✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, September 8, 2011

harga topup naik



Assalamualaikum^^
Telefon bimbit adalah satu keperluan asas masa kini.
kalau tak da HP bagai terputus semua berita semasa walaupun ada IT bagai...
hurm..sekarang ni ada news baru...kata dah nak kena cukai pulak topup
bagi golongan kurang berkemampuan untuk pakai bil kenalah pakai topup..now kena cukai pulak..so bertambah la lagi digit dalam nombor kos bulanan kita yang hanyalah pekerja biasa.
nak atau tidak memang kita perlu mengakui zaman sekarang semua benda haruslah dibayar dengan harga yang tinggi sehinggakan bagi segelintir insan nyawa itu tiada nilai...
so...mulai sekarang untuk golongan pakai topup macam aku ni kenalah spare duit gaji lebih sikit...
sebab topup dah naik harga...


KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA
sumber berita sini
mungkin pada sesetengah orang ini bukan beban tapi bg kami yang kurang kemampuan ni agak penatlah kan...tambah pulak yang duduk jauh-jauh,pasangan bercinta lepas ni kena kuranglah bergayut telefon...hikhikhik
(nasib baik pakai digi ada budzy free call dengan incik suami,kalau tak mati nak sara kos hidup)



sekian,
terima kasih sudi baca...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...