Assalamualaikum ^^
Lama benar dah abaikan blog ni kan.
bukan lupa...
cuma tak berkesempatan nak taip panjang panjang kendian nak tempek disini.
cerita tu banyak...memang sangat banyak...
kehidupan sekarang.
alhamdulillah, allah swt permudahkan semuanya.
Nampaklah jalan cerita yang cun.
Mama, papa and semualah yang disekeliling selalu berikan kata kata positif sahaja...so hidup pun jadi positif Sekarang.
Senyum...no more masam masam or marah ke hapa ke Rasa makin seronok.
Dan insyallah kami akan ke satu fasa yang baru dalam kehidupan.
Anak anak sangatlah okay!
itu paling penting.
sangat berdikari.
paham bonda sedang belajar untuk sentiasa buat yang paling baik untuk depa.
dan tenaga pengajar tentulah depa...bonda ni cuma pelajar je...
Kenapa aku kata macam tu?
Yelah....bila anak kau buat perangai mesti kau akan cari jalan macam mana nak setelkan hal ni.
Contoh paling mudah,
tantrum.
yang ni ofkos semua mak mak stres gila bila anak jadi macam ni...
melalak tengah tengah orang ramai...
buat perangai dekat kedai makan.
and aku lah mak mak yang stres tu hahaha
siyes aku study habis.
princess and arjuna taklah teruk mana...atau mungkin aku yang suka buat teruk kot sebab tu aku cari macam macam nak atasi masalah ni.
at normal life, alah...biasalahkan budak budak buat perangai macam tu...kalau tak, tak lah dinamakan budak budak baik jadi orang tua je...tapi orang tua pun bersepah lagi teruk dari tu.ini kenyataan.
Tapi selaku mak mak yang sedang meningkatkan diri dengan kesabaran yang maha tinggi aku terpaksa study bagai macam mana nak atasi benda ni.
Dan paling aku belajar ialah sabar.
ini lah tahap semua orang payah sangat nak buat.
aku bukanlah orang yang penyabar sangat.nak cool down je.ada masanya macam mak singa.
mungkin harimau atau naga kot!
tapi....bila aku tengok cara mama atasi princess buat perangai tu aku macam teruja lah jugak.
dan nampaklah dia macam bila nanny pujuk cakap baik baik...okay dia slow down dan perlahan lahan ikut apa kehendak kita.
Yes.aku gunakan tips ni Tau.cilok dari mak aku.hahaha
tanpa beliau sedar kot.
Sebab mama selalulah...kakak ni...jangan bila anak buat perangai kakak pun sama naik...dia merajuk kakak pun merajuk...dah tu sapa nak pujuk sapa.
hahaha.
Okay okay
aku dengan anak pun merajuk tau.
Yelah.touching nau bonda dia nih...kalau dia p rumah nany dia...balik mulalah sombong dengan bonda....tapiiiii kalau dia ada nak komplen apa apa pasal tok pa dia.....balik terus mai mengadap bonda naaaa....
atau atau atau dia nak mintak sesuatu...perghhhh yang ni memang ayat manis mengula.
tebu pun boleh tanam tepi mulut mek dina tau!
Mai buat perangai...bonda terus serabut nasiblah bonda sekarang dah makin penyabar.
sikitlah!
Hahaha
Sebab tu aku kata anak anak aku cikgu paling baik.
dan aku sentiasa menjadi pelajar yang belajar.
tak ada istilah berhenti belajarlah.
bab bisnes sekarang,
Alhamdulillah...nampaklah better lagi masa zaman kejatuhan sekejap dulu.
masa aku pregnantkan arjuna kan aku agak down...lepas tu pun bisnes slow...macam hidup segan mati tak nak.
sekarang ni lepas la sikit dari paras hidung.boleh lah bernapas dengan tenang.
bolehlah takat takat nak hidup kami anak beranak,mama,papa,adik,tok.
lega gila rasa bila dah setel hutang kereta.
rasa macam fuh....tak ada dah komitmen bulan bulan yang mesti kau bayar.
hilang beban dibahu.
bab duit sekarang fokus untuk masa depan anak anak lah.
bab masa depan sendiri.
masa depan family.
doa-doakanlah kami murah rezeki...
pasal perasaan.
hat ni konpem semua orang dok tunggu Jeee kannn alkisah ni.(bajet wa retis)
Penganti?
Hurm...macam macam macam macam okaylah.
tapi masa lagi proses nak menyesuaikan diri.
insyallah,ada tu adalah.doakan yang baik baik je.
Dan yang penting.
aku mencari orang yang mampu menjadi ayah kepada anak anak aku,menantu yang baik kepada mama dengan papa dan barulah aku fikir untuk diri sendiri.
kalau lepas 2benda utama tu dalan kehidupan hakiki mestilah pas jadi suami.
hahaha
rai pelis jangan over naa...
galak benau kau!
Okay okay.
iman naa yang ni fokus.
kau ingat senang nak handle manusia macam aku.
aku anak dah dua wei.
kalau tak ada iman payah.
maksud aku...orang yang ada iman ni..orang yang akan bila ada masalah dia berbalik ke jalan allah...bila dia rasa gembira dia sujud syukur pada allah.
ini ye ini...
orang yang ada iman ni orang yang sabar.
nak hidup dengan golongan yang macam aku kena banyak bersabar.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Sunday, June 14, 2015
jun ini :)
Labels:
alexander seth ukasyah,
Aydina Malaeka Tihany,
bisnes,
cinta,
family,
rezeki,
rhbabybondashop,
wedding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment