aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, March 2, 2013

hina lah jika mampu menjadi seperti mereka....


Hari ini,
dua orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara.

aku?
bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
bukan juga seorang yang pemimpin,artis atau orang politik.

aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
ya,bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....
cuma anggota bawahan.

seorang isteri PGA.
yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.

begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara.
mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja.
ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.
baju kalis peluru,bom itu bom ini.
wah,
sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan?
tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi.
tapi,
kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa?
kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita?
ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?

sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja bait-bait perkataan yang hendak dikeluarkan.
cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan,
berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja.
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.

ini kisah anggota polis atau tentera...

yang gaji sudahlah tak seberapa,
kerja tanpa mengira waktu,
cuti bukanlah hak mereka,
anak isteri cuma suku dari kehidupan,
 tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...
tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka.

buat roadblock dikatakan mencari duit kopi.
tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan.
bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...
kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.

bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?
diri anak isteri anda?

paling menyedihkan....
yang celakanya....menjadikan kisah ini sebahagian dari modal politik!
apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah?

siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara,
tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya,
sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.

kau suka?
kalau suka mohon kerja polis.
cubalah rasa bagaimana peritnya.
bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram.
jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.


aku punya anak,
sejujurnya...
aku sentiasa mengatakan kepada anakku.
bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...
bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli,
sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga
gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja
tapi
jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya.
dan,
aku terfikir sejenak.
mungkin suatu hari nanti,
anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.

wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!
tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita,
kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita,
siapa anak kita,
siapa adik-adik lelaki kita...

semoga tuhan sentiasa melindungi dan memberkati setiap anggota yang menjaga keamanan negara kita.

9 comments:

Wanna Syawana said...

Benci dkt org yg suka ckp saja...tp pengecut...dok ckp mcm2 hampa p la lawan penceroboh....stkt ckp...post dlm fb dok mngutuk menghina x guna..xda teloq nmanya...yg sakai2 politik sok salah sana sini...mmg bodo!!!

Raihana Humaira said...

Tula kecoh dalam fb kemain lagi....tp kalau real haram nk p.
Cakap semua boleh. Buat belum tentu lagila kan...

Miss No Body said...

assalamualaikum.
saya nak komen sikit boleh tak pasal post kat atas tu.
ehem..saya seorang isteri polis jugak. agak terkilan bila kawan2 mula mempersoalkan kenaikan gaji dan kewibawaan anggota polis. bak kata pepatah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. andai kata saya diberi mandat untuk berkata2 bagi pihak isteri polis, ingin sekali saya katakan bahawa kenaikan pangkat dan gaji tidaklah begitu penting jika hendak dibandingkan masa suami bersama saya dan anak-anak. saya mahukan suami saya bekerja 8 jam seperti orang lain, tidak mahu diganggu pada waktu tidur dan tidak bekerja pada hujung minggu. tapi, sebagai seorang isteri anggota polis, saya juga perlu mengorbankan segalanya kerana suami saya sebagai anggota keselamatan, menjaga keamanan negara. kini, anak kami sudah berusia tiga tahun. danish nama diberikan. danish akan meraung sehingga 1 ke 2 jam sekiranya papanya keluar bekerja pada malam hari dan hujung minggu. tatkala anak saya menangis, luluh hati saya sebagai seorang ibu kerana anak saya kurang kasih sayang dari seorang bapa. kini, sayalah papa, dan sayalah mama. saya dengan besar hati sekiranya dunia ini membolehkan 'individu yang bijak berkata-kata' menggantikan tmpat saya untuk merasakan segalanya. kemana saja saya pergi seringkali ditemani mak saya sehinggakan kawan-kawan pejabat mengatakan bahawa saya telah bercerai kerana tidak pernah dilihat bersama suami. perasaan saya??

Anonymous said...

Betul tu, kadang2 dah naik jelak dengar orang komen2 dan mempolitikkan hal ni... Menyamakan situasi ini macam dalam cerita Hollywood, Wag The Dog. Takkan sampai macam tu sekali...

Saya samakan mereka macam orang yang tengok perlawanan bola atau badminton sambil duduk di atas kerusi yang empuk... Sebarang kesilapan, ada sahaja ulasan mereka macam pemain profesional... Tapi kalau letakkan mereka di padang, boleh ke?

Cakap memang senang, dan saya kagum dengan pejuang kita di sana dan saya rasa bukan senang juga bagi pihak kerajaan untuk menangani situasi ini dengan cara diplomasi untuk keselamatan rakyat dan menjaga hubungan dengan negara lain seperti perang yang lebih besar lagi dan sebagainya.

Raihana Humaira said...

walaikummusalam,
miss no body,
Terima kasih atas komen puan.
adatlah puan bila gaji naik semua orang akan kecoh,waima yang naik cumalah dua tiga puluh ringgit.
itulah hal semasa yang paling kecoh.
tambah-tambah yang naik gaji polis dan tentera.
hakikatnya kebenaran pahit dan manis kita sahaja yang tahu.
mungkin orang ingat gaji naik kerja tak macam mana.
semoga kita sama-sama kuat dan tabah menghadapi semua ini :)

Raihana Humaira said...

haha,itulah kita kecam bila malaysia kalah bola.
tapi kita duduk depan tv tengok tv.
ibarat pemain yang mungkin tengah jaga gol kot kan.
mungkin kalau di atas padang jadi macam iklan snikers tu.
siapa tahu.

Anonymous said...

da bc di utusan.
sapa cilok sapa nie?

Raihana Humaira said...

haha call la utusan tanyalah mereka.
siapa yang ambil dari siapa :)
terima kasih.

Anonymous said...

baca juge di utusan .
tahniah puan.
bangga dengan puan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...