✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, March 15, 2013

menjawab pertanyaan mereka



Mungkin sudah tiba masa untuk bersuara.

ramai yang copy dan paste tulisan aku pada entry ini.
hinalah jika mampu menjadi seperti mereka

copylah.pastelah.
aku tak marah.
jauh sekali nak bermegah.
segala yang aku tulis adalah lahir dari hati ini.
tapi bila terbaca kata-kata nukilan sesetengah pihak,sangatlah menyakitkan hati ini.

ya,benar mereka yang memilih untuk menjadi polis dan anggota tentera.
tapi terfikirkah anda.
jika tiada mereka mampukan anda duduk aman damai sekarang ini?
boleh ke anda selesaikan sendiri kes bunuh membunuh,hal kemalangan,langgar sana sini?
mahukah anda berdiri ditengah panas terik,hujan lebat,ditengah sejuk malam untuk menjaga roadblock?
mampukah anda tahan caci maki orang ramai?
relakah anda meninggalkan isteri,anak-anak berbulan lamanya?

jika tidak pada salah satunya.
tolong jangan pernah ada cita-cita menjadi anggota polis atau tentera.

gaji mereka naik baru baru ini kan?
Alhamdulillah.
rasa lega di hati.
kerana apa gaji suamiku makin naik...tapi yang pastinya kerja juga makin bertambah.
sebelum ini pernah hampir 3bulan tidak bersua muka..mungkin kali ini lebih...siapa tahu.
tak apalah,asalkan Malaysia aman damai itu lebih penting.

kami ada dua dapur untuk diselia,
dua bil eletrik,air untuk dilunaskan,
kami tak dapat nak berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja.
tiada penjimatan yang mampu kami lakukan.
kalau dapat balik sebulan sekali kosnya mencecah hampir rm200.
siapa ambil kisah?
dapat duduk dirumah sehari,dua tapi keluar duit macam air untuk semua itu.
kiralah pendapatan kami berapa sen sahajalah yang dapat kami simpan,itu jika mampu disimpan...

tapi kenapa ada pihak yang tetap tidak puas hati?
tahukah anda PGA tiada istilah OVERTIME dalam kerja mereka.
mereka kerja separuh mampus,
yang dibayar cumalah gaji asas.
kerja siang malam,
jaga sempadan,
jaga NKRA,
bergadai nyawa untuk anda,anda,anda dan anda.
kerja mereka lebih berisiko tinggi dari yang bekerja macam saya,pergi kerja duduk di pejabat sahaja,
bukan mengadap pengganas,pencuri,perompak atau penyamun.
duduk dikerusi empuk.
mereka?
berdiri ditengah jalan untuk apa?
jaga keselamatan kita...
check lesen dan ic kita,tolong pula ingatkan bila roadtax kita perlu direnew.
siap bantu kita jika sesat jalan.
bagi peringatan tentang anak-anak muda yang naik motor/kereta tiada lesen,
mereka pun kalau boleh tak hadap nak saman anak-anak anda.
tapi kalau anak-anak anda kemalangan,siapa susah?
anda...dan seterusnya menyusahkan siapa?mereka jugak.
sudahla naik motor tiada lesen bila disaman,dikatakan macam-macam.
fikirlah dengan akal yang waras.
negara mana yang tiada undang-undang?
jika tidak mampu mematuhi undang-undang sila ke negara lain anda suka.
jangan duduk di Malaysia.

bila polis,tentera naik gaji,
mulalah mulut-mulut di kedai kopi berbunyi.
kerja sikit,gaji naik lebih.
meh try kerja polis tengok.
jangan pilih kerja untuk sekadar duduk dalam balai,
pilih sebagai PGA.
pilih sebagai askar yang menjaga sempadan.
baru anda tahu kenapa gaji mereka perlu naik.
baru anda faham apa itu istilah BILA TANDA TANGAN SURAT TERIMA KERJA MENJADI POLIS DAN ANGGOTA TENTERA BERMAKNA,HIDUP ANDA BUKAN LAGI HAK MUTLAK ANDA TAPI KEPUNYAAN KERAJAAN MALAYSIA.

jangan fikir kami isteri polis atau tentera suka mintak simpati.
oh jauh sekali.
sakit demam kami,semua tanggung sendiri.
berlari ke hospital bawa anak demam panas,
suami di mana?kerja di kuala lumpur...jaga NKRA,isteri di kedah.
mudah jadi kami?
mahu merasa?
silakan....
jika ada anak lelaki hantarlah mereka menjadi perajurit,
jika anda sendiri lelaki apa kata anda yang menawarkan diri menjadi perajurit,
jika anda mahu bermenantukan seorang perajurit bersedialah untuk menjadi ibu/bapa kembali setelah anak anda kehilangan suaminya.

bukan aku nak bercerita hal tidak enak,
tapi sebelum aku kawin,
mak bapak aku dah brain wash habis habis bila dapat tau bakal suami aku tu PGA.
tapi aku tetap memilih jadi sekarang inilah bayaran yang wajib aku bayar kerana atas nama CINTA.
Alhamdulillah,sampai ke hari ini aku masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk meningkatkan kesabaran demi lelaki yang bernama Tariq Huzairi,demi seorang perajurit negara.
sesungguhnya aku rasa bertuah kerana terpilih untuk menjadi sebahagian dari hidup seseorang yang berkhidmat untuk Agama,Bangsa dan Negara.

inilah hakikat kehidupan.
hakikat seorang isteri yang sering ditinggalkan,
hakikat seorang bonda kepada anak-anak seorang perajurit,
hakikat seorang yang terpaksa bertolak ansur dengan keadaan yang sentiasa memaksa.

sebenarnya jika diberi pilihan,
kami bukan memilih kenaikkan gaji suami-suami kami,
kami mahukan masa suami kami untuk dinikmati.
kami perlukan suami kami dirumah,
kami perlukan suami kami bersama-sama untuk menikmati setiap detik dan saat melihat tumbesaran anak-anak,
kami ingin suami kami memicit kepala,belikan ubat ketika kami sakit,
kami ingin suami kami merasa masakkan kami setiap hari,
pergi dan balik kerja bersama-sama...
jaga anak sama-sama,
kongsi setiap detik suka dan duka bersama-sama.

tapi sejujurnya,kami para isteri tidak mampu membuat pilihan kerana tiada pilihan melainkan kata SAYA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.




sekian,
ikhlas dari saya,

Raihana Humaira.




2 comments:

Unknown said...

Mereka tidak merasa..mereka bebas berbicara lancang bunyinya tanpa pk hati dan perasaan kita..gajibyg naik x berbaloi dgn pengorbanan utk negara dan keluarga..sabarlah..ALLAH tahu niat kita..ALLAH tau perit jerih kita isteri polis dan tentera....

Raihana Humaira said...

tula,
org pandai memandang bercakap...
tapi org tatau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...