1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.
2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)
3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.
4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.
5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong
Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru
Paparan untuk OS6
p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.
sumber :: Aku copy paste..entah dari mana entah...
psttt ~ lelaki kacak tu jugak pernah terkena pasal ni...kan aku bagi hadiah dekat dia bb tapi aku suruh dia pergi beli sendiri*gila keji perangai* then..dia pun belila...tetiba check-check bukan dari brightstar...lepas tu dia apalagi..mengamuk ler dekat tauke tuuuu.....then tauke tu tukarkan balik dengan yang brightstar...nasib baik masa tu ipar duai aku bagi tips ni..kalau tak kami pun terkenalah!
untuk uols silalah,berhati-hati ye...
ok,baiiii
Sekian,
Terima kasih sudi baca...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...
1 comment:
Pls visit modernlassecstasy.blogspot.com for beauty tips and...tq dear..
Post a Comment