✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, May 15, 2014

berpantang dgn air kunyit.

Assalamualaikum


Baiklah.
Mari kita bercerita tentang berpantang ye uols.

Masa zaman princess itu adalah pengalaman pertama berpantang secara betul betul dan ini kali kedua.

Kali ini kita bersiaran kisah minuman untuk kesihatan dalaman ye cik kak cik kak.

Mula mula dulu aku minum air rebusan manjakani suam suam setiap hari.rasa not bad.jadi aku akan teruskan jugak.air rebusdan manjakani bukan setakat untuk minum malah cuci tang tutttt kita tu...untuk cepatkan sembuh...hang jangan p cuci time air tu panas panas pulak...mau jahit banyak memang teriak tak berlagu la....aku cuci agak bila air tu suam...tapi tak lah suam sangat sampai sejuk kot.hehehe

Dah tu minum akar dari nona roguy tu.yang ni perit.memang ya ampun...tak minum kot kali ni muahahaha

Selain tu aku hentam pati haruan.bukan sebotol tapi berbotol botol mau luka aku tak baik cepat je.
Ini pun rasa memang macam nak jerut leher sendiri...bukan sahaja rasa tapi bau pun dah macam nak pengsan.baru nak pengsan ye...tapi sampai sekarang tak pengsan lagi maknanya boleh le masuk dalam list lagi lepas ni.

Dan kali ini

Aku nak test air kunyit.

Orang kata minum 3hari masa dalam pantang tak boleh minum terlebih nanti rahim mengecut terlebih pulak.
Yelah aku orang kampung duduk hulu jadi petua petua gini memang aku suka selain dari menjimatkan aku rasa macam lebih elok kot sebab kita buat sendiri tahu apa isi mengandung dalam air kunyit tu kan.

Nak tak nak aku kena paksa ler diri yang comel ini minum jugak air kunyit lepas ni.
Yang pastinya aku yakin rasa dia kunyit la kan...hahaha

Tapi aku memang suka bau kunyit sedap je bau dia...tapi bukan kunyit hidup yang nak buat minum ni...kunyit dekat ikan tu hat tu yang aku suka.
Nak buat air kunyit ni tak boleh buat guna kunyit tu kena guna kunyit hidup.
Nanti la dah aku minum baru boleh share resepi naaa

Lani resepi masih lagi rahsia...sapa nak resepi sila bayar :p

Aku harap aku mampu bertabah untuk meniti hari berpantang bersama princess dan adik baby :)

Semoga allah swt permudahkan jalan kehidupan dan laluan untuk kami.

Eh eh eh lupa pulak...nama adik baby dah dapat tau.
Nanti hari ketujuh kita announce nama beliau xD
Sama macam kakak princess dulu hari ketujuh baru la dapat nama yang dah ditetapkan oleh allah swt sejak dari belum lahir lagi ;)

Apapun doakan semoga kami bahagia di dunia dan akhirat
Dan dipermudahkan setiap urusan kami.


Salam sayang,

Raihana humaira.

1 comment:

Cik Awatif said...

bonda.... kite tag awak untuk Liebster Award.... hehe
http://sicomelcomot.blogspot.com/2014/05/first-liebster-award-from-cik-oren.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...