagi ketentuan.

Dan sekarang,

Dahulunya...
Kini...
Semua tak sama.

Ya, hati semalam tak sama dengan hati hari ini.

Ya, bila suka yang buruk jadi baik.

Ya, kalau nak benda yang besar boleh jadi kecil.

Ya, jika memilih untuk jalan kebaikan semua yang buruk akan dilupuskan.

Itu lumrah.

Ini bahagian kita tapi bahagian orang kita tak tahu bukan.

Tak perlu terhegeh hegeh lagi...
Sudah tiba masanya.

Yakin dengan allah swt.
Yakin dengan diri sendiri.
Yakin dengan anak anak.

Allah swt takan pernah mensia siakan setiap apa yang kita redha jika kita diuji.

Eh, apa kau ingat aku tak mampu bahagia jika diuji dengan ujian seindah ini...kau silap.aku lebih bahagia dari kau...

Kenapa???

Sebab aku tahu allah sayangkan aku dan aku tahu dalam ramai ramai aku insan paling bertuah diuji dengan detik detik indah ini.

Banyak yang aku belajar.
Banyak yang aku kenal.
Banyak yang aku tahu.
Banyak yang aku rasa.

Dan dengan banyak banyak itulah aku kumpulkan semuanya untuk menjadi banyak kekuatan untuk aku melawan kembali kezaliman itu!

Eh,
Mungkin ada yang lupa...
Aku sedang menanti hari untuk melahirkan anugerah yang indah ini jadi untuk apa nak lebih lebih rasa down sedangkan aku tahu allah telah kurniakan aku dengan kebahagiaan yang berpanjangan sepanjang hayat.
Rugi tak menikmati.
Rugi tak menghargai.
Rugi tak meletakkan di tempat yang tinggi.

Apapun aku mohon doa dari semua...
Doakan aku dan anak anak.
Semoga kami bahagia di dunia dan akhirat, semoga proses kelahiran arjuna hatiku ini selamat dan sempurna semuanya dan dipermudahkan semua urusan kami.

Dan juga

Doakan semoga kami tabah menghadapi cabaran hidup serta menjalani kehidupan dengan senyuman yang indah setiap hari dengan penuh kekuatan dan keredhaan :)

Apapun...
Tiada doa lain...
Jika orang menzalimi kita.
Kita doakan satu sahaja...bukan keburukan untuk mereka tapi doakan semoga allah swt mengasihani mereka dengan memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka supaya berubah.
Tak perlu doa yang buruk buruk.
Tak perlu cerita yang buruk buruk

Kerana
Allah swt pasti dah tetapkan bahagian tersebut.
Sama ada di dunia atau di akhirat.

Anugerah indah ini yang sentiasa bertahta dihati.semoga kamu menjadi anak yanh solehah didunia dan akhirat sayangku.




Thursday, May 15, 2014

berpantang dgn air kunyit.

Assalamualaikum


Baiklah.
Mari kita bercerita tentang berpantang ye uols.

Masa zaman princess itu adalah pengalaman pertama berpantang secara betul betul dan ini kali kedua.

Kali ini kita bersiaran kisah minuman untuk kesihatan dalaman ye cik kak cik kak.

Mula mula dulu aku minum air rebusan manjakani suam suam setiap hari.rasa not bad.jadi aku akan teruskan jugak.air rebusdan manjakani bukan setakat untuk minum malah cuci tang tutttt kita tu...untuk cepatkan sembuh...hang jangan p cuci time air tu panas panas pulak...mau jahit banyak memang teriak tak berlagu la....aku cuci agak bila air tu suam...tapi tak lah suam sangat sampai sejuk kot.hehehe

Dah tu minum akar dari nona roguy tu.yang ni perit.memang ya ampun...tak minum kot kali ni muahahaha

Selain tu aku hentam pati haruan.bukan sebotol tapi berbotol botol mau luka aku tak baik cepat je.
Ini pun rasa memang macam nak jerut leher sendiri...bukan sahaja rasa tapi bau pun dah macam nak pengsan.baru nak pengsan ye...tapi sampai sekarang tak pengsan lagi maknanya boleh le masuk dalam list lagi lepas ni.

Dan kali ini

Aku nak test air kunyit.

Orang kata minum 3hari masa dalam pantang tak boleh minum terlebih nanti rahim mengecut terlebih pulak.
Yelah aku orang kampung duduk hulu jadi petua petua gini memang aku suka selain dari menjimatkan aku rasa macam lebih elok kot sebab kita buat sendiri tahu apa isi mengandung dalam air kunyit tu kan.

Nak tak nak aku kena paksa ler diri yang comel ini minum jugak air kunyit lepas ni.
Yang pastinya aku yakin rasa dia kunyit la kan...hahaha

Tapi aku memang suka bau kunyit sedap je bau dia...tapi bukan kunyit hidup yang nak buat minum ni...kunyit dekat ikan tu hat tu yang aku suka.
Nak buat air kunyit ni tak boleh buat guna kunyit tu kena guna kunyit hidup.
Nanti la dah aku minum baru boleh share resepi naaa

Lani resepi masih lagi rahsia...sapa nak resepi sila bayar :p

Aku harap aku mampu bertabah untuk meniti hari berpantang bersama princess dan adik baby :)

Semoga allah swt permudahkan jalan kehidupan dan laluan untuk kami.

Eh eh eh lupa pulak...nama adik baby dah dapat tau.
Nanti hari ketujuh kita announce nama beliau xD
Sama macam kakak princess dulu hari ketujuh baru la dapat nama yang dah ditetapkan oleh allah swt sejak dari belum lahir lagi ;)

Apapun doakan semoga kami bahagia di dunia dan akhirat
Dan dipermudahkan setiap urusan kami.


Salam sayang,

Raihana humaira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...