aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, March 11, 2014

kisah semalam.

Assalamualaikum


Semalam aku ajar princess tidur dengan nenek.
Tetiba aku pulak yang touching.
Bukan aku je...dia pun...
Sob sob sob
Padahal aku tidur dekat dekat situ jugak.
Yelah aku dah 7bulan kan...nak kena ajar dia tidur dengan nenek sekejap...buatnya aku masuk wad nak bersalin nanti sehari dua...mau dia tak boleh nak tidur.
Semalam memang totally tak berjaya.
Dia panggil nda...ndaa....nda...
Memang tak tahan naaa

Princess kalau tidur memang nak memeluk aku je...
Mula mula semalam aku biar jugak tok peluk peluk dia,
Nampak okay tapi lastnya dia cari jugak aku.

Aku pun memang tak selesa dia tak ada dekat.
Tapi kena kontrol kan perasaan tu.

Dulu bolehla aku berharap kalau masuk wad konpem ada orang yang akan bantu buat semua benda tak perlu suruh atau minta dia tahu tanggungjawab dia tapi untuk saat ini perasaan berharap itu sudah lupus dan pupus.
Lebih baik buang jauh jauh kerana aku sendiri diberi jawapan tak perlu berharap.
Sekelip mata macam dengan buang sampah bakar habis hehehe.

Tak apalah,
Kira bersyukur lah tu allah swt sayangkan aku dengan anak anak dan beri kami kasih sayang dari banyak pihak lagi.
Sekurang kurangnya kami tak macam peminta sedekah meminta hak kami untuk disayangi tapi orang tak sudi.

Berbalik pada princess,
Dia sangat matang.
Mungkin kerana survive dari dalam perut dulu.
Dan aku harap adik baby pun sama.
Princess sekarang dah sangat pandai menilai kasih sayang, merajuk dan marah.
Bila suruh dia buat muka marah itu sangat lawak dan tak sangka dia nak buat muka macam tu.
Nanti aku ambik video kalau dapatlah.

Bangun pagi kalau tengah sedih pun bila princess bangun senyum senyum
Terus sedih tu hilang automatik.
Senyuman dia tu buat rasa lebih bahagia.

Oh lupa...aku dah beli ubat gigi dekat dia...tak pe nanti next entry aku cerita.

Gigi depan dah ada 8 batang ye....

Baiklah

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Doakan aku selamat bersalin, adik baby sihat sempurna cergas dan cerdas keluar nanti.
Doakan anak anak aku selamat dunia akhirat
Bahagia hingga ke alam syurga.
Aamiin aamiin aamiin

Friday, March 7, 2014

gosok gigi fasa 1

Assalamualaikum

Alahai lama benar tak bercerita tentang perihal diri dan anak bukan.
Baiklah moh kita share aktiviti aktiviti seharian yang mengumbirakan diri kami anak beranak sekarang.

Ya ya ya seiring dengan perut yang memboyot kedepan ni Dengan princess yang makin bijak dan sangat super duper mengumbirakan hati rasa bagai lengkap sangat kehidupan ni.
Biarlah ada benda benda keji terjadi dalam hidup.
Eh tak keji lah...bukan keji ini dipanggil petunjuk dari Allah swt.

Lani setiap pagi dak princess tu mandi berjam jam lamanya...masa aku bangun nak pergi kerja dia dah bangun mandi sekali dan sibuk nak gosok gigi. Sekarang musim dia tengah Suka gosok gigi.

Masa tengah mandi kalau lupa bawa masuk berus gigi konpem la kejap lagi jerit dekat nenek dia mintak berus gigi.
Dah tu gosok gigi kena sambil nyanyi nyanyi
Brush my teeth
Brush my teeth

Kendian kena sama sama gosok dengan dia.

Buat permulaan aku ajar dia gosok tanpa ubat gigi dulu sebab masa aku beli berus gigi aku tanya aunty kedai tu dia kata tak perlu lagi letak ubat gigi dan bila dah banyak sikit gigi nanti baru beli ubat gigi yang tanpa bahan bahan macam macam.
Aunty tu suggest dekat aku pureen dengan mukmin.
Tapi aku belum beli la...
Now kan masih dalam training hehehe

part berus gigi pulak aku beli dua jenis terus
1. Yang jenis masuk jari kita tu
2. Yang dia pegang sendiri
Tapi dua dua jenis silicon sebab nak jaga gusi dia.

Yang masuk jari aku tak pernah try lagi sebab beli je dak princess tu excited nak yang pegang sendiri dan terus buat gaya gosok jadi mudahla kerja bonda kan hahaha
Gila spesis Kerja mudah je kau.
Setakat ni aku tengok gigi dak princess okay dan bersih berseri seri macam gigi aku jugak jadi dia lulus fasa pertama.
Tapi kalau nanti dia dah malas memang aku jugak ler yang menyental gigi dia tu hahaha
Tapi tak apa aku tau dia ikut baka aku mesti rajin jaga gigi tak biar berkarat.

Eh eh eh
Next entry aku cerita pasal barang dak adik pulak.
Aku baru nak shoping
Dulu time dak princess aku usaha beli semua 7 bulan dah lengkap kali ni aku nak usaha mintak semua pulak haha
Gila kau kalau tak mintak...peluang keemasan jangan di sia sia kan.
Memang ini yang mereka mahukan.
Buat apa bantu orang yang menzalimi kami kan...lebih baik kita bantu orang tu supaya dapat pahala dan tidak menzalimi kami anak beranak.

Eh mesti ramai nak tahu ceritakan.
Nanti la aku story.
Sebenarnya banyak entry aku draf.
Tapi nanti aku akan publish jugak untuk perjelaskan semuanya
Buat masa sekarang aku hold dulu sebab menghormati permintaan pihak tertentu sampai diberi green light terus on je.


Nilah rupa dua menda alah berus gigi tu

Tengok dan dan terus nak pose bagai...

Dah besau dah..dah 7bulan dah.

Hai kita dah boleh makan semuanya nanti lepas makan boleh gosok gigi.

Baiklah

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Doakan aku selamat bersalin, adik baby sihat sempurna cergas dan cerdas keluar nanti.
Doakan anak anak aku selamat dunia akhirat
Bahagia hingga ke alam syurga.
Aamiin aamiin aamiin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...