✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, August 5, 2015

Apa kelebihan berkawan dengan bekas teman?

Assalamualaikum  ^^

Sekarang  ni,hatta sebelum ini pun kisah berkawan baik kembali dengan bekas kekasih adalah sangat sangat sangat popular menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga.

Bekas kekasih adalah orang yang hadir sebelum pasangan kita sekarang.
Ye pasangan yang sekarang ni bersama kita dikala susah dan senang...
Atau mungkin pasangan sekarang ni yang merampas kita dari bekas cinta hati kita tu.

Hahaha

Complicated bukan?
Memang pun.

For me,
Kalau kau bagus kau takan pandang orang lain waima dia tu kau rasa macammmm crush gila gila.

Sebenarnya pada aku susah nak cari faedah berkawan dengan ex ex ex ni.
Tapi itulah ada diantara kita mampu berkawan tanpa sebarang masalah secara natural walaupun dah melalui proses break up tu.
Dan hubungan itu cumalah atas dasar erti kata KAWAN.

Secara normality, mana mungkin mampu berkawan begitu sahaja bukan.
Kalau orang yang kau cuma macam say hai bye bye itu mungkin tapi kalau yang bertahun bagai....
Hah
Yang ni memang dasar  lah!

Konpem lah dok teringat kisah lama.
Lepas tu buatnya salah sorang je dah kawin hat tu lagi parah.
Impak maksima!
Kalau yang dah berumahtangga tu lelaki boleh lah nak kata ada kosong lagi untuk cukupkan empat tapi kalau sebaliknya...
My oh my.
Dah jadi kisah isteri curang curangan ye.
Setan bertanduk susah nak diatasi.

Ini dosa besar!

Banyak kisah ini.terlalu banyak.sampai bercambah bak tapak semaian biji benih.

Kalau kau single so far okaylah.
No hal.
Ataupun itu memang ex yang kau nantikan.
Maksud aku...ex yang terbaik tapi kau pernah kehilangan dia.
So tunggu apa lagi ada peluang cun grablah!

Pada aku,
Pendapat persendirian.
Ini aku.
Tak payah lah bergedik sakan terhegeh-hegeh nak berkawan dengan bekas bekas ni melainkan ampa memang langsung hilang ingatan pasai kisah ampa dua dan dok fokus jadi member sahaja.
Tak payah la kau pulak nak sibuk jadi pakar kaunseling hal mantan santan kau ni.
Mai dok cerita tak bahagia dengan pasangan lepas tu kau pun mulalah nasihat bagai....dah tu fall in  love.ini penyakit.
Dok jadi banyak dah.


Jalan terus jangan pandang belakang ,toleh sekejap pun amatlah tidak digalakkan dalam hal sebegini.

Tak payah lah nak berkawan sangat.
Pastinya hidup lebih aman,tenteram  dan bahagia.

Dan kalau dah ada pasangan lain tu masing masing  tolonglah move on.
Baik hang hargai pasangan hang yang dok sedia ada dari hang gedik gedik cari masalah.

Okay,

Sekian.

Terima  kasih  sudi  baca ;)

Love ,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Doakan  semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki  dan  bahagia  sentiasa  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...