✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, July 12, 2012

tolong kick perut bonda sekarang boleh?

Assalamualaikum ^^

Di hari khamis nan indah ini,*indah sebab esok jumaat,sabtu aku cuti hahaha*

hari tu kan aku pergi monthly checkup,
so after this aku kena check sebulan 2kali di klinik desa.
nasib baik nurse dua orang tu baik kauuu...kalau tak aku mesti rasa ngeri je nak p hahaha

kali ni aku terpaksa ambil darah 2kali jugak..
1st ambil darah,check hb tak sampai 8....
mak aiii aku pun sentap+terkejut kau....padahal darah merah pekat elok...
lepas tu nurse tu cucuk sekali lagi....
kalu kedua ambil 11 lebih...u seeeee...
nurse tu kata mesin hb ni memang macam tu..selalu buat hal...
kau mesin sajalah tu nak merasa darah aku banyak-banyak...hampeh!
mencik tauuuu

berat aku naik dekat 1kg,
so far okehla...
semua ok,baby gerak ok..tinggi rahim ok...
time nurse check nak dengar degupan jantung baby syiok dok kick2 tangan nurse tu...marah la tu kacau je dia nak landing kan..kan...kan

mulai semalam aku dah start kira gerakkan baby,
asal cukup je jam...aku akan cakap...
baby sila kick bonda...senang bonda nak tanda ni..hahaha
lepas tu hari ni tak payah suruh..mesti dia kick je terus...kihkihkih
pandai kamu ye sayang,muuahhh muuahhh untuk kamu...
biasalahkan..kalau cerdik,pandai tu konpem ikut bonda dia..muahahhaa....

pejam celik dah 28weeks dah aku pregnant....
sekarang aku cari banyak info tentang penyusuan,
cara nak simpan semua...
Ya Allah,murahkan rezeki kami anak beranak..berikan lah aku kesempatan untuk menyusu sendiri anakku...
uols pun doa-doala sama untuk aku dengan baby ye...

buat masa ni aku makan kurma je...
setiap hari mesti aku makan kurma dan banyak minum air kosong,ini pun aku ambil tips dari orang berpengalaman....
dan aku mesti yakin yang aku mampu menyusukan baby!
nak beli suplemen maklumlah...bukan orang yang berkemampuan besauuu...takat-takat ni je...jadi guna kaedah tradisional dulu ye...yang mana murah dan praktikal kita guna pakai.
Insy.Allah,Allah swt sentiasa membantu kita kan..kalau dah niat kita baik.


pssttttt ~ orang kata kalau menyusu badan nanti kuat makan lepas tu badan jadi mok mok..alahhh apa aku kisah..yang penting dapat susu baby sendirikan..itu lebih baik!moh kita kempen menyusu badan hahahaha

anakanda cepat kick bonda nak tanda dalam buku ni...hihihihi

ok,baiiiii


Sekian,
Terima kasih sudi baca....

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...