✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, July 22, 2013

sempurnakanlah cinta


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Jika kita mahu yang paling sempurna, maka apabila kita membuat keputusan menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang paling sempurna.
Jika rumah tangga dibina atas dasar fikiran itu, kita tidak expect sebarang kekurangan.
Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan pasangan sahajalah yang sering terlihat dimata.

Cinta bukan bermakna kita keluar makan selalu.
Sms 24jam sehari
Tapi sejauh mana kita mampu setia, cinta , sayang dan  menghormati pasangan kita.

jangan pernah meminta hidup yang mudah tapi pinta lah hati yang tabah untuk menghadapinya.

Sekian.

love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)




sekian,



Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...






Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar.dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^

Sunday, July 21, 2013

lemau ke limau


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Entah kenapa aku rasa lemau semacam je dua tiga hari ni.

mungkin tak cukup tidur,
mungkin jugak sebab dak princess tu demam sekepoi,
berkemungkinan nak dapat anak lagi..*TETTTT*

dan paling besar gedabak kemungkinan adalah kerana aku malas

haha
itu yang betul.

Alhamdulillah,
rezeki ramadhan tahun ni,
dapat buat bisnes sikit sikit
tak besar mana tapi oklah kan dari tak dak langsung.

since dari lelaki kacak tu bertukau kesini aku memang super sibuk.
bukan sibuk dengan beliau je..
sibuk packing barang sekali...
dan paling syok ada orang tolong pos dan packing.
hahaha
boleh la kak kiah uols ni peling peling bos sat gitewww*mati le kalau beliau baca*

dan paling untung pekerja tersebut tak mintak gaji!
wahhh mana nak dapekkkk
limited okay!

part ni paling rajin...kihkihkih

eh..tengok ler bila mood aku baik aku hapdet ler resepi cheesekut aku tu...
versi derhaka...sebab tak ikut resepi betui betui...maklum lah....terlebih cerdik gini ler jadinya.
tapi hapa pong...marvelessss asben i uolsss makang sehingga menjilat jari dia sendiri tauuuu

puasa hari ke 12 dah..
sat ja...
baju raya dah 3pasang.
tapi satu pasang tak muat.
motipnyaaa baju tu makin mengkecikkan diri,
kain kain buat baju lani semua jenis hat tak elok...
muahahaha tak mau jugak kata aku main berisi tu.

i naik 4kg ye.
kurus kan?
ahakssss


love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)




sekian,



Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...






Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar.dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^

Monday, July 15, 2013

sejak dimansuhkan semua ini terjadi.



Baiklah tanak cerita panjang.
simple sahaja.

cerita tentang hal yang paling heboh.
tentang penghinaan dua orang manusia terhadap agama islam.

ya mereka berbangsa cina.

sekarang ni,kalau tengok memang bersepah sangat orang asyik sibuk mengata sultan la...
mengata perdana menteri la,buat demokrasi,tulis itu ini dalam laman sosial,
kenapa?

negara dah tak ada undang undang?
undang undang dah tak laku?
atau kau nak kata,
sistem undang undang negara malaysia dah tak relevant,
sampai semua orang mampu pijak pijak bendera malaysia,
sampai semua orang boleh update status tanpa tahu hormat sistem kedaulatan negara.

secara logik akalnya kita berada di malaysia,
jika tak mahu atau mampu patuhi dan menghormati sistem negara kita yang memang sudah berbilang kaum,punya macam macam kepercayaan dan adat resam
sila pergi duduk di negara lain.
tapi bila kita katakan ini pada mereka mereka mereka yang tak mampu nak mengerti marah,dan diamukkan
jadi sekarang siapa yang bersalah?
mungkin mereka masih belum punya tahap pemikiran yang matang atau masih belum mampu berfikir secara waras lagi .

dan aku rasa,
ISA perlu ditubuhkan semula untuk orang orang yang biadap serta pendek pemikiran macam mereka mereka dan mereka ditempatkan serta di ajar kembali cara bagaimana duduk di malaysia!
kalau ISA ada baru semua tahu hormat apa itu undang-undang.
tak senang lenang buat negara malaysia macam tak berdaulat kan.

zaman sekarang bila buat salah,
orang kata mudah.
POLIS boleh buat apa...
orang buat report ambil statement kendian kes macam tu jugak.
yang berkenaan buat pemohonan maaf,lepas tu kes tu diam ,
esok lusa timbul kes baru yang hampir sama.
motip yang satu hanyalah menghina sistem negara.
sejak ISA dimansuhkan negara kita malaysia makin kucar kacir.

tapi aku hanyalah dalam golongan rakyat marhean yang mungkin hanya mampu mengupas isu ISA ini secara rambang tapi tak mampu untuk mengambil tindakan membentukkan semula.

untuk perdana menteri malaysia yang sangat dikasihi,

PM
memang seorang yang lemah lembut,
memang seorang yang kami sangat dihormati,
tapi tolongla dalam hal ini,
bangkit,sebelum kita terlambat,
sebelum negara makin tercemar,
sebelum Malaysia hanya tinggal nama,
sebelum semua makin sesak di dada,
lebih baik wujudkan kembali ISA.
anda ketua,tapi tiada kuasa,
ada kuku tapi tiada taringnya.

sekian,

tulus suci dari hati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...