aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, July 29, 2015

Setelah kau dipilih.

Assalamualaikum  ^^

Bila dah dekat dua tahun single, soalan yang orang selalu tanya aku adalah pasal bila lagi nak hidup ada patner kembali.

Nak yang macam mana?

Oh...aku tak berapa gemar sangat nak jawab soalan yang macam tu.
sebab aku rasa mungkin aku akan nampak macam demanding....walaupun hakikatnya aku sangatlah demanding pun!.

Ofkos, semakin kita dah tua...ops maksud aku dewasa...masing masing mesti ada standard sendirilah kan.
Orang yang dah bersuami pun masih lagi dok berangan nak asben cenggini cenggitu...layan drama siap dok feling habis....apatah lagi yang single macam aku.

Kau tau tak,
Bila dah pernah melalui fasa perceraian , kalau ada peluang kedua...kita tanak main-main lagi dah...macam zaman muda mudi sebelum ni.apa yang diharapkan mestilah seseorang yang mempunyai visi dan misi kehidupan.
I means, lelaki yang jenis matang handle situation.
ha itulah...itu....

Bukan sekadar cinta monyet, atau istilah teman tapi mesra or mybe untuk pelepas sunyi yang ni memang hampeh sangatlah.

Alah...semua orang nak lelaki bertanggungjawab, pemurah, selalu bagi hadiah, penyayang   semua tu kan?
Tapi for me...
aku dah tak kuasa nak layan benda macam tu.
bukan aku tanak...nak...mesti nak....cuma benda benda tu adalah sangat basic...
bila hang ni lelaki...dan hang tau hang nak kawin dengan aku yang dah ada anak ni...wajiblah hang prepare dah mental dan fizikal kan.
sebab itu adalah benda basic.

Pada aku...aku jenis suka lelaki yang dia tau apa yang dia nak dalam kehidupan dia.sebab pada aku orang jenis macam ni adalah orang yang jenis sangatlah fokus.
tetap pendirian.
kalau asas dalam diri tu teguh...mestilah perkara basic tu dah ada dalam diri dia kan.

Bila aku decide nak bernikah...mestilah aku nak visi dan misi hidup kami sangatlah clear....pandang jauh ke akhirat...nak nikah sebab nak bawa aku dan anak anak bersama tika susah dan senang sehinggalah ke saat nyawa terpisah dari jasad.
andai kata bersama sama di alam sana...itu adalah bonus.

Itu baru masuk bab pertama.
hahaha

Tengok kan aku kata aku demanding!

Aku ni ibu tunggal.
ada dua anak.
aku memerlukan lelaki yang type child friendly.
ya, ini adalah akta resmi perasaan mak mak.
kita ni sayang anak lebih dari nyawa kita sendiri.
jadi, lelaki tersebut mestilah mestilah dan MESTILAH sukakan budak budak dua ketoi tu.boleh SAYANG anak anak aku.bukan setakat boleh accept je....tapi kalau tak ada perasaaan hutang kasih tu aku tamau naaa....
so kalau jumpa aku...aku akan selalu angkut anak anak aku...jadi dari situ aku akan nilai sejauh mana kredibiliti kau.gituh...
dan kalau gagal pada sesi ini...maknaya kau failed.
sebab first impression aku adalah tentang penelitian,penilaian serta penerimaan anak anak aku terhadap lelaki tu.
Kekok ke, fake ke, ikhlas ke...situ dah nampak.

Masa mula mula hidup single dulu, adalah orang orang sarankan segera berkahwin.tak elok janda lama lama sebab janda ni selalu akan kena fitnah.
bila orang tanya aku kata...aku jawab ini "KALAU JUMPA ORANG YANG SAYANG ANAK ANAK SERTA KELUARGA SAYA MACAM ANAK DAN KELUARGA DIRI SENDIRI"

Dan....sangatlah terkejut....bila mereka mereka tu berkata...

Tak mudah....mungkin ada seorang je dalam 1000orang.
tambah pulak kalau bujang.

Masa tu aku rasa macam.

Huh yeke?

Tapi tak desperate nak kawin pun so macam lantak kau lah.

Dan

Aku tak nafikan bila kau dah jadi ibu ni...style kau jatuh cinta tak sama macam kau bujang dulu.kau tak boleh fikir jiwa kau sorang je sebab kau nak anak anak kau ikut bahagia sekali.dan wajib pasang sumpah,kalau berjodoh lagi,jangan turutkan nafsu duniawi kau sorang diri je!

Surprising,

Ditakdirkan allah swt aku kenal dengan dia.
dia yang kali pertama dina nampak terus  panggil dengan sapaan "ayid"
tak pernah bersua sebelum tu.
itulah kali pertama kami bertentang jasad.
sebelum itu hanya dalam telefon.

Bila tiba masanya aku rasa satu waktu yang sesuai....
mungkin allah swt permudahkan....dengan doa...aku jumpa yang 1 dari 1000 tu.

Dan yang pastinya,

Tak ada kriteria lelaki gaji besar, pangkat besar, hensem ,sado , pakai kereta mewah, ada rumah bagaaalooowww , semua itu tak ada....
memang tak ada.
dan tak akan pernah ada untuk kriteria idaman aku.

Yang ada cumalah satu.

Mohon kau adalah lelaki yang diamanahkan oleh untuk menjadi suami aku dan ayah kepada anak anak...dan asasnya  adalah berbalik kepada fitrah manusia.

Dan sehingga kini itulah doa aku.

A guy with clear vision and has his own mission would be the sexiest attractions ever.

NIKMATILAH HIDUP INI DENGAN MENGENAL TUHAN,PASTI BAHAGIA.

Sekian,

Terima  kasih sudi  baca ;)

Love,
Raihana  Humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Doakan  semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki  dan  bahagia  sentiasa  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...