✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, May 27, 2016

perceraian.

Assalamualaikum ^^

aku ada terima watsap...email...msg di fb...tanya aku tentang episod duka...
cerita masalah pada aku....
hurm...

Satu saat dulu,
sebelum aku memilih untuk menjadi janda,aku risau...
teramatlah risau...
aku rasa takut...takut pada setiap perkataan orang sekeliling.
orang kata perubahan selalunya buat kita rasa tak seronok dan selesa.

dan yang paling aku takut adalah jika aku terkongsi kasih orang!

oh.aku mohon hari hari tidak sebegini.doa selalu.
aku tak kata bermadu tu salah.
cuma untuk orang macam aku tak sesuai.
sebab aku bab bab kasih sayang ni nak kongsi hati perasaan tubuh badan aku tak mampu.
sebab aku tamak dan mungkin allah swt tak pilih aku untuk kearah tu.

orang bermadu pun bukan depa suka suka...tapi berbalik soal jodoh.
kedepan aku tak tau lagi jalan cerita hidup aku macam mana kan.

berbalik soal perceraian yang selalu sangat aku dapat pertanyaan orang.
perceraian bukan sesuatu yang menyeronokkan!semua orang pun  tau kan..pasal hal ni.
sejak orang tau cerita aku...ramai orang pujuk aku...kalau lah setakat masalah kecik....kalau lah boleh..kalau lah boleh.... jangan pilih perpisahan.
aku tak mintak...tp aku sendiri tiada pilihan.

dan setiap apa yang diberi harus ada harga yang dibayar.langsung tak ada benda yang percuma.apabila fasa dah mencecah lebih dari setahun aku berdikari dari sebulan mengandungkan seth,sehinggalah seth lahir...aku dah rasa satu perasaan...pergi mampus lah dengan semua ini!

bukan aku tak usaha menyelamatkan tapi andai aku sorang apa gunanya.

dan pada aku....
kepada semua,
seperti mana semua orang menasihatkan aku suatu ketika dulu....kalaulah rasa tak mampu jangan  gatal gatal nak memilih hidup sendiri.
dengan orang sekeliling hina kau..macam kau pulak yang salah sebab diceraikan suami kau hidup lagi...padahal orang tak tau kisah pasal pa kau terpaksa pilih nak bergelar janda.buka suka suki naaaa.
jalan memang terlalu berliku.
aku sampai saat ini usaha sendiri cari rezeki utk anak anak.walaupun suami aku sekarang bantu dan sentiasa bimbing kami.

ingat kata pepatah...selagi masalah boleh diselesaikan...selagi bukan campur tangan ahli keluarga yang nak menyelamatkan rumahtangga...selagi setakat suami kamu gila perempuan lain...tapi masih lagi under control....selamatkan lah!tapi kalau dah sampai kena hentam.mak ayah masuk campur tahap kronik.bila dah suami kaki judi.main dadah sampai rosak anak-anak.tak kerja sampai buat hang pulak kucar kacir.....tu hang jangan  la tunggu pulak....
kerana status menjadi janda....kadang kala tak berakhir dengan semua fasa yang baik.
"untung sabut timbul...kalau terkena batu tenggelam ditengah lautan.

tak salah beri peluang kedua...tapi andai peluang tu dah berkali kali...silalah usaha berdikari dan angkat kaki.

semua orang pernah buat silap...tapi kalau kita tak pernah memberi peluang mungkin kita yang bersalah...orang ego ni selalunya akan menyesal sendiri.


aku memang masa tu dah tak boleh dah.
aku dah letih gila.
orang orang disekeliling aku...yng mula sokong suruh aku selamatkan lepas tu terus suruh aku movw on sahajalah.

sejak dari kejadian aku ambik henpon ex asben baca msg watsap fmly.lepas tu tengok sendiri dok tabur tabur kacang hijau...beras penuh rumah...aku tengok dia sendiri pun tak tau apa tu nilai kasih sayang.apa erti jadi suami kalau sekadar tunggul kayu biar orang lain terlebih lebih campur urusan rumahtangga sendiri aku pun terima jelah pilihan perceraian yang dia offer.
aku tak mintak..tapi dia yang offer siap buat syarat 5 helai kertas tau!

lepas aku dah move on.
aku nikah lain...pandai pulak muncul depan ofis aku cakap menyesal ikut cakap orang ...
ego apalah...
semua tu dah terlambat...aku bagi peluang berkali kali.
dah allah swt cekalkan hati aku dari kena buli lagi.dapat semangat dan petunjuk akhirnya...betullah jalan hidup yang aku pilih...

allah swt dah gantikan dengan seorang lelaki yang benar benar membentuk kami anak beranak.
keluarga mertua yang baik sangat.
sayang kami bertiga tanpa pernah aku rasa kurang.
ipar,biras yang best.
boleh duduk bergelak tawa tanpa cakap berlagak...tak payah kaver kaver...

Alhamdulillah.

kepada semua yang diluar sana,
jika tanya aku...
aku kata aku tak menyesal memilih sebab aku terlalu lama pendam semua duka.
dan andai kisah duka yang sedikit sedikit dalam alam perkahwinan dan masih boleh diselamatkan...teruskan sahajalah...
bukan mudah nak mula semula.
bukan mudah nak ubat luka kalau tak kena gaya.


kot kot nak jadi agent dropship aku silalah watsap 018.359.0663
mana tau kita boleh sama sama berkongsi rezeki kan.


love,
Raihana humaira.

Wednesday, May 11, 2016

terasa eh...

11.mei.2016

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..masih mampu menaip lagi disini.
last entry bulan tiga.
pehhh bersawang beb!

bukan tak ada story best nak di ceritakan disini...banyak sangat tapi entah...

dulu-dulu kalau sebulan ada 30 hari...entrynya mungkin sampai ke 50 walaupun kadang-kadang story merapu meraban...hahaha
sampaikan cerita jalan kaki ke tempat kerja pun aku tempek dalam ni....
tapi entah...lani macam ruang nak update tu gila terhad.

sekarang ni...
nak cerita apa apa pun kena fikir banyak benda...
agak-agaknya entry ni kang ada pulak buat orang terasa ye dak???
selalu dah kena...kita update pasal benda lain tetiba orang lain pulak yang makan cili padi!
tetiba terkonflik disitu kannnn

payah bonar!!!

memang la betuiii orang akan kata tulis jelah apa yang nak ditulis...
blog hang.facebook hang...
be yourself.
cakap memang senang...hembus bukak mulut keluar suara...
tapi balik balik yang kena sapooo hakakkkk jugekkkk...

zaman sekarang mana ada zaman kalau terlajak taip boleh delete dah.
zaman lani zaman printscreen.
baik komen.
baik chat.
baik gambar-gambar.
simpan buat bukti.
esok esok sonang nak saman.
bahaya uols!

tapi sekarang ni zaman expose sangat pun tak berapa bagus...sebab musuh ada dimana mana...


bila orang tanya aku mana entry baru kau jemah...
aku akan jawab...blog pergi bercuti...dah habis cuti nanti dia kembalilah kepangkuan jalan...hahaha
sebab mood aku lani...sentiasa diawang-awangan...
hoiii laki asyik manjakan den oiiii...
lomak dah banyak ni haaaa

eh eh eh tengok ler kalau mood aku baik esok esok aku update lagi okay.


okay lah.

terima kasih sudi baca.

panjang umur aku update lagi.


love,

Raihana humaira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...