Assalamualaikum ^^
hi semua...
kecoh satu Malaysia pasal harga topup naik,
pakcik pakcik,kakak,adik,abang,nenek sekalipun semua pakat dok kalut cerita pasai harga topup naik...
ini bukanlah salah kerajaan tapi pihak telekomunikasi yang mahu menaikan harga tersebut sebab tu PM kita suruh check semua...
bila dengar berita semalam kata suruh kaji semula itu aku sangat sangat sangat suka...
yelah aku ni pekerja makan gaji ja
dah tu gaji pun bulan-bulan cukup cukup ja...
belum mampu nak menyimpan lebih lebih
tolak itu ini habis setel gaji sebulan dalam masa beberapa hari ja...
ni pulak nak naik kos taraf hidup...
topup memang salah satu kos sara hidup.
mana tak nya...topup amatlah penting.hari-hari aku guna henpon call incik suami,family,kawan-kawan....
kadang-kadang topup rm10 bukan boleh tahan 7hari even aku guna buddyz yang 1st edisen tu..yang call 3 buddyz free tapi tetap terasa...
ok kalau topup rm10 pada yang guna talian biasa ni...berapa lama sangat boleh gayut tepon...
cakap pok pet2 rasanya tak sampai 2jam kot...
jadi berbaloikah kalau dinaikan lagi?
rasa macam tak kena gaya ja...
kami bukan mampu nak pakai postpaid...
bukan semua tak mampu tapi itu macam lebih menambahkan lagi komitmen bulanan serta sometime sedap je dok bergayut berjam-jam sampai bil hujung bulan nohhh tengok tudiaaaa dekat seribu...
tak ke lagi membazir?
kalau tak mampu dibayar dan mungkin akan mengabaikan sahaja bil tersebut dah kena blacklist pulak dengan syarikat telekomunikasi tapi itulah hakikat kehidupan...
bukan semua orang mampu memiliki semua kemewahan...
disini aku dengan sesungguh hati membangkang kenaikan harga tambah nilai!
kerana ia sangat membebankan kami sebagai pengguna...
lainlah kalau gaji kami sebulan paling sikit 3ribu....
jangan nanti makin bertambah golongan miskin dalam Malaysia sudah...
aku dan siap beli topup spare awai-awai....sebelum 15hb...nak jimatkan kos...kurang-kurang 2bulan jugak aku jimat kan..hikhikhik
sekian,
terima kasih sudi baca....
No comments:
Post a Comment