aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, July 29, 2015

Setelah kau dipilih.

Assalamualaikum  ^^

Bila dah dekat dua tahun single, soalan yang orang selalu tanya aku adalah pasal bila lagi nak hidup ada patner kembali.

Nak yang macam mana?

Oh...aku tak berapa gemar sangat nak jawab soalan yang macam tu.
sebab aku rasa mungkin aku akan nampak macam demanding....walaupun hakikatnya aku sangatlah demanding pun!.

Ofkos, semakin kita dah tua...ops maksud aku dewasa...masing masing mesti ada standard sendirilah kan.
Orang yang dah bersuami pun masih lagi dok berangan nak asben cenggini cenggitu...layan drama siap dok feling habis....apatah lagi yang single macam aku.

Kau tau tak,
Bila dah pernah melalui fasa perceraian , kalau ada peluang kedua...kita tanak main-main lagi dah...macam zaman muda mudi sebelum ni.apa yang diharapkan mestilah seseorang yang mempunyai visi dan misi kehidupan.
I means, lelaki yang jenis matang handle situation.
ha itulah...itu....

Bukan sekadar cinta monyet, atau istilah teman tapi mesra or mybe untuk pelepas sunyi yang ni memang hampeh sangatlah.

Alah...semua orang nak lelaki bertanggungjawab, pemurah, selalu bagi hadiah, penyayang   semua tu kan?
Tapi for me...
aku dah tak kuasa nak layan benda macam tu.
bukan aku tanak...nak...mesti nak....cuma benda benda tu adalah sangat basic...
bila hang ni lelaki...dan hang tau hang nak kawin dengan aku yang dah ada anak ni...wajiblah hang prepare dah mental dan fizikal kan.
sebab itu adalah benda basic.

Pada aku...aku jenis suka lelaki yang dia tau apa yang dia nak dalam kehidupan dia.sebab pada aku orang jenis macam ni adalah orang yang jenis sangatlah fokus.
tetap pendirian.
kalau asas dalam diri tu teguh...mestilah perkara basic tu dah ada dalam diri dia kan.

Bila aku decide nak bernikah...mestilah aku nak visi dan misi hidup kami sangatlah clear....pandang jauh ke akhirat...nak nikah sebab nak bawa aku dan anak anak bersama tika susah dan senang sehinggalah ke saat nyawa terpisah dari jasad.
andai kata bersama sama di alam sana...itu adalah bonus.

Itu baru masuk bab pertama.
hahaha

Tengok kan aku kata aku demanding!

Aku ni ibu tunggal.
ada dua anak.
aku memerlukan lelaki yang type child friendly.
ya, ini adalah akta resmi perasaan mak mak.
kita ni sayang anak lebih dari nyawa kita sendiri.
jadi, lelaki tersebut mestilah mestilah dan MESTILAH sukakan budak budak dua ketoi tu.boleh SAYANG anak anak aku.bukan setakat boleh accept je....tapi kalau tak ada perasaaan hutang kasih tu aku tamau naaa....
so kalau jumpa aku...aku akan selalu angkut anak anak aku...jadi dari situ aku akan nilai sejauh mana kredibiliti kau.gituh...
dan kalau gagal pada sesi ini...maknaya kau failed.
sebab first impression aku adalah tentang penelitian,penilaian serta penerimaan anak anak aku terhadap lelaki tu.
Kekok ke, fake ke, ikhlas ke...situ dah nampak.

Masa mula mula hidup single dulu, adalah orang orang sarankan segera berkahwin.tak elok janda lama lama sebab janda ni selalu akan kena fitnah.
bila orang tanya aku kata...aku jawab ini "KALAU JUMPA ORANG YANG SAYANG ANAK ANAK SERTA KELUARGA SAYA MACAM ANAK DAN KELUARGA DIRI SENDIRI"

Dan....sangatlah terkejut....bila mereka mereka tu berkata...

Tak mudah....mungkin ada seorang je dalam 1000orang.
tambah pulak kalau bujang.

Masa tu aku rasa macam.

Huh yeke?

Tapi tak desperate nak kawin pun so macam lantak kau lah.

Dan

Aku tak nafikan bila kau dah jadi ibu ni...style kau jatuh cinta tak sama macam kau bujang dulu.kau tak boleh fikir jiwa kau sorang je sebab kau nak anak anak kau ikut bahagia sekali.dan wajib pasang sumpah,kalau berjodoh lagi,jangan turutkan nafsu duniawi kau sorang diri je!

Surprising,

Ditakdirkan allah swt aku kenal dengan dia.
dia yang kali pertama dina nampak terus  panggil dengan sapaan "ayid"
tak pernah bersua sebelum tu.
itulah kali pertama kami bertentang jasad.
sebelum itu hanya dalam telefon.

Bila tiba masanya aku rasa satu waktu yang sesuai....
mungkin allah swt permudahkan....dengan doa...aku jumpa yang 1 dari 1000 tu.

Dan yang pastinya,

Tak ada kriteria lelaki gaji besar, pangkat besar, hensem ,sado , pakai kereta mewah, ada rumah bagaaalooowww , semua itu tak ada....
memang tak ada.
dan tak akan pernah ada untuk kriteria idaman aku.

Yang ada cumalah satu.

Mohon kau adalah lelaki yang diamanahkan oleh untuk menjadi suami aku dan ayah kepada anak anak...dan asasnya  adalah berbalik kepada fitrah manusia.

Dan sehingga kini itulah doa aku.

A guy with clear vision and has his own mission would be the sexiest attractions ever.

NIKMATILAH HIDUP INI DENGAN MENGENAL TUHAN,PASTI BAHAGIA.

Sekian,

Terima  kasih sudi  baca ;)

Love,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Doakan  semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki  dan  bahagia  sentiasa  :)

Menjangkau ke fasa itu.

Assalamualaikum  ^^

Secara ringkasnya tentang usia...
sekarang aku sudah 27tahun.

Hampir ke angka tiga di hadapan.
rasa macam baru sangat habis sekolah.
Haish.

Dalam sepanjang hidup aku, umur yang aku rasa macam emas gila pada usia 15,25,30.
kenapa?
Entahlah.
belum masih punya sebab yang khas aku tetapkan.masih samar.

Diusia lima belas, aku ada 1st boyfriend hahaha.
okay.galak.
Sebab tu aku kata ada benda yang buat aku rasa emas dalam usia sebegitu.
mungkin kunci sebuah pengukur perjalanan kehidupan aku sendiri.

Ringkasnya aku kawin kali pertama pada usia 22tahun.
agak muda remaja.
*okay tutup kisah ni*
Pada usia 26tahun aku ada anak dua.
dan status diri dah berubah.
tak apalah.
itu bukan satu masalah sangat.
life must go  on.


Now, umur dah nak menapak ke angka tiga puluh.
orang kata bila ada angka 3 dihadapan barulah layak bergelar wanita.orang katalah...aku taip  je.
angka tiga puluh melambangkan imej yang matang,kewangan pun stabil, hormon pun stabil,  mungkin jugak ada betulnya.

Orang kata perempuan akan lebih cantik pada usia 30. (Orang kata)
Mungkin kalau nak kata buat perbandingan secara kecantikan pada aku...benda tu adalah secara literal.

Yelah,umur kau dua puluh jerawat pun segan nak mendarat lagi mau banding dengan usia tiga puluh.
dan rasanya...majority orang perempuan pada usia awal belasan tahun ni bab kecantikan dia kurang fikirkan...muka kusam ke apa ke...dia hentam kormo je.
aku lah tu.

Tapi sekarang,
Adalah sikit sikit aku letak jugak toner.
tu pun kalau mood rajin.
Aku bab make up memang kelaut.
sekadar letak lips balm setel.

Cuma sekarang, pada aku bila dah meningkat usia 30 secara amnya kehidupan lebih rasa rilex dan cool.
kurang peduli tentang hal hal yang tidak memberi sebarang keberhasilan atau manfaat pada diri dan family.
macam risau sikit bila kulit kusam.
body terlebih sado ke.
rambut tetiba kasar.
Itu aku separa sedar diri  lah.selalu stalker mama dan dialah yang dua puluh empat jam bab hal jaga kecantikan ni.
harap aku memang nampak kelam.

Dan aku rasa sekarang....kecantikan akan lebih terserlah,menyerlah dalam diri kalau ada keyakinan diri!
Automatik macam suis je kau rasa macam ada energy tau.

Bukan ukur dari segi hand bag  jenama apa kau pakai,
make up apa,
Baju brand apa,
 Oh itu semua bukan pengukur.

Dan usia 30 bukanlah pengukur peribadi seseorang.

Kesimpulannya tentang umur 30 aku rasa mungkin
kena jadi matang
kena buat diri jadi cantik
kena pura pura stabil.
tapi hakikatnya tiga puluh itu cumalah angka sahaja.dan aku rasa tak memberi apa apa makna pun selain dari setiap tahun kena renew lesen pada tarikh lahir. Itu sahaja.

sekarang bila hidup sebagai bujanda (ibu tunggal+bujang+janda) aku rasa macam hidup ni lancar je...tak payah nak fikir hal hal yang buat hidup kucar kacir lagi.
Dan paling penting aku ingat hari tu aku dah tanak dah kawen lagi...atas sebab sebab tertentu tapi rupanya allah swt tetap hadiahkan aku seseorang untuk menjadi ketua dalam hidup kami...dan akhirnya aku pun menerima  ketentuan....gituhhhh
hahaha

Kegalakan nampak sangat disitu :p

Dan sekarang sedang prepare sedikit demi sedikit untuk ke fasa yang lebih menjaminkan dalam perhubungan.

Dan mohon uols doakan yang baik baik sahaja.


Sekian.

Terima  kasih sudi baca ;)

Doakan kami murah rezeki dan  bahagia  sentiasa  :)

Love,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah




Sunday, July 12, 2015

Love.

Assalamualaikum  ^

Kegilaan apakah ini...
Seriously, now i feel like I'm mad,stressed  out ,  sad , happy , in love, guilty and all everything...

Satu juta rasa dalam hati dan diri.

Kiri dan kanan.
fuh....

Walaupun dalam hati selalu kata...
Tak salah pun buat macam ni....dan kebenarannya adalah totally salah!

Gila aih,
Honestly my life agak kelam kabut  a few weeks...
and untuk terapi yang amat dasyat...
I do something yang memang dah lama menjadi impian.

Pejam mata sahaja dan buat semua tu.

Well
well
well

Perempuan...memang begitu...lepas buat apa apa baru nak fikir menyesalkan.
hahaha

Okay aku je kot macam tu.
tettt

And now aku agak kagum pada diri sendiri sebab berjaya bangkit dan menentang mereka mereka yang mengacau bilaukan hidup aku.

Selama dua tahun aku berjaya membesarkan anak anak dengan hasil usaha sendiri.
dapat buat sedikit savings.
setelkan hutang kereta.
setelkan semua hutang yang tertangguh.
oh...sungguh rasa macam wahhhh bahagianyaaa hidup tanpa bebanan bulanan nak bayar itu ini.
rasa macam....ehhh bulan ni kan aku aim nak beli ini...bulan depan ini...
macam lapang je rasa...

Ya...aku rasa ini rezeki anak anak dan keluarga.

Alhamdulillah,
bulan ramadhan ni banyak hajat dah terlaksana.

And...secara tidak rasmi lagi...seseorang telah bersama kami.
dan so far our family sangat okay (next entry akan diceritakan )
Dan yang paling penting dia sangat sayangkan anak anak dan anak anak pun sangat sayangkan dia.

Harap harap jodoh hingga ke menutup mata sampai syurga...

Dan tolong doakan kami bahagia...bukan sahaja di dunia...tapi di akhirat.

Sekian,
terima  kasih.

Love,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Doakan  semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki  dan  bahagia  sentiasa  :)


Monday, July 6, 2015

Kamu.

Assalamualaikum  ^^

jangan berlagak bila kita marah
jangan ego bila kita benci
hakikatnya kita tak nampak kesalahan sendiri.

hidup tak selalunya indah...
langit tak selalunya cerah.

Buat kamu lelaki jiwa,

terima kasih untuk kasih sayang ini.
harap harap kau jangan pergi dan tinggalkan aku dengan semua kedukaan lagi.

Bila mana aku tidak dengan kau,
bila mana aku tiada disisi kau,
jangan kau pernah lupakan aku...
jangan kau lupakan namaku...

Kerana...

Kau sentiasa berada didalam hati...

Kerana...

Aku sentiasa mencintaimu sepenuh hati...

Walau kau jauh dimata aku....
jangan pernah kau hilang dalam jiwa...

Andai aku mampu dicintai sampai ke syurga....pasti aku akan serahkan seluruh jiwa dengan penuh rela.


we love you.
 



Terima kasih sudi baca.

Love, 
Raihana Humaira  
Aydina malaeka tihany
Alexander seth  ukasyah  

Doakan semoga kami sekeluarga  murah rezeki dan bahagia sentiasa :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...