✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, August 8, 2012

berpantang 44hari atau 100 hari?

Assalamualaikum ^^

Since aku dah dekat-dekat nak bersalin ni....
so konpemlah cerita pasal episod berpantang akan bermula la...
*asal aku cerita pasal nak bersalin je..baby konpem godek-godek...alahai anak..sabau yee..bulan 10....walid sampai je baru kamu keluar hihihihi*

semalam aku sembang-sembang dengan lelaki kacak tu...
tentang tempoh berpantang.

aku memang decide nak berpantang 100hari.
orang melayu selalunya berpantang 44hari je...
baik dari segi makan minum ataupun bersama suami...
so aku pun tanyalah pakcik google...
tentang hukum semua...
tempoh darah minumum darah nifas adalah 40hari tapi ada jugak yang sampai 60-70hari..ikut atas orang la kan...badan kita tak sama.
jadi sebelum habis darah nifas tu memang kita tak boleh la buat amal ibadat,lagi-lagi bersama suami,Haram hukumnya!


okeh...aku pun malas nak taip panjang-panjang uols boleh baca di sini...dan aku rujuk pada mak sedara aku yang ustazah pun dia kata betullah pandangan ni..sebab kita ikut mazhab syafiie

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?

Jawapan;

1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak).

3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid).

4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman 
FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.



itu berkisar tentang tempoh berpantang 44hari,
tapi ini tentang berpantang dengan suami...
ada yang kata dengan suami kena berpantang 100hari...
ada yang kata mesti lebih...
ada yang kata 44hari dah cukup dah...orang lelaki pun ada nafsu...

tapi bila berbalik pada hukumnya...bila kita suci dari nifas,dan merasa tubuh badan kita sihat,serta dari persetujuan kedua-dua belah pihak,tak kisah hendak bersama.

itu apa yang aku bacalah.

pada aku tempoh berpantang 44 hari itu sudah cukup baik sangat,sebab rasanya badan kita memang sangat segar.mungkin pantang ais perlu diteruskan tambah-tambah untuk yang plan nak b/feeding macam aku kan.
#minum air sejuk takpe...ais no,no,no hahaha#

untuk diri aku sendiri...macam mana pun 44hari tu konpemlah aku berpantang dengan betul,
tadaknya nak keluar p shoping complex,p makan tak tentu hala,p sana sini...kalau tok,mama aku tau..konpem kena ceramah setahun pun tak habis...
okeh tok aku ada 11orang anak..dan kebanyakkan anak,cucu dia bersalin pun dia yang jaga...
pantang tok aku memang ketat.
tadaknya nak culas-culas minum air sejuk ke ais..culas-culas tak berbengkung,tak berstokin...kusut masai...
makan wajib ada lada hitam....nasi tak boleh tambah.
bertungku bila sampai masanya...
ikat rambut tinggi-tinggi...
sapu sampah,buat kerja apa pun tak boleh..sebab dia kata bahaya nanti bentan.
hoi...duduk dengan tok aku seksa kot...tapi aku tengok mak sedara,sepupu sepupu aku lepas tu...perghhhh nampak bertenaga je...habis pantang nampak badan sihat je.

aku nanti,insy.Allah tok akan jaga seminggu pertama,*next entry aku story*
sekarang pun tok dah pesan,macam-macam law dalam pantang dia bagi tau aku...hahaha
nasibla...dah aku dok dengan dia dari kecik lagi..dah jadi macam anak perempuan bongsu tok dah.
doa aku,semoga aku dapat berpantang dengan baik.
dijauhilah dengan gila meroyan,bentan semua ni...
segala tips dari tok,pakcik google akan aku godek-godek...

oklah,
doakan aku selamat berpantang dan lepas pantang menjadi selim melim seperti gambar di bawah ni ye....

time ni pinggang daku 28 je kauu....
sekarang dah 44...hambikkkkkkkkkkkkkk
tak pe...bonda tak kisah asalkan baby sihat suda...
mana tau kot berpantang pakai set NR ni...tengok-tengok meletopsssss....cayalah!

ok,baiiiii...

Sekian,
Terima kasih sudi baca....

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...


Monday, August 6, 2012

bonda akan ada sentiasa +_+


Assalamualaikum ^^

entah kenapa terdetik nak dengar lagu ni....
dengar,dengar,dengar...
ye....khas buat anakanda....

"Sayang,mungkin bonda tak mampu melawan takdir untuk kita,tapi bonda akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang paling baik untuk sayang!"

"bila sayang rindukan bonda,pejamkanlah mata....bonda akan sentiasa ada"

oh,bonda sangat tak sabar nak memeluk sayang,
bonda tak sabar nak tengok senyuman walid bila sayang dalam pelukan walid...
bonda akan ada sentiasa dalam hati,diri walid dan sayang.
bonda rindu kamu berdua... +_+







Sekian,
Terima kasih sudi baca...




Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...

Sunday, August 5, 2012

tips membeli blackbery.



Memandangkan Blackberry tengah hot jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mandapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang.

1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi  bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.


p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.




sumber :: Aku copy paste..entah dari mana entah...


psttt ~ lelaki kacak tu jugak pernah terkena pasal ni...kan aku bagi hadiah dekat dia bb tapi aku suruh dia pergi beli sendiri*gila keji perangai* then..dia pun belila...tetiba check-check bukan dari brightstar...lepas tu dia apalagi..mengamuk ler dekat tauke tuuuu.....then tauke tu tukarkan balik dengan yang brightstar...nasib baik masa tu ipar duai aku bagi tips ni..kalau tak kami pun terkenalah!
untuk uols silalah,berhati-hati ye...


ok,baiiii


Sekian,
Terima kasih sudi baca...





Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...

check up hari ini.

Assalamualaikum ^^


Yeah.....sudah selesai check up..next kena ke Klinik kesihatan besar, sebab dah 32weeks.
tadi checkup semua ok...hb pun masih maintain.Alhamdulillah.

ces,semalam aku yea-yea je kata nak p lewat sikit sebab malas nak check hb kan...sekali kau memanglah aku p lewat,tapi cuaca ok sejuk je...so checklah hb...tapiiiiii nasib baik sekali..fuh lega...

baby semua ok sangat.
dah besar-besar anak bonda dengan walid ni...
berdebar-debar nak tunggu bulan 10 ni...
barang-barang bonda dah siap..tunggu barang baby sikit je lagi..tu part walid nak kena setelkanlah ye...bonda punya part dah setel semua...part walid yang kena beli pulak...

banyak yang nurse tadi share dengan aku,
macam-macam petua...macam-macam nasihat dia bagi tau...siyes rasa teruja dan lega...
tambah-tambah part dia cerita masa baby keluar then dorg mandikan baby,lepas tu bagi baby tu dekat kita untuk disusukan...
Ya Allah,rasa teruja sangat!

Alhamdulillah,sungguh sekarang rasa lega dan tenang je bila semua barang dah setel sikit-sikit..
Dah nak masuk 32weeks,pantas sangat masa.
pejam celik dah dekat bulan 9 nanti....
pejam celik lagi...dah hujung bulan 9....
pejam celik lagi...dah awal bulan 10....
pejam celik lagi dah bersalin!
alahai anak...
tak sabarnya bonda nak cium-cium kamu...
nak usap-usap nak belai kamu sayang...
bonda tak sabar nak menyusukan kamu...

dah la kamu sekarang makin banyak akalnya...
dari dalam perut lagi dah bijak,pandai...cerdik-cerdik anak bonda...
keluar nanti tamau tau buat-buat perangai...

semoga Allah swt sentiasa melimpahkan rezeki,memberikan kami kebahagiaan sebegini sampai bila-bila...dan juga makbulkan doa-doa serta impian kami sekeluarga....Aamiin...

pada ibu-ibu yang lain macam mana pulak persiapan uols?
semua dah ok ke?


ok,baiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...


Saturday, August 4, 2012

update checklist barang bonda!settel....yeay.

Assalamualaikum ^^

ini mungkin adalah last update untuk checklist bonda...

Checklist untuk bonda.
Berpantang.
1. Bengkung (siap diupah) kain 6m+upah rm15.00-done
2. Bengkung moden (dah ada)-done
3. Set bersalin (tak fikir lagi,tapi rasanya NR bajet rm 300.00)-done 
4. Kain batik ada dah 3helai tapi akan dibeli lagi 2helai – rm 30.00 (tak beli papa bagi f.o.c)-done
5. Maternity pad (rasanya aku pakai yang biasa,balance ritu ada lagi 4pack)-done
6.Tungku –ambil yang tok punya,sebab survey yang baru ritu besi dia tak ok,tak panas macam dulu.-done
7. Baju sejuk – reclyle yang lama je.-done
8.Stokin 3helai –rm10.00 beli lelong sudah..kalau payah rembat stoking asben aku..hahaha
9.Baju T besar- pakai baju walid jelah…cut cost - done tak beli pakai yang mana ada je baju lelaki kacak tu kan besau-besau hehehe
10. Jeli gamat,pati ikan haruan – rm50.00-publisher buku hadiahkan.(aku survey bukan rm50.00 tapi beratus jugakla...mula-mula mmg tanak beli..tapi nak dijadikan rezeki,ada orang bagi aku hadiah.)
11.param  5paket – rm5.00 (lumur satu badan) -done tak beli dapat free dlm pakej NR
12. Pilis 3paket – rm 5.00 -done tak beli dapat free dlm pakej NR
13. Bedak herba bunga tanjung-tonyoh daki – 2pkt dah ada- done
14.herba mandian – rm10.00-done rm7.00 untuk 2pack 
15. Pati halia mustajab rm20.00 (untuk pecah lemak…kalau ye lah) -done tak beli dapat free dlm pakej NR
16.stokin HPA rm 42.00(stoking tu buang angin.nnt aku cari sesapa ada mbr card hpa..murah ckit)-done mbr jual jenama DCL rm15.00 tapi nanti kalau ada duit lebih beli jugak HPA
17.femme pad – rm 75.00 (untuk letak dkt tut2 kita bagi sejuk lepas luka bersalin.)kalau ceaser ltk dkt tmpt jahit.-tengok dulu kalau ada bajet lebih beli la...kalau dak tak payah pun takpe.
18. buah manjakani- rm5.00 untuk basuh tut....ni lepas bersalin je suruh asben beli- done rm5.00

Barang nursing bonda.
1. Maternity bra – 3helai rm100.00- baru beli sehelai avon punya rm28.00 lagi 2 nanti-nanti lah :)
2. Breast pump – done medela double pumping price aku dapat rm500.00 - done
3. Nursing Breast pad – beli 2kotak rm40.00
4. Nipple Cream – rm20.00 -done rm10.00
5. Nursing pas washable 3 (rm20.00)- done beli 6 kpg rm15.00 f.o.c 8keping
6. Warmer checking +car and home skali sterilizer rm 170.00- done beli rm108.00 satu pakej dgn sterilezer
7.Sterilizer (sama sprt diatas ) beli lepas pantang nanti- done s.d.a ( jenama auntumz)
8.milk storage (bottle)-rm30.00 6botol -done 30biji botol rm80.00
9.milk storage (plastic) 2pack 80plastk –rm 40.00 beli lepas pantang je -done beli rm35.00 dapat 210pcs.foc 12kpg.
10.Selipar-pakai yang dah ada je.-done
11. Nursing cover rm20.00-done rm20.00
12. Cooler bag – rm70.00
13. Ice pack rm 50.00-done rm20.00



cuma yang tinggal hanyalah nursing breast pad dan cooler bag je belum aku beli lagi...aku bajet dua benda ni paling mahal pun rm100.macam b/pad tu aku tak kisah sangat sebab dah ada washable punya...dan rm60.00 untuk kos maternity bra.

jumlah keseluruhan barang yang sudah dibeli adalah rm1088.00 belum masuk bajet rm160 untuk 2barang yang belum dibeli daripada rm1509.00.

penjimatan yang dilakukan di sini adalah rm261.00

tapi itu dari segi bajet listing aku je...ada price yang lebih mahal harganya dari bajet aku..tp aku beli takat bajet aku je..contoh breast pump dengan warmer and sterilizer,b/pump markte price hampir rm7++.++ tapi aku survey dan mencari yang termurah,alhamdulillah dapat rm400.00.warmer dgn strelizer pulak,aku survey di manjaku jenama auntumz jugak rm178.00 tapi aku dapat price 108.00.
aku ni jenis yang sangatlah kedekut dan sangat akan meng'cut'kan price setiap barang aku beli.

Alhamduillah,bila tengok listing aku semua dah merah dan setel..aku sangat lega....
dan aku yakin lelaki kacak tu pun mesti sangat lega kan.
sebab lepas ni aku tadaklah dok merengek lagi nak beli itu ini...hahaha

psttt ~ kalau aku tak buat checklist macam ni mungkin aku akan beli barang lebih dari ni tanpa aku sangka-sangka...dan bila buat checklist macam ni sekurang-kurangnya aku tau aku mampu menjimatkan lagi duit.


ok,baiii

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...



Wednesday, August 1, 2012

cash out nuffnang uols banyak!

Assalamualaikum ^^

gambar gedabak supaya nuffnang bagi aku duit yang banyak!Aamiin.....


okeh,di malam yang sejuk ni...
aku nak meluahkan rasa...
secara jujurnya...aku memang la menggunakan nuffnang untuk blog aku ni...

tapii.....
aku sepatah haram pun tatau apa tu BE,macam mana nak dapat duit dari nuffnang yang aku tau cumalah check duit aku..bertambah sikit-sikit dah nanti boleh cash out.
bila atas dari rm50.00 boleh cash out kan...
tapi aku tunggu cukup rm100.00 jelah dulu...

kekadang kemain aku baca blog uols,cash out duit nuffnang riban riban,
aku nak dapatkan rm10.00 pun merangkak je.....
dengki tauuuu.....
cer share tips dengan aku sikit....

kalau uols,yang tau cara menggunakan nuffnang dengan lebih tepat dan terperinci silala tunjuk ajarku sifu...
siyes aku amatlah memerlukan tunjuk ajar dari uols.

ok,baiii....

sekian,
Terima kasih sudi baca...


dari aku yang kudus pasal nuffnang....

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...   

sempena bulan 8 yang indah ini.

Assalamualaikum^^

haish...sekejap je kan dah bulan 8.
aku rasa macam baru je masuk bulan 7 ritu....baru aku buat-buat sibuk,buat report bulanan,
dah nak kena buat semula...*gila keji perangai malas*

tolak,tambah,bahagi...semua rumus matematik digunakan oleh aku yang agak cerdik pandai ni.
paling paling lama pun aku akan meletop lagi 10minggu....kalau ikut due latest one 5hb lagi 9minggu.
aku doa ikut je due 10.10 tu hahaha...
macam mana pun aku doakan bulan 10 la...sebab awal bulan 10 insy.Allah lelaki kacak tu dah dekat dengan aku dah.
boleh aku manja-manja lama sikit dengan lelaki kacak tu kan.
lepas dah deliver nanti harusla masa kami akan dilebihkan dengan si kecik ni,yolah..nak menyesuaikan diri kami dengan orang baru.
insy.Allah,Allah swt permudahkan semuanya...

sempena bulan 8 ni,
aku dah kemaskini blog aku dengan membuang segala player...
sebab bila lelaki kacak tu bukak dia kata,bising.
kadang-kadang aku bukak sendiri pun aku rasa macam tu jugak...hahaha
so aku pun delete la...
yang mana tak penting widget yang memberatkan keadaan semua aku delete...
sekarang aku rasa lebih mudah nak bukak blog sendiri...
mesti dulu,uols pun rasa lagu tu memekak je kan..cuma segan nak bagitau aku je...takut aku marah lettewww...
hahaha

lepas ni uols,jenguk-jenguk la selalu blog aku..lepas tu klik dekat tabung nuffnang aku tuhhh..boleh jugak aku buat duit raya nanti...*keji tauuuu*

psttt ~ sat g la aku balik rumah kalau aku free aku hapdet lagi blog....tu pun kalau makcik qaseh tu tak bz body nak nengok upin ipin dekat lappy aku ni....


ok,baiiii.....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...