بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Alhamdulillah,
syukur yang tak terhingga.
now Aydina Malaeka Tihany dah 4bulan lebih.
kejap je kan masa berlalu.
rezeki kan.
bercerita tentang rezeki,
rezeki tak semestinya dari wang ringgit,harta benda...tapi mungkin juga dari segi anak.
kalau orang bertanyakan pada kami suamisteri,ye kami dah bersedia untuk menerima lagi ahli-ahli keluarga baru dalam kehidupan kami sekeluarga.
#adik-adik dak princess la!
mungkin ramai akan mengeluarkan suara sumbang atau dari longkang dengan mengatakan.
"eh baru 4bulan bersalin dah sibuk nak tambah baby"
"anak baru 4bulan kot,tak kesian ke?"
"tak malu kot,baru bersalin tetiba dah lekat"
"cukup ke duit anak ramai-ramai tu"
tapi ingat!
kenapa aku dan suami harus malu?
bukankah Allah swt juga tak malu memberikan kami rezeki jadi kenapa kami harus malu.
Allah swt dah tetapkan yang terbaik untuk kami.
anak juga adalah rezeki dari Allah swt.
dan sekarang ni,Alhamdulillah....ada je rezeki untuk Aydina Malaeka Tihany...dulu tak terfikir pun nak ada duit untuk spend beli itu ini...tetiba sekarang Allah swt bukakan pintu rezeki dengan kehadiran dak princess dalam hidup kami.
bukankah itu sebahagian dari nikmat?
aku juga sentiasa berpegang dengan ini ::
"Sesungguhnya rezeki itu milik Allah swt,Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambil semula bila-bila masa yang dia kehendaki"
Allah telah berfirman..
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [Al-Baqarah : 245]
Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [Isra : 30]
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tetap tiap-tiap sesuatu. [Al-Ankabut :62]
Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman. [Rum : 37]
Saba’ [36] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
Az-Zumar [52] (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
As-Syura (As-Shura) [12] Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
jadi disini,
kenapa mesti kita pertikaikan setiap rezeki yang Allah swt berikan.
susah bukan,bila tak mengandung orang kata mandul,dah mengandung orang sibuk tanya gender baby,dapat anak lelaki,orang kata anak perempuan lagi best...begitulah sebaliknya...
bila dah ada anak,tetiba pregnant lagi orang kata gelojoh.
bila dah ada anak,tetiba pregnant lagi orang kata gelojoh.
mungkin rezeki Allah swt gelojoh jugak ke?
siapa yang mampu menidakkan rezeki dari Allah?
jadi sebelum berkata-kata eloklah berfikir dahulu.
jangan dikesali kenapa gaji kita tak setinggi orang lain,
tapi lebih baik bermuhasabah diri.
ketahuilah apa yang Allah swt tentukan itu mesti ada hikmahnya,
positif dan optimis sentiasa.
positif dan optimis sentiasa.
semoga Allah swt memberi kami rezeki twin selepas ini,mungkin triplet mengantikan anak-anak yang sebelum ini.Aamiin.
Assalamualaikum semua, saya kakak Aydina Malaeka Tihany. doakan saya dapat adik kembar ye selepas ini :) |
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^
2 comments:
positif ke rai? alhamdulillah~ syukur nikmat ALLAH yang memberi rezeki.... x kisah apa org cakap..suka hati aku la aku yg nak mengandung! huahuahua....berapa ramai yang x boleh mengandung kat luar sana nak anak...kita yang boleh ni apsal plak nak menidakkan ketentuan ALLAH kan?
kan wana,
insy.Allah +ve hahaha
doa-doala +ve tau...
tak sabar nak prgnt again..
harap-harap Allah swt murahkan rezeki kami.
Post a Comment