aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, April 30, 2011

dapat tiket free percutian 5h 4m ke phuket.sapa mau ikut?

tetiba bunyi henpon lagu ella berkumandang...
oh henpon aku tuh bunyi..
cepat2 aku jawab...
"hello boleh saya bercakap dengan Puan raihana humaira tak?"
"ye saya bercakap"
"oh puan saya dari syarikat air asia ni nak bagi tahu cek dapat tiket penerbangan pergi balik free dengan penginapan 5hari 4malam ke Phuket."
masa tu aku dah rasa nak lompat2 sampai ke atap rumah dah...melompat dengan lebih tinggi...sangat syiok...senyum jangan tanya la kan...kalau boleh nak renyih sampai nampak gusi...
"oh yeke?bila tu?kenapa saya dapat?bila boleh p?"~dengan kelam kabutnya aku bertanya...
"tiket tu expired pada bulan 11 ni,so bila-bila masa puan nak pun puan boleh pergi"
"tapi macam mana saya dapat tiket tu?lagi satu nak tanya berapa tiket 2 ke 1?"
"2tiket puan,kami pilih sebab puan selalu masuk website kami"
alamak...dah kantoi aku selalu melawat website depa...mana tak jadi gtu..aku hari2 dok verangan nak naik flight melancong...nak sebut animon segan pasai tak pernah pun..HAHAHA
"kakak...kakak...oh kakak...."
aku tengah sibuk dok bercakap telefon tok sibuk pulak panggil...tak sempat nak soal jawab lagi...
"kakak bangun dah magrib dah tak elok tidur"
erk aku bangun sambil kesat-kesat mana dah tu tanya dekat tok
"mana tiket kapal terbang free tu?"
"tiket apa?"~time ni tok konpius tanya
aku pulak bangun sambil tengok-tengok henpon eh..henpon terpadam...tadi aku jawab call sapa...
dah tu aku tersengih dekat tok..
"ampun tok tadi kakak mimpi je"
HAHAHA tudia...penangan dasat aku punya teringin nak bercutinya....sampai termimpi2 paling tak boleh blah air asia call bagi tiket pre...hahaha
paling syiok bangun-bangun terus tanya tok pasal tiket flight...terpinga-pinga orang tua tu...

moral of story ~ jangan tido senja-senja @ dalam kesedihan mmg parah kalau jadi mcm aku ni...

Sunday, April 24, 2011

murahnya nilai nyawa!macam boleh beli kat kedai pak leman...


sekarang ni kecoh satu Malaysia tentang video seks yang melibatkan ahli-ahli politik di negara kita.
so apa pndpt uols mengenai story ni?
erk..apa pun pendapat uols tu hak uols tapi aku...
tadak pendapat...sebab aku simpan rapat2 dalam otak aku
malas la nak story panjang2 pasal tu...
nanti kang silap story tuuuuu masuk penjara,uols nak?
aku takmau....HAHAHA
semua cari bahana je...
ok meh kita story tentang nyawa meh...
tadi aku terbaca paper...
title lebih kurang gni lah "MURAHNYA NILAI NYAWA"
oh...memang la zmn skrg ni nyawa yang tak boleh ditukar ganti tu dianggap murah dan macam tadak nilai..
macam2 kes skrg kan melibatkan kehilangan nyawa
aku bukan nak story pasal bunuh diri tapi tentang sikap pemandu di Malaysia...
sungguh...kalau kat depan nmpk polis baru masing2 nak tarik sit belt kan?soryyy aku mmg tadak perangai ni okeh..aku mmg nk memandu je aku pakai sit belt...
pernah skali aku naik dgn geng2 polis di kawasan aku...boleh dorg cakap masa aku tarik sit belt tu dorg kata "ALAH NAIK DGN KERETA POLIS TAK PAYAH LA NAK PAKAI"
dah tu aku bagi la jawapan."POLIS BUKAN TUHAN KALAU APA TERJADI TAK ADA SAPA NAK GANTI NYAWA SAYA CIK,SAYA BUKAN TAKUT POLIS TAPI SAYA SAYANG DIRI SAYA"
diam anggota2 tersebut...puiiihhh belagak kan aku?
bukan belagak tapi tulah hakikat...
malas la aku nak mention balai mana..
aku rasa sikap kita sdri sebenarnya dlm pemanduan menyebabkan kemalangan byk berlaku...
paling mudah la..malas nak bagi signal...oh xkira kau bawa motor kecik ke motor besar gedabak ke..kereta kau import ke...even kereta dah nak tercabut pintu skali pun kalau boleh tolonglah bagi signal..
tu lah punca yang selalu terjadinya kes langgar2 ni...
dah tu bawa laju2...tau la uosl semua suka layan story2 pilem pasal race tapi tolong oke...ni jalan raya hargai nyawa org lain kalau tak pandai hargai nyawa sdri!
oh geram kan?
lepas tu kadang-kadang golongan yang kureng ckit ni suka sangat menuduh golongan wanita penyebab xciden,eh...uols ni tak sekolah ke?
semua sama je...yang penting cara pemanduan oke!bukan tentang wanita @lelaki
jangan nak kata golongan2 tertentu je....hidup kena fair.
bukan sbb aku perempuan nak side perempuan tapi skrg mmg itulah hakikatnya...
tapi kan kadang-kadang aku terfikir adakah sebab mudah sangat mendapat lesen tu yang asyik xciden sana sini je...asyik2 meragut nyawa je...
sebab tu ke?atau punya sebab lain..
tapi pada aku..satu je...sebab sikap...sikap dlm diri sdri...
so uols semua renung2kan lah..
bagi yang memandu tu tolonglah sayangi nyawa kalau uols tak sayang nyawa sdri tolong sayang nyawa orang lain yang macam AKU ni!
fikir-fikirkan lah...uols nak jadi pemandu cerdik ke,pemandu bengap@pemanda pentingkan diri.
sendiri mau ingat..nyawa bukan boleh beli dekat mini market@dekat pasar jual ikan ye uols...
sama2 kita menjaga keselamatan di jalan raya...
nota kaki ~ eh...aku bawa keta slow2 je tau...aku dlm golongan pemandu yang jaga nyawa sdri dan org lain.nak hidup lama wei....

Wednesday, April 20, 2011

kisah makan kfc dan folower

oh my gucccciiiiiiiiiiiii~padahal tadak pun yg ada jenama pasar malam ja
terkejut ai okeh...
apa yang tak terkejuznya baru perasan dah ada 43polower...
Alhamdulillah syukur...
bukan sng nooo pasai org yang kurang glamer tapi tak beerti tak glamer langsung okeh!
nak ada polower ramai2 gtu...
sangat seronot...
mai la folow ai ramai2 lagi...
dengan harapan kita semua boleh fren2 akrab gtu....
apa salahnya merapatkan silaturahim kan
eh lupa nak story pasai makan dkt kfc...
semalam p mkn kfc dan try ciken chop kfc...rasanya mmg sedap
dan amat berbaloi dengan harga rm9.90 belen sekupang uols simpan masuk tabung hihihi
lepas ni boleh la p makan lagi
cepat-cepat p makan kfc sebab harga sangat murah dan sedap.
tu dah tayang dah pic ciken chop yang sodap tu...
selamat p makan di kfc ye uols...
kalau uols baik hati belanja la ai skali...
kalau makan-makan ni ai selalu pree....
ngeee

~hebakkk betui kepsi kan...~
puji-pujian keatas kepsi tidak mendapat sebarang ciken chop pree pon..ikhlas dari lubuk hati
sekian



Tuesday, April 19, 2011

kempen makan pedas

yeah..uols mahu kurus dan langsing?
kalau dah kurus tu nak kurus lagi ~mcm aku la tu ye..hikhikhik
hurm meh cni nak bagi tips....
uols tau dak ~ mestilah xtau kan belum bagi tau lagi?
makan makanan pedas boleh melangsingkan badan sebenarnya.
tapi jangan makan pedas terlebih2 pulak...tu bagi prob dkt usu je....
tapi kalau uols makan secara terkawal dan masih dalam kadar yang selamat makanan pedas ni mampu membantu tubuh membakar kalori.
sebuah kajian yg pernah diadakan di Laval University,Kanada,menunjukkan makan pedas mempunyai 'capsaicin'.Bahan ini akan merangsang badan mempercepatkan proses metabolisme.
kalau mahu langsing tak salah makan pedas sekali sekali...
oleh itu uols marilah kita sama2 menjalankan kempen makan pedas secara sihat untuk tampil langsing dan sangat gojes!
eh jom makan cili,buat macam gula2 ke,,jajan ke.mesti langsing cpt kan....
"ada istilah sapa makan cili dia lah rasa pedasnya"
ada sapa2 makan cili rasa xpedas ke?mai nak bagi cabai melaka mai...


nota kaki tak de cagu ~ patutlah aku makin kuruih ja mesti pasai makan pedas ni!!!ngeee

Monday, April 18, 2011

pontianak harum siang ikan

Lumrah kehidupan tak semua orang suka dgn kita kan
dan tak semua orang tak suka dgn kita kan
so adilkan dunia ni..ada kasih syg,ada cinta,ada kebencian
hurm..eh aku rasa kebanyakan status fb atau entry di blog aku ni semuanya berbentuk nasihat kepada diri sdri tapi mungkin ada segelintir yang kurang selesa...
nevermind takpelah
normal kan...
orang gojes dan glamer macam aku ni mesti ada yang tak suka kan...hahaha
oh tak sangka pulak aku sering jadi bahan bualan insan2 tersebut apasal ye?
termasuklah cerita baju apa yang aku pakai pun jadi bahan bualan.
sedangkan aku beli semua yang milik aku dengan duit titik peluh sdri dgn kerja yang halal bukan dgn duit sapa2 atau minta pada mereka
so mesti uols yang suka menyibuk dan mengata eh silap pulak suka ambil berat pasal aku tu baca kan semua ni?lepas ni alert la ye...tak perlulah nak terlebih nampak sangat segalanya...
aku tak pernah terniat nak menunjuk@nak mengaibkan diri aku melainkan orang yang membawa mulut puaka tersebut yang menjaja kisah aku.~ada ke org nak story yang terlalu baik@terlalu buruk pasal dia?
eh tapikan aku pun pelik macam manalah mereka2 tu boleh perasan aku pakai baju baru ke baju lama ke..aku tukar itu ke ini ke...aku ada perangai buruk,baik...semua nak pertikaikan
sampai kan gambar aku lakibini dlm fb pun pertikaikan...siap kata dah kawin tp letak gmbr sorg2 apa kes?suka hati la kan....
arghh sudah la persetankan semua itu..
kita jangan jadi setan seperti golongan tersebut.
biarlah Allah swt yang membalas.kita berdoa sepenuh hati supaya mereka dibukakan pintu hati buat baik je pada kita kan...
eh lupa nak bagi tau...
aku sangat hapy skrg...semoga kegembiraan aku xde mata-mata jahat nampak lagi..
syhhh p la jauh2 mata-mata jahat tu yer...
jgn nak amik tau hal rumahtga aku lagi yer..
jangan sampai aku mengamuk kot semua benda hancur...
to yang bertanggungjawab tu igt2lah tanggungjawab...dah janji dgn Allah swt pada hari yang ambil tu sila beri tanggungjawab yang sepatutnya dan jaga dgn sebaiknya bukan abaikan.dosa besar okeh ;p

Sunday, April 17, 2011

resepi kentang putar

pagi ini mari kita share resepi lagi..
yelah minggu ni bercuti aku memang rajin memasak
entah jin apa yang masuk di dalam badan aku suruh aku main masak2 je minggu ni*tetibe ada jin dalam badan aku....hahaha*
ye uols hari ini aku nak share resepi kentang putar bersama sosnya
mula2 sebelum aku buat aku rasa macam renyah je tp bila dah buat aku rasa xlah..ok je..
yang penting buat cara aku mmg jimat...
buat benda yang pratikal je...
dan tukang2 rasa makanan aku pulak mengatakan "not bad la kakak lepas ni kita bukak kedai western ye"adik aku la yg paling bersemangat makan..HAHAHA
nmpk tak betapa aku pandai bela adik yang semakin debab kini..HIKHIKHIK~nmpk ciri2 keibuan yang ada..tunggu ler aku ada ank nnt hari2 aku sumbat dgn makanan sampai debab2 mereka..hikhikhik

okeh2 tamau terkeluar tajuk!dia dah mula dah kalau membebel ja terlupa abes semua...
fine ni aku tau uols pun dah tak sabar kan..taraaaa mai kita jenguk apakah bahan2nya
kita mulakan dengan membuat kentang dulu yer

bahan-bahan untuk membuat kentang :
kentang
serbuk lada hitam

1 ~ rebus kentang sehingga masak(jangan lupa buang kulit kentang dulu)
2 ~ siap rebus blend kentang bersama serbuk lada hitam (ikut sukala nak halus sampai camne pun)
tips ~ kalau boleh jangan tambah air masa blend tau takut nanti kentang terlembut sangat.

~ ini kentang yang dah siap di rebus~

~ini pulak yang siap di blend dgn serbuk lada hitam~

bahan-bahan untuk sos :
1 ulas bawang besar
majerin
tepung gandum
sos tiram
sos tomato
sos lada hitam
kiub ayam

1 ~ mula potong bawang besar halus dan kemudian rebus bersama kuib ayam dlm masa 5-10minit(air rebusan jangan buang okeh)
2 ~ kemudian blend rebusan bawang tersebut bersama sos lada hitam(sikit saja pun boleh),sos tomato*letak sos ni agak2 ler ye jangan banyak sangat kang pedas dan masam sangat pulak*
3 ~ selepas itu panaskan majerin bersama tepung gandum,sos tiram dan bahan2 yang kita blend tadi dlm api yang kecil sambil kacau supaya tidak melekat yer uols...jangan lupa tambah air rebusan bawang tadi semasa kacau tu
*tambah air agak2 uols rasa tak pekat sangat ala2 macam sos kfc sudah.


~ini hasil campuran majerin,tepung gandum,bahan-bahan yang di blend~

~dah siap sosnya ~

dan

ini pula hasilnya
terus siap dan masuk dalam perut orang2 dalam rumah
semalam
hikhikhik



oklah selamat mencuba uols

tips ~ aku langsung tak letak garam dlm masakan ni sebab dalam majerin,kiub ayam dan siap ada garam kalau rasa tak masin tu anda boleh tambah garam dlm sos@masa merebus kentang.

nota kaki ~ kat pipi aku rini tetibe je tumbuh jerawat seketul adoiii apesal erk..ni mesti kes hari2 dok gati dengan laki kesayangan aku tuuuu hahaha


Saturday, April 16, 2011

mutabak maggi gaya cik puan raihana humaira

assalamualaikum dan selamat petang uols
hari ini aku nak share resepi lagi...
huhu rajin kan aku masak...
yelah 2hari cuti aku mmg rajin gila masak memasak ni...
keboringan duduk dirumah ngeee
okeh,hari ini kita belajar memasak MURTABAK MAGGI
hurm... meh kita layan bahan-bahannya dulu...

3 bungkus maggi
5biji telur
1 ulas bawang merah
rempah kari@perencah maggi(ikut kesesuain)
1 biji cili hidup merah
garam(secukup rasa)

1 ~ mula2 uols rebus maggi sehingga kembang dan kemudian toskan.
2 ~ potong bawang merah dan cili hidup.
3 ~ pecahkan telur dan masukkan potongan bawang merah,cili hidup,garam,rempah kari@perencah maggi,gaul sehingga rata.
4 ~ selepas itu masukkan maggi kedalam campuran bahan-bahan di atas dan gorengkan seperti mengoreng telur.
TIPS ~ telur kena banyak baru maggi tak terurai.


~ini maggi yang dah siap di rebus dan di toskan~

~ini adlh hasil campuran telur,bawang,cili,perencah kari dan garam ~

~ini pula setelah di campur dengan maggi~

dan hasilnya selepas di goreng....
taraaaaaaaaaaaaa
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


nota isteri kesayangan suami ~ aku terbaca sesuatu..lelaki boroi selepas berkahwin adlh tanda bahagia...so selepas ni para2 isteri jika suami anda muncit tu salah satu tanda dia sedang berbahagia la tu..ngeeeee hahaha dengan ini saya istiharkan suami saya teramat-amatlah berbahagia bersama saya...semoga ini berkekalan,jangan ada mata-mata jahat memandang lagi..amin....

Friday, April 15, 2011

hari memasak sedunia hari ini.

hari ini adalah hari memasak sedunia..
aku telah memasak dengan amat dasyatnya...
pagi2 lagi dah menggoreng pisang
lepas tu masak ciken cop untuk lunch
pada petangnya pulak masak pula keow teow goreng
rajinkan!~baik uols kata rajin dgn hati yg ikhlas XD
oh entah kenapa mood suka memasak secara tetiba hadir dalam hidup ini
sebelum2 ni bukan tak suka masak cuma kurang masa je ~ tetiba je ada ayat kaber diri
oh nanti bila lelaki kesayangan balik mau memasak kek
tapi belum pasti mau buat kek apa...
tapi yang pasti mahu mencuba dan si dia dah memberi semangat untuk aku buat kek
hehehe
tu yang lebih rasa power tuuuuuuuuuu
oh kek tersebut adalah hadiah kek hari jadi beliau~ngeee tapi kek tu belum tentu menjadi dan sedap tau...xpe mencuba xsalahkan...
hari ini apa saja yang terjadi semua perkara yang mengembirakan...
Alhamdulillah dan hari ini terasa diri lebih dihargai dan disayangi
oh oklah hari sudah lewat aku sudah mahu pulang ke rumah...
sampai bertemu lagi di belog belaan aku ini ya...
salam sayang ikhlas dari hati aku
selamat berhujung minggu uols...
semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua...

p/s ~ hari ni baru aku tau kenapa doremon dan nobita tanak datang ke Malaysia ni sebab kat Malaysia ada GIANT hehehe....adoii sebab tulah aku takboleh pinjam pintu suka hati kucen biru tu...hahahaha

chicken chop versi cik puan raihana humaira

yeah..hari ini chef nak share resepi dengan uols okeh...
resepi tersebut adalah amat mudah dan senang...
nak memasak chicken chop.
mak aiii western kau aku masak untuk lunch hari ini...hehehe
tapi aku masak stail simple2 je...
resepi ini sumber dari pada cousin aku.
so aku nak share dengan uols resepi yang aku baru belajar dan try masak tadi

meh kira tengok bahan-bahan:

bahan A
daging ayam
tepung goreng ayam
1 biji telur

bahan B
sos lada hitam
sos cili
garam
mayonis
kentang

untuk bahan A
1 ~ pecahkan telur dan pukul sehingga sebati.
2 ~ perapkan ayam bersama telur tersebut selama lebih kurang dlm 15minit.
3 ~ selepas itu masukkan tepung goreng ayam,gaulkan bersama ayam dan goreng lah...sehingga masak*tapi jangan terlalu masak sangat3x pulak*
tips ~ telur adalah mengikut kuantiti daging ayam,selalunya sebiji cukup untuk 4 ketul daging ayam.
~ inilah ghupenya telur yang diperapkan dengan daging ayam ~

~ yang ni setelah digaulkan bersama tepung goreng ayam ~

~nah kau inilah rupanya ayam yang siap digoreng hehehe~

untuk bahan B
1 ~ rebus ubi kentang sehingga empuk*jangan lupa kupas dulu plak*
2 ~ blend ubi kentang tersebut *campur air sikit dari air rebusan kentang tu semasa blend*
3 ~ dah siap blend masukkan ubi kentang tersebut di dalam periuk dan masukkan garam secukup rasa.
4 ~ sambil kacau masukkan sos lada hitam,sos cili,mayonis secukup rasa.*agak2 pekat kuah je*
tips ~ 2biji kentang sederhana saiznya untuk satu daging ayam,jika suka pedas boleh tambah sos cili banyak.
~ semasa memasak ubi kentang yang siap di blend itu bukak api perlahan saja yer...

~ni yer ubi ghupanya yang sedang di rebus ~

~ubi kentang yang siap di kisar~

~yang ini sedang di masak ~

oklah dah siap semua tu meh kita tunjuk rupanya ciken chop versi cik puan raihana humaira
drum plzzz chewah
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
taraaaaaaa

~okeh siap...dan makan yer....nyum3x..hehehe~

resipi aku ni mudah dan simple je..resepi bujang2 dan aku rasa jimat xde nak tambah macam2 sangat
owh...ayam tu aku beli dekat econ save 3ketul daging ayam baru rm 4.30sen murah kan...

oklah selamat men"try" ya uols...

Thursday, April 14, 2011

rindunya pada insan yang bergelar abang!!!


aku sedang rindu...
terlalu rindu...
sempat ke nak jumpa beliau
hurm...
hidung dah mula kembang kempis ni menandakan ayaq mata yang bertakung dah nak turun~cepat2 tolong aku ambil timba nanti boleh siram pokok bunga dalam pasu HIKHIKHIK
oh lama kan tak jumpa...
since last jumpa
kenduri aku 01.01.11 ritu je
lepas tu dah tak jumpa...
asyik chat dlm fb
share2 new pic kami dalam fb je
Ya Allah rindunya aku pada beliau...
abg,
adik rindu abg...
rindu sgt
nak sangat sandarkan kepala di bahu abg saat2 macam ni
banyak benda yang adik nak cerita
banyak benda yang adik nak menangis dekat abg
banyak benda yang adik nak gelak-gelak dengan abg
banyak benda yang adik nak ajak abg buat
abg,
adik rindu abg...
rindu sangat...
bila nak jumpa ni...
Ya Allah kau panjangkan umur kami supaya kami dapat bertemu...



uols jgn dok mengorat abg i okeh...HAHAHA


untuk suami~ketika isteri menangis peganglah tangan isterimu...


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Tuesday, April 12, 2011

7tips dalam rumahtangga


kau dah kahwin?
belum?
dah?
okeh yang belum ke dah ke dua2 patut baca sebab persedian mental ke alam realiti rumahtga bagi yang belum
untuk yang dah berumahtga tu bacalah mana tau tips2 ni boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian
so sharing is caring&loving rite...so aku sharing dgn uols dan aku harap uols bacalah ye..

tips 1 ~ komunikasi dua hala

biasakan diri untuk saling berkomunikasi dgn pasangan,baik ketika berada di rumah@sedang berjauhan.Jika ada masalah sebaik-baiknya berbincang bukan meninggalkan pasangan bersendirian tanpa sbrg kata@mendiamkan diri kerana ia boleh menyebabkan pasangan tertekan dan melakukan perkara yang tidak diingini.Sebaik-baiknya berbincang segala keputusan dgn pasangan bukan dengan keluarga@org luar kerana perbincangan dan pendapat pasangan adalah paling penting tak kiralah pasangan bersetuju@tidak tapi itulah jalan terbaik.

tips 2 ~ keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara penyebab yang berlakunya pertengkaran dan penceraian yang tinggi.Mungkin ramai yang alpa fungsi hubungan seks selain mendapatkan zuriat keturunan,hubungan seksual juga adalah rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta terhadap pasangan.Bagi mengelakan kebosanan,tiada salahnya jika lebih kreatif dlm aspek kehidupan seksual.Lokasi,teknik atau posisi yg baru adalah cara yg boleh dilakukan.Namun apa yang ingin lakukan dlm hubungan seks haruslah dikomunikasikan dengan pasangan,jangan pakai ikut suka hati je...sama2 kena selesa dan berpuas hati.jangan nanti kalau sorg je puas sorg lagi tak,banyak ler perkara yang terjadi.

tips 3 ~ Menerima pasangan seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga maka sifat sebenar akan terserlah.Sikap yang mungkin tidak sama seperti di alam percintaan.Yanag ada ketika itu hanyalah dua insan yang salaing menyesuaikan diri.Inilah kehidupan perkhawinan yang sebenarnya,belajar mengenali perbezaan masing-masing.Dalam tempoh mengenali ini,mungkin kita akan berhadapan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik.Antaranya seperti perbezaan persepsi,wawasan,nilai,latar belakang dan keperibadian.Namun,perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai pasangan.Jangn sesekali meminta pendapat orang luar dalam menilai pasangan terutamanya ahli keluarga kerana ia akan memburukkan keadaan.

tips 4 ~ Jangan biasakan diri dengan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing,bukan?Anda berbohong dengan berbagai alasan untuk kebaikan,tapi perlu diingat jika perkara ini berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adlh perkara biasa.Supaya tidak berlanjutlan lebih baik anda berterus terang dari pasangan mengetahui perkara yang anda bohong itu dari pihak lain kerana ia akan menjejaskan perhubungan.

tips 5 ~ Hindari kecurangan

Curang dgn pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka@mendengarkan apa yang dirasai atau keluh kesah oleh pasangan.Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian,tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar.

tips 6 ~ Jangan terlalu melebihan keluarga,kawan dari pasangan

Oh ini terlalu penting,bila sudah berkahwin anda bukan lagi milik keluarga atau bertanggungjawab pada keluarga anda,ini kerana keluarga anda sekarang adalah isteri dan anak-anak,yang lain cuma istilah orang luar sahaja.kebanyakan pasangan selalu tersilap langkah dan mengabaikan perasaan pasangan dengan melebihkan keluarga dari pasangan ia juga salah satu punca penceraian yang tinggi di rekodkan di dalam Malaysia.oleh itu,setiap pasangan yang berkahwin jangan mengabaikan isteri@suami dengan melebihkan keluarga sendiri kerana ia boleh memakan diri.
begitu juga dalam berkawan..kita bukan tidak boleh berkawan tapi ingatlah bahawa anda sudah mempunyai keluarga dan keluarga adalah tanggujawab dan keutamaan diri.jangan terlalu melebihkan orang luar dari pasangan kerana ia akan melibatkan emosi yang berpanjangan serta boleh menjadi tekanan perasaan.
Ingatlah pada hari anda diijabkabulkan itulah hari anda bersetuju melaksanakan tanggujawab besar sebagai seorang suami dan isteri jadi jangan sia-siakan amanah yang Esa.

tips 7 ~ Tetap mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra,buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap semasa bercinta sahaja.Pada dasarnya,kemesraan itu di kecapi asalkan ada usaha dari kedua belah pihak.


oh take note yer pada yang nak berumahtga atau sudah pun berkahwin
yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan teladan.

Monday, April 11, 2011

pernahkan anda makan begini?

pstttt mai sini nak bagi tau dkt semua bahawa hari ini adalah hari makan sedunia aku...
huh..aku makan dengan amat dasatnya bagai tak makan 3hari HAHAHA
pagi2 tadi aku dah makan biskut dah
lepas tu aku balik rumah tok aku makan nasi goreng
sudah makan nasi goreng aku makan pulak nugget.daging burger,fries...
agak2 tengahari sikit aku makan bihun goreng...
nampak tak betapa dasatnya aku makan hari ni...
huh berapa harilah aku nak kena puasa nak kaver balik enzim2 perut aku yang dah cair tu....
sian perut aku kena sumbat macam2 sampai boncit ~ hehehe sblm ni ramping tau erkkk
entah kenapa skrg ni aku kuat sangat makan sampai tak boleh nak on diet..
huhu berat naik mencanak tapi tula bentuk badan tak delah berubah sangat maintain lagi la kan..sebab yang pastinya baju2 semua stil boleh pakai cuma agak ketat ler sikit dan look more sexy dgn lemak2 tuu hahaha~xcaya sexy?tanya lelaki kesayangan aku konpem dia angguk sexy...ngeee
bukan senang tau nak dapat badan montok begini...bertahun proses baru menjadi..
eh...uols penah makan macam aku makan tak?
ke aku sorg je melantak begini...
tapi sebelum makan tu aku baca bismillah dan doa makan dah tau...

manusia yang suka beri pahala kepada manusia lain.

amaran keras lagi berbisa : okeh entry ini agak emo dan menyakitkan hati
kalau tak suka sila tekan alt +f4
jangan terus membaca kalau rasa anda tergolong dalam golongan ini dan terus berasa sakit hati bila membaca apa yang aku katakan ini !

okeh,aku memang suka menyakitkan hati orang kalau orang tersebut terlalu jijik sekurang-kurangnya aku tak hipokrit dan berpura-pura seperti KAU kan.

siyes okeh aku tiada mood nak tulis panjang2 tapi kena tulis jugak..sebab peringat untuk diri sdri dan orang2 disekeliling...
tapi entah la nak kata ni memang semujadi habit org melayu ke?xkot...bukan orang melayu je..bangsa2 lain pun sama jugak...cuma mungkin yang di sekeliling aku org melayu je kot yang menyibuk tu yang aku labelkan sikap orang melayu hihihi
ok semalam kan besday lelaki kesayangan aku...
orait...dah umur 32tahun itu lelaki...sudah manyak tua yer...
xkisahla kan kalau orang nak wish2 besday tapi tak perlula sampai menyakitkan hati sampai tak habis2 wish tentang anak je...
kalau wish semoga cepat2 dapat baby xpelah...
ni tak tanya bila nak ada baby?
kalau kau jadi isteri kau angin tak?
kau ingat aku tanak anak ke?dah Allah swt xbagi...
xkan la aku nak kena story bila laki aku balik aku period
time aku subur laki aku bz operasi
dah nasib aku dpt laki kerja polis yang sibuk dgn negara
aku redha je apa Allah swt bagi dekat aku tapi yang kau bz2 dok pertikaikan kenapa?
macam la kau tu bagus sangat...
hais...kau ingat buat anak tu senang
kau tahu tak aku laki bini ni banyak komitmen dgn masalah org lain aku laki bini nak kena pk jugak.
kalau xde org lain menyusahkan aku lakibini xpelah...ni sikit2 menyusahkan je...
kami pun dah planing bila waktu yang sesuai untuk ada baby so kau insan yang terlalu suka menyibuk hal aku jgn bz body tau...
jgn nak menyibuk sangat
kalau kau bz body lepas tu aku boleh bagi aku laki bini anak ke duit juta2 ke xpe...
stakat kau pandai petik je kata2 dengan mulut xpayah....
hari hari asyik aku kena soalan yang sama je...dah jumpa aku rini tanya,esok pun tanya lagi..
MACAM NI LA YER UNTUK SEMUA KAKITANGAN PENYIBUK HAL AKU BILA AKU DAH PRGNT NANTI AKU UMUMKAN...BUAT MASA SKRG NI AKU MASIH LAGI BELUM PRGNT DAN SUAMI AKU PUN TAK KISAH SEBAB SEMUA YANG ALLAH SWT DAH TETAPKAN TU ADA HIKMAHNYA!BILA AKU DAH ADA ANAK NANTI JANGAN ASYIK2 TANYA BILA NAK TAMBAH LAGI PULAK...
aishhh manusia ni tak pernah puas dan bersyukur melihat kebahagiaan orang lain....
p/s ~ sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan-kawan disekeliling dan diri sdri..semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang suka bz body hal orang tentang yang buruk2 ye...


Saturday, April 9, 2011

Counterfeit Eggs~cara-cara mengenali telur tiruan

di malam hari ni
aku nak buat hapdet pasal telur...
owh isu telur sangat sensasi skrg ni..lebih sensasi dari cerita hari lahir lelaki kesayangan aku kot..hahaha
okeh mesti ramai yang nak tau kan cara-cara nak mengenal pasti telur tersebut telur ori @ ciplak kan...
di sini aku sharekan dgn uols semua okeh...
untuk panduan aku dan uols jugak
tak salahkan share ilmu pengetahuan...
Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.


ini perbezaan antara telur ori dan tiruan

perbezaan kulit telur


uols layan la video ni...menarik kan..

nota telur busuk ~ hurm..lagi banyak kemodenan lagi banyak yang menyusahkan...inilah jadinya kalau penyalahgunaan ilmu...huh..harap2 kita semua tak tergolong dalam golongan yang menyusahkan orang lain...amin...

Thursday, April 7, 2011

korek hidung jiran jiran

hari ini aku nak story pasal jiran tetangga di rumah aku...
kisah ni terjadi setiap pagi...
oklah...aku mengaku sepanjang minggu ni aku bgn awal dan buka pintu rumah seawal jam 7.30 pagi setiap hari...~wuuuuuu sebelum ni pukul 8.20 baru gedik2 okeh ;p
dekat perumahan aku ni majoriti adalah orang melayu...
tapi ada jugak india,dan warga asing okeh...
ni aku nak story tentang warga asing...
jiran aku yang warga asing yer...
bukan story tentang yang tak baik
tapi kisah ini myb lawak la....
setiap pagi dalam jam lebih kurang pukul 7.40-8pagi aweks2 myanmar akan berjalan kaki dari rumah dorg ke tempat bus stand depan taman...
oklah...dorg pun jalan cam biasa2 terkedek2~mcm aku jalan sopan sgt
yang tertinggal dekat blkg tu ada yang berlari2 nak keja r yg di depan
tapi yang syioknya sambil berjalan uols tau depa buat apa...
jalan sambil pegang tangan?
oh tak salah okeh
jalan sambil bersembang kuat
tu pun salah...HIKHIKHIK
okeh..okeh...aku gtau la kan..
depa jalan sambil KOREK HIDUNG hihihihi
kalau sorg je xpe..tp semua yang berjalan...3/4orang awek tu berjalan sambil korek hidung
tu rutin harian pagi2 depa...
eeeeuuuuuwwww habit ke erk?selamber je...
hagak2 ler kan...uols aku pun jenis kureng sopan jugak tp xdelah gtu...
pada aku beter la kan kalau buta pagi2 habit tu masa mandi ke...
lebih bersih kot...ngeeeee
tapi ada lagik....
yang paling tak tahan..
lepas2 korek hidung depa boleh lap2 jari depa dkt baju depa tu...hikhikhik
dah tu siap jalan pegang2 tgn slumber je...
try uols bayangkan kalaulah depa ni reja dkt kantin ke kedai mkn ke camne?
alamak..terlebih sudah...jgn muntah okeh....
erkkk psttt smlm kan aku pening2 lepas mkn megi yang terlebih kembang,lea la masak terlebih sangat...apesal erk aku pening?ke lea pun telah terikut habit jiran2 aku tu...~hahaha mampus kalau dia baca sat lagi....
masak megi pakai rice coker hihihihi
apa gelak2 uols ada?ngeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...