✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Showing posts with label hari polis. Show all posts
Showing posts with label hari polis. Show all posts
Monday, July 15, 2013
sejak dimansuhkan semua ini terjadi.
Baiklah tanak cerita panjang.
simple sahaja.
cerita tentang hal yang paling heboh.
tentang penghinaan dua orang manusia terhadap agama islam.
ya mereka berbangsa cina.
sekarang ni,kalau tengok memang bersepah sangat orang asyik sibuk mengata sultan la...
mengata perdana menteri la,buat demokrasi,tulis itu ini dalam laman sosial,
kenapa?
negara dah tak ada undang undang?
undang undang dah tak laku?
atau kau nak kata,
sistem undang undang negara malaysia dah tak relevant,
sampai semua orang mampu pijak pijak bendera malaysia,
sampai semua orang boleh update status tanpa tahu hormat sistem kedaulatan negara.
secara logik akalnya kita berada di malaysia,
jika tak mahu atau mampu patuhi dan menghormati sistem negara kita yang memang sudah berbilang kaum,punya macam macam kepercayaan dan adat resam
sila pergi duduk di negara lain.
tapi bila kita katakan ini pada mereka mereka mereka yang tak mampu nak mengerti marah,dan diamukkan
jadi sekarang siapa yang bersalah?
mungkin mereka masih belum punya tahap pemikiran yang matang atau masih belum mampu berfikir secara waras lagi .
dan aku rasa,
ISA perlu ditubuhkan semula untuk orang orang yang biadap serta pendek pemikiran macam mereka mereka dan mereka ditempatkan serta di ajar kembali cara bagaimana duduk di malaysia!
kalau ISA ada baru semua tahu hormat apa itu undang-undang.
tak senang lenang buat negara malaysia macam tak berdaulat kan.
zaman sekarang bila buat salah,
orang kata mudah.
POLIS boleh buat apa...
orang buat report ambil statement kendian kes macam tu jugak.
yang berkenaan buat pemohonan maaf,lepas tu kes tu diam ,
esok lusa timbul kes baru yang hampir sama.
motip yang satu hanyalah menghina sistem negara.
sejak ISA dimansuhkan negara kita malaysia makin kucar kacir.
tapi aku hanyalah dalam golongan rakyat marhean yang mungkin hanya mampu mengupas isu ISA ini secara rambang tapi tak mampu untuk mengambil tindakan membentukkan semula.
untuk perdana menteri malaysia yang sangat dikasihi,
PM
memang seorang yang lemah lembut,
memang seorang yang kami sangat dihormati,
tapi tolongla dalam hal ini,
bangkit,sebelum kita terlambat,
sebelum negara makin tercemar,
sebelum Malaysia hanya tinggal nama,
sebelum semua makin sesak di dada,
lebih baik wujudkan kembali ISA.
anda ketua,tapi tiada kuasa,
ada kuku tapi tiada taringnya.
sekian,
tulus suci dari hati.
Saturday, May 25, 2013
siapa sebenarnya anjing?
ehem ehem.
tak nak cerita panjang panjang nak bagi pencerahan sikit jeeee
sikit je tauuu....
mungkin ini yang dikatakan kebebasan bersuara,
mungkin ini yang dikatakan kebebasan berhimpun,
mungkin ini yang dikatakan kebebasan ke hulu ke hilir,
disebabkan atas tiket dasar kebebasan,
apakah kebebasan bersuara boleh keluar perkataan dan hembus apa sahaja yang maki hamun orang?
apakah kebebasan berhimpun jika berkumpul ramai ramai buat demokrasi jalananan selepas itu menyusahkan banyak pihak.
apakah kebebasan ke hulu ke hilir itu maknanya boleh sesenang diri masuk keluar mana pun yang kita nak...tak kira dimana pun tempatnya.
mungkin kita perlu naik bas kemudian berhenti sahaja tengah tengah highway tak payah fikir nak kemalangan atau apa sahaja...dan bebas kan!
sudah berulang kali aku katakan,
polis adalah berkecuali!
aku ulang dengan caps lock untuk kamu nampak BERKECUALI!
parti pemerintah dengan kerajaan memerintah pun dah tak dapat nak dibezakan.
itu pun ada hati mau mengambil alih negara.
kau anjingkan polis,
kau memang sedap tidur,
polis 24jam kerja jaga tidur kau.
polis tak balik tengok anak isteri sebab jaga anak isteri kau.
polis tak kisah sakit keluarga tapi lebih kisahkan sakit keluarga kau.
polis tak balik berbulan bulan operasi tapi tak pe yang penting kau duduk aman damai.
polis bermati-matian jaga keselamatan kau,sedangkan keluarga sendiri terabai.
polis kerja tanpa ada istilah overtime atau imbuhan lebih....
tapi bila gaji polis naik sikit kau dah kecoh satu dunia.
kau lupa mungkin berapa ramai perajurit kita yang terkorban...
mungkin itu juga anjing yang kau maksudkan...
kau ingat nyawa depaaaaa macam nyawa ikan ka?
apa kau ingat gaji polis ni setimpal dengan kerja yang dia buat?
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa menahan perasaan duduk jauh dari insan yang bergelar suami?
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang redha jika setelah berbulan lamanya tak bersua muka tapi yang kami dapat sekujur badan kaku berselimut kain putih membisu tanpa kata-kata...
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa berdikari tanpa bantuan ayah,tanpa bantuan suami...
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa buat kerja lebih masa sebab nak tampung kehidupan mereka yang dua dapur.kos ulang alik perjalanan.
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang merana setiap kali bila suami dapat peluang cuti balik ke rumah berjumpa tapi kau nak buat rusuhan la demotransi jalanan la..segala apa kejadah mak nenek kau nak buat...sampai cuti suami suami ni ditarik dan tak dapat jumpa isteri bukan sebulan bukan dua bulan tapi berbulan-bulan lamanya.
kau tak tahu,atau mungkin buat buat tak tahu,atau lebih tepat tak ingin pun ambil tahu sebab tu kau menganjingkan polis sesuka hati kau je....
mungkin tak ada ahli keluarga kau yang polis mungkin sebab tu kau sanggup gelar mereka sama seperti binatang....
mungkin hari ini,saat ini masih belum ada...
tapi ke depan...tengok tengok anak kau yang jadi polis yang kau anjingkan sangat tu.
okay ni aku doakan.
semoga anak cucu cicit kau jadi polis ye *senyum*
Jika polis anjing upahan kau apa?
sukar nak memahami isi kandungan si penulis ini bukan..
pada hemat aku,mungkin anjing sahaja yang akan memahami bahasa anjing sebegini.
mungkin juga dia jenis kekurangan sedikit sebab itu dia menyamankan binatang dengan manusia.
zaman sekarang mudah,
jika tak mampu terima cara pilihanraya di Malaysia kita pilih cara pilihanraya negara mana yang kita suka kita pindah ke sana.
sebab itu yang kita suka.
tak perlu nak kecoh kecoh sampai semua orang rugi.
zaman pilihanraya dah tamat.
sekarang zaman kita berkerja.
bukan duduk goyang kaki taip taip taip lepas tu post dan anggap apa yang kita post sampai ke meja menteri tanpa sebarang surat...kena printscreen aje
kendian diambil tindakan...
harap maap tak diterima ye uols.
ahaks
dan sekarang siapa sebenarnya anjing?
dia atau polis?
Sunday, March 24, 2013
Selamat Hari Polis ke 206
Esok hari POLIS yang ke 206.
mungkin ramai yang tak ingat,tak tahu atau tak pernah ambil tahu bukan.
orang ingat hari polis ni,bila tengok ada siaran langsung di tv,
tengok pertunjukkan,
tengok kawad kaki,
tengok jet pejuang polis,
tapi ada orang yang nak menghargai?
mestilah ada kan.
kita kan orang Malaysia yang pandai menghargai jasa dan setiap pengorbanan wira-wira negara.
mungkin tak semua orang mampu nak berikan hadiah pada setiap wira-wira negara ni,
tapi kami semua mampu menitipkan doa untuk kesejahteraan semua.
doa untuk mereka sentiasa kuat,gagah untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa tabah dan gigih untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa cekap dan amanah untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa berjuang demi kita semua!
wira-wira negara,
segala jasa dan bakti tak akan mampu kami beri balasan.
berjuang demi negara.
pangkat bukanlah segalanya.
tanpa paku di bahu bukanlah bererti kamu tidak mampu melakukan kerja.
biarpun berpanas dan berhujan kamu tetap teguh berdiri demi kami rakyat jelata.
Terima kasih wira-wira negara.
Semoga Allah swt merahmati kamu dalam setiap perkerjaan yang kamu lakukan!
![]() |
| Selamat hari POLIS yang ke 206 ^^ |
P/S ~ untuk suami,
Selamat hari polis awak,
Semoga awak lebih berdedikasi dalam setiap yang awak lakukan.
awak sentiasa menjadi wira di hati saya dan Aydina Malaeka Tihany walaupun nama awak bukan wira tapi Tariq Huzairi...hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)

