Assalamualaikum ^^
Semenjak dua abad ni aku agak mempunyai kerajinan yang luar biasa melampaunya...sehingga aku sendiri tidak percaya dengan sikap kerajinan aku ini.
Aku suka gila memasak.
Dulu pun aku suka memasak...cuma tak berapa nak pandai...tapi aku akan cuba jugak memasak macam mana sekali pun.
Belajar guna pak cik google je...facebook pun adoooo
Zaman dah maju kan.
Baiklah...
Malas nak bebel panjang panjang.
Moh la kita share resepi kek karamel.
Simple saja.
2sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang slow. (tunggu sejuk baru buat letak yang karamel)
Untuk karamel.
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Bahan ni semua putar sampai sebati lepas tu uols tuang dalam loyang...then kukus dalam 20minit ke 25minit.sejukkan.
Untuk lapisan kek coklat.
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
Letak semua bahan dalam periuk...selepas tu kacau semua bahan ni hingga sebati...lebih kurang 4m 5m gitu ler dengan api yang perlahan ye uols.
Kendian,
4biji telur yang diblend
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabornat
1 sudu kecil baking powder
Semua bahan bahan ni kena ayak dulu.
Masukkan bahan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat selang seli dgn telur.
Kacau hingga sebati. Tuang atas karamel dengan menggunakan senduk...kukus lebih kurang 45m hingga 60m.sampai dia sudah masak la...
Agak gak nk tau masak ke dak cucuk je dgn garfu kalau tadak benda apa apa lekat dekat garfu tu maknanya dah masak la.
Gitulah ceritanya.
Harap harap dapat membantu semua untuk aktif memasak kan macam aku kan.
Okay lah...dah mengantuk maka untuk uols selamat lah mencuba..tak jadi tak pe kita belajar dan mencuba la.
Nanti sambil gigit kek ingat lah kami ank beranak hehehe
Okay sekian.
Doakan kami sekeluarga bahagia sentiasa dan murah rezeki ye :)
Love love love
Raihana humaira
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Friday, October 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment