Satu ketika,
Saat aku diberi pilihan untuk diceraikan aku rasa macam sangatlah tak mampu even nak bangkit dari katil pun aku rasa macam nak pijak lantai tak jejak.
Bila dah baring atas tilam sekalipun aku rasa tak mampu nak lena.
Pejam
Celik
Pejam
Celik
Peh....memang makan banyak sangat masa tambah pulak masa tu tengah sarat mengandung.
Masa mula mula di jalan ini aku mula rasa takut,
Jujur aku rasa takut pada diri sendiri.
Aku rasa risau, perubahan dari kebiasaan macam orang kata...Perubahan akan buat kita rasa tak selesa.
Aku nak tegaskan disini ye,
Walaupun ampa nampak aku macam sangat okay.
Macam move on gila gila
Tapi
Hakikatnya perceraian tu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan okay!
Semua orang pun tahu kan,sejak dari orang tahu tentang cerita aku,banyak aku terima jalan cerita orang untuk minta pandangan aku...dan aku sebolehnya...selagi boleh...dan selagi boleh dalam boleh akan berkata....kalau lah boleh....kalau lah boleh....
Sekadar masalah kecik kecik tu....
Janganlah pilih untuk berpisah.
Sebab setiap pilihan hidup ni ada harga yang harus kita bayar...mana ada yang percuma.segalanya sudah siap tanda harga mungkin siap tersedia dengan diskaunnya.
Kalau kau tanya aku yang dah sampai ke fasa ini...
Aku akan jawab...sudahlah pergi mampuslah sama kehidupan yang lepas sana.
Bukan aku kata aku tak pernah bahagia.
Eh
Bukan
Bukan
Bukan
Ada
Cuma biasalah corak kehidupan."noktah"
Dan kau pun...tak kira lelaki ke perempuan ke kalaulah rasa tak mampu jangan sesekali pilih atau memilih atau terfikir nak pilih ke jalan ni.jangan gatal gatal nak buat ye!
Tak selalunya jalan berliku-liku,lekuk ini akan ke jalan taman astakona yang kita selalu impikan.kalau kau salah jalan,buatnya kaki tersadung....kalau silap pulak...jatuh ke dalam sungai...kalau pandai berenang untunglah...kalau tak...untung sabut timbul...terkena nasib batu, nah tenggelam terus.
Kalau kau tanya aku,
Aku memang tak toleh langsung dengan apa dah jadi,
Bukan setakat cuci tangan.
Sekali otak aku letak clorok.
Walau ada part part aku rasa macam haishhh kerdilnya aku.laki orang pun taste ke aku...galak nak kacau...hah yang ni aku paling ngeri (nanti story)
Tapi sekarang aku rasa macam makin steady,
Makin confidence,
Walau hampir 5tahun aku tak pernah sendiri.
Tapi sekarang aku dah rasa betul betul tak kisah.
Steady gila bapak lah!
Kawan sentiasa ada,
Family pun selalu bagi sokongan.
Alah,
Bercerai je pun...........
Nampak win gila ayat tu kan.
Hahaha
semua pun pinjaman dari Allah kan..
Benda dah jadi kan. Kalau tak tabah, takkan nak menangis meraung pula kan :) bukan boleh di -undo, delete, defrag, restart all over again. Semua ni suratan Ilahi. Redha dan ikut sahaja alirannya.
bercerai.....
positif la
lumrah hidup
ALLAH kan ada
selagi bernafas
ada ujian
yg kita suka pun ujian
yg buat kita berduka pun ujian
Tu aydina dan seth,
anugerah Allah tu
Syukur ada anak
Allah pinjamkan
Akhir perjalanan hidup
mati
itu pasti
buat bekal mengadap Allah bebanyak
bahagia hakiki di sana
Memang Allah benci kan penceraian.. tapi ini pon salah satu dari ketentuan dari Nya.. kan kan?
Macam aku kata tadi....
Alah,bercerai je pun.....
Tapi sebelum kau boleh nak kata macam ni,nak hadap macam separuh mampus.
Maap aku jujur ye.
Hahaha
Dan aku lebih kuat sebab ada aydina dan seth...dan sekarang sebab ada seseorang,itu aku tak nafikan ye...tapi dia bukan muncul masa aku belum bercerai ye...dia muncul selepas semuanya dah berakhir.
Sekian,
Terima kasih sudi baca ;)
Love,
Raihana humaira,
Aydina malaeka tihany,
Alexander seth ukasyah.
Doakan semoga kami sekeluarga murah rezeki dan bahagia sentiasa ;)