✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, July 15, 2012

tanda-tanda pasangan anda curang ^^

Assalamualaikum ^^


Zaman sekarang ni macam-macam dugaankan dalam kehidupan...
aku menulis berdasarkan pemerhatian.

orang lelaki mungkin tak tau yang wanita ni diberi satu anugerah yang tak ternilai iaitu perasaan yang tak senang,teliti jika suami curang kan...
sebab tu bersepah sepah kes yang suami curang isteri sendiri kesan,ye dak???
menipu kot mana pun lambat dengan cepat je dapat kesan...baik dok dekat baik dok jauh...

1.GAYA BERUBAH.
kalau dulu tak kisah tak pakai perfume,ni nak keluar mesin rumput pun wajib pakai perfume tauuu.....
gaya rambut tukar,buat stail muda remaja...kalau dulu pakai baju t-shirt lusuh pun ok,sekarang sory...nak pakai yang mahal-mahal..nak identiti jeee...in case berubah untuk isteri atau isteri yang ubahkan oklah kan...tapi kalau sebaliknya...jeng-jeng-jeng...haruslah berwaspada....
*daku akan pastikan perfume lelaki kacak tu bvlgari...bau lain siapla...hahaha...padahal dok bau peluh sokmo...kihkihkih*

2.TELEFON BIMBIT.
sebelum ni campak je henpon dekat mana-mana pun takpe..tak kisah sapa nak pegang pun,anak,isteri ok je...
tapi kalau tetiba henpon tu p jamban pun bawak masuk tu memang ada something wrong la tu...lepas tu cakap tepon sembunyi sembunyi..alamattttttttttttttttt
kalau dulu setiap satu jam sms wife,tetiba je...seminggu dua ni bz semacam nak sms wife tak sempat tapi henpon dok bunyi sms kejap-kejap masuk,then boleh pulak suami reply kan....memang something wrong some where la tu.....
*part ni aku kadang-kadang sport check la jugak henpon dia..tanya itu ini...kalau dia jawab elok tu maknanya ok..tapi kalau marah-marah tu fail...setakat ni alhamdulillah,semua masih dalam lindungan Allah swt*

3.HUBUNGAN SEKS BERUBAH.
selalu je mengelak...nak tidur dengan anaklah,letihla..bawak balik rumah parents la...bawak keluarga mertua datang rumahlah...ada je yang menghalang...kadang-kadang tidur dekat sofa didepan alasan tertidur masa tengok tv,kalau sekali dua okelah...tapi kalau setiap hari..itu namanya melampau...
isteri pun manusia biasa punya nafsu...
macam tu jugak dengan suami...takanlah boleh tahan nafsu kan.....yang ni malas nak kupas panjang-panjang lu fikirlah sendiri....

4.SERING MENGHILANGKAN DIRI.
kejap-kejap tadak...kejap-kejap keluar p kedai depanlah..balik tangan kosong je..kejap-kejap masuk toilet sampai 2jam padahal keluar tak flush pong...
pergi kerja sejam lebih awal,balik kerjam 2/3jam lewat..kalau dulu belum pukul 8 jangan mimpi nak keluar rumah..sekarang cerah je..terus berdesup..tadan nak cium2 dahi salam2 aih...
panggilan tak berjawab,sms pun tak berbalas...haish....alasan yang sama...taip tiap hari sibuk...natang apa yang dia sibuk pun tatau....padahal kerja macam orang lain jugak..bukan kerja perdana menteri pun...

5.PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN.
asyik tadak duit...baru je 2hari lepas dapat gaji tetiba dah tadak duit....lepas tu mulalah buat muka kesian dekat isteri ni...pinjam duit..bulan lepas pun pinjam tak bayar-bayar...camne???
bil astro tak bayar,letrik,air tertunggak,sewa rumah melayang,waima duit belanja anak pun dah tadak..semua isteri pulak bertanggungjawab..yang ni dah parah....
check kad kredit,shoping baju pompuan..tapi tak pernah pun bawak balik dekat isteri kan....terukkk dah ni!

6. CARA LAYANAN BERUBAH.
kalau dulu,boleh cakap baik-baik manja manja..ni sorylah...jangan mimpi...silap silap kena maki hamun ok...baru bukak mulut sikit dah kenaaaaa....
dulu balik reja,duduk main dengan anak-anak...sekarang balik reja baring pegang henpon dok tot tet tot tet..sms...
sometime ada jugak yang suami berubah terlebih manissss ok....tu pun petanda...hehehe

7.TUKAR PASSWORD FB,TAGGED SEMUA YANG PENTING-PENTING.
sebab malas nak bagi wife ni check sebab tu tukar..senang nak mengatal kan...kot berkenalan dengan awek dari internet....
silap silap buat lagi satu fb konon-konon single bagai..boh gambar kemain bergaya...fuh...kalau dekat daku...mau meletoppppp hahaha

8.KATA HATI SEORANG ISTERI.
nak membandingkan semua petanda ni dengan kata hari seorang isteri sangatlah tidak layak...
apa pun kalau kata hati isteri tu suami dia curang,something wrong haruslah dia berwaspada...
kita lebih mengenali pasangan kita,lebih dari ibubapa beliau mengenalinya.sebab kita hidup bersama,sekatil dan segala-galanya...
sometime,tanda-tanda diatas ni ada tapi kita sendiri yang singkirkan....
kata tu tak betul...terpulangla pada diri sendiri...
jangan sampai semua terlewat...nanti ada yang akan lebih terluka lagi...


*pesanan ni untuk diri sendiri dan orang sekeliling.
tak bermaksud aku pun entry ni lelaki kacak tu curang dengan aku,aku cuma share tak salahkan...
semua ni umum.
setakat saat ni,Alhamdulillah,rumahtangga kami belum sampai ditahap wujudnya orang ketiga...semoga Allah swt melindungi semua ini kan...^^
Aamiin....


k...baiii

Sekian,
Terima kasih sudi baca...


Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin...  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...