✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, November 19, 2014

berakhir lah setahun fasa ujian indah.

Assalamualaikum  ^^

Pepatah langit tak selalunya cerah memang sangat benar.

Satu ketika dulu...
aku terlalu mengharap pada insan yang aku gelarkan suami.
kepercayaan yang mendalam.
terlalu sayang.
terlalu cinta.
terlalu keterlaluan sehingga aku alpa yang aku juga berhak disayanggi seperti mana aku mencintai dia.

Bukan dia tak baik.
tapi terlalu baik sehinggakan aku dan anak anak tak layak berlegar didalam kehidupan dia.

Ramai...
terlalu ramai memberi kata kata positif untuk aku teruskan memperjuangkan   perkahwinan kami...
aku dah berusaha.
aku dah merayu.
aku dah merendah diri...bukan sahaja aku tapi ahli keluarga   juga.
..........................................

Semalam,
adalah perjumpaan beliau dengan kaunselor  pejabat agama secara bersendirian.
ustaz nawawi dah inform pada hari khamis yang aku tak perlu datang.
jadi...
Apa aku harapkan.
kalau kau seorang isteri,seorang ibu jadi apa kau harapkan...
Biarpun aku sentiasa ada rasa kecewa dengamasa lalu tapi aku letak tepi semua itu demi cinta.
aku tahan dan tanam semuanya.

Aku mulai kuat pada 1hb Oktober   seteleh kaunseling   sesi pertama di pejabat agama.
masa ni aku tak nampak langsung yang dia suami yang menikahi aku 4tahun yang lalu.
zero.
berubah totally.
bukan macam dia.macam orang asing.
pelik tapi benar.

Dan aku mula kumpul sisa kekuatan dari siru....walaupun kejadian ini dari bulan dua belas last year.
hampir setahun kan.
masa pantas berlalu.

Dari pregnantkan seth dua bulan sehinggalah seth lahir dan kini 5bulan lebih...semuanya sama malah makin kelam.
Dalam hal ini tak perlu salahkan sesiapa.
Kerana takdir allah itu indah.
allah sayangkan aku dan anak anak kerana itulah allah uji kami...allah tak nak kami alpa...kami terlupa berdoa.
ujian ini sangat indah.
fasa ujian yang  tak  pernah   aku duga.

Kau tahu,
aku selalu plan masa masa tua bersama dia...
aku selalu angan angan yang indah sahaja tanpa pernah terfikir pun yang akan terjadi ini adalah yang sebaliknya.

Bagai pedang tajam.

Seluruh hidup berubah.

Mudah.
semudah satu hembus bukan.

..........baiklah sambung hasil kaunseling   semalam.

Ustaz zawawi call aku selepas mendapat satu keputusan dalam sesi kaunseling   mereka.

Ustaz kata aku di beri dua pilihan oleh beliau.
1. Dia buat permohonan   cerai   bersyarat :syaratnya   adalah aku tidak boleh menuntut hak nafkah edah,mutaah,harta sepencarian   bersama,atau sebarang tuntutan   lain.kiranya cerai kosong begitu.

2. Dia failkan nusyuz   keatas aku.nusyuz kerana aku gagal memenuhi permintaan   dia duduk serumah dgn fmly dia.dan aku keluar   dari  rumah   dia sebab atas dasar arahan "kalau awak tak nak duduk dengan family   saya awk boleh   angkat  kaki  berambus  dr  rumah  saya" berkali kali dia kata dan aku teruskan buat.
-memang aku tak mampu nak duduk sekali.xperlulah cerita apa dan kenapa.sebab pada aku rumahtangga mestilah berdikari dengan situasi   fasa kami sedang membaikpulih   rumahtangga   jadi ada lebih baik kami bina sdri dan berdikari tapi tak kena.yelah aku kolot cuma orang kampung .

Aku tanya pendapat ustaz nawawi   dia sarankan aku ambik yang no1 sebab tak nak kes panjang panjang.

Aku minta masa sekejap   nak hubungi mama.ustaz pesan jangan lama sangat sebab dia nak failkan hari ini permohonan   cerai.

Masa ni aku rasa macam terdesak  dan tak ada tempat nak merujuk.

Call mama tak pick up sebab mama kursus di langkawi.
call papa pun sama.
aku call mak sedara aku.
bagi tau.
mak sedara aku kata memang ini yang depa nak pun...sebab masa selepas rujuk hari tu pun dah sebut sebut kata nak buat aku keluar   tak dapat apa apa.silap silap anak pun dia ambik.
mak sedara aku tanya aku rasa macam mana.
entahlah...aku tak dapat fikir dan call kembali ustaz tu.

Masa tu aku fikir anak je.
aku kata kalau kata aku setuju dengan syarat no1 aku pun ada syarat jugak.dia tak boleh   menutut hak penjagaan anak dan dia cuma boleh melawat anak di siang hari je tanpa bawa anak bermalam bersama.kalau dia setuju aku ok.dan ada hitam putih

Dan ustaz nawawi asyik kata itu fasa lain.tak boleh nak bincang hal tu disini.kena bawa ke mahkamah   baru boleh tentu.dan asyk tanya keputusan aku untuk buat pilihan.jadi aku macam tak ada apa apa hak dan bagai terus ditindas.dan aku terfikir....adakah semudah ini.entahlah.letih dan terlalu letih.

Aku tak mampu memilih.
aku tanya ustaz tu yelah...dia dari pejabat agama mesti dia arif dan buat aku tak ditindas dan teraniaya bukan? (Walau pada dasar syarat tu dh mmg kenakan aku)

Ustaz tu kata dia suggest   aku pilih no 1.sebab proses nusyuz   tu bukan ambik masa sekejap tp terlalu lama.
Dan macam macam hal lain.

Aku pun decide ikut pilihan   ustaz tu dengan harapan aku tak akan dizalimi .(walau terang terang aku rasa ini memang zalim)
Aku harapa aku tak terkena.dia pegang pada janji yang tak akan menuntut   hak penjagaan   anak serta tak akan senang senang nak ambik anak keluar   atau bermalam .

Dan semalam aku terfikir...memang macam kenakan aku je.

Tapi....sebelum subuh tadi...aku bangun solat....
solat nak didik hati supaya redha.

Dan hasilnya pagi ni aku rasa sangat tenang.
walau semalam banjir air mata.walau semalam aku rasa sangat dizalimi.
aku kena redha...
sebab bila redha kita akan rasa tenang dan bahagia.

Sekurang kurangnya   aku tak mulakan hidup hasil sisa yang lepas.
aku mulakan hidup baru bersama anak anak tanpa perlu fikir tentang   dia.
lantaklah nak beri nafkah anak atau tak (kan aku tak boleh tuntut)biarkan dia...situ antara dia dengan allah swt.tak perlu aku susah susah belanja otak fikir semua ini.ini bukan urusan aku lagi.
dan jika dia rasa halal dengan apa yang dia buat itu biarkan lah.
selama ini pun aku mampu   berusaha sendiri.
insyaallah dengan side income bisnes rezeki yang halal pasti akan berkat.

Apa sahaja pun...syarat tak menghalalkan cara...
didunia Biarlah menang...di akhirat   belum  tentu lagi.

Kawan kawan banyak beri semangat .
Aku punya ramai kawan kawan yang bukan kawan hanya ketika senang tapi ketika susahnya juga.

Tentang perasaan.
ya aku rasa sangat bersalah dan menyesal kerana bantu pertukaran dia kesini dengan mudah...dan akhirnya   makan diri sendiri setelah dapat pangkat.
bersalah pada anak anak.
tak apalah.

Ini takdir indah kita bukan?

Senyum.

Senyum itu pengubat duka...
biarpun senyum semasa air mata mengalir.

Untuk semua...
tak kiralah kau lelaki dari golongan suami atau bujang
tak kiralah kau wanita berkahwin atau belum....
tolong jangan lakukan   kesilapan macam aku.
terlalu mencintai sehingga lupa mencintai   diri sendiri.
aku bernasib baik kerana ada anak anak mengubat segala duka.
anak anak yang menceriakan hari hari aku.

Isteri boleh bantu suami dari segi wang ringgit   tapi jangan sampai tiada simpanan   back up untuk   diri sendiri.
Suami pun sama.
Manusia boleh berubah  sekelip  mata .
Tanpa kita duga....
macam kita campak batu bata dalam sungai yang dalam lalu tenggelam.

Dan.
aku memohon doa dari semua...
doakan aku dan anak  anak sentiasa bahagia di dunia  dan  akhirat .
doakan kami murah rezeki.
dan andai kami dipilih untuk menerima ujian mendapat seorang pemimpin baru yang menjadi imam dalam setiap solat kami doakanlah beliau seorang yang mempunyai iman didalam diri.doakanlah beliau seorang yang sangat berbesar hati menerima aku dan anak anak.

Sungguh.

Tak mudah mencari cinta.

Tapi tak mudah juga kita hidup dalam tiada cinta.


Love,
Raihana  humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

*blog ini masih dalam pertimbangan   untuk ditutup atau dibiarkan sepi selepas entry ini....

10 comments:

DYatie ABakar said...

Rai.. Yt sebak baca..
Allahhu.. besar dugaan ini buat Rai dan anak2 tapi yakin besar juga nikmat dan hikmah buat seorang hamba yang redha seperti Rai..
Yt doakan semoga semua urusan Rai dan anak-anak dipermudahkan oleh Allah SWT dan bahagia dunia akhirat.
Allahhummaamin.

Dee jaffar said...

Semoga akk kuat semangat.. Biar kite xdpt tuntut ape ape..to jgn die amek hak kite (anak) tu her harta yg kite ade. Sy doakan akk bahagia dgn anak anak.. Allah tu ade kak

mommy.aisy.hana said...

Sy x tau kenapa itu jek pilihan yg ada. Pikigan yg x memihak pda rai dan anak2.. tp xpe. ALLAH ada. Cuma harapanya.. rai sabar dan kuat dan semoga segala inci urusan rai dipermudahkan dan dalam keberkatanNya.
Hug!

Julia Johari said...

Assalam Mommy Rai,
Mommy, Umi Qi baca setiap inci entry ini, luluh hati seorang wanita dan ibu...benar sekali apa yg dilahirkan dari hati, apa2 pun jgn mencintai lebih dari diri sendiri, kelak akan dtg kita tak tahu berubah sekelip mata...julia pun kena ubah diri...kena byk cintai diri dulu.

Rai, julia tahu rai kuat...ada anak2 penguat cinta rai pada Allah, julia nak peluk rai kuat2...nak sediakan bahu utk rai jika rai nak...mommy rai, ingat satu perkara, Allah tahu segala2nya...Allah nk bg rezeki sesuatu yg tak terjangka...rai kena kuat...kena tepis org2 ckp belakang mahupun depan...mommy rai kuatttttttt...doa utk rai nanti...aminnn

sarah shamsyul said...

Allah.beratnya dugaan.xpela dear.Allah lbih mengetahui sgalanya.insyaAllah bhgia akan jd milikmu jua nnti.janji manusia tu xda kepastian.tp jnji Allah tu pasti

Anak Lebah Comot said...

Rai..terima kasih atas nasihat rai. Jasmin doakan rai bahagia disisi anak2....ya allah...rai;ur are supermom.

Lyena Vee said...

Allahu..Rai,beratnya ujian utk Rai ni..moga ada hikmah di sebalik suma ni. Aminnnn. Kuatkan semangat Rai demi anak2.

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. rai.. ((big hug)) walaupon fifi x kenal rai.. fifi tersentuh hati bace post ni.. moga rai dn ank2 tabah.. moga Allah permudahkan urusan rai.. amin..

Nadiah Hanum said...

Sabar yea sis...Allah hanya menduga hamba2nya yg dikasihi

Anonymous said...

RAI KENA TABAH DEMI ANAK2..
INSYAALAH RAI AKAN BERJAYA..
TAK SANGKA DIA BOLEH BUAT RAI MCM TU SDANGKAN DULU SAYA SUKA BACA BLOG RAI SEBAP RAI DENGAN DIA NAMPAK PASANGAN YANG SANGAT BAHAGIA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...