✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, May 29, 2012

checklist barang baby,berpantang dan menyusu.

Assalamualaikum ^^

hurm...
aku pun tatau sangat apa patut aku beli dan tak beli...jadi aku pun buat short list...
bajet aku sangatlah ciput dan tidak mahu membazir kerana aku bukanlah orang yang mempunyai banyak uwaaaanggg....ongkos dan seangkatan dengannya.
maka dengan itu aku sediakan listing awal-awal...untuk prepare segala kemungkinan.



Checklist untuk bonda.
Berpantang.
1. Bengkung (siap diupah) kain 6m+upah rm15.00
2. Bengkung moden (dah ada)
3. Set bersalin (tak fikir lagi,tapi rasanya NR bajet rm 300.00)
4. Kain batik ada dah 3helai tapi akan dibeli lagi 2helai – rm 30.00
5. Maternity pad (rasanya aku pakai yang biasa,balance ritu ada lagi 4pack)
6.Tungku –ambil yang tok punya,sebab survey yang baru ritu besi dia tak ok,tak panas macam dulu.
7. Baju sejuk – reclyle yang lama je.
8.Stokin 3helai –rm10.00 beli lelong sudah..kalau payah rembat stoking asben aku..hahaha
9.Baju T besar- pakai baju walid jelah…cut cost
10. Jeli gamat,pati ikan haruan – rm50.00*ada member sugest gamogen price satu botol rm130,akan dipertimbangkan...katanya boleh guna untuk baby sekali elak kuning*
11.param  5paket – rm5.00 (lumur satu badan)*tgk dulu nak beli ke x
12. Pilis 3paket – rm 5.00*tgk dulu nak beli ke x
13. Bedak herba bunga tanjung-tonyoh daki – 2pkt dah ada
14.herba mandian – rm10.00*tgk dulu nak beli ke x
15. Pati halia mustajab rm20.00 (untuk pecah lemak…kalau ye lah)*tgk dulu nak beli ke x
16.stokin HPA rm 42.00(stoking tu buang angin.nnt aku cari sesapa ada mbr card hpa..murah ckit)
17.femme pad – rm 75.00 (untuk letak dkt tut2 kita bagi sejuk lepas luka bersalin.)kalau ceaser ltk dkt tmpt jahit.
18. buah manjakani- rm5.00 untuk basuh tut....ni lepas bersalin je suruh asben beli


Barang nursing bonda.
1. Maternity bra – 3helai rm100.00
2. Breast pump – done medela double pumping price aku dapat rm400.00
3. Nursing Breast pad – beli 2kotak rm40.00
4. Nipple Cream – rm20.00
5. Nursing pas washable 3 (rm20.00)
6. Warmer checking +car and home skali sterilizer rm 170.00
7.Sterilizer (sama sprt diatas ) beli lepas pantang nanti
8.milk storage (bottle)-rm30.00 6botol
9.milk storage (plastic) 2pack 80plastk –rm 40.00
10.Selipar-pakai yang dah ada je.
11. Nursing cover rm20.00
12. Cooler bag – rm70.00
13. Ice pack rm 50.00



Hospital Checklist*untuk bonda*
1.Buku merah.
2.Kad pengenalan
3.Telefon bimbit
4.Baju/blouse 3pasang.
5.Stokin 2pasang
6.Kain batik 3pasang
7.bra/panties 5pasang
8.Peralatan mandi(berus+ubat gigi+pencuci muka)
9.Towel 1helai
10.Air zam-zam,selusuh
11.minyak angin
12.termos air panas
13.bag plastic
14.sikat,lip ice
15.baju sejuk sweater 1helai
16.milo,horlick 3in1 (bawa 6paket)
17.Breast pad
18. Breast pump+bottle takut susu tak keluar baby hisap.*tapi ni suruh hasben bawakkan je*
19. Camera *ni pun hasben bawa*
20. Pay bil hospital – walid punya yeeeee



checklist anakanda.

 cloth,bed time.
1. baju new born siang 5helai - rm70.00
2. baju new born malam 5helai – rm70.00
3. Selimut –rm30.00
4. Bedung moden 2pasang –rm 70.00
5. Bedung biasa 3pasang – rm 50.00 (pakai je kain batik atau lampin hehe)
6.Topi 3pasang – rm 50.00
7.Barut (jahit sendiri ) kos rm20.00 untuk 20helai saiz besar sikit
8.barut kecik untuk new born beli readymade 4pcs rm20.00
9. Pampers new born myb beli 2pack rm50.00
10. Selimut baby 1pcs rm 20 (kotor ganti kain batik atau pelikat kami jelah)
11.bootie+mitten 5pasang rm 50.00
12.bootie+mitten outdor 5pasang rm 50.00(lepas pantang boleh beli
13.sapu tangan rm 5.00
14.. Seluar getah lepas pakai lampin 3helai rm10.00
15. Tuala 2pasang –rm 50.00
16.baby wipes 1 yang dalam bekas – rm15.00
17.baby wipes pek add beli 7pek –rm50.00
18.lampin – 1pack rm30.00
19.Tilam kekabu – rm150.00
20. Tilam span biasa – rm 50.00
21. Bakul isi barang baby 2 bakul – rm20.00
22. Cotton balls rm 10.00
23. Sikat baby rm 5.00
24. Bedak baby rm10.00
25. Minyak baby (baby oil) pakai bonda punya dah la ye..
26. Cotton bud  beli 1pek rm5.00
27. Losyen baby rm 10.00
28.katil baby-rejek…tak perlu.
29. Kelambu baby rm15.00
30.chaging mat (nk letak bawah kain batik atas tilam) rm 15.00
31. bakul baby kecik simpan baby care – rm5.00
32. Beg baby rm 30.00
33. Baby sling rm100.00
34. Car seat –lepas bersalin je
35. Stoller – lepas bersalin je
36. Bottle – tatau nak beli set apa lagi…bajet rm 100.00
37. Besen mandi –tak perlu.
38. Sabun+syampu (rm15.00)
39. Detergent untuk cuci baju baby rm 20.00
40. Powder puff (letak dkt lampin sblm pakai) – rm10.00
41. Putting baby rm10.00

Medicine+tahnik
1. Kurma  nabi untuk bertahnik – rm 5.00
43. Gripe water(untuk mgelakkan baby kembung ) rm10.00
44. Nappy rash cream rm10.00
46. Nasal aspirator untuk baby selesema rm20.00
47. Methylated spirit utk tali pusat baby rm15.00*mbr bagi tips letak kunyit je...nnt kita pertimbangkan..kalau boleh cut cost disini*ada kata xyah beli nurse akan bagi..so ni hold dulu*
48.syringe for medicine –nanti mintak dkt nurse jelah..freee hehehe
49. Tungku baby rm5.00
22. Termometer-dah ada.done.
23. Vicks – Rm5.00
21. Pengepit kuku(nail cliper) rm 5.00
17.minyak telon 2botol rm 20.00
  

 Hospital Checklist *untuk anakanda*
1.kain lampin- 1helai
2.towel baby -1helai
3. Bedung -1helai
4. Pampers baby -3helai
5.Barut baby -2helai
6.selimut baby -1helai
7.kurma untuk tahnik air zam-zam*bw sekali bonda*
8.sapu tangan baby -1helai
9.mitten&booties – 2pasang

keseluruhan kos adalah rm2937.00 ini adalah anggaran ye...
aku harap kos akan lebih kecik dari ni..hahaha
mak aiiii kos tu boleh buat beli macam-macam..kihkihkih tapi demi untuk anakanda bonda dengan walid akan cuba untuk penuhi yang terbaik.

ada orang kata tak payah beli barang banyak-banyak nanti akan dapat gift dari orang bila datang melawat.
yes,dats true...tapi aku siyes sangat tak suka macam tu...kalau orang bagi alhamdulillah lah...kalau orang tak bagi,kita redha jelah..datang melawat pun dah cukup.
itukan anak kita jadi baik kita sendiri je yang beli,lebih afdal...ye dak?


kalau ada penambahan..atau sebarang cadagan silalah komen..sebab aku pun memerlukan pandangan semua orang jugak...
tolong beri tunjuk ajarku sifuuuu okeh...
hehehe


Sekian,
Terima kasih sudi baca...



Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal...Aamin...     

3 comments:

Unknown said...

respek2...bgus kwn sy ni.. hehehe

Anonymous said...

jom visit grand opening fb MommyKids ShoppingCentre. Byk promotion shaklee n baby's stuff

http://www.facebook.com/MommyKids.ShoppingCentre

Raihana Humaira said...

umie ~ belanjawan dah buat..ikut ke tidak je....tp rasanya cut kos mesti manyak ni...hahaha..jimatttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...