✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, October 29, 2015

Untuk beberapa detik lagi

Assalamualaikum  ^^

Pantas masa berlalu.
Rasa macam semuanya terlalu cepat.

Bukan mudah nak mencari kembali irama hati.
Bukan irama hati aku seorang diri.
Irama hati jiwa kami bertiga.

Aku selalu berharap andai ada kisah cinta di masa hadapan aku biarlah kisah itu kisah yang terakhir.

Dan

 berberapa detik lagi untuk semua ini.

Perasaan.

Sukar nak cerita.

Bukan berbolak balik untuk kata tidak malah aku terlalu rasa banyak yang tuhan beri pada aku yang terlalu banyak cela.

Aku pernah berada difasa terbawah dalam kehidupan.

Aku kuat dengan adanya dua anugerah indah dari tuhan.
Itu bukan kesilapan malah aku rasa sangat bahagia kerana anak anak aku 100% membesar dengan hasil usaha aku.
Aku tak minta depa besar dan menjaga aku diusia tua nanti...tapi aku harap depa berjaya dalam hidup di dunia mahupun akhirat dan jangan pernah alpa.
Aku harap jalan cerita hidup anak anak aku sentiasa manis.
Sebolehnya aku tak nak ada tercalit waima sebesar kuman sekalipun kisah duka dalam hati depa.


Aku rasa semua orang mahukan kesempurnaan dalam kehidupan.
Tapi kesempurnaan itu bukan tanda kita berjaya dalam kehidupan.

aku jumpa dengan bakal suami aku tanpa sebarang plan pun.
dan pada masa itu bukanlah aku ni nak sangat cari pasangan.
sebab pada aku..ada adalah...tak ada pun tak adalah...
kalau ada aku mohon bukan hak orang...sebab aku tak berani nak berkongsi kasih dan aku takut dengan karma.jujur ini pendapat aku...orang lain aku tak tau....tapi tak semua orang yang berkongsi kasih tu salah kan...dah itu allah swt letak :)

masa mula mula kenal aku agak terharu dengan status aku ada orang yang sudi nak serius dengan aku,yelah,umum pun tau kan....sesetengah orang suka sangat ambil kesempatan je dengan orang yang ada title janda ni.aku tak pernah harap apa apa,yang aku tahu kami diperkenalkan dari kawan dia.
kendian dia add aku di FB,inbox dan aku balas lambat sangat tetiba tupppp masuk watsap.
hahaha
kau nampak betapa sepantas kilatnya beliau.
dan aku pulak terus boleh tau yang tu memang dia...walaupun tak bertukar nombor.
dia stalk wall aku sebab aku jual on9 dan ada nombor terus lah watsap.
+_+

kesinambungan dari situ,kami saling kenal,berhubung...melalui whatsap,we chat dan tiba tiba timbul rasa nak selalu ada dan diikuti dengan rasa suka,serta sedikit sayang.aku pernah kenal orang lain macam biasa,tapi nak keluar lepak sama sama tu taklah,nak go for serius stage pun macam tak berapa ngam.dan untuk pertama kalinya aku dating dengan membawa anak-anak.
aydina terus panggil dia walid...dan masa tu aku tengok muka dia biasa...dan terus layan je aydina...
aku pulak kata...eh panggil uncle...dia pulak yang marah biarkan je aydina panggil ayid.

and

dari situ bermula timbul satu perasaan yang lain means bunga bunga cinta.dalam hati sentiasa ada bunga mekar,tengok jam pukul berapa balik kerja nak gayut telefon,nak share cerita buat apa hari ni,apa jadi.

dan paling penting seperti aku katakan selalu,jodoh pertemuan semua kerja Allah so tadak siapa pun yang salah bila masuk bab ni.malah itu semua adalah rahsia yang tak dapat dijangka.

bila dah sampai satu fasa,anak anak aku dengan dia dan okay.
kami mula fikir di fasa seterusnya dalam perhubungan,sebab aku bukan jenis yang suka keluar sana sini lepas tu tak jadi.aku dah kena sekali,zaman muda...fasa dengan boyfriend pertama.hahaha
okay.itu kisah cinta lama.yang tak berapa ada kenangan manis pun..cinta budak budak.

aku fikir banyak,
kemungkinan family dia tak suka aku atas dasar aku janda anak dua adalah sangat tinggi,dan jujurnya inilah satu satunya perkara yang paling bermain dalam kepala hotak macam scene dalam filem...zas zas zas...mula lah aku create dialog sendiri...hahaha

dan aku dah kata pada dia "cinta mana pun kita kalau family awak tak suka saya tak boleh terima anak-anak saya kita tak akan teruskan hubungan ni"

walaupun masa tu dia anggap aku macam tak beriya-iya sangat pun,cuma entah bila kaji balik dia sangat memahami aku.
mungkin dia banyak kaji soal aku.dan dia akan sentiasa paham setiap tindak tanduk aku yang ada masanya berhati-hati dalam soal soal tertentu kerana pengalaman yang pernah aku tempuhi.
lagipun selepas beberapa fasa hidup,orang macam aku ni akan rasa cinta tu adalah sangat subjektif dan anak anak adalah keutamaan aku.yelah aku lah mak aku lah ayah,aku saja yang depa dua ada.aku yang pulun kerja cari duit membesarkan depa tanpa sumbangan dari pihak tersebut pun.
jadi aku anggap kasih sayang yang datang ada salah satu rezeki kami dan juga yang datang mungkin akan pergi.bila rezeki bernikah lagi,itu adalah bonus besar Allah nak kasi.

berbalik soal penerimaan keluarga,
pada mulanya aku cakap telefon je dengan mak ayah bakal suami aku.okay bakal ipar sangatlah baik,sebab selalu tolong beratur beli tudung AIDIJUMA dekat aku.hahaha ada sekali tu siap angkut bakal mak dan ayah mertua.
cakap kenal-kenal dan aku terus cerita direct pasal diri aku.sebelum tu kami dah gunakan dik mie (bakal adik ipar) untuk bagi hint dekat mak dan ayah lebih dahulu pasal status diri aku.dari info dikmie nampak macam green light tapi itulah...aku jenis yang suka tau sendiri berdepan...terus terang...tu yang aku cakap sendiri.
first time dia bawa aku jumpa family dia adalah untuk ambil buah mangga.perlis kan musim mangga memang dasat.padahal itu point je.
dan dari segi riak muka bakal mertua,abang dia,kakak ipar dia dan dik mie nampak macam okay..tapi tak nak terlalu teruja...takut.
tengok cara depa layan anak anak.

esoknya,aku call dan cakap dengan mak dan ayah mertua tanya npasal kami...boleh ke terima kau dan anak anak.status diri aku.
sambil gelak gelak mak mertua aku cakap "pasai pa,tak salah aih"
zasss kau rasa.....

kendian sebelum puasa family dia datang rumah aku,
berkenalan sesama family.dia tak ada pun,kerja.
masa ni family aku macam dah lega gila sebab tengok family dia sangat okay dengan anak anak.
kan aku dah kata keys is anak-anak aku.

so lepas tu kira ON lah kan.
aku decide kami tak payah tunang-tunang cincin bagai.tu semua adat sahaja.bila dia tanya aku dan aku setuju nak kawin itu pun dah kira mengikat hubungan dah.salah satu sebab aku tak nak membazir dua tiga kali majlis.
kau tau jelah aku ni memang sangat cerewet part -part moments penting macam tu...nanti macam hal nak kena prepare dan aku rasa macam tak perlulah.
this time,kita kenal-kenal dulu sekejap sebulan dua,kendian kita plan lah nikah.

dan perasaan aku rasa syukur sangat,
syukur yang tak tahu nak digambarkan bila mana penerimaan positif keluarga dia.especially pada anak-anak akulah,dan aku pun tak rasa kekok bila jumpa dengan depa.boleh bergurau,boleh bersembang dan anak anak aku pun nampak ada keserasian.


untuk masa sekarang aku tak ada dream wedding,yang aku ada adalah dream marriage,
dalam masa lebih kurang dua bulan prepation rasa macam tak berapa nak sempat,mana taknya dengan anak lincah yang berdua ini,dengan sibuk cod barang ambil barang.
tapi so far..menjelang ke saat itu dah macam cool...smooth...nampak banyak benda dah teratur.
Alhamdulillah,
allah swt permudahkan urusan.

dan sekarang aku rasa macam,
eh dah nak nikah ye kita,bang?
hahaha


Terima kasih sudi baca;)

Doakan  semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki  dan  bahagia  sentiasa  :)

Suhairy,
Raihana humaira,
Aydina malaeka  tihany,
Alexander  seth  ukasyah.

7 comments:

mrs kayrul said...

Tahniah rai...semoga kasih berpanjangan hingga akhir hayat

diary_ciknaa said...

tahniah rai.. happy for u.. :)

sha said...

jalan menuju bahagia tak semudah yg dijangka, kan.

i'm so happy for u rai :)

Anonymous said...

Tahniah rai...Maaf aku tak dapat balik..kerja berlonggok..hahaha

Shafila Ismail said...

semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah...
k.kila harap sgt hubungan kali ni kekal dan sentiasa di limpahi rezeki.. tgk seth tingat arwah ank akak...

uiks.. org perlis lak ke kali ni... negeri akak nampaknya.. kawasan mana dia rai??

okla.. moga berbahagia.. kalu ada masalah apa2 bwk berbincang ok..

nadia said...

Insya-Allah... semoga berkekalan until jannah rai..

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis
Semoga kekal hingga jannah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...