aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, July 12, 2014

kisah ngeri ini terjadi padaku

Assalamualaikum ^^

Selamat pagi sabtu yang super duper bahagia.

Aku sebenarnya malas nak cerita dekat sini tentang kisah ngeri yang telah terjadi terhadap diri aku.
Baru aku perasan setelah 31hari hal tersebut terjadi terhadap aku.

Sangatlah aku rasa keliru.
Dan terfikir
Why me
Tell me whyyyy
Whyyy
Whyyy

Rasa macam nak nangis hentak hentak kaki sampai pecah lantai rumah...tapi malangnya yang pecah cumalah tumit kaki sendiri hahaha
Weiii tu dulu aaa sekarang tumit kaki iols dah cantikkkkkk sapu ubat gigi hari hari tauuu...nampak sempat lagi kasi petua.

Baiklah sambung sambung

Okay...kisah ngeri tersebut terjadi bila aku test baju sebelum pregnant.
Aku test banyak helai baju...yelah sebab takut tak muat kang tak memasal nak membeli belah baju baru lagi.
Dah tak lama nak mula kerja.

Maka aku pun ngetest la baju bajan tersebut dengan perasaan yang rasa mungkin sendat laniii
Akan tatapiiiii.silapppppp
Silapppp
Silaappp
U know whattt

Baju tu besarrrr
Hahaha

Alahhh uols ni....paham la kan apa yang hendak disampaikan.
Iols tak kata iols kuruih...uols yang fikir...
Haaa tak mengaku lettewwww
Nyampah.
Tak yah nak malu malu....tak pe aku paham.hahaha

Apapun aku rasa aku kena kecikkan lagi jumlah lemak tepu dalam badan ni.
Baru lebih sihat.

Ishhh ni yang malas nak menaip ni...tengokkkk jari jemari pun habis kuruih.

Okay lah...
Nanti kita sambung lagi.
Aku nak sambung berlari keliling rumah jap. Nak bagi kurusssssssss....hahaha

Nanti abang john bawak ride naaaa pasai dah kuruih!


Okay baiii



Ikhlas dari...
Raihana humaira
Perempuan kurus yang sangat cantik dan kaya! Kihkihkih

Wednesday, July 9, 2014

perempuan paling cantik!

Assalamualaikum ^^

Jangan sentap.
Ye tu gambar aku...
Fresh and hot serta spicy lagik.
Mencik tauuu tadan aku nak renyihhh sungguh sungguh dah snap.
Tapi apapun aku suka...sebab elokkk jugak.
Biasalah sapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan.
Hat tu paling ikhlasssssss....

Tujuan ambik gambar?
Bukanlah nak tolong suami isi borang bermadu malah kalau dia rasa nak kena cekik sampai mati dalam mimpi sila la cuba cuba bagi sign...we will seee ya!
Ahakss....hahaha

Giteeww

Baiklah.
Nak buat lesen bergambo.
Malas betui...
Depa tu suka tau minta gambar retissss...

Walau tudung terlebih moncong kak kiah tatap feling wanita paling segak tawwww
Yelah yelah ampa tak payah la kata aku segak kalah Angelina juling.
Sebab aku dah tau kebenaran tersebut. 
Hahaha

Kedai gambar peberet aku di parit buntar.
Layanan tip top.
Siap tanya aku pantang berapa hari depan depan mamat mamat ensem...saja la tu nak kasik jatuh saham . hahaha


Okaylah baiiiii

Yang ikhlas, 
Raihana humaira. 
Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki. 

Tuesday, July 8, 2014

jom belajar jurus taici.

Assalamualaikum ^^

Pagi tadi bangun tidur.

Dapat mimpi ini semalam.
Terus praktikan.

Guling kiri
Guling kanan
Angkat kaki kiri
Angkat kaki kanan
Angkat tangan kiri
Angkat tangan kanan
Senget mulut ke kiri
Senget mulut ke kanan
Gerak gerak jari kaki
Gerak gerak jari tangan
Kendian
Pejam mata....

Dan sambung zzzzzzz

Hahaha
Amacam jurus taici aku ajar rini?

Syokkan.

Sajiaaaa nak habaq....cuti bersalin memang indah sebab tu aku nak tujuh orang anak.
Hahaha
Sudahhh apa hal kau sentap.
Suka hati aku la nak taip apa pun ni blog aku kan...kau suka kau baca je....sambil senyum tak suka sila totoppp!

Sayang,  jangan lasak lasak sangat nanti sakit abang yang susah tau!!!!


Okay baiiii

Yang benar lagi membenarkan.
Raihana humaira
Perempuan yang bertuah kaya lagi cantik dan disayangi semua...
Dan dan dan
Sedang menikmati keindahan cuti bersalin.
Hahahaha
*saja nak bagi dengki*

Monday, July 7, 2014

nusyuz aku.

Assalamualaikum ^^

Tajuk gempak kan.
Sapa sapa nusyuz.
Artis mana.

Ahaks.
Sebenarnya aku nak cerita pasal new shoes.
Biasalah orang kampung naaa uols sesuka suki ja mai bahasa kampungan dia.
Hahaha


Apesal kau dah sentap baca blog aku...konpem kau risau aku cerita dekat sini hal hal gitu kan.

Baiklah.

Sepanjang aku mengandung aku cuma pakai dua pasang sandal.
Kali ni kaki aku tak membengkak sangat.
Agak slim ler.
Selama 9bulan aku tak mampu nak pakai heel noks.
Tetiba aku try heel tuari rasa macam nak tergolek dog je.
Susah benau nak balance bila berdiri berjalan.
Rasa kekok bagai...
Tak boleb imbang badan...
Padahal dulu kemain kau jalankucing (catwalk) kasut tinggi lima hinciiii lani pakai 2inci pun rasa macam tak mampu nak melangkah.

Kasut aku memang agak nazak tunggu masa nak arwah je tu...jadi nak tanak memang kena beli kasut baru la kan.
Oleh itu aku telah membazirkan duit mengorder kasut baru.
Mintak maap kasut lama memang stock aku takan pakai dah...
Sebab rasa macam tunggu masa nak kebumikan jugak.
Takut sat lagi jalan jalan jalan last last tapak tinggai tang belakang aku dok jalan syiokkk jaaaaa kaki ayam.
Choiii sangat!
Ini bikin reputasi aku jatuh menjunam junam bagaikan jet pejuang tengelam dilautan hindi.

Dulu...
Sebulan wajib aku beli paling kurang 4pasang kasut.
Kalau tak beli tu memang pelik la...tapi sejak kawin aku beli 3 4 bulan sekali.
Kira insap la kot kan.

Sekarang...
Selepas pantang baru 2pasang kasut baru aku beli.
Dan itu bukan kasut raya na.
Sory uols kasut raya mesti gempak.
Iols pun nak shoping raya jugak.
Kasut raya en arjuna setel ada 3pasang.
Aku dengan cik princes opkos la nak cari heel gitewww.
Nak jalan lengang ayu ayu.

Mungkin aku akan beli kasut yang mana boleh baling dekat orang sampai pengsan.
Kira macam buat lontaran peluru.
Uols jangan tatau iols juara lontar peluru naaa.
Pemanah tepat.
Jarang iols buat balingan tak tepat na...bukan hapaaa lani banyak kes ragut.
Lagipun nak mengelak hati iols kena ragut elok jugak beli kasut ni...boleh la kot sapa sapa nak rasa kasutku dimuka mu kan.
Tapi yang pastinya...kasut aku mesti meletop vas vas vas

Dan aku rasa kalau pakai kasut lima henci tu p paso mesti seksis kan.
Silap silap dapat ikan free.
Mana tak dapat ikan free dahhh jalan terus tersungkur ikan masuk handbag hahaha.

Okaylah...apapun doakan aku tak terpeleot bila catwalk nanti ye uols
Hahaha

K baiii

Doakan semoga kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki ;)
Aamiin aamiin aamiin

We love you.
Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah

3.julai.2014

Assalamualaikum ^^

Entry lepas penat taip jadi kena publish jugak kan :D

3.julai.2014 genap umur 26tahun(bukan lagi rahsia).lahir tahun naga.zodiak cancer...bukan ada penyakit cancer naaaa mahupun kanser hati hahaha.
Biarpun lagi 4tahun nak umur tiga puluh tadak hal la...muda lagi...aku akan tetap maintan perangai senget ni jugak kot.
Dan tatapppp muda remaja lagi....alah baru nak masuk 3 series bukan angka ompat lagi noks.

Rilex ler.

Seperti tahun lepas aku katakan.
Age just number.
Kalau kau tengok muka aku sekarang mesti kau kata ehh dik baru habis pmr ke...lagi sadis ada yang tanya result upsr ritu berapa a.hahaha
Hat ni aku auta.
Tapi ala ala umur lapan belas tu boleh diterima la.
Tadak kedut kedut cuma selekeh sikit masa mengandung rituuuu jaaaaaa....asal mengandung ja teruihhh out.pakai la baju harga 1k pun make up pangei ayang kamel muka aku tatappp fail.

Pembawakan.
*sedapkan hati sendiri*

Dan untuk uols yang baik hati lagi bijak bijak belaka ni.
Iols tahun ni cuma mohon doa jelah dari uols.
Doa apa???
Doakan iols sekeluarga gembira, bahagia di dunia dan akhirat.doakan murah rezeki tak kaya pun tak pa asalkan bahagia bersama keluarga tercinta!Aamiin aamiin aamiin.


Opsss dan doakan aku senang hati selalu...bukan apa bila senang hati baru ada mood nak update blog ni.
Kalau susah hati mood pun terjun tiruk dalam sungai.

Layan la gambar akak yang feling feling angjelinaa juling dalam pantang ni.





Kain lampin anak pun boleb laaa asal totoppp kan hahaha



Okay lah....baiii

Yang benar, 
Raihana humaira.
Perempuan gojes serta kurus hahahaha

Sunday, July 6, 2014

princess dan sayur.

Assalamualaikum ^^

Today
Aku ajar princess makan sayur secara besar besaran.
Biasalah budak mana yang suka makan sayur tambah orang besar gajah pun tak suka nikan kanak kanak riang ria.
Sayur tu macam musuh ketat dan sendat!
Kira musuh potong dua puluh empatlah kannn

Kemain aku dengan mama story pasal sayur dekat dia.
Kira buat ceramah la pasal sayur sayuran ni...budak bijak suka makan sayur.
Orang makan sayur ni semua comel comel je.
Dah tu dengan rela hati dia cakap "cepatlah masak nak makan sayur"

Fuh...berderau sat rasa.
Mudahnya.
Baiklah...
Sayur sawi masak air gitu letak sikit ikan bilis untuk rasa dia.

Aku bajet 2 3 suap lepas tu wajib tak nak dah.
Tapiiiii aku salah naaa
Siap bertambah lagi
Dan malam ni dia minta sayur lagi.
Baiklah perkembangan yang positippp

Princess dari kecik lagi aku tak ajar makan junkfood.
Lagipun dia suka makan muruku kismis kurma biskut
Segala gula gula jajan memang dia kureng...takat makan sikit je...kalau banyak memang konpem perut dia tak tahan akan muntah.
Ini aku tak suka.
Sebab tu aku selalu pesan pada tok pada semua jangan bagi makan jajan.
Ye aku bab anak memang aku cerewet.
Yelah...aku mak mak yang suka anak jadi berbudi bahasa.nak jadi sopan santun.kecik kecik tau dah salam orang.
Tau baca doa makan.

Aydina boleh baca doa tidur walau tak lancar dia akan ikut aku.
Dah setiap hari ajar mesti akan tersemat jugak di otak dan hati.

Dan encik arjuna pun dari sekarang asal dia nak menyusu aku baca doa bagi dia dulu...masa princess kena baca xpress sebab tak sabar...tapi arjuna beza...dia penyabar ye.cool je.

Lain anak lain ragamnya.

Kejap je arjuna dah nak sebulan.
Masa sekarang macam singkat.
Kali ni aku rasa macam nak cuti 2bulan je.
Tapi itulah.
Tengok bila boleh masuk rumah.
Kalau dah setel semua katanya hujung bulan lapan.
Jadi aku kena kira kiralah cuti.

Nak mengemas bagai lagi.

Alhamdulillah rezeki anak anak.
Allah swt bagi jalan mudah je.

Hurm.
Aku ada entry perjanjian kan.pasal bersalin.
Tengok lah nanti malam sikit aku buat . sekarang aku macam malas hihi

Okay lah.

Doakan kami sekeluarga bahagia sentiasa di dunia dan akhirat. Doakan kami murah rezeki dan sentiasa dilindungi allah swt.
Aamiin aamiin aamiin

kelajuan itu.

Assalamualaikum ^^

Aku salah seorang yang obses terhadap kelajuan aka speedy.kecepatan.atau lebih tepat aku nak semua benda setel cepat la.
Jangan kau suruh aku buat rumus kira kira had laju semua tu...aku part matematik memang fail.lupa dah semua. (Mintak ampun naaa cikgu cikgu...sekolah dulu malas belajar)

Apa saja aku buat kira nya nak cepat je.

Contoh paling mudah.
Aku sapu sampah.nak setel cepat kemain sampai sapu sapu ada sampah tertinggal dekat belakang pun tak sedar...haaaa tu la...tulaaa tabiat buruk aku...taklah buruk bebenor...masih under control la.elehhh uols cebik cebik hapeee kesss dengki la tu kannnn

Sekarang ni sejak jadi mak beranak dua...masa makan pun kena laju laju.
Tak boleh nak makan bercinta.
Kira sistem penghadaman tu terpaksa bertabah jelah dengan kunyahan yang selaju mungkin.
Tak apa...orang jepun kata orang makan laju ni kerja dia semua tip top.Kira ayat ni gua pujuk hati sendiri.

Tapi tapi tapi

Ni semua tak best.
Ada contoh lagi best.

Kelajuan terhadap motor.
Hah.
Kauuuu sejak sunyi sepi ni minat lama mai berkobar balik la.
Jangan tanya esok lusa aku beli semula.
Hahaha

Honestly rindu noks saat saat main motor dulu.
Masa time nilah teringat gila kat member senget sorang tu dak acmar.
Haish lepas dia patah jiwa raga entah mana la dia p kan.
Dulu habis kerja je petang petang selalu lepak dekat port.
Tengok dia dok stunt.
Aku join terbalikan motor dia je motor aku simpan rapat jugak.
Dia tak pe kaya weiii motor rosak sat sat je tukar.

Dulu selalu ride makan sate kajang.
Asal sabtu je hilang.
Asal hilang je sabtu.
Tapi tu dulu la.
Sekarang ni dah beranak pinak.
Tunggula princess umur 3 4 tahun bawak duduk belakang.ride sama sama.
Tapi kena oh som dengan en arjuna la...siapa menang orang tu boleh ikut ride.
Nak bawak dua sekali tak mampu.

Eh berangan je kau kan.
Berangan is free tak kena duit satu sen so apa ada hal.
Angan angan yang baik adalah satu doa kan.

Dan after beli rumah ni nampaknya kena kerja kuat sebab nak beli motor kembali.

Tak dapat next year dapat lagi satu next year kan.

Hurm...now aku test kelajuan dan kepadatan suara dengan anak anak jelah.
Kalau kau duduk dengan princess dia dah berkenan dengan kau...dia tanya satu soalan dia nak 10jawapan ye.selagi dia tak puas hati selagi tu dia akan why why why.
Hoiiiii yelah yelah perangai buruk tu perangai aku...kira okay la kan...cerdik jugak tu hahaha.

Encik arjuna ni nanti entah macam mana la pulak.
Tapi ni baru 24 hari kemain kau dok bunyi suara ajak borak dengan dia...kau tak layan memang terjerit ler dia dengan tangan tangan tergapai gapai...protes lettew.

So far aku rasa semua smooth.

Bila time aku packing barang dan urus diri dalam pantang anak anak sangat cool.
Tapi seperti aku ceritakan tadi...kelajuan.
Ye aku kena buat dengan kelajuan yang padat dan cekap serta efektif.
Kalau dok ralit nganga memang tak dapek la nak berparam bagai...
Tapi kan...kepada customers...ampun naaaa kalau slip ampa tu bau jamu param iols...hahaha sambil berparam sambil iols packing barang.nak buat camneee usaha gigih sangat!

Dan penutup cerita kelajuan tu aku nak letak gambar terbaik.



Dan dengan ini mengumumkan daku sudan 26tahun.
Bangga siot kot.
Alhamdulillah.
Masih bernafas dan siap jadi emak pada dua orang insan lagi.

Yang Syoknyaaa walau dalam pelet pelet princess tetap nyanyi lagu happy besday.
Hoii senyum sepanjang hari kau tau.

Okay lah.

Jom tidur.
Esok nak bangun awal bertungku pulak.

Eh...berapa hari lagi nak raya...
(Padahal sehari pun tak puasa lagi)
Hahaha


K baiiii

Terima kasih sudi baca.
Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat.
Doakan kami murah rezeki dan sentiasa gembira.
Aamiin aamiin aamiin :)

Tuesday, July 1, 2014

days 20:macam macam cerita

Assalamualaikum^^

Entry hari ke dua puluh dalam pantang.

Pejam celik pejam celik dua puluh hari.
Sepantas kilat.
Alhamdulillah, syukur.
Berpantang kali ini rasa mudah sangat.

Sebelum berpantang i tot princess akan buat perangai etc yang agak banyak ragam bila tengok adik...tapi itulah perancangan allah itu indah.semua dipermudahkan.
Sungguh...aku cukup susah hati sebab yelah sebelum ni princess kerap demam etc tapi lepas je aku bersalin....macam magic dia sihat dan okay je...bak kata orang pembawakkan budak kot.

So sekarang semua dah smooth.

Kali terakhir princess demam adalah pada hari aku masuk wad semasa nak bersalin itulah yang terakhir. Itupun sebab rindu yang amat sangat.+_+
Honestly, aku pun rasa tak kuat jugak jauh dari dia.
Aku tak tau la macam mana orang kata sayang anak isteri tapi boleh je hidup jauh jauh dari anak isteri kan...sampai tak tau khabar apa apa...kalau pjj mcm aku dulu lain ler ngeee

Bila dia nampak aku balik dia peluk...kendian dah lama sikit marah sebab tinggal dia hehehe
Sangat lucu kan.
Tapi itulah dia Princess yanh sentiasa buat aku ceria sangat.

Cerita tentang berpantang.

Kali ni aku memang tak fail lagi bertungku.
Aku memang suka bertungku sebab lepas bertungku rasa perut nipis je...tapi kalau awal pagi tu aku menyampah la sikit...yelah kau kadang kadang encik arjuna tu awai pagi dah dok bangun menyusu...pukui 2 3 pagi kadang kadang honestly tidur memang tak cukup...tapi nasib baik lah beliau bukan paten merap sakan.
Dan agak penyabar. Lebih dari princess dulu.
Berkat aku hari hari baca yasin kot dari bulan 1 sampailah lepas isyak 11.06 tu pun aku masih baca yasin lagi.
Sebab tu dia lebih penyabar...masa princess dulu aku skip skip je.

Dan princess malam memang selalu tidur tak berapa nak sedar sangat kecuali bila aku ubah dia jauh sikit dari aku...memang dia taknak...auto macam dibuat buat je sedarnya tu...kira kiri kanan aku kena peluk la.okay la tu nanti besar depa dua pulak peluk aku kan :p

Time aku berparam.
Aku berparam masa jam 10 ke 12 macam tu.lepas tu baru mandi.tak pakai lama sangat sebab payah kan dengan anak anak.
Aku bukan jenis nak susahkan orang.
Princess pulak kalau bau bau jamu ni mulalah buat wek wek wek...choiii dari masa dia lahir ye dia gini.

Berpilis
Anytime je lah...sebab letak dekat dahi je.
Hari hari memang aku berpilis.
Indah ye...aku suka.44hari memang akan aku pakai.aku rasa macam dalam drama je...hahaha
Gila kauuuu...
Wei syok tauu hari biasa tak boleh pakai kang kau pakai ada pulak kata kau mental masa berpantang nilah ambik peluang pakai.

Minyak Herbanika.
Aku sapu dekat kaki.dekat perut.dan tuang di pad.tapi kali ni aku takdak jahit di luar.dalam je sikit tu pun sebab kena seluk ambik uri.
Nanti la aku cerita kenapa boleh sangkut uri.
Ishh banyak version tau...aku je tak berapa ada kesempatan nak menaip banyak sebab aku sibuk dengan berpantang, dah run balik bisnes tu yang masa limited tu.

Manjakani.
Selain dari air rebusan tu aku buat cuci tut...aku pun minum jugak yelah aku nak cepat baik luka dalaman kan.
Sebab kali ni aku jahit sebelah dalam walau tak teruk tapi kena jaga ye uols.
Sayanggi diri uols sebelum sayang orang lain.
Aku kena jaga diri sebab nak jaga anak anak.
Aku kena sihat je sentiasa sebab nak cari rezeki buat anak anak.

Pil PhytoNatal
Yang ni aku makan ikut suka hati aku je.
Kadang kadang 2biji kadang kadang 3biji.
Yang aku suka sebab lawas! Tak risau nak membuang ye...sangat sangat sangat tak mengerikan.hahaha
Kiranya temujanji aku dengan incik j (jamban) tu hari hari ler.
Jadi aku set dalam otak...kalau gini memang boleh kurus la kau rai! Gituhhhh
Jadi ampa yang nak kuruih mai beli pil ni...dijamin sangat...kot yang ada sembelit ke.
Lagipun 2 in 1 selain kurus boleh jugak repair dalaman kan...

Air florida.
Yang ni aku sapu satu badan lepas mandi.
Lepas tu letak dekat bedak sejuk boh tang muka...aku suka sebab rasa berangin. Tak panas tapi rasa macam berangin...alah lebih kurang macam ampa makan cekelat hacks hitam tu.
Dari aydina aku guna . sebab aku ni bila mengandung badan kembang kembang bengkak angin.bila letak air florida ni angin angin tu cepat cepat la pergi jauh.
Kira nampak la batang hidung aku ni mancung sikit dari masa mengandung kembang semangkuk.

Siyes wei aku tak tipu asal aku mengandung je memang hidung aku kembang gilaaa wa cakap lu.
Entah apa hormon yang mai tatau laaa...aku tengok orang mengandung segak aku memang ya ampun la...fail!
Tapi tak apa...demi nak beri zuriat pada insan yang bernama suami apa salahnya kan dengan harapan dia sayang dan cinta aku sehingga ke akhir hayat dan ke alam syurga.
Opkos la nak masuk syurga sama sama...takan kau nak masuk syurga sorang diri kan.

Bab mandian.
Kali ni aku mudah je tak payah nak cari segala akar kayu lepas tu penuh satu bilik air lepas aku mandi.
Aku beli yang tyt tu je...cuma tambah daun pandan masa rebus. Sebab lebih wangi kan.
Masa mula je aku mandi air suam.lepas tu mandi air sejuk dah...aku jenis simple je...cuma aku mandi sambil duduk.petua orang dulu nak jaga peranakan.
Ikut jelah.asal tak bebankan aku.

Pati ikan haruan aku tak makan lagi tunggu la hari ke 25 28 ke...gila ngeri membayangkan.hahaha

Cerita tentang tak keluar rumah.
Aku masa awal pantang memang hari hari keluar la...sebab ke hospital.
Hari ke 15 la paling sakan aku keluar kiri kanan setel semua hal dengan harapan semua selesai cepat.
Tapi encik arjuna memang tak keluar la berjalan jalan.sory naaa encik awokk keluar hari ke 45 je...maraton dengan bonda cari baju raya kita.
Kemeja awok dah banyak helai.
Tinggal nak beli seluar jeans je.
Baju kembang kempis kakak dah setel.
Tema raya tahun ni pun bonda tengah mikir lagi.
Nak letak kaler apa entah.
Aku suka beli last minit sikit sebab tak jadi ler banyak helai baju aku...kalau tak kau paham paham jelah...nasib baik aku kerja memang pakai baju kurung kan jadi tak ada hal la kalau beli sepuluh helai pong....

Eh panjang benar cerita aku kan.
Ishh letih ke baca?
Sabar la ye...bulan puasa elok la bersabar dengan hati yang suci lagi murni.
Ahaks.

Dan
Apa kata uols doakan kami sekeluarga akan bersama sehingga ke alam syurga.
Doakan kami bahagia tanpa sebarang macam macam hal.
Doakan aku murah rezeki!
Aamiin aamiin aamiin ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...